Tuesday, August 31, 2010

Kuih Lompang...

Dapatlah penuhkan 2 bekas Tupperware ni. Cukup untuk dibawa ke Majlis Khatam Tadarus Al-Quran dan dihantar sedikit ke surau...

Kuih Lompang. Kuih yang pasti mengingatkan kita kepada Mak Yah sebelah rumah kitaorang di Parit Besar. Tanyalah pada adik-adik kita pun, Kuih Lompang memang seerti dengan nama Mak Yah.

Sebabnya, masa zaman budak-budak dulu, dialah yang paling rajin buat dan bagi kuih ni kat kitaorang. Selalu bila tengah main-main kat luar rumah, kemudian dengar bunyi "ting, ting, ting, ting"... dari dapur Mak Yah... taulah dia tengah buat kuih ni.

Bunyi dia membasuh cawan-cawan porselin comel acuan kuih ler tu. Sebelum maghrib, gerenti sampai sepiring ke meja dapur kitaorang. Paling sikit pun, 5 biji mesti dapat punyalah!

Kuih Lompang Mak Yah ialah gold standard bila makan kuih buatan orang lain. Yelah, kadang-kadang tu rupa aje comel tapi rasanya entah hapape aje. Kadang-kadang pulak keras-kebatun ibarat nak patah gigi bila makan.

Atas ingatan dan keinginan itulah, kita trolling internet mencari resipi yang agak-agak sesuai dan mudah. Alhamdulillah, kita terjumpa resipinya di sini. Seperti kata tuan punya blog, Rini, resipi ni Insya-Allah... mesti menjadi walaupun untuk first-timers. Ternyata betul! Meh cuba...


Kuih Lompang

2 1/2 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg ubi
1 cwn gula
1 sdt esen ros
4 cwn air
daun pandan
pewarna yang disukai
1 cwn kelapa parut + 1 sdbsr gula + secubit garam

Panaskan kukusan.
Oleskan minyak pada acuan. Ini memudahkan kita keluarkan kuih dari acuan bila ia dah sejuk nanti.
2 cwn air dimasakkan bersama gula dan daun pandan. Kita panaskan air hanya sampai gula larut aje, tak tunggu hingga ia mendidih.
Satukan dengan 2 lagi cwn air dan bancuhkan pada tepung.
Tambahkan esen rose dan bancuh rata.

Ada yang panaskan acuan dulu sebelum dituangkan bancuhan, tapi kita tuangkan saja sejuk-sejuk...

Bahagikan kepada beberapa bahagian, kacau rata pewarna dan tuangkan ke dalam acuan. Kukus kuih selama 15 minit.

Pengukus ni tak perlu ditutupkan kain kerana ada lubang pengeluar wap, jadi air tak begitu banyak terkumpul di dalamnya. Kalau guna pengukus yang biasa mungkin perlu dibalut dengan kain pada penutupnya supaya air tak menitik ke atas kuih...

Tunggu hingga kuih benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari acuannya.

Kita rendamkan acuan di dalam dulang berisi air supaya lebih cepat sejuk...

Letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan gula dan garam di atas kuih. Siap untuk dihidang.

Gembiranya hati bila kuih cantik melompang... hehehe... Kuihnya lembut dan rasanya pun sedap. Tak hampa.

Padanlah Mak Yah selalu buat kuih ni dulu. Buatnya senang dan jadinya muai. Yelah, anak-anak dia kan ramai. Boleh kasi kat jiran sebelah lagi!

Lepas ni, kalau kita ada terjumpa cawan-cawan comel porselin tu, kita pasti akan beli. Untuk alami kembali nostalgia bunyi "ting, ting, ting, ting"...

Until later...

3 comments:

  1. periuk kukus baru ka Huda? ;-)

    ReplyDelete
  2. Bukan... pinjam Kak Salina punya.
    Hari sebelumnya buat Apam Gandum. Adunan banyak, terpaksa buat 2 loyang. Takut tak jadi kalau kukus tenggek-tenggek so pinjam lagi satu.
    Bila buat kuih ni, melaram ajelah... hahahaha...
    Acuan merah tu pun pinjam dr Kak Liza... kuang kuang kuang...
    Sebab tu aku bertekad sgt nak beli cawan porselin comel tu haa...

    ReplyDelete
  3. masih berbakti periuk kukus salina. kalau cwn merah plastik tu kat soon lee/milimewah pun ada. kalau yg seramiknya hang pi cari kat kedai2 runcit cina kat seria. hang masuk dalam2 sikit ada. kedai yg sederet dgn wywy chic.rice ;)

    ReplyDelete