Tuesday, August 31, 2010

Kuih Lompang...

Dapatlah penuhkan 2 bekas Tupperware ni. Cukup untuk dibawa ke Majlis Khatam Tadarus Al-Quran dan dihantar sedikit ke surau...

Kuih Lompang. Kuih yang pasti mengingatkan kita kepada Mak Yah sebelah rumah kitaorang di Parit Besar. Tanyalah pada adik-adik kita pun, Kuih Lompang memang seerti dengan nama Mak Yah.

Sebabnya, masa zaman budak-budak dulu, dialah yang paling rajin buat dan bagi kuih ni kat kitaorang. Selalu bila tengah main-main kat luar rumah, kemudian dengar bunyi "ting, ting, ting, ting"... dari dapur Mak Yah... taulah dia tengah buat kuih ni.

Bunyi dia membasuh cawan-cawan porselin comel acuan kuih ler tu. Sebelum maghrib, gerenti sampai sepiring ke meja dapur kitaorang. Paling sikit pun, 5 biji mesti dapat punyalah!

Kuih Lompang Mak Yah ialah gold standard bila makan kuih buatan orang lain. Yelah, kadang-kadang tu rupa aje comel tapi rasanya entah hapape aje. Kadang-kadang pulak keras-kebatun ibarat nak patah gigi bila makan.

Atas ingatan dan keinginan itulah, kita trolling internet mencari resipi yang agak-agak sesuai dan mudah. Alhamdulillah, kita terjumpa resipinya di sini. Seperti kata tuan punya blog, Rini, resipi ni Insya-Allah... mesti menjadi walaupun untuk first-timers. Ternyata betul! Meh cuba...


Kuih Lompang

2 1/2 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg ubi
1 cwn gula
1 sdt esen ros
4 cwn air
daun pandan
pewarna yang disukai
1 cwn kelapa parut + 1 sdbsr gula + secubit garam

Panaskan kukusan.
Oleskan minyak pada acuan. Ini memudahkan kita keluarkan kuih dari acuan bila ia dah sejuk nanti.
2 cwn air dimasakkan bersama gula dan daun pandan. Kita panaskan air hanya sampai gula larut aje, tak tunggu hingga ia mendidih.
Satukan dengan 2 lagi cwn air dan bancuhkan pada tepung.
Tambahkan esen rose dan bancuh rata.

Ada yang panaskan acuan dulu sebelum dituangkan bancuhan, tapi kita tuangkan saja sejuk-sejuk...

Bahagikan kepada beberapa bahagian, kacau rata pewarna dan tuangkan ke dalam acuan. Kukus kuih selama 15 minit.

Pengukus ni tak perlu ditutupkan kain kerana ada lubang pengeluar wap, jadi air tak begitu banyak terkumpul di dalamnya. Kalau guna pengukus yang biasa mungkin perlu dibalut dengan kain pada penutupnya supaya air tak menitik ke atas kuih...

Tunggu hingga kuih benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari acuannya.

Kita rendamkan acuan di dalam dulang berisi air supaya lebih cepat sejuk...

Letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan gula dan garam di atas kuih. Siap untuk dihidang.

Gembiranya hati bila kuih cantik melompang... hehehe... Kuihnya lembut dan rasanya pun sedap. Tak hampa.

Padanlah Mak Yah selalu buat kuih ni dulu. Buatnya senang dan jadinya muai. Yelah, anak-anak dia kan ramai. Boleh kasi kat jiran sebelah lagi!

Lepas ni, kalau kita ada terjumpa cawan-cawan comel porselin tu, kita pasti akan beli. Untuk alami kembali nostalgia bunyi "ting, ting, ting, ting"...

Until later...

Saturday, August 28, 2010

Nasi Ambeng...

Nasi Ambeng...

Dah ada Serunding Kelapa, bolehlah buat Nasi Ambeng pulak. Dah lama tak makan dalam dulang beramai-ramai.

Dulu kitaorang rajin makan dalam dulang waktu tengahari. Punyalah semangat sampai import dulang dari BP. Tapi bila Cik Abang dan anak-anak tak dapat lagi nak bersaing untuk balik makan tengahari pada waktu yang sama, jadi balik semula la makan pinggan sendiri-sendiri....

Inilah dia hidangan nasinya. Berlaukkan ayam masak kari, sayur kacang tumis kering bersama tahu dan tempe, serunding, ikan kering dan dua biji lada sebab terlupa nak buat sambal belacan...

Ayam masak kari tu permintaan Cik Abang. Kita nak ayam masak kicap, tapi dah dia mintak yang itu, kita pun ok ajelah. Lagipun lagi senang masak kari, boh aje satu periuk. Kalau masak kicap, nak kena goreng-goreng dulu kan? kan? Hehehe... nak short cut aje mana yang boleh!

Bukan apa, sekarang ni kaki dah tak boleh tahan berdiri lama-lama. Maklumlah perut dah makin membesar. Bila memasak, standby bangku kat sebelah, sementara tunggu tumis naik minyak, goreng-goreng manggaring... duduk-duduklah dulu.

Ini pulak gambar 2nd batch serunding yang kita buat semalam. Buat banyak, untuk buah tangan orang-orang kat KL dan BP. Bolehlah buat rasa-rasa...

Kali ni buat 1/2kg...

Until later...

Monday, August 23, 2010

Serunding Kelapa...

Serunding kelapa...

Serunding yang selalu dihidangkan semasa Hari Raya. Dimakan bersama lepat, ketupat palas, lemang atau pun kadang-kadang ditabur pada ketupat yang sudah disiram dengan kuah lodeh.

Serunding ini jugak bekalan kita semasa zaman-zaman belajar dulu. Bila ditabur pada nasi bungkus, tak kiralah apa lauknya... eeemmm... percayalah, menjadi-jadi sedapnya... hehehe...

Resipi ni kita ambil dari Mak Ha masa kitaorang berborak-borak pada Hari Raya tahun lepas. Resipi turunan dari Maktuk agaknya. Menaun-naun disimpan, tak pernah mencuba hinggalah hari ini. Alhamdulillah... menjadi!

Serunding Kelapa

1/2 kg kelapa parut
1/4 kg daging
1 cwn ketumbar
2 sdbsr jintan manis
6 ulas bawang putih
3 btg serai
2" lengkuas
1 1/2" kunyit
1/4 bulatan belacan
1 kepal kecil asam jawa
1/2 cwn air
3 sdbsr gula
garam secukup rasa

Daging dihiris nipis.
Ketumbar dan jintan manis disangai dan dikisar kering.
Kemudian kisarkan pula bawang putih, serai, lengkuas, kunyit, belacan, gula dan garam menggunakan perahan air asam jawa.
Ambil sedikit rempah dan rencah yang dikisar dan gaulkan pada daging.
Selebihnya digaul pada kelapa parut.
Ramaskan kelapa hingga sebati dan terbit sedikit santan.
Sesuaikan rasa manis dan masin.
Tumiskan daging dengan sedikit minyak dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan kelapa parut, gaul rata dan sangai.


Buat pengetahuan, kita cuma guna dalam 1/4 kg kelapa aje...

Gunakan api sederhana dan pastikan kelapa sentiasa dibalik-balikkan supaya tidak hangus.
Serunding sudah siap apabila kelapa sudah kering, rangup dan berwarna perang.

Jadi bahan-bahan lain pun kita ubah ikut kesesuaian. Cukuplah sebagai eksperimen kali ni...

Kalau nak, boleh jugak digaulkan kacang goreng , sedikit biji ketumbar yang sudah disangai dan sesudu lagi gula ke dalam serunding beberapa minit sebelum diangkat.

Gula takkan mencair dan dengan bahan-bahan tambahan yang lain tadi, menambah rasa dan tekstur rangup bila kita mengunyah.

Ada sesetengah orang, sukakan serunding yang sedikit lembab tapi kita lebih suka yang benar-benar kering supaya ia tahan lama. Hanya perlu disimpan dalam bekas kedap udara tanpa perlu masuk dalam peti sejuk.

Until later...

Sunday, August 22, 2010

Mini Popia Jejari Ketam...

Mini Popia Jejari Ketam...

Pembuka puasa hari ini. Resepi ni kita dapat dari kawan kita Mala. Dia pulak ambil dari Buku Masakan Kuih Muih Minum Petang oleh Chef Hanieliza.

Kalau nak tengok resepi asal, klik kat sini. Resipi kita ni ada ubah-ubah sikit, biasala tu... Walaupun begitu, Alhamdulillah... tetap menjadi!

Mini Popia Jejari Ketam

50 keping kulit popia 5"x5"
25 batang jejari ketam
1 cwn lobak merah dihiris mancis
1 cwn sengkuang dihiris mancis
1/2 cwn bawang goreng
sedikit garam & aji-shio

Leraikan kulit popia. Jejari ketam dipotong dua.
Gaulkan lobak merah, sengkuang, bawang goreng yang diramas bersama garam dan aji-shio secukup rasa.
Bungkuskan jejari ketam dan inti sayuran ke dalam kulit popia seperti biasa.
Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang.

Memang muai kalau dibuat saiz mini macam ni. Bolehlah dihulur sepiring kat jiran sebelah yea... Memanjang-manjangkan rezeki di bulan Ramadhan ni, banyak pahalanya, Insya-Allah.

Until later...

Tuesday, August 17, 2010

Acar Ikan Kering...

Acar Ikan Kering

Kecur dah? Hahaha... jangan teleleh pulak air liur puasa-puasa nih ya!

Kita ni sebenarnya memang jarang sekali makan ikan kering. Bukan tak suka, tapi tak kuasa nak melayan baunya yang meraung-raung satu rumah bila menggoreng. Tapi bila sesekali pekena, hancur-lebur diet kak ooiii...

Acar Ikan Kering ni kita pernah merasa masa ada jemputan makan-makan kat rumah kawan kita, Mala dan Biba beberapa tahun dulu. Alamaaak... memang sedaplah kita kata.

Walaupun dah bertahun mendapat bayangan resipi, barulah hari ini keinginan benar-benar mengerah kerajinan dalam diri... sabor ajelah... kan? kan? Meh cuba!

Acar Ikan Kering

10 keping kecil ikan kering kegemaran
(anggaran 1 inci persegi setiap keping)
8 biji cili padi
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sdbsr serbuk kari
5 helai daun kari
1/4 cwn air asam jawa

Goreng ikan kering hingga masak dan angkat.
Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia yang telah dihiris bersama cili padi dan daun kari.
Tumis sehingga bawang layu dan naik bau bahan-bahan tumisan.
Tambahkan serbuk kari dan air asam jawa.
Biarkan sebentar hingga naik minyak.
Masukkan ikan kering yang digoreng tadi.
Gaulkan kesemuanya hingga sebati dan kering airnya.
Angkat dan siap untuk dihidang.

Ikan keringnya tu, gunalah apa-apa jenis yang berdaging tebal. Kalau dapat Ikan Kering Kurau memang lebih sedap.

Acar ni boleh bertahan lama kalau disimpan didalam peti sejuk. Bila nak makan bolehlah diambil sikit-sikit.

Tapi kalau menghidang kepada tetamu yang kaki makan ikan kering, siap sediakan nasi tambah ya!

Until later...

Monday, August 16, 2010

Kehidupan seharian... Ramadhan...

Alhamdulillah... di hari ke 5 ni, kita masih lagi dapat berpuasa. Harap-harapnya dapatlah berterusan hingga ke penghujung Ramadhan kali ni. Baby pun cool aje kat dalam... ok la tu... hehehe...

Kurma Kurnia Sultan Brunei bagi Ramadhan 1431 / Ogos 2010...

Alhamdulillah... aktiviti tadarus dapat diteruskan juga. Hati tersentuh teringatkan kawan-kawan yang dah pulang ke tanahair. Terasa ketiadaan diaorang. Kadang-kadang macam tersayu pulak hati bila mengenangkan inilah Ramadhan terakhir kita akan dapat bertadarus dan berbuka puasa bersama-sama kawan-kawan Malaysia kat sini. Hmm... good things do come to an end sometimes...

Noorlyn, Zaida dan kita...

Alhamdulillah... di antara 3 ibu mengandung, Zaida telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada 6hb Ogos 2010 yang lalu. One out, two more to go!

Amiin melawat Ahmad Ziyad bin Mohd Razali...

Until later...

Wednesday, August 11, 2010

Rojak 4T dan Sambal Kicap...

Emmm... Rojak 4T yang dah disimbah Sambal Kicap...

Nama betulnya ialah Rojak Tahu, tapi kita lebih suka panggil Rojak 4T sebab bahan-bahannya semua bermula dengan huruf T iaitu Timun, Tauge, Tahu dan Tempe. Rojak yang paling mudah nak buat.

Kuahnya pulak hanyalah Sambal Kicap. Sambal yang memang sentiasa ada dalam peti sejuk kita. Maklumlah, orang Johor... mana boleh berenggang dengan Sambal Kicap.

Makan pisang goreng ke, keledek goreng ke, keladi goreng ke, ubi goreng ke, sukun goreng ke... mesti nak mencicah Sambal Kicap.

Kalau makan Soto atau Sup Tulang ke... lagi banyak dan lagi pedas Sambal Kicapnya, laaagi sedap! Haaa... meh cuba. Boleh buat juadah berbuka harini.

Rojak 4T

4 keping Tahu
4 keping Tempe
1 mangkuk Tauge
1 biji Timun

Timun dihiris mancis. Kalau tak tau macamana, tengok kat gambar bawah...

Hiriskan bulat-bulat dulu dan susunkan. Kemudian hiriskan memanjang. Jadilah rupanya macam batang mancis...

Letakkan ke dalam piring hidangan.
Tauge dicelur sebentar. Toskan dan letakkan di atas timun tadi.
Tahu dan tempe digoreng. Hiriskan ikut gaya kesukaan sendiri.
Taburkan kedua-duanya keatas timun dan tauge.
Hidangkan bersama Sambal Kicap.

Sambal Kicap

10 biji lada cili
1 ulas bawang putih
1 sdbsr gula
1/2 cwn kicap masin
2 sudu besar cuka

Kisarkan kesemuanya di dalam blender. Siap!

Untuk pengetahuan, ini ialah cara asasnya sahaja. Ada yang suka campurkan kacang goreng tumbuk. Ada jugak yang campurkan sedikit petis dan gunakan gula merah. Ada juga yang lebih suka gunakan perahan air limau kasturi atau limau nipis menggantikan cuka. Nak lebihkan gula pun ok. Ikutlah selera masing-masing.

Kalau ada lebih, jangan buang dulu. Disebabkan ada cuka atau air limau, sambal ni boleh bertahan lama kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi simpan, lagi sedap!

Katalah taknak buat banyak-banyak, setakat nak buat cicah-cicah goreng-gorengan, tumbukkan saja cili dan bawang putih tu. Kemudian baru gaulkan bersama kicap, gula, cuka atau perahan limau.

Orang tua-tua dulu ajar, masa menumbuk cili, biarkan 1 atau 2 biji cili tu bertangkai. Bawang putih pun tumbukkan aje tanpa buang kulitnya. Kenapa? Kita pun tak berapa pasti tapi macam pernah sipi-sipi telinga mendengar... jadi ubat. Supaya perut tu takdelah sakit bila dah makan sambal banyak-banyak...hehehe... Betul atau tidak, Wallahua'lam...

Jemput makan...

Until later...

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan untuk kesemua rakan-rakan yang mengunjungi blog "Wired to the World..." ni.

Hari ini adalah 1hb Ramadhan untuk rakyat Malaysia. Kami di Brunei menyambut 1hb Ramadhan esok. Jadi harini masih lagi la bermakan-makan... esok baru puasa.

Namun begitu, yang penting ialah semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang dahulu.

Until later...

Friday, August 6, 2010

Sindhi Briyani...

Jemput makan...

Semalam petang, tetiba aje kita terasa nak makan Nasi Briyani. Hmmm... mengidam ler tuh. Lepas menghantar budak-budak ke sekolah ugama, kita terus singgah ke Supa Save dan beli barang-barang yang perlu.

Rempah Sindhi Briyani...

Kita guna Rempah Sindhi Briyani keluaran Syarikat Shan, Pakistan. Rempahnya sedap dan rasanya lain sikit dari Briyani Cara Melayu. Cara masaknya pun senang. Meh cuba!

Sindhi Briyani

Beras Basmati 500g

Daging lembu / kambing 500 - 750g
Yogurt 1/2 cwn
Tomato 3 biji
Kentang 4 biji
Cili 5 biji
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 2 inci
Daun ketumbar 1 cwn
Daun pudina 1 cwn
Ghee 5 sdbsr
Rempah Briyani 1 pek
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

Bawang besar di potong dadu, bawang putih, halia dicincang halus.
Kentang dikupas dan dibelah dua. Tomato dipotong dadu kecil.
Daun ketumbar dan daun pudina dihiris halus.
Basuh beras hingga airnya jernih dan rendam selama 30 minit.

Panaskan ghee dan gorengkan bawang besar sehingga kekuningan dan hampir garing.
Masukkan bawang putih, halia, daging dan kentang.
Tumiskan selama 10 minit.
Masukkan rempah briyani, yogurt dan cili.
Tumiskan lagi selama 5 minit.
Tambahkan 2 cawan air. Tutup periuk dan reneh atas api sederhana hingga daging empuk.

Setelah daging masak, pastikan sekurang-kurangnya ada 2 cawan kuah dagingnya.
Sekiranya kurang, tambahkan sedikit air. Jika terlebih reneh semula hingga kuah kering sedikit. Sesuaikan rasa garam.

Pindahkan daging yang telah dimasak ke periuk yang lebih besar atau ke dalam periuk nasi elektrik.
Taburkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar ke atas daging tadi. Jangan digaul.
Tutup periuk dan reneh lagi atas api kecil selama 5 minit.

Kita masak guna satu kuali besar aje. Tak perlu ganti-ganti tempat. Kat situ tumis dan masak daging, kat situ jugak tanak nasinya...

Dalam periuk lain, rebus beras basmati bersama sidikit garam hingga separuh masak.
Angkat dan toskan. Ratakan nasi di atas daging tadi. Letakkan pewarna di atasnya.
Jangan digaulkan. Tutup periuk dan biarkan masak atas api kecil hingga nasi benar-benar tanak.

Dah siap...

Hidang bersama Jelatah dan Kuah Dal.
Boleh juga ditaburkan bawang goreng, daun ketumbar, kacang gajus dan kismis sebagai hiasan dan penambah rasa.

Kita tak tabur gajus dan kismis sebab budak-budak dan Cik Abang tak suka makan. Setakat kita sorang aje yang makan, macam tak berbaloi nak menambah-nambah kerja kan? Hehehe...

Yang ini pulak, langkah kanan namanya! Pagi tadi kita ke rumah Kak Zati, nak mengendeng daun pudina yang segar bugar kat taman dapurnya tu. Waaaah... tak sangka, dapat sepinggan penuh Laksam. Simpan dulu ya Kak Zati, buat makan lain kali.



Lepas tu, dapatlah kita memulang sepinggan penuh nasi briyani pulak. Buat rasa-rasa ya Kak Zati!

Until later...

Monday, August 2, 2010

Kehidupan seharian...

Hari Rabu lepas, kita telah melanggar sebuah kereta semasa hendak berundur keluar dari parking di Supa Save. BND 800.00 terbang-melayang! Hmmm... entahlah... pada pendapat kita, macam terover charge aje! Ini kereta sendiri belum dibetulkan lagi.

Agaknya Cik Abang malas nak argue, jadi dia bayar ajelah. Apapun, kita sangat berterima kasih pada Cik Abang kita ni sebab dia cool-cool aje.

Dah nak balik-balik nih, ada-ada aje! Sabor ajelah...

Until later...