Friday, December 31, 2010

Disiruk...

Memang gini ler rupanya bila kena siruk...

Orang Brunei panggil kena "nebulizer" tu "disiruk..." Siapa yang kena? Si kecik Haniis tu la... Malam Ahad haritu dah mula rasa dada dia bergetar. Esok paginya dada dah berkeruh. Hmmm... tak ada lain ler ni.

Macam Standard Operating Procedure aje dah budak-budak nih. Kena sabar ajelah dan buat yang terbaik supaya tak jadi full-blown athsma. Alhamdulillah... setakat ni, bila umur cecah 4 tahun, diaorang sihat. Harap-harap Haniis pun macam tu jugak.

Dalam pada sibuk mengemas-ngemas ni, kena berkejar ke Panaga Clinik untuk sessi siruknya. Nasib baik sebelah rumah aje... hehehe... Sebenarnya hari Isnin tu, Hospital KB nak admitkan aje tapi manalah boleh, packers dah nak datang petangnya. Jadi mintak berulang ke Panaga aje.

Ni pulak gambar kotak-kotak kat ruang tamu. Yang kat belakang Amiin tu masih belum berisi. Yang lain-lain tu dah penuh dan siap ditutup. Banyak lagi yang perlu dikemas. Kena all out lepas ni sebab hari Isnin ialah hari akhir packing. Lepas tu akan duduk BSP punya Service Apartments sampailah hari kitaorang bertolak balik pada 8hb Jan 2011.

Berkotak-kotak...

Ini dah mula countdown dah ni...

Until later...

p/s Baru terperasan, ini entry terakhir untuk tahun 2010. Alhamdulillah...

Tuesday, December 28, 2010

Di penghujung...

Entahlah, dah nak balik-balik ni, makin menjadi-jadi pulak barang-barang kat rumah ni rosak. Mula-mula fridge, lepas tu microwave oven, dah tu TV. Nak bagi kita paling sakit kepala, komputer pun boleh rosak jugak! Addoooii... sabor ajelah. Mana tahan tak ada TV kat rumah, mana tahan tak dapat beronline kan? kan? Akhirnya dua-dua terpaksa beli baru. Bengkok...

16hb kelmarin kita balik ke Batu Pahat untuk Majlis Perjumpaan keluarga. Alhamdulillah... walaupun ada dua keluarga yang tidak dapat hadir, majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Nantilah, Insya-Allah bila ada masa dan gambar-gambarnya, dapatlah kita bercerita sikit-sikit pasal majlis ni. Mengejar masa sementara Haniis tidur.

Balik ke sini 21hb beramai-ramai dengan Mak Abah Mertua, Abang Kakak Adik Ipar dan anak-anak sedara. Buat rombongan besar ke Bandar Sri Begawan. Alhamdulillah lagi... tercapailah hasrat untuk diaorang sampai ke sini sebelum kitaorang pergi.

Kereta-kereta kita pun dah selamat dijual. Tadi pagi mula mengemas barang masuk ke dalam kotak. Sungguhpun banyak permainan yang dah patah-patah dan buku-buku yang rosak tu dibuang, boleh tahan jugak banyaknya lagi yang tinggal. Ini pun belum siap lagi.

Ini baru bab buku, belum lagi bab kertas-kertas dan bil-bil dan hentah apakebendenya yang terselit sana-sini dalam laci, fail dan gerobok. Belum lagi bab baju, selimut-gebor, periuk belanga, Tupperware, pinggan-mangkuk... aaaa... mabuk-mabuk!

Walaupun sebenarnya barang-barang nanti packers yang bungkuskan tapi kita kena jugak asingkan dulu mana benda nak dibawak dan mana yang tidak. Kalau tak... semua diaorang main boh aje bungkus. Lagilah menambah-nambah pening...

Hmmm... maaflah. Kali ni tak dapat nak borak panjang dan letak gambar-gambar. Memang terpaksa buat entry ringkas dan cepat. Haniis pun dah nak bangun ni nampaknya. Dia pulak tak sihat. Selsema dan batuk. Tadi badan dah mula dedar-dedar. Kesian dia... Harapnya cepatlah dia sihat.

Until later...

p/s Abah, kita bersyukur Abah dah keluar hospital. Insya-Allah, bila kitaorang balik nanti... kita buat arrangement untuk Abah dapatkan ubat yang perlu tu ya...

Sunday, December 12, 2010

Tumis Terung...


Ya, Cik Abang telah pun melepaskan tugas memasak sehabisnya tempoh kita berpantang. Oooww maan... hehehe... nak buat camne. Dah gitu janjinya kan? Apapun, kita amat berterima kasih atas kesanggupan dia tu, Alhamdulillah... Ok, inilah resipi pembuka entry masak-masak selepas bersalin.

Sebenarnya, kita dah tak tau macam mana lagi nak menggayakan terung ni haaa. Di pajeri sudah, goreng berlada sudah, dimasukkan dalam kari dan asam pedas pun sudah. "Nak masak apa lagi terung ni ek?" kita tanya Cik Abang. Dia jawab, "Tumiskan ajeee..." dan inilah hasilnya. Kita tak pernah masak terung cara ni tapi sedaplah jugak jadiknya! Meh cuba...

Tumis Terung
4 biji terung saiz dan panjang sederhana
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah
1 jemput ikan bilis
garam
lserbuk ada hitam dan lada putih

Terung dibasuh dan dilap kering dengan kain bersih.
Ini adalah untuk mengurangkan minyak merecik-recik masa menggoreng nanti.
Hiris bulat dengan ketebalan sederhana.
Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng agak-agak tiga suku masak.
Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.

Tak perlu goreng lama-lama sebab kepanasan selepas menggoreng akan terus memasak terung. Bila ia sejuk, terung akan jadi cukup masak untuk dimakan...
Hiris bawang merah, bawang putih dan lada merah.
Kurangkan minyak dari gorengan terung tadi.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, lada merah dan ikan bilis.
Teruskan menumis hingga kesemua bahan hampir garing.

Dah ngam dah ni...
Masukkan terung yang dah digoreng tadi bersama garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa.
Gaul rata. Angkat dan hidang.

Sedia maklumlah, terung ni menyerap minyak bila digoreng. Jadi masa mengambil hidangan dari kuali tu, pandai-pandailah buat supaya minyak yang berlebihan tu ditinggalkan dalam kuali... macam ni...

Macam kuah...
Until later...

Monday, December 6, 2010

Garage Sale...

Proses mengemas dah mula. Kita keluarkan segala-mala barang kat dalam stor tu dan mana-mana benda yang tak mau guna atau simpan lagi kita jual semalam. Kat kawasan Panaga, Seria dan Kuala Belait, Garage Sale memang perkara biasa. Yelah, kan ramai expat. Bila nak balik negeri, mesti buat Garage Sale punya.

Memang ramai menyerbu kalau ada Garage Sale ni. Inilah peluang nak dapat barang elok dengan harga runtuh. Contohnya semalam, kita iklankan Sale mula pukul 10.00 pagi. Tapi pukul 8.00 pagi diaorang dah datang rumah dah. Erk! Tak menyempat-nyempat. Kita tengah sarapan kan... sabor ajelah.


Bahagian ni, barang-barang kita...

Yang best tu, kawan kita Surina yang sama-sama join sale ni siap kena tegur, kenapa dia start lambat sangat. Orang (maksudnya dia la tu) dah tunggu. Ewah, ewaaah... yang datang pukul 9.00 sape suruh! Tunggu ajelah kan? kan?

Belah ni pulak barang-barang Surina. Kak Salina datang lambat sikit, masa tu dah sibuk sampai tak ingat nak ambik gambar...

Buat Garage Sale nak kena sabar banyak-banyak. Diaorang kat sini gila-gila tawar-menawar. Bayangkanlah seluar jeans yang masih cantik dan biru tu kita letak harga $3.00 pun masih nak tawar jadi $1.00. Agaknya kalau letak $1.00 mesti mintak free terus... hahahaha...

Surina keluarkan stok Tupperware dengan harga istimewa. Kak Salina keluarkan baju-baju lama dia. Alhamdulillah, walaupun masih ada barang berbaki, banyak jugak yang dah terjual. Dapatlah jugak sikit-sikit duit hasil. Budak-budak apa lagi, mintak belanja pizza dan stuffed mushroom dari Fratini la...

Kawasan lapang dengan ketiadaan akuarium...

Kita dah mintak Cik Abang simpankan lebih kurang $200.00 dari hasil jualan. Nak beli benda ni bila balik Semenanjung nanti. Yes! Dah lama mengidam. Akhirnya akan dapat jugak Insya-Allah.

Macam kat kedai. Pengubat kelenguhan jiwa bila nak menggosok baju...

Yang ini pulak gambar si Haniis tengah menatap tangannya. Sampai juling-juling mata.

This is my hand...

Until later...

Wednesday, December 1, 2010

Tetamu dari jauh...

Pukul 3.45ptg semalam Cik Abang call kita dari ofis. Dia beritau, rombongan 30 orang tetamu nak singgah ke rumah. Wah... biar betul ni! Takut Cik Abang bergurau, kita pun telefon sendiri ketua rombongan. Ha ah lah... betul... 37 orang sebenarnya. Dah on the way dari Miri. Satu bas besar katanya.

Siapa diaorang tu? Rombongan sepupu kita, Abang Akim dengan keluarga mertua dia yang datang ke Brunei untuk pernikahan adik iparnya di Bandar Seri Begawan. Diaorang sampai hari Sabtu kelmarin. Memang awal-awal lagi kita dah jemput datang ke rumah. Cuma semalam aje baru diorang confirm... hahaha... Takpelah, janji orang nak datang rumah kita kan?

Okeh oraitlah... kita pun terus tukar baju, sambar tudung, beg tangan dan kunci kereta... zoom pergi Supa Save. Sampai sana capai ayam, salad, timun, tomato, lada, kordial sirap ros, cheese cake dan chocolate cake serba sebijik.

Dah tu zoom pergi rumah Oni dan Linda pulak. Pinjam periuk nasi besar dan bekas air, bekas nasi yang tahan panas tu. Sampai kat rumah, apa lagi... bersilatlah kat dapur. Cik Abang balik bawak air mineral dan sedikit buah-buahan yang kita lupa nak beli tadi.

Alhamdulillah, dalam pukul 6.00ptg, Nasi Ayam dah siap dimasak dan meja dah siap tersusun. Ngam-ngam aje timing sebab pukul 6.30 diaorang pun sampai. Dapatlah diaorang Solat dan melayan anak-anak untuk ke bilik air. Meriah rumah...


Jemputlah makan...

Meriah...

Sempat jugak kitaorang berkenal-kenalan walaupun sekejap...

Lepas siap makan, diaorang pun bertolak balik ke Bandar dalam pukul 9.00mlm. Gembira hati dapat melayan tetamu. Walaupun dengan tak seberapa, harap diaorang balik dengan kenangan gembira.
Bergambar ramai-ramai dah mesti. Berbaju putih paling kiri tu ialah Abang Akim. Berbaju putih bertudung hitam tu, isterinya Kak Ida. Pengantin duduk tengah kat sofa diapit Mak Ayahnya...

Kan dah kata satu bas. Besssar punya!

Until later...

Monday, November 22, 2010

Seminggu yang berlalu...

Sempat mengonline sementara menunggu nak pergi rumah sebelah...

Tentunya mesti ada cerita tentang sambutan Hari Raya Aidiladha. Majlis dibuat di rumah Dr. Agus dan Kak Zati. Makanan macam biasa la... pot luck ramai-ramai. Alhamdulillah, majlis Hari Raya merangkap Majlis Perpisahan untuk 2 keluarga iaitu keluarga Hisyam & Aini dan Kamaruddin & Huda... hehehe...

Makanan di meja no. 1. Meja no. 2 pun sama banyaknya...

Dari kiri - Ahmad Ziyad, Husna Asiyah dan Nur Haniis...

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua kengkawan yang datang dan yang sudi menyumbang wang dan bersusah-susah membeli hadiah perpisahan.

Yeay! Dapat Tupperware dan senaskah Riyadhus Salihin...

Alhamdulillah, kita juga sangat bersyukur dengan keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Hannan yang tak menghampakan. Ada yang mengusik dia, nanti akan dapat hadiah apa?

Kalau nak diikutkan, dia ni dah lama mengendeng, nak sangat hadiah Vaio Notebook. Walaupun sejak mula lagi kita tak setuju, kelmarin dia mengecek lagi... hehehe... manalah tau kot-kot kita tukar fikiran kan? Tapi sorilah Nan, no go!

Nantilah, bila dah sampai waktu dan keperluannya, Insya-Allah akan dapat jugak sebijik. Bukan apa, takut nanti leka. Sedangkan dengan laptop yang kongsi ramai-ramai ni pun boleh leka seharian bila dah mengadap, apatah lagi kalau dah ada laptop sendiri. Sementara tu, tunggu dan sabor ajelah yea...

Notebook idaman Hannan. Kalau yang ini... Ibu pun nak sebijik jugak!

Until later...

Saturday, November 13, 2010

Sentimental ler pulak malam-malam nih...


Sebelum ni kita tak pernah terlintas pun nak mengambik gambor jari anak-anak masa diaorang masih baby sebagai kenangan. Sayang kan?



Sedangkan masa begitu cepat berjalan. Tengoklah Haniis, tak lama lagi umur dia dah nak masuk 2 bulan. Muka dah bulat dan badan pun dah makin berisi. Kita rasa macam tak terkejar nak menyimpan kenangan.

Camtu jugak dengan anak-anak yang lain, rasa macam tiba-tiba aje diaorang tu dah besar tinggi. Siap boleh terkejut tanya diri sendiri, "Bila masa ler pulak ek?"

Bak lagu Maher Zain "When a baby's born, so helpless and weak, and you're watching him growing, why deny... what's in front of your eyes... the biggest miracle... of life..."

Sentimental kak ooiii... Orang Melayu panggil, sayuuuuu... uhuks!

Until later...

Friday, November 12, 2010

Hadiah Kurnia...


Siapalah sangka rezeki Haniis lahir di Brunei, wang tunai sebanyak BND 700.00 Alhamdulillah... tak sia-sia berkejar ke Hospital pukul 3.30 pagi. Nanti masuk akaun Tabung Haji ya Haniis...

Majlis Penyampaian dibuat di Kem Tentera Darat, Lumut. Punyalah ramai orang Ya Rabbiiii... Itupun cuma salah-seorang ibu atau bapak aje yang boleh mengiringi bayi ke dalam dewan, kalau tak, lagi-lagilah penuh sesak.

Cik Abang sedang mendaftar kedatangan...

Bayangkanlah, dengan hampir seribu orang bersama bayi masing-masing kat dalam dewan, boleh dengar macam-macam lagu bayi menangis. Boleh tengok macam-macam gaya ibu-ibunya nak melayani 1001 macam kerenah.

Tak cukup duduk, terpaksa bangun. Tak cukup berdiri terpaksa berjalan. Dah menyusukan kena mendodoi ler pulak. Takpun pergi tukar pampers. Aduuh... 3 jam menunggu, macam-macam cerita!

Sempat bergambar sebelum masuk ke dalam dewan menunggu...

Nasib baik ler pukul 7.00-10.00 pagi tu memang waktu Haniis tidur. Kalau tak, kalut jugak ler kita... Lagilah masa tu perut dah sangat-sangatlah lapar sebab tak sempat sarapan pagi. Nak cepatlah konon kan?

Good girl...

Akhirnya pukul 11.30 pagi baru ler dapat bersua dengan puteri Sultan Brunei untuk terima sampul voucher. Nasib baik jugak ada jamuan makan tengahari kat khemah, dapatlah mengisi perut yang sangat lapar tu. Ahh... satu lagi kenangan manis di Brunei.

Until later...

Monday, November 1, 2010

Sambal Hitam...

Sambal Hitam...

Kali pertama kita terserempak resipi ni ialah semasa menonton rancangan Selera Tradisi di TV1 beberapa minggu lepas. Sambal istimewa orang Pahang.

Menarik betul, nak-nak bila tengok diaorang rebus belimbing buluh ni sampai jadi hitam-legam. Tak pernah tau orang guna belimbing buluh macam ni. Paling-paling pun tengok Mak Yah gaul dengan garam dan jemur sampai kering. Kemudian dia jadikan belimbing ni salah satu ramuan dalam Acar Buah.

Selesai rancangan... kita mestilah nak try punya. Kalau tak kerana berpantang, lagi awal dah kita try. Kebetulan hujung minggu lepas Cik Abang beli kat tamu. Separuh dia dah buat Ayam Masak Lemak. Daripada biarkan bakinya lembik kat dalam fridge tu, baiklah kita buat eksperimen kan?

Haaa... jadi sedaap! Rasanya masam manis pedas. Sukatan kat bawah ni kita main anggar-anggar setelah meneliti beberapa resipi online. Resipinya pelbagai, ada yang letak halia, ada jugak yang letak bawang putih.

Kita ikut bahan-bahan yang digunakan dalam rancangan TV tu, cuma sukatannya tu yang kena ubah. Diaorang masak satu kuali besor. Belimbing yang diaorang rebus tu pun dah sebaldi. Fuh! Mana boleh lawan... Meh tengok.

Sambal Hitam

15 biji belimbing buluh
10 biji cili padi
8 biji bawang merah
1 jemput ikan bilis
1 sdt gula
sedikit garam

Belimbing buluh dibasuh dan direbus hingga jusnya kering dan warnanya bertukar hitam.
Tumbuk cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
Tumiskan rencah, garam dan gula hingga naik minyak.
Kemudian masukkan belimbing buluh.
Goreng hingga agak kering. Sesuaikan rasa garam dan gula.
Sedia untuk dihidang.

Nota:
Kalau ikut cara sebenar, belimbing dibiarkan rebus tanpa diganggu sehingga benar-benar kering. Ambik masa berjam-jam terutamanya kalau buat banyak sekaligus. Bila dah siap, belimbingnya masih lagi berbentuk dan bila nak masak barulah ia ditumbuk.

Tapi tadi kita buat shortcut. Bila belimbing dah mula lembik, kita lecek-lecekkan dan terus sangai sampai warnanya coklat tua. Ambik masa dalam 45 minit aje. Lagipun bukannya banyak sangat belimbing yang ada. Cukuplah untuk buat rasa-rasa...

Tiga peringkat rupa belimbing semasa dimasak...

Until later...

Friday, October 29, 2010

Labu Masak Lemak...

Jemput makan...

Kelmarin kita masuk dapur. Yelah, kasi peluang kat Cik Abang pergi keluarkan peluh main bola. Lagipun dah lama sangat kita tinggalkan dapur, dah naik berkarat skill masak-memasak kita ni ha...

Tengok ajelah haritu, teringin sangat nak masak Nasi Dagang untuk Mak dan Abah. Sepanjang-panjang waktu kita mengukus nasi, hati berat berkata, ada benda yang kurang. Fikir dok fikir tapi tak dapat jugak nak rumuskan bahan apa yang kita lupa.

Bila dah siap, dah hidang, dah makan dalam separuh pinggan, Cik Abang kata "Eh! Ibu tak letak bawang-bawang dengan halianya eh?" Haaa... betul lah tu! Hadoooi... sabor ajelah.

Sejak akhir-akhir ni pulak, kita suka betul makan labu. Tak taulah kenapa, padahal dulu-dulu memang tak pandai langsung nak makan. Tapi tak apalah, dah nikmat Allah nak beri, kita terima ajelah dengan kesyukuran... Alhamdulillah.

Labu Masak Lemak

1/4 biji labu sederhana besar
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 jemput ikan bilis
1 sdt biji lada hitam
1/4" halia
1/4" kunyit
1/2 kotak santan pekat
1 helai daun kunyit
garam

Buang kulit labu dan potong saiz sederhana.
Rebuskan sehingga separuh masak.
Jangan gunakan air yang terlalu banyak, cukup hanya separas labu di dalam periuk.
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, lada hitam, halia dan kunyit.
Masukkan rencah ke dalam periuk bersama garam, santan dan daun kunyit yang dihiris halus.
Didihkan atas api perlahan hingga santan masak dan labu empuk.
Sesuaikan rasa garam. Sedia untuk dihidang.

Kalau nak gunakan daun selasih pun boleh dan kalau nak kuah pedas, tumbukkan sekali cili padi. Rasanya hujung minggu ni kita akan masak lagi lauk ni sebab labu kelmarin masih berbaki. Sedapnya... sedapnya!

Until later...

Monday, October 25, 2010

Tok Jah Naik Haji...

Alhamdulillah... akhirnya tercapai jugak hasrat Tok Jah, nenek Cik Abang untuk ke menunaikan Fardhu Haji selepas lebih kurang 8 tahun menunggu. Dia bertolak dari Kelana Jaya Jumaat 22hb lepas bersama makcik Cik Abang, Ngah Amah. Cik Abang sempat terbang pulang untuk menghantar diaorang berlepas.

Semasa baru selesai makan di gerai-gerai bersebelahan kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Yang bertelekung di sebelah kiri ialah Ngah Amah. Yang tersenyum lebar mengadap kamera itulah Tok Jah...

Mak Mertua bersalaman dan berpelukan, ucapkan selamat pergi pada Tok Jah...

Kita doakan Tok Jah dan Ngah Amah akan terus sihat di sana dan dapat melakukan ibadah Haji dengan sempurna. Semoga mendapat Haji yang mabrur, Insya-Allah.

Ini pulak ole-ole yang Cik Abang bawak balik ke Brunei. Suratkhabar hari Ahad dan majalah-majalah kegemaran memang satu kemestian. Memang beli banyak-banyak sekaligus. Ini pun ada lagi beberapa majalah yang tak ada.

Mari membaca... sambil makan coklat yeay!!

Yelah, kalau beli kat Miri harganya dah jadi mahal. Kalau beli kat Brunei, lagilah mahal. Katalah harga majalah Solusi kat Semenanjung RM 9.00, kat Brunei dah jadi BND 7.00, kadang-kadang diaorang hentam BND 9.00. Majalah Midi pulak RM 4.20, kat sini harganya BND 4.20. Berganda-ganda dah tu...

Coklat Bounty kegemaran kita Cik Abang beli kat Airport tapi sayangnya pisang salai favourite kita dia tak dapat jumpa masa balik Batu Pahat. Itulah, salah sendiri... mintak dah last-last minit kan? Mana sempat nak meround cari. Takpelah, lain kali Insya-Allah adalah rezeki untuk kita makan pisang salai. Kita bersyukur dengan apa yang ada.

Until later...

Monday, October 18, 2010

Kehidupan seharian...

Sempat bergambar sebelum bertolak balik...

Minggu lepas Mak & Abah kita ada di rumah. Diaorang sampai di Brunei pada hari Sabtu 9hb dan terbang pulang pada hari Sabtu 16hb. Insya-Allah, Mak Abah Mertua dan adik ipar akan ke sini bulan depan pulak. Saja aje ajak diaorang datang menengok cucu dan jalan-jalan Brunei sebelum kitaorang balik ke Semenanjung. Kira peluang akhir ler ni.

Hari Jumaat, kitaorang ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar. Mendaftar kelahiran dan buat permohonan Emergency Certificate untuk Haniis. Bila dah dapat Borang W (Sijil Daftar Kelahiran untuk anak yang lahir di luar Malaysia) dan Emergency Certificate tu, barulah boleh ke Miri untuk buat Passportnya pulak. Haaa... jauh berjalan si Haniis walaupun umurnya tak sampai sebulan.

Sekarang ni tugas memasak masih lagi dipegang oleh Cik Abang. Cuma kita beritau dia, tak perlulah dia masakkan lagi lauk orang berpantang untuk kita. Kita nak makan lauk yang biasa-biasa aje.

Bukannya dah muak tapi masalahnya... bila makan lauk orang berpantang ni, kita jadik berselera sangatlah! Makan sampai bertambah-tambah, macam sedap sangat rasanya. Hai, tembam pulak jadinya nanti. Yang herannya, bila makan lauk biasa-biasa, boleh pulak control portion. Hentah hapape aje kan?

Insya-Allah, Majlis Akikah Haniis akan dilangsungkan malam esok. Buat sekaligus dengan Husna Asiah, anak Noorlyn yang lahir 9hb kelmarin. Sekaligus jugak merai rakan-rakan yang akan menjalani ibadah Haji.

Cik Abang dan kengkawan akan rewang petang ni untuk mengupas, menghiris, mengisar semua bahan-bahan yang perlu. Tengahari esok diaorang akan memasak pulak. Majis bermula selepas Maghrib.

Bapa-bapa dan anak-anak lelaki akan berada di Surau Panaga. Ibu-ibu dan anak-anak perempuan akan berada di rumah Hj Norull & Kak Hawa. Terima kasih tak terhingga pada diaorang berdua yang sanggup jadi host untuk majlis ni.

Wajah Haniis semasa dia tak tidur...

Until later...

Thursday, October 7, 2010

Sudah seminggu...

Si comel Haniis...

Esok hari Jumaat, bermakna genaplah seminggu Haniis bersama-sama kita. Alhamdulillah, dia semakin membesar, sihat dan sudah menampakkan karekternya yang tersendiri. Sedikit kekuningan tapi itu adatlah baby baru lahir. Insya-Allah tak lama lagi hilanglah tu...

Sudah seminggu jugaklah tugas-tugas memasak diambik-alih oleh Cik Abang... hehehe... lama sikitlah ya untuk keluar resipi masak-memasak. Selagi dia sanggup nak memasak, kita ambik cuti MC la...

Cik Abang ni boleh tahan jugak skill memasak dia. Cuma itulah... dapat rasa bila kita dalam berpantang aje. Budak-budak siap terkejut Babah diaorang pandai masak. Lepas ni bolehlah suruh diaorang usha-usha Babahnya untuk tunjuk skill kat dapur lagi.

Kalau orang kata air tangan seorang Ibu dan Isteri tu pengikat hati anak-anak dan Suami, apa bezanya dengan air tangan seorang Bapa dan Suami kepada anak-anak dan Isterinya? Malah mungkin lebih terasa keistimewaannya.

Yang ini pulak ialah sambal ikan bilis orang berpantang resipi Mak Mertua kita. Ikan bilis dicelur dengan air mendidih dulu dan kemudian ditumbuk bersama bawang merah, sedikit halia, lada hitam dan garam penambah rasa. Nampak sempoi aje tapi sangat sedap dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas yang baru ditanak.

Hati-hati... boleh bertambah-bertambah nasi bila dah pekena sambal ni...

Until later...

Monday, October 4, 2010

New Baby...


Memperkenalkan, ahli keluarga terbaru... Nur Haniis Binti Kamaruddin.

Telah selamat lahir pada jam 4.55pg, Jumaat 1hb Oktober 2010 di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, Brunei.

Alhamdulillah... kita dan Cik Abang sangat bersyukur semuanya berjalan dengan begitu lancar. Anak-anak semuanya gembira menyambut adik baru.

Kali pertama bersua...

Sementara Haniis sedang nyenyak tidur ni... ambik kesempatan mengupdate sekejap.

Sekarang kitaorang berdua dah berada di rumah dan masing-masing berbau minyak kelapa, dedaunan dan rempah-ratus. Ambik full treatment dengan Kak Rodiah ler ni.

Hari ini ialah hari pertama kita berurut dan bersauna. Ini pun menunggu pukul 3.00ptg sebelum dapat menanggalkan bengkung berempah ni ha.

Tekak pulak masih terasa pahit penangan sesudu besar maajun dan segelas besar air rebusan daun. Eeergk! Satu hari 3 kali tau...

Tahan, tahan, sabor, sabor... nak cantikkan? Eehh! Nak sembuh la.. hahahaha... Harap-harap berjayalah hendaknya.

Until later...

Tuesday, September 28, 2010

Kehidupan Seharian...

Harini ialah hari terakhir Cik Abang berpuasa sunat Syawal tapi Hannan masih ada lagi dua hari berbaki untuk mengganti puasa Ramadhannya.

Jadi sebagai perangsang untuk Hannan dan meraikan Cik Abang, kita naklah masakkan yang lebih special dari biasa. Dah kita sendiri pun tak dapat nak join diaorang tahun ni.

Teringat masa Hari Raya kelmarin, kitaorang dijamu Nasi Daging oleh Ju dan Hasmin. Hmmm... menarik jugak kalau dapat buat kan?

Jadi kita pun Google la sana-sini dan dapatlah resipi yang hanya perlukan rempah-ratus yang ada di rumah. Bila dah siap, rasanya memanglah sedap tapi masalahnya sekarang, kita dah tertawan dengan nasi yang Ju masak tu haa...

Nak kena pergi berguru ni nampaknya. Kalau boleh, kena dapatkan rempah istimewa yang diadun sendiri oleh makcik dia tu, special delivery dari Kedah!

Apapun, inilah hasilnya...

Pinggan Cik Abang yang sempat kita snap gambarnya sementara dia makan kuih...

Dalam pada tu, hentah apa la agaknya yang membuatkan kita teringin sangat nak makan kuih Badak Berendam ek? Hish... makin menunggu hari ni, makin menjadi-jadi pulak sweet tooth kita. Cepatlah baby... sebelum Ibu pun jadi saiz badak sebab makan manis banyak sangat... hahaha....

Lagi sekali kita Google sana-sini dan bila tengok nak membuatnya takdelah susah sangat, kita on ajelah dan inilah hasilnya...

Bukan aje ini kali pertama kita buat kuih Badak Berendam, ini jugak kali pertama kita merasanya, jangan tak percaya... sedap jugak!

Maaf ye harini takde resipi. Bak kata orang Brunei, "Ngalih kalia...." Letih...

Until later...

Sunday, September 26, 2010

Ayam Ala Rendang...

Ayam ala Rendang...

Ala Rendang atau seperti rendang sebab ada rasa rendang tapi kita tak gunakan beberapa bahan utama rendang.

Tak gunakan santan, lengkuas, daun kunyit dan daun limau purut. Kenapa? Sebab masa kali pertama masak lauk ni, benda-benda tu takde kecuali daun limau purut. Cik Abang tak berapa suka bau dan rasanya, jadi walaupun pokoknya subur kat belakang rumah, kita memang tak letak pun.

Pada asalnya, kita nak menghabiskan rempah-ratus yang tinggal sikit-sikit tu haa... Jadi campak-campak ajelah apa yang ada. Bila dah siap, budak-budak ni suka ler pulak.

Bila diaoranga tanya apa nama lauk ni, kita kata, "Hentahlah... Ibu masak main campak-campak aje. Sedap ke?" Dahlah diaorang panggil lauk ni Ayam Campak. Hahahaha... tak senonoh betul!

Kalau nak cuba, inilah resipinya...

Ayam ala Rendang

1 kg ayam
3 sdbsr lada kisar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai

3 sdbsr ketumbar
2 sdbsar jintan manis
1 sdbsr jintan putih
1 sdbsr lada hitam biji
1 sdbsr lada putih biji

2 sdbsr gula merah
4 sdbsr kerisik
1 kepal kecil asam jawa
sedikit air
rempah tumis : kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang
garam secukup rasa

Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Serai dihiris halus.
Kisar atau tumbuk kasar ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan lada putih.

Tumiskan lada kisar dan rencah bawang-halia.
Bila dah naik minyak, masukkan rempah, gula merah, kerisik, rempah tumis dan garam.
Bila dah naik baunya, masukkan ayam dan air asam jawa.
Reneh atas api sederhana hingga ayam benar-benar masak dan kuahnya pekat.
Kalau air dah kering tapi ayamnya masih mentah, tambahkan sedikit air dan renehkan lagi.
Sesuaikan rasa garam, gula dan asam. Siap untuk dihidang.

Nak masak lauk ni, rempah-rempahnya memang kena dikisar atau ditumbuk kasar-kasar. Kalau halus sangat atau guna serbuk, tak berapa menjadi. Nak gantikan ayam dengan daging pun boleh jugak.

Bolehlah kalau setakat nak masak untuk lauk hari-hari. Tapi kalau nak masak untuk jamuan Hari Raya, masaklah rendang guna resipinya yang asli yea...

Until later...

Thursday, September 23, 2010

Tumis Pucuk Timun dengan Labu Kuning...

Jemput makan...

Dah lama tak masukkan entry masak-masak kan? Kali ni kita masak pucuk timun pulak. Ini baru kali ke empat kita memasaknya. Dulu kita tak berapa pandai, salah teknik. Kali pertama tu, sayurnya tetap kasar dan keras walaupun lepas dimasak. Tak sedap langsung! Hehehe...

Kalau teringin nak makan, kita akan pergi ke kedai Kak Jamilah di Miri tu. Dia masak simple... tumis dengan bawang, lada dan belacan aje, tapi sedap dan lembut sungguh sayurnya.

Sebelum puasa aritu, kita terjumpa sayur ni dimasak dengan labu kuning kat kedai Makcik Fatima Bibi di Seria. Sedapnya...

Hallamak... tak boleh jadi ni. Takkan nak harap beli aje. Besok bila dah balik KL, nak carik kat kedai mana pulak dah? Yang ini kita mesti kena pandai.

Jadi kita beramah-mesralah dengan makcik tamu yang jual pucuk timun ni. Haaa... tanya dia macam mana nak menyiangnya, macam nak buat daunnya jadi lembut, cara nak masaknya... walaupun dalam kepala dah ada dah resipi.

Bila balik kita pun masaklah dan Alhamdulillah... menjadi. Meh kita cuba sama-sama!

Tumis Pucuk Timun dengan Labu Kuning

1/4 labu kuning saiz kecil
1 ikat pucuk timun
5 biji lada merah
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/4" halia
1 jemput ikan bilis
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
sedikit belacan (kalau mahu)

Mula-mula siang pucuk timun. Koyak-koyakkan daun yang besar jadi cebisan yang lebih kecil. Kemudian gosok-gosokkan daun di antara tapak tangan hingga ia jadi agak lembut. Siangkan batangnya seperti menyiang batang bayam. Asingkan keduanya. Ramas-ramaskan lagi daun semasa membasuhnya dan toskan.

Siang labu kuning dan potong jadi ketulan sederhana besar. Rebuskan dengan sedikit air hingga separuh masak. Angkat bersama air rebusannya dan ketepikan.

Tumbuk lada merah, bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis dan belacan (kalau mahu).

Tumiskan rencah hingga naik minyak. Masukkan batang pucuk timun dan sedikit air rebusan. Masak hingga ia lembut.

Kemudian masukkan pulak daunnya dan tambah lagi sedikit air rebusan supaya tumisan tak terlalu kering.

Bila semua daun dah masak, masukkan pulak labu kuning. Reneh hingga labu benar-benar lembut. Sesuaikan rasa garam dan hidang.

Kalau tengok dalam gambar, tumis kita berkuah banyak. Kita memang buat macam tu sebab ahli rumah ni suka makan lauk berkuah. Kalau nak tumisnya kering, tak usahlah tambah banyak sangat air rebusannya.

Segar dari tamu...

Sayur kampung dimasak cara kampung... memang sedap!

Until later...

Wednesday, September 22, 2010

9 Syawal 1431 / 18hb Sept 2010...

Depan pintu masuk...

Hari Ahad lepas kitaorang pergi beraya ke Bandar Seri Begawan. Mula-mula ke rumah kawan sepejabat Cik Abang di Sengkurong dan kemudian terus ke Malaysian High Commission, di Jln Kebangsaan, BSB.

Nak kata ada benda-benda istimewa sangat kat sana, memang tak adalah. Aturcara biasa-biasa, ada ucapan-ucapan sikit sebelum sessi berkenal-kenal dan makan-makan. Pergi pun saja-saja aje... last chance kan...

Tengah tunggu ucapan habis...

Kebetulan, majlis kali ini digabungkan sekali dengan majlis perpisahan TYT Dato Ku Jaafar Ku Shaari yang telah tamat perkhidmatannya.

Beratur ambik duit raya. Dapatlah sorang seringgit...

Rombongan KB & Seria sempat bergambar dengan TYT Dato...

Dah kenyang makan dalam kira-kira pukul 5.00 ptg, kitaorang pun bertolak ke rumah Pak Pin dan Aunty Jus di Perkampungan Rimba, Gadong. Tak dapat nak beraya lama, lepas Maghrib kitaorang pun bertolak balik ke Seria.

Sebelum balik, kita mengusha-usha Aunty Jus untuk datang ke rumah bila-bila dia beraya ke rumah kakaknya di KB. Ngam-ngam pulak dia kata memang nak ke sana hari esoknya. Alright, cantik!

Tapi tengahari Ahadnya tu, yang sampai cuma Pak Pin dengan dua orang anak dia, Alin dan Hadi. Bila tanya, diaorang kata Aunty Jus dengan yang lain-lain pergi ke KB dulu sebab dah janji nak makan tengahari.

Oklah tu, dah alang-alang lunchtime... kita hidangkanlah apa-apa lauk yang ada. Asam Pedas Ikan Sembilang, Tumis Pucuk Timun dengan Labu Kuning dan Sambal Sotong. Habis makan, Pak Pin pun beransur sebab dia nak ke Miri.

Lepas tu kitaorang pun lepak-lepak sampai ke petang, menunggu Aunty Jus... tapi tak jugak dia sampai-sampai. Hinggalah akhirnya dapat SMS dari Alin, yang beritau Aunty Jus tak jadi datang sebab merajuk Pak Pin pergi rumah kitaorang dulu dan tinggalkan dia.

Alamaaaak.... gitu pulak dah. Hmmm... takpelah Aunty, lain kali ajelah ya? Yang Pak Pin pun satu, next time... just follow the plan ler... taklah merajuk Aunty tu... hahahaha...

Until later...

Wednesday, September 15, 2010

6 Syawal 1431...

Tahun ni kita berwarna biru...

Ahamdulillah... walaupun tak dapat balik kampung, kemeriahan Hari Raya tetap terasa dengan sekelian kawan-kawan yang sama-sama tak balik kampung.

Di pagi raya pertama, kami semua beraya ke 5 buah rumah. Hari raya kedua, ke 4 buah rumah dan hari raya ke tiga ke 2 buah rumah. Semuanya masak sedap-sedap belaka, kenyang semua tetamu sampai ke malam.

Hari raya kedua ialah hari kitaorang merai tetamu. Kita dah siap-siap dah beli bahan-bahan untuk masak ayam masak kicap, rendang daging, kuah lodeh dan serunding kelapa.

Tapi Cik Abang tiba-tiba pulak nak tukar menu. Dia kata, "Kita buat soto ajelah! Sup tulang." Ini dalam kereta ni... masa perjalanan balik ke rumah selesai beraya di hari pertama ni. Sudah... mana nak cari tulang raya-raya ni? Kedai tutup ler...

Nasib baik lepas pusing-pusing, akhirnya jumpa tulang kat Milimewah. Bahan-bahan lain dapat beli kat salah-sorang Nyonya yang bukak kedai kat pasar tu. Hmmm... sabor ajelah kan?


Sebahagian tetamu lelaki...


Sebahagian tetamu perempuan...

Nak dijadikan cerita, sedang kita beraya... tiba-tiba aje kita diserang sakit belakang dan contractions. Mula-mula tu sikit-sikit, tapi makin lama makin kuat pulak sakitnya.

Ingat nak keep cool kat depan kengkawan tapi bila diaorang tengok muka kita dah bertukar-tukar warna jadi sekejap merah, sekejap pucat, tak senang duduk, tak senang berdiri... pecahlah tembelang... hahaha... Nasib baiklah dah di rumah yang terakhir.

Ada yang mengusik, mungkin dah nak kena ke hospital tapi gerak hati kata belum lagi masanya. Dalam pada tu, kita tetap berdoa-doa supaya baby bertahan sekurang-kurangnya lagi seminggu-dua. Tak sampai hati kalau baby lahir pada minggu ke-36 ni dengan badan yang kecik dan halus macam abangnya Adeem dulu.

Alhamdulillah... lepas berehat-rehat semalaman, kita dah ok semula. Siap boleh sambung beraya lagi esoknya. Hingga ke hari ini, kitaorang berdua masih lagi dapat bertahan, Insya-Allah hinggalah ke waktu yang lebih sesuai, doa-doakanlah...

Until later...