Monday, July 16, 2012

Alkisah Berkhatan...

Sememangnya kitaorang dah merancang untuk mengkhatankan Si Aarif, Adeem dan Amiin time balik bercuti ni. Dan dari perbualan dan pertanyaan kat kawan-kawan yang rapat, katanya cara "laser" atau lebih tepatnya kaedah electrocautery lebih baik. Kurang sakit dan cepat baik.

Jadi kita ni dengan yakin mencari doktor yang boleh buat kaedah ni dan terus buat appointment dengan Klinik Mediviron Setiawangsa, tempat Mala mengkhatankan anaknya. Aduhai... naive sungguh kitaorang ni. Sememangnya menyangka semuanya mudah... tapi hakikatnya... ianya mudah tapi taklah semudah yang disangka... hehehe... Senang cakap... sakit tetap sakit. Jahit tetap jahit... Jaga kena tetap jaga...

Sebenarnya macam ni... yang berbeza semasa prosedur ni dengan cara tradisi hanyalah alat yang diguna untuk pemotongan dan jahitan luka selepas kulit lebihan . Cara yang biasa menggunakan pisau, scalpel atau gunting untuk memotong dan kemudian keseluruhan luka dijahit dan dibalut dengan gauze.

Cara yang ini pulak menggunakan alat electric cautery untuk memotong dan jahitan hanyalah sedikit. Paling ketara, pendarahan menjadi sangat sedikit dan waktu berkhatan menjadi lebih singkat. Tapi itulah... macamana pun kita membaca dan bertanya tentang pengalaman orang... takkan sama dengan pengalaman sendiri. Meh tengok gambar-gambar kat bawah...
Hari Jumaat, 14hb Julai. Ini dah kat klinik. Adeem, anak saudara kita Rafiq dan Aarif dah bersiap-sedia. Amiin... sekejap ok, sekejap tak ok.
Tengok tu... saja aje tau...
Bila dah pujuk-pujuk... dia bersemangat. Tapi masalahnya pulak... tiap-tiap kali dia volunteer nak masuk, Doktor kata budak kecik kena sunat last sekali. Hmmm... kita ada jugak beritau kat Doktor supaya Amiin masuk dulu... sementara dia nak.
Siap sempat curi-curi dengar. Alhamdulillah... takde yang terjerit-jerit atau menangis kuat. Cuma diaorang terkejut sikit masa dicucuk bius. Lepas tu tak berbunyi dah...
Adeem dan Rafiq dah selesai. Haniis tumpang posing...
Aarif pun dah selesai... tapi...
Kita dah agak dah ini akan berlaku. Amiin terus merajuk dan tak mau dipujuk. Hmmm... geram jugaklah kita ni jadinya. Yelah, ingat nak selesaikan terus... dahlah datang dari jauh. Amiin tak mau, tak mau dan tak mau. Akhirnya tak jadi...

Tapi lepas dah sampai rumah, lepas mandi, lepas solat... barulah kita tenang dan terfikir, Allah lebih mengetahui. Iyalah... yang tiga orang tu pun dan handful dah nak menjaga... kalau campur dengan Amiin... memang kelam-kelibutlah jawabnya...
Ini dia ubat sakit paling mujarab. Dari pagi... sampai ke petang... sambung ke malam. Takpe... takpe... kasik chan...
Hehehe... ngilu tetap ngilu yea... Alhamdulillah... masuk hari ketiga Adeem dan Aarif dah ok dah. Bengkak dah surut, luka semakin kering dan nampak kemas. Sakit pun dah macam tak terasa sangat. Untuk balik ke Batu Pahat, kitaorang potongkan bahagian depan cawan polisterin dan gunakan sebagai pelindung. Dapatlah diaorang berseluar panjang.

Cuma Rafiq aje yang bermasalah sikit. Bengkaknya tak mau surut, lukanya sedikit berdarah dan berair. Petang Ahad tu diaorang pergi bawak dia jumpa Doktor (yang berdekatan)... ahhh... luka dah infected rupanya. Terus Doktor tu cuci kasi bersih.

Alhamdulillah... pagi tadi adik kita beritau ada perubahan yang bagus. Hmm... sememangnya ada budak yang perlukan penjagaan yang lebih berbanding lain. Terpaksalah Mamanya cuti emergency...  Sori la Fiz yea...

Apapun... kita harap ketiga-tiga budak-budak ni akan cepat baik tanpa masalah tambahan. Insya Allah... lepas ni... bertambahlah cucu-cucu Tok Abah yang boleh join Tok Abah kat saf depan. Kalau ada yang paksa diaorang ke belakang... diaorang boleh cakap, "Pakcik... kitaorang dah sunat!"

Until later...

8 comments:

  1. Wah..dah jadi anak bujang dah..tahniah!
    Anak saya lak huda, dek kerana berbody besar..tak dinasihatkan guna yang laser. kena guna yang biasa je..tapi rupa-rupanya dia yang sembuh cepat berbanding abangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Anim... lain budak lain kadar sembuhnya. Tak kiralah kaedah apa pun yang digunakan. Yang penting, kita kena sabar ajelah menjaganya...

      Delete
  2. cantik fesyen berkhatan tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Encik Shaiful. Fesyen ikat kain tu Doktor klinik tu yang ajar. Memang comel aje kan...

      Delete
  3. hehehe hang jadi buat kat setiawangsa rupanya. sayang kami dah tak ada kat situ kalau tak mau ramai2 pi tengok ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kenduri kat rumah hang terus... hehe...
      Sebenarnya hari sebelum kitaorang pegi KL, dapat tau hospital swasta yang baru bukak kat BP tu ada jugak buat khatan cara ni... Tapi sebab dah beria-ria buat appointment kat klinik tu, malu pulak nak cancel. Jadi on ajela...

      Delete
  4. Selamat dh sunat budak2 2org..berbaki satu..sama la saya ada belen 1lg tak ber sunat. berapa hengget kena satu kepala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 380.00 sorang. So far... inilah charge paling mampu bayar. Ada yang charge lebih mahal dari ni...

      Delete