Monday, July 16, 2012

Alkisah Berkhatan...

Sememangnya kitaorang dah merancang untuk mengkhatankan Si Aarif, Adeem dan Amiin time balik bercuti ni. Dan dari perbualan dan pertanyaan kat kawan-kawan yang rapat, katanya cara "laser" atau lebih tepatnya kaedah electrocautery lebih baik. Kurang sakit dan cepat baik.

Jadi kita ni dengan yakin mencari doktor yang boleh buat kaedah ni dan terus buat appointment dengan Klinik Mediviron Setiawangsa, tempat Mala mengkhatankan anaknya. Aduhai... naive sungguh kitaorang ni. Sememangnya menyangka semuanya mudah... tapi hakikatnya... ianya mudah tapi taklah semudah yang disangka... hehehe... Senang cakap... sakit tetap sakit. Jahit tetap jahit... Jaga kena tetap jaga...

Sebenarnya macam ni... yang berbeza semasa prosedur ni dengan cara tradisi hanyalah alat yang diguna untuk pemotongan dan jahitan luka selepas kulit lebihan . Cara yang biasa menggunakan pisau, scalpel atau gunting untuk memotong dan kemudian keseluruhan luka dijahit dan dibalut dengan gauze.

Cara yang ini pulak menggunakan alat electric cautery untuk memotong dan jahitan hanyalah sedikit. Paling ketara, pendarahan menjadi sangat sedikit dan waktu berkhatan menjadi lebih singkat. Tapi itulah... macamana pun kita membaca dan bertanya tentang pengalaman orang... takkan sama dengan pengalaman sendiri. Meh tengok gambar-gambar kat bawah...
Hari Jumaat, 14hb Julai. Ini dah kat klinik. Adeem, anak saudara kita Rafiq dan Aarif dah bersiap-sedia. Amiin... sekejap ok, sekejap tak ok.
Tengok tu... saja aje tau...
Bila dah pujuk-pujuk... dia bersemangat. Tapi masalahnya pulak... tiap-tiap kali dia volunteer nak masuk, Doktor kata budak kecik kena sunat last sekali. Hmmm... kita ada jugak beritau kat Doktor supaya Amiin masuk dulu... sementara dia nak.
Siap sempat curi-curi dengar. Alhamdulillah... takde yang terjerit-jerit atau menangis kuat. Cuma diaorang terkejut sikit masa dicucuk bius. Lepas tu tak berbunyi dah...
Adeem dan Rafiq dah selesai. Haniis tumpang posing...
Aarif pun dah selesai... tapi...
Kita dah agak dah ini akan berlaku. Amiin terus merajuk dan tak mau dipujuk. Hmmm... geram jugaklah kita ni jadinya. Yelah, ingat nak selesaikan terus... dahlah datang dari jauh. Amiin tak mau, tak mau dan tak mau. Akhirnya tak jadi...

Tapi lepas dah sampai rumah, lepas mandi, lepas solat... barulah kita tenang dan terfikir, Allah lebih mengetahui. Iyalah... yang tiga orang tu pun dan handful dah nak menjaga... kalau campur dengan Amiin... memang kelam-kelibutlah jawabnya...
Ini dia ubat sakit paling mujarab. Dari pagi... sampai ke petang... sambung ke malam. Takpe... takpe... kasik chan...
Hehehe... ngilu tetap ngilu yea... Alhamdulillah... masuk hari ketiga Adeem dan Aarif dah ok dah. Bengkak dah surut, luka semakin kering dan nampak kemas. Sakit pun dah macam tak terasa sangat. Untuk balik ke Batu Pahat, kitaorang potongkan bahagian depan cawan polisterin dan gunakan sebagai pelindung. Dapatlah diaorang berseluar panjang.

Cuma Rafiq aje yang bermasalah sikit. Bengkaknya tak mau surut, lukanya sedikit berdarah dan berair. Petang Ahad tu diaorang pergi bawak dia jumpa Doktor (yang berdekatan)... ahhh... luka dah infected rupanya. Terus Doktor tu cuci kasi bersih.

Alhamdulillah... pagi tadi adik kita beritau ada perubahan yang bagus. Hmm... sememangnya ada budak yang perlukan penjagaan yang lebih berbanding lain. Terpaksalah Mamanya cuti emergency...  Sori la Fiz yea...

Apapun... kita harap ketiga-tiga budak-budak ni akan cepat baik tanpa masalah tambahan. Insya Allah... lepas ni... bertambahlah cucu-cucu Tok Abah yang boleh join Tok Abah kat saf depan. Kalau ada yang paksa diaorang ke belakang... diaorang boleh cakap, "Pakcik... kitaorang dah sunat!"

Until later...

Tuesday, July 10, 2012

Dah sampai Batu Pahat...

Sepatutnya kitaorang bertolak dari Doha dengan penerbangan Etihad untuk transit di Abu Dhabi pada pukul 10.00 mlm hari Selasa 26hb Jun. Sememangnya seharian tu betul-betul pulun berkemas. Dalam pukul 5.30ptg.. kiranya 95% dah selesai. Teksi dah set nak datang dalam pukul 7.30mlm. Budak-budak dah diarahkan mandi dan bersiap. Hati dah macam lega... ini dah kira smooth going la ni... Bagus punya timing.

Tapi tiba-tiba dapat call dari Airport. Kapalterbang Etihad kerosakan. Kena tukar rancangan. Mesti berada di Airport paling lewat pukul 6.45ptg. Diaorang nak masukkan penumpang ke flight Qatar Airways yang berlepas pukul 8.30mlm. Hmmm... apa lagi... terus masuk gear 5 laaa... Nasib baik jugaklah kitaorang ni agak terbiasa buat kerja last-last minit... hehehe.. Teksi driver pun ok bila dimintak datang awal.

Alhamdulillah... sampai Airport memang tepat-tepat waktu. Terus check-in, ambik tiket dan masuk kapalterbang. Lega. Transit kat Abu Dhabi hingga pukul 2.00pg. Alhamdulillah... penerbangan lancar dan kitaorang sampai di KLIA pukul 2.00ptg. Di bawah ialah gambar-gambar di Airport Abu Dhabi, di dalam kapalterbang dan di KLIA.
Ini baru lepas Immigresen Airport Abu Dhabi...
Sedang menuju ke tempat menunggu...
Budak kecik yang happy sepanjang perjalanan. Kakak dan abang dia pun sama happy...
Abang-abang budak kecik yang berdua ni lagilah happy...
Sampai kat KLIA... budak kecik dah tak pakai seluar. Sekali bocor kat Abu Dhabi, sekali bocor dalam kapalterbang... habislah seluar spare. Sementara menunggu beg besar keluar, camni ler rupa dia...
Ini rupa abang-abang budak kecik yang tak lulus permintaan untuk keluarkan komputer dan Tab sementara nak  tunggu Ibu dan Babahnya ke tandas. Ngada-ngada aje... inilah yang kita tak suka bila dah berjam-jam main game nih. Kepala dah tak boleh fikir benda lain dah. Hah... duduk aje situ diam-diam. Bukan lama pun...
Adik kita Fiz menunggu di KLIA. Saja nak jumpa... dapatlah borak-borak dan serahkan cerek kuning dia tu. Alhamdulillah... kekal cantik aje benda tu. Dekat-kekat 6.30ptg baru bertolak naik kereta sewa. Masuk kereta semua terus lelap. Dua jam kitaorang lena. Bila terjaga... tanya kat pemandu, dah sampai kat mana dah kita. Terkejut bila dia jawab dah sampai Machap. Oooo mak ai... macam naik kereta terbang! Gila laju dia pecut... Alhamdulillah kitaorang selamat sampai di Batu Pahat dan bermulalah percutian...

Unti later...