Monday, March 29, 2010

Jemput-jemput Pisang yang Bulat lagi Gebu...



Penutup untuk bulan Mac ni, resipi Jemput-jemput Pisang yang Bulat lagi Gebu. Isi dalamnya lembut macam kek.

Kita memang minat jemput-jemput macam ni. Dulu kalau terjumpa kat makcik-makcik yang jual kuih, kita mesti beli. Tapi itulah adat membeli kuih, kadang-kadang rupa tak cantik tapi rasa kuihnya sedap. Kadang-kadang rupa lawa tapi rasa kuihnya mengecewakan.

Kita tanya kat Mak Mertua kalau-kalau dia tau. Dia kata, dia tak pernah buat, tapi dia pernah tengok orang buat.

Sukatan memang takde lah. Yang dia tau, buatnya guna pisang lecek, gula dan potas (nama kampung untuk bicarbonate of soda). Yang penting, pisangnya kurang dari tepung dan adunannya mesti pekat.

Dengan tip-tip itulah kita bereksperimen. Berbulan jugaklah baru dapat resipi yang betul-betul menjadi. Itupun tak bersukat-sukat, main gaul-gaul aje. Bila dah ok, dapatlah kita buat beberapa kali untuk bawak ke Majlis Tadabbur. Ramai pulak yang berkenan dan mintak resipi.

Sebenarnya, dah lama dah diaorang mintak, tapi kita belum confident nak bagi resipi yang bersukat-sukat. Itu pun nak kena eksperimen lagi. Akhirnya, inilah dia. Kita dah postkan kat FB, ada yang dah cuba dan Alhamdulillah... menjadi. Jom pegi dapur!


Jemput-jemput Pisang yang Bulat lagi Gebu...

Bhg 1: Ibu Jemput-jemput

Beberapa biji pisang masak ranum
3/4 cwn brown sugar
1 sdt ground cinnamon
1 cubit garam
**Sukatan ini adalah untuk 2 cwn Ibu Jemput-jemput

Lecek pisang bersama-sama kesemua bahan-bahan lain.
Simpan untuk minima beberapa jam supaya gula benar-benar cair.
Kita suka simpan sekurang-kurangnya semalaman dalam peti sejuk supaya warna dan rasanya lebih sebati.

Kalau kebetulan ada pisang yang ranum, terus aje buat Ibu jemput-jemput ni. Boleh tahan sampai seminggu dalam peti sejuk.

**Penting untuk simpan dulu Ibu Jemput-jemput. Kalau terus digunakan, gula akan mencair sementara kita menggoreng. Adunan pun akan mencair dan kita takkan dapat tekstur jemput-jemput yang gebu serupa kek tu!

Bhg 2: Adunan Jemput-jemput

2 cwn Ibu Jemput-jemput
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdbsr bicarbonate of soda

Ayakkan bicarbonate of soda ke dalam tepung dan gaul rata. Penting untuk mengayak bicarbonate of soda supaya tak berketul-ketul dalam adunan.
Tuangkan Ibu Jemput-jemput dan gaul rata.
**Jangan panik. Adunan memang pekat dan kental.

Kalau nak dapatkan bentuk yang bulat tu, tak boleh tidak, kena guna jari untuk menjemput adunan ke dalam minyak ya...
Goreng jemput-jemput dengan minyak yang sederhana panas.
Sentiasa balik-balikkan supaya masak rata.
Apabila jemput-jemput sudah bertukar warna, angkat toskan dan sedia untuk dihidang.



Kalau adunan terlalu pekat (disebabkan faktor pisang yang berlainan), kita suka campurkan sesudu-dua susu ke dalam adunan. Kalau adunan pekat sangat nanti jemput-jemput keras pulak.

Ok, selamat mencuba!

Until later...

Monday, March 15, 2010

Popia Vietnam...

Popia Vietnam, dah sedia untuk dimakan...

Biasalah kita ni... kalau takde modal nak cerita, letak ler resipi masak-masak... kan? kan? kan?

Popia ni kita buat bulan lepas. Punyalah lama kita teringin nak buat sendiri supaya boleh puas makan. Cuma tak pernah dapat jumpa kulitnya. Kulit popia ni tersendiri dan only made in Vietnam. Namanya Rice Paper.

Rupa bungkusan Rice Paper...

Kebetulan masa pergi ke Bangsar, awal bulan lepas, terjumpa masa meround-round kat Bangsar Village Supermarket. Yang kelakar, masa nak ambik, kita tengok harga yang tertulis kat rak-rak tu RM1.90 Eh! macam tak percaya pulak murah sangat pulak benda ni. Ambik ler 2 pek.

Sampai kat cashier, bila scan rupanya harga RM12.90 sepek. Ha ha ha... bayor ajelah. Dah alang-alang jumpa kan.

Pertama kali makan Popia Vietnam ni, masa perjumpaan akhir tahun budak-budak kat Panaga School 2 tahun lepas. Ada sorang warga Vietnam buat. Sekali cuba, kita terus tertarik sebab rasanya sangat segar dan ringan kat lidah. Sosnya pun cair-cair aje, tapi penuh rasa. Nak makan banyak-banyak, segan pulak. Tapi sejak tu ler kita menyimpan harapan.

Dah siap digulung...

Ok, kalau ada sesiapa terjumpa Rice Paper ni, jomlah cuba buat...

Popia Vietnam

200g su'un
10 ekor udang saiz besar
2 biji lobak merah
1/2 ikat daun bawang
1/2 ikat daun pudina
1/2 ikat daun ketumbar
beberapa helai daun lettuce
3 sdbsr sos ikan
2 sdbsr minyak bijan
garam secukup rasa

Rebus udang hingga masak. Toskan dan hiris halus.
Rendam su'un hingga lembut dan toskan.
Hiris halus lobak merah. Gaulkan bersama su'un tadi. Tuangkan air panas dan biarkan sebentar. Toskan dan biarkan ia sejuk.
Gaulkan su'un, udang, sos ikan, minyak bijan dan garam. Sesuaikan rasanya.

Basuh dan petik daun pudina dan daun ketumbar.
Basuh dan potong daun bawang dalam 3" panjang. Gunakan bahagian yang hijau sahaja.
Basuh dan koyak daun lettuce. Letakkan semua daun berasingan.

Ambil sehelai Rice Paper, lalukan pada air supaya basah dengan rata.



Tekapkan sekejap atas kain bersih. Angkat dan letakkan atas pinggan lain.



Letakkan daun lettuce, su'un dan beberapa helai daun pudina, daun ketumbar dan daun bawang ke atas kulit popia.



Gulungkan seperti menggulung popia biasa. Kulit popia akan terus melekat dengan sendiri.



Sos Cicah Popia Vietnam

1 biji lada - dibuang biji dan hiris halus
1 ulas bawang putih - diparut
1/4 cwn air masak
1/4 cwn sos ikan
2 sdbsr gula
2 sdbsr cuka atau jus limau nipis
1 sdt minyak bijan
1 sdt kicap cair

Gaulkan kesemuanya. Sesuaikan rasa masam, manis, masin. Sedia untuk dihidang.


Sebenarnya, inti popia dan sos cicahnya ada pelbagai resipi. Yang kita buat ni, kiranya yang paling ringkas. Tak nak guna udang, isi ayam pun boleh. Nak letak hirisan timun atau tauge pun boleh.

Popia ni pun boleh digoreng. Tapi kalau yang goreng-goreng kita kan dah biasa. Marilah kita cuba yang lain dari biasa pulak.

Until later...

Tuesday, March 2, 2010

Di antaranya...

Hmmm... dah bernaun tak update kan. Walaupun sebenarnya, bermacam-macam perkara berlaku sepanjang kita tak update ni.

Hari Selasa 23hb Februari kelmarin cuti am sempena Hari Kebangsaan Brunei yang ke26. Jadi kitaorang ambik kesempatan ke Miri untuk buat Kad Pengenalan Hannan. Macam tak percaya aje anak sulong kita dah genap 12 tahun dan ada Kad Pengenalan sendiri.

Lepas tu pergi buat Passport baru Cik Abang pulak. Kita tanya dia, betul ke nak buat passport, lebam kat mata dia masih belum hilang. Karang haru pulak gambor kat passport tu kan...

Dia kata dia terpaksa jugak buat sebab passport yang ada dah tinggal 2 mukasurat aje. Kalau macam tu, mungkin boleh suruh orang kedai gambor tu kasi "touch-up" sikit supaya tak ketara sangat rupa orang baru "lepas accident" tu.

Kita usik dia, inilah kali pertama dia bergambor passport dengan stail rambut botak dia tu. Dengan rambut botak dan mata lebam, karang jadi macam muka gengster ler pulak! Laser mulut kita... he he he...

Masa Cik Abang ke Jabatan Immigresen Miri, kita dan Hannan ke Boulevard Mall sebab si Hannan mintak beg baru. Ganti beg sekolah ugama dia yang dah koyak.

Bila dah siap, Cik Abang datang ambik kitaorang kat sana. Kita terus tanya dia, dapat ke "touch-up" gambor? Dia kata kedai gambor tu tak berani nak buat, sebab tu gambor untuk passport, kalau gambor biasa-biasa boleh jugaklah dia buatkan.

Jadi camne rupa? Dia kata, sebijik muka bouncer! Paling cantik pun, muka bodyguard kot... Agak-agak kalau beritau orang dia IT Professional, mesti orang tak percaya.

Senang cerita, kitaorang sampai sakit-sakit perut ketawa bila tengok gambor dia tu. Alaaaaahai... kesian betul. Takpelah Babah, muka tak hensom takpe, janji hati baik kan!

Kat bawah Boulevard Mall, yang atas Imperial Hotel...

Hujung minggu pulak, cuti panjang. Cik Abang ajak lepak-lepak kat Miri. Kitaorang duduk kat Imperial Hotel. 3 hari menggasak makan-makan. Asam pedas kedai Kak Jamilah, makanan Pasar Malam, Nasi Lelapan kat Senadin. Budak-budak balas dendam makan Pizza Hut.

Tapi itulah, sekali dah terkena asam pedas, memang asyik nak berasam pedas ajelah. Tengah drive balik ke Brunei, terdetik dalam hati, sedapnya kalau dapat masak Asam Pedas Ikan Parang.

Pagi tadi, kita singgah ke rumah Zaida dalam perjalanan ke Pasar KB. Sempat ler sarap Sardin Rolls. He he... nak wat camne, langkah kanan! Terima kasih yea Zaida!

Dia cerita jumpa Ikan Parang kat pasar minggu lepas. Murah sangat harganya. Wah, dah bagus ni. Alhamdulillah, bila sampai pasar, ternampak ler 2 ekor Ikan Parang yang amatlah segarnya.

Bukan gambor ikan yang kita beli, ini gambor pinjam. Mana ler tau kot-kot ada yang tak ingat rupa Ikan Parang camane...

Kita tanya, berapa harganya? Uiih! Terkejot! $3.oo sekilo aje. Bior betol diaorang ni... Bila timbang, adalah 1 1/2 kilo beratnya. Dia kata, $4.00 sudahlah. Amboi rezeki... kalau kat Batu Pahat, mahu RM18.00 sekilo.

Ok, sekarang tinggal nak cari Bunga Kantan aje. Pastu, Insya-Allah... Asam Pedas yang sedap sekali akan menjadi hidangan.

Until later...