Sunday, July 31, 2011

Jalan-jalan sebelum Ramadhan...

Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak urusan sekolah budak-budak. Kat sini memang banyak Sekolah Antarabangsa, tapi disebabkan kita nak masukkan 4 orang sekaligus dalam satu sekolah, pilihan jadi agak terhad. Sebelum apa-apa budak-budak ni kena ambik entrance test dulu. Ada sekolah yang charge QR 100.00 sorang, ada yang QR 200.00 sorang. Samada dapat atau tak dapat masuk, nak atau tak nak masuk, belanja entrance test kira hangus.

Walaupun ada pengalaman dengan Sekolah Antarabangsa masa kat Brunei.. cuak jugaklah mula-mula tu... takut diaorang tak boleh buat. Tapi hhmmm... kesimpulannya... kalau setakat tahap 1 sampai 6, memang pelajaran sekolah Malaysia lagi jauh ke depan. Cumanya Sekolah Antarabangsa lebih bersifat terbuka dalam kelas. Budak-budak boleh bergerak sambil belajar... tak statik. Bila dah masuk kelas menengah baru diaorang lebih serius dalam kelas. Kalaulah sekolah kat Malaysia boleh gabungkan dua-dua gaya mengajar ni... memang toplah anak-anak muridnya semua.

Sekarang ni tengah giat mencari rumah pulak. Pusing-pusing, turun-naik kereta tengok rumah. Yang besor, yang kecik... yang tak berapa mahal, yang mahal gileer... yang dekat, yang jauh dari sekolah... dah tengok dah. Cuma nak memilih mana yang sesuai aje.

Masalahnya budak-budak ni tak biasa duduk rumah bertingkat. Hannan dan Aarif Ok, tapi Adeem dengan Amiin punyalah penakut... Ya Allah! Kalau dah kat bawah... nak suruh diaorang pergi naik tingkat atas tu punyalah payah. Mencabar kesabaran betul.

Tapi kat sini rumah satu tingkat tak banyak dan design rumah selalunya sampai 3 tingkat walaupun rumah yang hanya 3 bilik. Kadang-kadang ada satu bilik kat atas, kadang-kadang tangga tu cuma untuk pergi ke balkoni bumbung. Budak berdua tu penakut dah satu hal, semput melayan tangganya tu karang satu hal lagi. Si Haniis tu dah suka benor memanjat tangga. Ini budak-budak ada kat rumah, bolehlah suruh jaga. Bila diaorang dah sekolah esok, aduuh... Kena cari pagar tangga la pulak.

Nak duduk apartment, susun atur kat dalam tu pelik dan lain dari yang kita biasa kat Malaysia. Ruangnya sangat tertutup dan jadi macam sempit sangat pulak untuk rakyat jelata yang ramai macam kitaorang ni. Entahlah ek! Tengok ajelah macamana nanti...

Buat sementara tu, cuci-cucilah mata tangok gambar jalan-jalan kat Doha. Mula-mula di Souq Wakif. Pasar besar ni ikut binaan gaya tradisional. Pintu-tingkapnya dari kayu. Kat situ, barang dijual kat bahagian yang dah ditentukan. Kalau setakat kita sorang pusing-pusing kat dalam tu, memang sesat-barat la... Oh! Silalah klik kat gambar untuk tengok lebih jelas yea...

Gambar 1: Kawasan menjual binatang peliharaan - burung, ikan, kucing, anjing, ayam... itik takde. Gambar 2: Bahagian menjual bahan makanan - tepung, beras, rempah-ratus, kurma, kekacang, coklat, jajan...

Gambar 1: Coklat jual timbang... Gambar 2: Rempah-ratus... baunya semerbak...

Gambar 1: Manisan gaya lama... Gambar 2: Pak Arab dan anaknya ambik gambar si Haniis...

Gambar 1: Transporter. Kita boleh upah diaorang untuk bawak barang-barang yang dibeli. Dia akan ikut kita pusing-pusing Souq sampailah ke kereta. Dengar cerita, diaorang ni bukanlah Arab Qatar tapi Arab pendatang dari negara Arab yang lain... Gambar 2: Daun tembakau...

Haaa... ini dia. Bahagian menjual periuk-belanga. Ooo mak ai! Terkejut tengok periuk besor gedegang. Setakat Amiin masuk memang muat punya. Tengoklah kuali leper dan dulang menghidang, senduk dan gayung, semuanya saiz XXXXXXL...

Gambar 1: Bahagian menjual baju... Gambar 2: Kedai membuat Gambus. Gambus asli buatan tangan. Halus berseni. Gambus-gambus ni sekali pandang macam muka manusia. Yang ini macam muka sedih, ada jugak yang macam tersenyum. Yang muka terkejut pun ada... Gambar 3: Qatar Islam & Culture Centre... dilimpahi cahaya...

Makanan ala Yaman. Itu saiz hidangan untuk 4 orang. Aduuuh... besar betul selera orang sini. Kalau kita, 6 orang dewasa baru boleh habiskan kot. Memang tak terhabis, sudahnya bungkus bawak balik.Kita saja tepek muka... hahaha... dah lama tak enter frame...

Kawasan menjual ambal, tilam dan bantal...

Bahagian luar tempat makan-makan...

Gambar 1: Kat sini ada jual makanan tempatan. Perut dah terlalu kenyang nak mencuba. Lain kali aje ler... Gambar 2: Ada konsert... sedap jugak layan lagu Arab ni...

Terima jemputan kawan baru. Alhamdulillah...

Di Villagio Mall. Lukisan langit dan awan, sejuk mata memandang...

Until later...

Wednesday, July 20, 2011

Menyesuaikan diri...

Waah... punyalah lama tak update ek? Ok, meh kita sambung cerita lagi.

Kat sini, musim panas... waktu subuh 3.30pg. Dekat-dekat pukul 4.30pg dah terang. Zohor masuk dalam pukul 11.45pg, Asar pulak 2.30ptg. Maghrib dalam 6.15ptg. Pejabat Cik Abang, masuk kerja pukul 6.00pg dan balik pukul 2.00-2.30ptg. Makan tengahari kat rumah. Petang dia freee...

Haaa... macam ni ler rupa debu kat belah dalam rumah, larat tak larat ler nak ngelapnya...

Waktu siang, panas dan kering. Bila malam baru dapat rasa sikit lembab dalam bahangnya tu. Sidai baju dalam rumah aje tapi keringnya macam menyidai di hari paling panas terik kat Malaysia. Baju keras macam keropok, tapi takpe... senang nak lipat dan gosok.

Kelmarin kita ada cerita pasal kulit yang kering dan gatal-gatal kan? Alhamdulillah... semuanya under control sekarang. Kawan-kawan kat sini suruh beli tong besar, tadah airnya dan biarkan sejuk sikit dulu baru buat mandi. Jangan tak percaya, air paip waktu tengahari panasnya macam baru lepas mendidih.

Ini baru betul pipi merah bak delima merekah...

Kitaorang pun berhabis beli macam-macam sabun, lotion dan krim. Ada kawan yang sarankan guna jenama SebaMed atau Oilatum aje. Kalau yang itu, tak adalah berapa mahal tapi Cik Abang suruh tanya Pharmacist dulu, hhmmmm... dah kita tanya dia, Pharmacist tu bagi ler jenama yang mahal berdentum. Jadinya bayor ajelah...

Yang itu dan yang ini segala lotion dan sabun mandi. Saja nak bagi tengok rupa lampin jenama Pampers kat sini, nipiiiiiss aje...

Kalau dulu takdenya kesah nak berlotion-lotion lepas mandi, sekarang tak boleh. Mesti nak tepek secukupnya. Yang badan punya lain. Yang muka punya lain. Yang tapak kaki punya pun lain. Hehehe... tapak kaki dah rupa tapak kasut! Sabun mandi pun gitu. Tak boleh sesuka hati aje guna mana nak. Kena guna yang khas untuk kulit kering gitu...

Ini dah beberapa kali keluar pergi shopping, kita masih lagi tarik nafas panjang bila tengok harga barang. Ayam, daging, gula, tepung, beras, minyak, roti, susu baby... Allahuakbar... berkali-kali ganda dari harga kat Malaysia atau Brunei. Kalau dipikirkan lebih-lebih... memang tak makan la jawabnya...

Kat sini, cuti hujung minggu ialah hari Jumaat dan Sabtu. Jadi hari Sabtu lepas, kitaorang ke Corniche. Tempat kapal nelayan naik. Diaorang jugal ikan segar terus dari laut.

Langit biru tanpa awan...

Dengan sesuka hati aje diaorang pelawa kita beli ikan guna bahasa Tagalog. Ada rupa Filipino ker kitaorang nih? Ana Malizieey laaa...

Ketam betina harganya lebih mahal sebab ada telur. Beli ketam jantan aje... berbaloi sebab sepitnya besor-besor, lagi sedap makan...

Until later...

Monday, July 11, 2011

Salam dari Doha, Qatar...

**Dengan tahap kesabaran yang sangat tinggi, kita mencuba lagi. Alhamdulillah... inilah entry yang tak dapat-dapat nak dipublish sejak haritu. Tak larat dah nak edit. Kita publish dengan seadanya. Cerita baru nanti kita cerita entry lain yea...

Assalamualaikum…. Salam dari Doha, Qatar. Alhamdulillah, lepas berkali-kali tertangguh dek bermacam-macam hal, sampai jugak kitaorang kat sini hari Sabtu yang lepas.

Bertolak dari Batu Pahat pukul 2.30 pagi dengan van sewa. Ayat (adik Cik Abang) dan kawannya yang memandu. Sempat singgah sekejap kat Klinik 24jam untuk ambik ubat si Amiin yang tiba-tiba diserang gegata. Aduuuh… tak pernah-pernah kena tapi bila nak berjalan jauh boleh pulak berbintat besar dan merah kat muka, tangan dan kaki dia.

Kesian tengok dia tergaruk-garuk tu satu hal, kita risau jugak kalau tak lepas Immigresen. Tapi Alhamdulillah, bila sampai kat KLIA dalam pukul 6.00 pagi, bintat-bintat tu dah reda sikit.

Ini gambar-gambar yang sempat diambik kat KLIA. Abah, Mak, Fiz, Noora, Daus dan semua anak-anak saudara ada. Walaupun dapat jumpa hanya sekejap tapi sangat bermakna. Sayuuuu… Terima kasih semua… I love you… huhuhu…

The three sisters...

Abah yang pastinya akan merindui Haniis...

Adik kita Daus, belum pernah muncul dalam blog, kasik chan la...

Perjalanan ambik masa 7 jam lebih. Syukur budak-budak semuanya OK. Haniis pun good mood aje. Main-main, minum susu, tidur… senyum-ketawa memanjang.

Makan-makan sambil tengok TV kecik...

Haniis masa tengah lena...

Bila sampai kat Airport Doha, segala urusan Immigresen lancar. Kastam pun kasi lalu aje segala beg dan kotak-kotak. Alhamdulillah… kalau tak, mau semput nak bukak dan kemas semula 2 beg besar, 1 beg kecik dan 9 kotak pelbagai saiz tu haaa... Cik Abang pun dah menunggu. Lega rasanya bila dah selamat berjumpa semula. Mission accomplished kata orang putih…

Tengah tunggu beg-beg dan kotak-kotak...




Ada orang merajuk taknak ambik gambor...




Sebenarnya rindu Babah dia...

Keluar aje dari airport, fuh! Panas-terik, bahang, debu dan angin kuat menerpa ke muka. Aaaa… Qatar sekarang dalam musim panas. Memang sangat panas, kering dan berdebu. Debu halus masuk sampai ke dalam rumah. Ditambah pulak air paip yang panas dari tangki yang berjemur sepanjang hari. Badan dah kering berbedak debu pulak...

Walaupun disapu krim lepas mandi, kulit masing-masing dah mula gatal-gatal. Gegata Amiin haritu makin teruk. Sampai bengkak-sembab muka dia. Nasib baik ni dah elok tapi pipi Haniis yang habis meruam merah. Bersabar ajelah kasi makan ubat dan sapu krim. Insya-Allah, baiklah nanti.

Jadi dua-tiga hari ni, agak sibuk dengan sessi kemas-mengemas dan lap-mengelap. Dapat jugaklah keluar pergi jalan-jalan sikit waktu petang. Pergi beli barang-barang keperluan dan makan-makan.

Rumah transit...

Kelmarin Cik Abang bawak kitaorang ke kedai makan yang kecik dan comel.Kat dalam kedai tu ada 4 meja yang hanya muat untuk 2 orang duduk dan 4 ruang makan tertutup. Hidangannya nasi bukhari dengan ikan panggang, daun ulaman, roti dan cecahannya iaitu tabouleh, hummus, baba ganoush dan salad buah zaitun. Sangat ringkas dan kering tak berkuah tapi sangaaat sedap!

Sebelum... tak perlu guna pinggan, makan aje atas alas plastik...

Licin...

Until later…

Friday, July 8, 2011

Salam dari Doha, Qatar...

Assalamualaikum... salam dari Doha, Qatar. Alhamdulillah... dah hampir seminggu kitaorang kat sini. Masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan waktu dan cuaca. Dalam pada tu, dah berkali-kali kita cuba nak publish entry penuh, tapi tak berjaya.

Rumah transit yang kitaorang duduk tak ada internet connection. Kalau nak online kena duduk clubhouse. Tapi kat clubhouse, connection punyalah sloooooow macam kura-kura. Nak masuk FB jenuh tunggu, nak masuk blog ni pun jenuh tunggu. Memang langsung tak boleh mengupload gambar. Hmmmm.... sabor ajelah...

Ini dah merana penyakit IBS (Internet Breakdown Stress), kalau tak betul-betul, akan melarat jadik IBSD (Internet Breakdown Stress Disorder)... hahahaha...

Jadi buat masa ni, tak dapatlah kita mengupdate blog ni sebagaimana biasa. Insya-Allah kita akan carik jugak jalannya untuk update yea...

Until later...