Sunday, January 27, 2013

Paceri Kering Terung dan Kelapa...

Paceri Kering Terung dan Kelapa...
Haaiiaa... puaslah pikir apa nak dipanggil lauk nih? Nak letak nama Paceri Kering El-Huda... rasa macam over la pulak kan... hahaha... Satu lagi resepi hantam asal jadik... sedaaap. Alhamdulillah...

Lauk terung lagi? Suka betul si Huda ni makan terung ek? Taklah jugak. Sebenarnya masa kita budak-budak dulu, tak reti makan terung kecualilah kalau dimasak paceri. Kalau masak gaya lain tak lalu... Sebab tu la sekarang ni kita suka sangat nak bereksperimen dengan terung...

Ini ialah olahan semula resepi klasik Paceri Terung tu. Meh cuba!

Paceri Kering Terung & Kelapa...

8 biji terung saiz kecil
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia
1 sdbsr udang kering
2 sdbsr lada kisar
2 sdbsr serbuk kari
5 biji cili padi
1 sdbsr gula
1 keping asam keping
1/4 cwn kelapa parut
sedikit daun kari
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit garam
minyak masak secukupnya

Bersihkan terung, lap kering dan potong memanjang di tengahnya tapi jangan sampai putus.
Goreng terung hingga lembut. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
Panaskan minyak dan tumiskan rencah yang dikisar tadi.
Masukkan cili padi yang dihiris, serbuk kari, gula, asam keping, kelapa dan daun kari.
Masukkan jugak serbuk lada hitam, lada putih, garam dan kelapa parut.
Tumis hingga naik minyak dan kering. Sesuaikan rasa manis dan masin.
Masukkan terung dan gaul rata. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Hmm... resepi Terung Goreng Berlada takde pulak masuk entri ek? Padahal itulah yang paling selalu buat. Rasanya macam ada pernah diambik-ambik gambarnya. Nantilah kita korek-korek kat album, tengok kalau ada. Kalau takde, kita masaklah yea... Insya Allah masuk entri...

Until later...

Tuesday, January 22, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...3

Bila diingat-ingat semula... malunya kita. Kemungkinan besar kita ialah pemegang rekod 'Ibu Paling Lewat' sepanjang sejarah kursus... 

Hari pertama kita lewat bangun dek melayan Si Haniis yang tak nak tidur sampailah pukul 3.00pg. Yang kita  ni boleh la pulaaaak terlelap sama lepas tu. Tahu-tahu aje dah pukul 8.30pg! Adooiii... 

Dalam pada hati berbelah-bagi nak pergi ke tidak... kita kerahkan budak-budak bersiap. Sambil-sambil kitaorang bersiap tu... cuba jugak telefon contact person NHA-Mind Secret. Yelah nak tanya macamana... boleh pergi ke... tak payah ke... boleh pulang duit ke... hehe...

Adik kita, Fiz kata, pergi aje... dia hantarkan. (Subuh tu Fiz relaks-relaks sebab ingat kitaorang dah pergi pagi-pagi naik teksi.) Waaa macam ribut! Dapat call back, diaorang pun suruh pergi aje. Kebetulan pagi tu ada sikit masalah dengan audio video... jadi diaorang pun mula lambat. Makanya budak-budak ni join kursus pkl 10.30pg...

Lepas buat late registration, dapatlah borak-borak dengan Dr. Norlee. Alhamdulillah... banyak maklumat yang kita dapat. 

Dalam pukul 11.30pg, kita mintak diri sebab nak pergi rekki jalan dan beli tiket bas balik ke BP. Untuk pengetahuan... Cik Abang dah terbang ke Qatar hari Jumaat, 21hb. Dia tak mau kita drive... jadi kenalah naik bas...
Cantik dan teratur, macam kat airport...
Kali pertama ni nak pergi Terminal Bersepadu Selatan. Dari Menara UOA naik LRT turun kat KL Sentral dan naik Komuter terus ke TBS-BTS. Sambil-sambil tu kita rekki... mana tangganya... mana lifnya... mana senangnya... mana susahnya... Beg baju besor sebijik, anak 5 orang berderet nak dibawak ni...

Lepas beli tiket... set plan dengan Fiz nak gi jalan-jalan. Jumpa semula kat Menara UOA pastu pergi KLCC. Ish... ramainya oraaaangg. Berhimpit-himpit tak boleh nak lalu. Masa menuju ke Surau untuk Solat Zohor, terbaulah bauan yang paling sedap dan wangi... ooo Garrett Popcorn rupanya...
Beli 2 pek popcorn caramel, 1 pek popcorn macadamia bersalut caramel yang sangat sedap. Nak lagi...
Inilah popcorn paling sedap (dan mungkin paling mahal) in the world... hahaha... Tak kisahlah... sesekali terlebih-lebih manis takpe la kan... Gambar ehsan Garrett Popcorn Shops Malaysia...

Pergi pulak Food Court. Aii...rombongan peminat K Pop dan drama Korea, bila ternampak kedai makanan Korea... terus ajelah mengorder. Makanan Korea ni  katanya pedas-pedas belaka. Dari jauh dah nampak merah merening warnanya... tapi kan... setakat yang dah 2-3 kali kita makan ni... takdelah rasa pedas sangat pun. Kiranya masih boleh kontrol ayulah kalau dimakan... 
Mangkuk batu punyalah berat, punyalah panas. Tarbakor lidah bila makan nasik...
Mungkin ke diaorang dah alter tahap kepedasan untuk sesuaikan dengan selera tempatan iaitu Qatar dan Malaysia? Hmm... kalau kat Qatar tahap kepedasan turun jadik 0.5 bolehlah faham. Tapi kalau kat Malaysia toksahlah. Hallamak... kitaorang ni kan makan sambal belacan, asam pedas dan gulai lemak cili padi Negeri Sembilan yang terkenal kaw-kaw punya tumbuk cili? Mungkinkah kena ke Korea jugak? Ewaah...

Keesokan paginya... haru-biru! Pagi tu teksi takde! Puas call... takde semua. Akhir-akhirnya terpaksalah Fiz dan suaminya Roy tolong hantarkan. Kemudian sepatutnya ibubapa datang semula ke tempat kursus dalam pukul 12.45tghari untuk sessi penerangan dan demonstrasi bersama anak-anak. 

Tapi aduuuhh mak aaiii... duduk depan komputer, mengadap senarai dan telefon tiap-tiap satu syarikat teksi... takde satu pun kata ada teksi! Dari pukul 11.00pg ni. Sudahnya bila dah masuk pukul 1.00ptg... terpaksalah kita call Fizah kat pejabat, mintak tolong dia balik dan ambik kitaorang. 

Akhirnya sampailah jugak kat Menara UOA dalam pukul 2.30ptg. Kita disambut dengan mata Aarif dan Adeem yang merah. Nangislah tu... Amiin ok-ok je... Takpelah Alhamdulillah... yang penting sampai...

Flight balik ke Doha pukul 2.45ptg 31hb Disember 2012. Alhamdulillah... masa sampai di KLIA haritu, adik ipar kita, Ayat dengan Mak Mertua yang datang menjemput. Sempat jugak menjenguk kakak ipar, Kak Oja yang masuk Hospital Putrajaya sebab semput yang teruk. 

Pagi 31hb tu kitaorang dah bersiap-siap sejak pukul 4.00pg. Awal sangat? Rakyat ramai kan... kang ada yang mamai laa... termenung laaa... itu-ini laaa... Kenalah bagi waktu persiapan yang cukup...
Sempat bergambar sebelum bertolak lepas Solat Subuh. Terima kasih Mak. Terima  kasih Abah...
Ayat, Mak Mertua dan Abah Mertua pun ikut sama menghantar. Alhamdulillah... Sampai di KLIA, makanlah dulu. Dalam perjalanan tak berhenti sebab takut terlewat. Dah tu adik kita, Noora dengan anak-anak dia pun sampai...
Walaupun jumpa sekejap aje, tapi bermakna...
Tengok tu... punyalah seronok. Berlari dengan girang macam kat padang...
Kali ni kita travel light. Beg-beg campur barang-barang dalam kotak cuma 88kg aje. Apasal sikit sangat? Entahlah ek? Macam takde mood sangat nak shopping-shopping lebih-lebih...
Haniis dan Tok Abahnya...
Ini gambar Abah dengan Haniis. Gambar belah kiri tu yang terbaru. Yang belah kanan tu masa balik cuti bulan Julai. Abah kata dekat 2 bulan dia tak ada selera makan sebab tekak dia rasa pahit sangat. Memang Abah tak selera langsung. Itu yang mendadak sangat turun berat badannya. Hmmm... kitaorang doakan Mak dan Abah sentiasa sejahtera... Amiin...

Until later...

Wednesday, January 9, 2013

Kursus Pengaktifan Otak Tengah di NHA-Mind Secret...

Masa kita tengah mengurai kertas suratkhabar lama untuk buat alas menyiang sayur... kita terjumpa sisipan Mode dari akhbar Mingguan Malaysia 29hb November 2012. Tajuknya sangatlah menarik perhatian... kita tak pernah dengar dan tak pernah tau...
Jadi lepas siap-siap masak, kita terus buat research dan kita kata ini sesuatu yang fantastic. Bagus sangat-sangat kalau dapat hantar budak-budak berempat tu... dapatlah skill baru yang bermanfaat pada cuti sekolah kali ni. Tapi disebabkan kursus ni dibuat khusus untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah, Hannan tak dapatlah join...

Alhamdulillah... Kursus berlangsung pada 22-23hb Disember 2012 kat Menara (B) UOA, Bangsar. Gambar-gambar kat bawah ni ialah pada masa sessi penerangan, demonstrasi dan penutupan kursus pada hari kedua...
Ibubapa sedang diajar gerakan asas senaman merangsang otak. Hambik... melintang-pukang tangan, jari, siku semua...
Dalam gambar tu ialah Encik Muhammad Adha Maulud dan Puan Sawiah Omar, pengasas Modul Mind Secret. Masa ni diaorang tengah meninggalkan pesan, memberikan nasihat dan mengajar cara-cara meneruskan latihan yang perlu dibuat di rumah kepada ibubapa. Latihan perlu diteruskan sekurang-kurangnya selama 30 hari berturut-turut untuk mantapkan kemahiran menggunakan otak tengah...
Amiin, Adeem dan Aarif masa terima sijil penyertaan dan buat demonstrasi...
Yang menyampaikan sijil ialah Dr. Norlee Hazaniza Ahmad, penganjur kursus ni. Alhamdulillah... dapat berbual panjang dengan Dr. Norlee tentang kelebihan pengaktifan otak tengah...
Bergambar ramai-ramai sebelum balik...
Kisah pengembaraaan kitaorang berenam di sebalik Kursus Pengaktifan Otak Tengah di NHA-Mind Secret ni penuh cubaan dan cabaran. Tapi biarlah kita simpan kisah-kisah tu buat sementara yea... Kita nak ceritakan dulu pasal kursus yang sangat bermanfaat ni...

Sebagai pengenalan... meh baca sikit penerangan secara ringkas kat SINI. Penting untuk kita semua fahami... kebolehan membaca, menulis dan melihat dengan mata tertutup bukanlah satu-satunya matlamat Pengaktifan Otak Tengah... 

Pengaktifannya ialah pemangkin kepada keupayaan optimum kepada keseluruhan otak. Bukan saja ia memperbaiki fungsi Otak Tengah tu sendiri, ia jugak menjadi penghubung yang sekaligus menyeimbangkan perkembangan kedua-dua belah otak...

Ramai yang tahu secara semulajadinya... hampir setiap orang mempunyai bahagian otak yang lebih dominan, jika tidak Otak Kanan... ia Otak Kiri. Dan sebahagian besar cara pemikiran dan perwatakan seseorang itu terbentuk mengikut fungsi otak yang dominan. Kadang-kadang kalau sesebelah otak tu terlalu dominan, nanti pemikiran dan perwatakan akan jadi terlalu tipikal. Rugi kan kalau macam tu...?

Insyaa Allah... otak yang seimbang perkembangannya boleh menjadikan seseorang itu tinggi dan seimbang IQ dan EQnya...

Sebagai Ibu kepada 4 orang anak yang bersekolah di merata tempat... pertukaran suasana, bahasa dan gaya belajar menuntut daya penyesuaian yang tinggi. Sebolehnya kita tak mau diaorang rasa tertekan. Jadi kalau ada apa-apa cara yang boleh menolong, kenalah diusahakan. Insyaa Allah... the possibilities are endless kata orang putih...
Sekarang kitaorang tengah giat berlatih. Dan bila abang-abang dia berlatih, Si Haniis pun nak berlatih sama. Seronok tengok si budak kecik ni... natural aje....

Masa kursus tu... ada beberapa  orang anak yang sangat-sangat berbakat. Marvelous! Fabulous! Masya Allah... Salah seorangnya ialah adik Nabihah. Bijak! Memang bijak! Boleh tengok dia kat SINI. Berita dan gambar-gambar terkini boleh tengok di FB...

Until later...

Sunday, January 6, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...2

Khamis, 27hb Dis 2012... bawak budak-budak pergi tengok Abah kat Pusat Haemodialysis Darul Takzim, Jln Limpoon. Alhamdulillah... ada tiga perkara penting yang kitaorang amat bersyukur Abah dapat buat rawatan kat sini...
Biar diaorang tengok sendiri supaya faham. Rawatan berlangsung selama 4 jam. Kejang kaki Abah nak menunggu  siap...
Pertama - ini ialah pusat dialysis swasta tapi berkerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi pesara kerajaan macam Abah boleh buat rawatan kat sini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh JPA...

Kedua - tuntutan bayaran pun diuruskan sepenuhnya. Abah cuma perlu ke Putrajaya hanya sekali untuk kerja-kerja pendaftaran dan mendapatkan surat pengesahan. Bak kata orang Gomen - bukak fail laa...

Ketiga... ada petugas-petugas yang membantu dari mula hingga akhir semasa membuat haemodialysis. Makanan jugak disediakan...

Untuk pengetahuan... kalau di hospital kerajaan, rawatan adalah percuma. Tapi pesakit mesti datang dengan seorang pembantu untuk segala kerja-kerja persiapan sebelum rawatan bermula dan kerja-kerja mengemas selepas rawatan selesai. Makanan pun bawak sendiri. Pak Enal, suami makcik kita Mak Ha... dah jadi sangat cekap dalam hal ni lepas bertahun-tahun menemankan Mak Ha buat haemodialysis di Hospital Batu Pahat...

Bukan buruk lantak, Adeem berlakon aje tu... 
Ahad, 30hb Dis 2012... ambik peluang jalan-jalan dengan Mak Abah lepas ambik diaorang dari Kelas Pengajian Al Quran di Masjid Jamek Dato' Bentara Luar. Dalam perjalanan ke bandar, singgah kat Al-Haq Bakery yang maintain gaya klasiknya tu untuk beli roti panas. Punyalah sedap, punyalah lembut roti ni... tak sempat tunggu air kopi ke, teh ke, milo ke... apa ke... jam tu jugak dikoyak-koyak dan dinikmati bersama. Habis dua bantal dalam kereta!

Kemudian singgah di kedai Bin Ubod. Mak beli selai inner labuh dan belanja Hannan selai skirt labuh. Kita beli beberapa helai selendang murah untuk buat basahan pakai di rumah. Lepas tu kitaorang pergi makan tengahari kat sini... Abah belanja...
Kitaorang antara pelanggan tetap restoran ni...
Restoran Asam Manis ni memang penuh selalu. Makanannya sedap, servisnya cepat dan harganya tak mahal...
Fuuuhhh... menu yang membuat orang jauh jadi kecur dan jilat tapak tangan...
Layan air kedondong asam boi dan lai chi kang yang sejuuukkk sekali. Ambik pulak lauk kampung... urap daun selom, jenganan, labu masak lemak, sambal belacan dan ayam goreng. Nasi? Ehem... ini pinggan orang yang konon-konon jaga makan laaa... hahaha...

Until later...

Thursday, January 3, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...1

Pokok berdaun merah di Batu Pahat? Bukan... itu lampu. Kena tunggu malam baru boleh nampak  keindahannya...
Alhamdulillah... kita dah pun masuk ke tahun baru 2013. Alhamdulillah jugak kitaorang selamat sampai semula ke Doha pada malam tahun baru lepas lebih kurang 3 minggu bercuti di Batu Pahat...

Alhamdulillah... dapat jumpa Mak Abah, adik-adik perempuan Fiz, Noora dan anak-anak sedara. Walaupun jumpanya sekejap-sekejap aje. Adik lelaki tak berkesempatan. Dia balik ke Batu Pahat, kitaorang pulak ke Kuala Lumpur. Aiyoo.. miscommunication...

Meh tengok gambar dan baca cerita sekitar bercuti kat Batu Pahat. Cerita tak mengikut turutan masa tapi ikut turutan suka kita yang mana nak cerita dulu...
Budak bertiga duduk dengan Tok Abahnya...
Ini ialah Majlis Berkhatam Al Quran anak-anak murid Mak Abah yang berlangsung pada hari Isnin 24hb Disember 2012. Alhamdulillah... lima orang anak-anak ni dah selamat berkhatam. Majlis ditanggung dan diurus sepenuhnya oleh ibubapa diaorang. Cuma tumpang rumah aje...

Selepas beri sikit kata-kata aluan dan terima kasih, Abah menjemput Tuan Haji Saleh Saidi untuk memberi ucapan pulak. Beliau ialah Penyelia Guru-guru Al Quran Batu Pahat. Besar hati Mak dan Abah Tuan Haji Saleh Saidi dapat datang. Dia sebenarnya bercuti sakit untuk rawatan kanser. MasyaAllah... dipandang-pandang macam orang tak sakit...

Lepas tu Mak pulak beri sedikit ucapan dan mengumumkan bahawa diaorang tak dapat lagi menerima anak-anak kecik sebagai murid baru. Umur dah meningkat... dah tak larat. Maksudnya anak-anak murid yang ada ni ialah the last batch. Tapi bekas anak-anak murid dan anak-anak murid dewasa dialu-alukan...

Yang kelakarnya... lepas majlis habis... seorang ibu mendekati Mak dan mohon anak-anaknya diambil sebagai anak murid. Tak sampai hati nak menolak... apatah lagi budak-budak tu ialah cucu jiran yang sangat dekat dan anak kepada bekas anak murid diaorang jugak. Terima jugaklah akhirnya... 
Bekas anak murid yang berbaju hijau kat gambar paling atas tu sudah pun menjadi Guru Al Quran...
Keluarga bersama anak-anak mereka yang berkhatam Al Quran hari tu. Alhamdulillah... ada antara diaorang yang mendapat markah tertinggi dalam Ujian Tasmik iaitu ujian untuk mendapat Sijil Al Quran yang diiktiraf dari Majlis Agama Islam Johor.

Ada jugak yang dapat 8A dalam PMR yang lepas. Haaaiii... sejuk hati ibubapa masing-masing. Untuk pengetahuan... ibubapa yang dalam gambor tu pun tengah sedang belajar mengaji dengan Mak Abah...

Dah hampir lebih 20 tahun Mak Abah mengajar Al Quran. Mengajar dan jugak belajar. Mula belajar dengan guru-guru Al Quran sekitar Batu Pahat dan mendapatkan Tauliah Guru Mengaji Al Quran.

Kemudian diaorang melangkah lebih jauh. Dengan semangat belajar yang sangat tinggi... diaorang sanggup berulang setiap hujung minggu selama bertahun-tahun untuk Pengajian Al Quran di Universiti Malaya. Alhamdulillah... diaorang berkonvo ambik Diploma...

Lepas tu bertahun pulak berulang 2 kali seminggu ke Pontian dan Johor Bahru untuk mengambil Sanad Al Quran. Alhamdulillah... Mak Abah dah pun terima Sijil Sanad diaorang baru-baru ni.  Kita sangat-sangatlah impressed melihatkan Sijil Sanad yang berhelai-helai panjangnya tu...

Cuma ada kesedihan tentang hakikat tak ada seorang pun anak-anak dan cucu-cucu Mak Abah yang dapat menikmati kelebihan ilmu-ilmu baru diaorang. (Masa kitaorang adik-beradik khatam dulu... masih dengan cara pembacaan yang lama...) Ish... nak cerita pun terasa sebak. Anak-anak dan cucu-cucu semuanya duduk jauh belaka...
Gambar di majlis semasa menikmati hidangan...
Apapun... kita rasa syukur dengan semangat Hannan yang membakar bila dia tengok budak-budak sebaya dia dah khatam. Idea, cabaran dah dilontarkan dan dipersetujui cuma belum sempat story dengan Babahnya... so... itu lain kali cerita la ek...

Sehari sebelum majlis ni... kitaorang sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian Abang Sobirin, isteri dan anak-anaknya dalam kemalangan di Kemaman, Terengganu. Abang Sobirin ialah sepupu kita, anak Mak Mah kakak Abah... kawan bermain masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik sangat la dulu... masuk belasan tahun... dah segan nak berbual-bual. 

Jenazah mereka sekeluarga selamat dikebumikan di Bagan, Batu Pahat. Semoga mereka sekeluarga bersama orang yang beriman dan sentiasa mendapat Rahmat Allah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un... 

Until later...