Saturday, October 29, 2011

Pindang Serani & Sayur Tumis Telur...

Hari ni entry dua dalam satu. Bukan apa... kang kalau simpan-simpan... hentah bila la nak keluar pulak kan... Meh tengok!


Lauk simple-simple aje. Pindang Serani namanya. Senang sangat masak lauk ni, main hiris-hiris, ketuk-ketuk dan campak-campak aje. Tapi Alhamdulillah... budak-budak suka makan.

Pindang Serani...
1/2 kg ikan pilihan - kita guna Ikan Jenahak
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji lada cili
1" halia
1" kunyit hidup
1 btg serai
3 keping asam keping
garam, serbuk lada hitam & lada putih
2 cwn air

Hiris bawang besar dan kunyit, ketuk bawang putih, lada cili, halia dan serai.
Tumis kesemuanya hingga hampir garing.
Tambahkan asam keping, garam, serbuk lada hitam dan lada putih.
Tuangkan air dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan dan reneh hingga masak.
Sesuaikan rasa masam dan masin. Sedia untuk dihidang.

Lauk pindang ni memang sedap kalau makan dengan Telur Dadar tapi biasalah budak-budak... telur dadar habis tapi lauk sayur terbiar. Hai... geram betul. Jadi apa akal Ibu? Campurkan aje kedua-duanya. Lepas tu, hidangkan dengan pesanan, "Mesti makan semua... Siapa yang kutil sayur, kena kutil dengan Ibu yea..." Hahaha...



Sayur Tumis Telur...
1/2 cwn bunga kobis dipotong dadu
1/2 cwn lobak merah dipotong dadu
1/2 cwn daun ketumbar dihiris
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 biji telur
garam, serbuk lada hitam, lada putih

Cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan sebentar.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, dan daun ketumbar.
Masukkan jugak garam, serbuk lada hitam dan lada putih.
Tumis hingga sayur-sayur separuh masak.
Pukul telur hingga sedikit kembang dan tuangkan pada sayur.
Gaul rata dan masak hingga telur kental. Siap untuk dihidang.

Lauk ni sesuai kalau nak menghabiskan lebihan-lebihan sayur yang tinggal sikit-sikit tu. Tak pun kalau dah takde apa sayur pun dalam fridge kecuali Mix Vegetable sejuk beku. Ada kacang peas, jagung, lobak merah dan kadang-kadang kacang panjang. Kalau buat macam ni, Insya Allah sedap jugak jadinya nanti.

Until later...

Wednesday, October 26, 2011

Tetamu Istimewa Itu...

Kat Airport.. Haniis tunggu siapa?
Kat dalam kereta, Haniis bawak siapa jalan-jalan?
Haniis bawak Mak Tok dan Tok Abah jalan-jalan rupanya...

Mak dan Abah kitalah tetamu istimewa tu... Sebenarnya memang tak dijangka Mak dan Abah datang secepat ni. Tapi bila dengar Abah dah disuruh Doktor bersiap-sedia untuk kemungkinan dia kena mulakan Dialysis, kita teruslah jemput diaorang datang. Menunggu 18hb Sept penuh suspense. Bak kata adik kita Daus, "Prepare for the worst, hope for the best."

Alhamdulillah... keputusannya menggalakkan. Nombor-nombornya walaupun tak menurun tapi taklah menaik. Jadi dialysis boleh ditangguhkan untuk 2 bulan lagi. Syukur ya Allah... dan kitaorang lalui 2 minggu yang sangat bermakna. Walaupun Mak dan Abah terlepas Majlis Penyampaian Sijil Sanat Al-Quran diaorang. (BTW, Tahniah Mak! Tahniah Abah!)

Disebabkan lama benor nak menyiapkan entry ni, kita buatlah aje semua sekaligus. Kalau buat siri-siri karang, hentah bila pulaklah habisnya... kan? kan?

Penatnya bawak Mak Tok dan Tok Abah jalan-jalan... Nasib baiklah Haniis masih muat baring kat stroller, kalau tak kena tidur dalam trolley...
Kita pergi Dukhan. Singgah Solat Jumaat kat Masjid Dukhan...
Jumpa ramai orang Malaysia, borak-borak kejap...
Merahnya pipi... panas!
Sampai kat Dukhan Recreation Centre terus makan Nasi Lemak. Lapar...

Ceritanya macam ni... Masak Nasi Lemak pagi tu, sekaligus dengan sarapan. Gedebak-gedebuk-gedebik, tak sempatlah nak menggoreng ayam. Dah katanya nak keluar rumah paling lewat pukul 10.30pg. Jadi kita kata nanti singgahlah mana-mana kedai makan untuk beli ayam panggang. Yang Cik Abang pulak, bila dah masuk kereta, melunjur aje laju ke Dukhan. Nak kejar Solat Jumaat pukul 12.30thgari.

Sebelum ni, selalu dengar orang-orang yang duduk sana kata, kat luar kawasan penempatan Qatar Petroleum (QP) tu, takde apa benda sangat. Boring yang amat dok kat situ. Tapi kita taklah ambik serius sangat. Ingatkan cakap-cakap biasa orang yang bosan tinggal kat tempat kecik... rupa-rupanya memang betol la... Bila sampai kat sana, kitaorang pun carilah kedai makan, tapi eeerrr... takde?

Hahaha... padan muka! Sudahnya makan Nasi Lemak dengan Sambal Tumis aje. Nak order kat restoran Dukhan Recreation Centre... hmmm tak berbaloi harga! Nasib baik sambal kita sedap tau... cewah!

Lepak-lepak sementara budak-budak main air...
Main kayak..
Main pasir...
Hah! Dah nak balik ker?
Nak aiskrim!
Hmmm... this is the life...
Kaki Mak Tok dah lenguh dah...
Maghrib...

Mak Tok mesti makan ni tau, sedaaaap. Ini masa makan di Restoran Afghan Brothers...
Tok Abah rehatkan kaki kat Souq Wakif...

Time to say goodbye...
Masukkan lagi barang last-last minute... hehehe...
Ada orang tengah merajuk...
Mak Tok, Tok Abah... datang lagi!
Amiin mengaruk-ngaruk kat airport. Tak pernak tengok dia mengaruk macam tu. Masa kat gambar ni, dia dah cool sikit tapi masih merajuk. Adeem & Aarif mata merah tapi keep cool. Hannan kata, "I'll cry in my room."

Terima kasih Mak. Terima kasih Abah...

Until later...

Tuesday, October 11, 2011

Tauge ooo Tauge...

Dah hampir seminggu tetamu istimewa kita balik ke Malaysia. Masih terasa-rasa... macam
baru aje semalam diaorang balik. Bilik tidur diaorang sengaja kita tak kemas. Kain batik, kain pelikat, tuala, telekong, baju-baju bekas pakai pun kita biarkan aje. Masih ada bau-bau. Biarlah dulu, sampai agak-agak bau budak-budak dah ada barulah kita kemas kot.

Siapalah diaorang tu? Nantilah... belum lagi rasa nak berkongsi. Masih nak simpan dalam hati... Insya-Allah kita akan kongsikan kebahagiaan tu dalam seminggu dua ni...

Slimnya toge... nasib baik banyak, puas jugaklah makan...

Buat sementara, ini dia kegembiraan harini. Hahahaha... berjaya tanam "toge" pun gembira ke? Cik Abang la ni, dia kan suka sangat makan toge ni. Bila beli kat FFC, tergelak kejap bila kita agak-agak ambik macam harga RM 1.00 tapi bila timbang jadi harga 5.00 Riyal.

Sekali lagi... Cik Abang kata "Kita kena carik jalan buat sendiri." Kalau orang lain dengar kan... bila dia sebut 'kita' tu macamlah dia maksudkan 'kita berdua' tapi sebenarnya 'kita' tu maknanya bini dia ler tu... hish hish hiiiisshh! Nasib baik ler bini dia ni adventurous tau...

Lompat blog sana-sini, kita jumpa blog Dotot's Familia. Dia tunjuk cara paling senang menanam toge. Okeh... mari cari bekas dan kacang hijau.

Tauge...
1/2 cwn kacang hijau
2 helai kain / tuala
1 bekas tapis
1 dulang

Rendamkan kacang hijau dalam air suam selama setengah jam.
Basahkan kain / tuala dan alaskan sehelai di atas dulang.
Letakkan bekas tapis di atasnya. Taburkan kacang hijau dengan rata.
Tutupkan dengan kain sehelai lagi. Lalukan air keatas kain hingga benar-benar basah.
Toskan air berlebihan dan simpan di tempat yang gelap.
Siramkan air 2-3 kali sehari. Kacang hijau ni memang cepat bercambah.
Kalau buat pagi, petang dah nampak kacang tu pecah dan terkeluar sikit akarnya.
Malam hari ke-3, dah berupa tauge cuma ada yang panjang dan ada yang pendek.
Jadi kita pun sarungkan sarung tangan plastik tu dan buang habis kulit-kulitnya.
Kain-kainnya kita basuh dan kemudian letak balik semuanya macam asal.
Kita siramkan air pastu peramkan lagi. Pagi tadi, semuanya dah elok ok. Boleh tuai!

Meh tengok gambar-gambarnya...

Tempat penyemaian toge... dalam kabinet...

Macam inilah cara yang kita buat...

Tadaaa... toge dah boleh tuai...

Ambik sikit untuk tumis, masih lagi ada banyak...

Okey. Sekarang nota-nota berdasarkan pengalaman untuk rujukan masa depan. Toge kita tu semua kurus-kurus belaka. Mungkin sebab kita letak terlalu banyak benih - 1 cawan. Jadi lain kali kalau guna 1/2 cawan pun rasanya cukup.

Nak cuba cari kacang hitam sebab toge komersial memang gunakan kacang hitam sebagai benih. Toge kacang hijau ni rasanya lain dari yang biasa kita makan.

Paling penting... kita nak sarankan guna kain / tuala warna putih. Sebab lepas ditumis, ada sesetengah toge bertukar warna jadi kebiru-biruan. Rasanya toge menyerap dye kain penutup yang basah tu... huhuhu... Takpelah, sendiri yang makan...

Dengar cerita, pembekal toge untuk supermarket-supermarket kat Doha ni orang Malaysia. Waa... cayalah! Mungkin dia gunakan kaedah ni. Kaedah ni dicipta oleh pegawai penyelidik kat Institut Pertanian Ayer Hitam. Memang muai kalau buat macam ni kan?

Gambar dari http://taugeh-system.blogspot.com/

Until later...

Monday, October 3, 2011

Nasi Briyani Ikan...

Orang yang tak makan ayam dan daging pun tak boleh makan seafood. Jadi pinggan ni kasi kat orang lain yang tak berpantang makan laa...
Hidangan khas - Nasi Briyani Ikan untuk tetamu khas yang tak boleh makan ayam atau daging. Kita gunakan Rempah Shan Fish Biryani. Macam biasa, jenama rempah ni memang tak menghampakan, sedap-sedap belaka. Meh gi dapur...

Briyani Ikan...
750g beras basmati
750g ikan (kita guna tenggiri)
3 biji kentang dipotong & direbus separuh masak
2 biji bawang besar dihiris
8 ulas bawang putih ditumbuk
1" halia ditumbuk
1 1/4 cwn dadih
1/4 cwn daun ketumbar hiris
1/4 cwn daun pudina hiris
5 biji cili kecil
4 sdbsr jus lemon
3 sdbsr ghee
1 paket rempah Fish Biryani Shan
sedikit garam

Basuh beras hingga bersih airnya dan rendam selama 30 minit.
Rebus beras sehingga tiga suku masak. Tos dan ketepikan.

Campurkan bawang putih, dadih, rempah briyani dan kemudian gaulkan pada ikan. Perap selama 30 minit.
Panaskan ghee dan tumiskan bawang besar hingga hampir garing.
Masukkan cili kecil, daun ketumbar, daun pudina, kentang rebus dan ikan yang telah diperap bersama semua rencahnya tadi.
Reneh hingga pecah minyak dan ikannya masak.
*Jangan terlalu mengganggu ikan semasa memasak. Cukup sekadar membalikkannya sekali sahaja. Kalau tidak, ikan akan hancur.

Ratakan separuh dari nasi ke dalam periuk lain.
Kemudian letakkan ikan dan kesemua rencah ke atas nasi tadi.
Lapiskan lagi dengan nasi yang selebihnya.
Tutup rapat dan masak diatas api yang kecil sehingga nasi benar-benar masak.
Siap untuk dihidang.

Sebenarnya cara kita ni kita dah ubah sikit dari cara yang diajar kat belakang kotak rempah tu. Kalau ikut resipi asal, guna 1 1/2 cwn ghee. Untuk menumis, untuk merebus nasi dan untuk menggoreng bawang dan kemudian ia dituang ke atas nasi sebelum ditanak lagi. Emmm... tak boleh ikutlah! Banyak sangat ghee... Mau mengantuk semua orang lepas makan karang...

Kita juga gantikan daun dill dengan daun pudina. Kat sini ada jual daun dill tu tapi malas nak pergi mencari... jadi gunakan apa yang ada dalam fridge aje... Alhamdulillah... jadik sedap jugak akhirnya...

Rempah Briyani Shan memang tidak menghampakan. Gambar kedua tu masa melapis nasi dan ikan dalam periuk...
Until later...

Happy Birthday Haniis...

Si comel Haniis...
Hari Ahad - 1hb Oktober 2011. Haniis dah genap setahun. Alhamdulillah... Doa kita untuk Haniis... emmm... takpelah... itu rahsia dalam hati. Ibu loves you very much Haniis!

Until later...