Jemput makan...
Semalam petang, tetiba aje kita terasa nak makan Nasi Briyani. Hmmm... mengidam ler tuh. Lepas menghantar budak-budak ke sekolah ugama, kita terus singgah ke Supa Save dan beli barang-barang yang perlu.
Rempah Sindhi Briyani...
Kita guna Rempah Sindhi Briyani keluaran Syarikat Shan, Pakistan. Rempahnya sedap dan rasanya lain sikit dari Briyani Cara Melayu. Cara masaknya pun senang. Meh cuba!
Sindhi Briyani
Beras Basmati 500g
Daging lembu / kambing 500 - 750g
Yogurt 1/2 cwn
Tomato 3 biji
Kentang 4 biji
Cili 5 biji
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 2 inci
Daun ketumbar 1 cwn
Daun pudina 1 cwn
Ghee 5 sdbsr
Rempah Briyani 1 pek
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Bawang besar di potong dadu, bawang putih, halia dicincang halus.
Kentang dikupas dan dibelah dua. Tomato dipotong dadu kecil.
Daun ketumbar dan daun pudina dihiris halus.
Basuh beras hingga airnya jernih dan rendam selama 30 minit.
Panaskan ghee dan gorengkan bawang besar sehingga kekuningan dan hampir garing.
Masukkan bawang putih, halia, daging dan kentang.
Tumiskan selama 10 minit.
Masukkan rempah briyani, yogurt dan cili.
Tumiskan lagi selama 5 minit.
Tambahkan 2 cawan air. Tutup periuk dan reneh atas api sederhana hingga daging empuk.
Setelah daging masak, pastikan sekurang-kurangnya ada 2 cawan kuah dagingnya.
Sekiranya kurang, tambahkan sedikit air. Jika terlebih reneh semula hingga kuah kering sedikit. Sesuaikan rasa garam.
Pindahkan daging yang telah dimasak ke periuk yang lebih besar atau ke dalam periuk nasi elektrik.
Taburkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar ke atas daging tadi. Jangan digaul.
Tutup periuk dan reneh lagi atas api kecil selama 5 minit.
Kita masak guna satu kuali besar aje. Tak perlu ganti-ganti tempat. Kat situ tumis dan masak daging, kat situ jugak tanak nasinya...
Dalam periuk lain, rebus beras basmati bersama sidikit garam hingga separuh masak.
Angkat dan toskan. Ratakan nasi di atas daging tadi. Letakkan pewarna di atasnya.
Jangan digaulkan. Tutup periuk dan biarkan masak atas api kecil hingga nasi benar-benar tanak.
Dah siap...
Hidang bersama Jelatah dan Kuah Dal.
Boleh juga ditaburkan bawang goreng, daun ketumbar, kacang gajus dan kismis sebagai hiasan dan penambah rasa.
Kita tak tabur gajus dan kismis sebab budak-budak dan Cik Abang tak suka makan. Setakat kita sorang aje yang makan, macam tak berbaloi nak menambah-nambah kerja kan? Hehehe...
Yang ini pulak, langkah kanan namanya! Pagi tadi kita ke rumah Kak Zati, nak mengendeng daun pudina yang segar bugar kat taman dapurnya tu. Waaaah... tak sangka, dapat sepinggan penuh Laksam. Simpan dulu ya Kak Zati, buat makan lain kali.
Lepas tu, dapatlah kita memulang sepinggan penuh nasi briyani pulak. Buat rasa-rasa ya Kak Zati!
Until later...
nmpk menyelerakn briyai tu..tp kt sini mana nk jumpa.meh la pos barang sepeket 2...:)
ReplyDeletelaksam? sedapnyer...lama tk mkn. nk buat meenya tu tk reti..tunggu bulan puasa nnt mesti ada jual kt bazr ramadhan
Lady ell, e-mail ler alamat, Insya-Allah sampai ler sekotak dua... nak tiga, empat pun boleh. Serious offer...
ReplyDeleteDuduk jauh ginilah, kalau teringin nak makan yg special-special sikit, kena buat sendiri atau tunggu mana-mana kawan buat. Kalau nasib baik, langkah kanan. Kalau tak, jilat tapak tangan jer... hehehe...
wah...sungguh2 ke offer nih.:)camner nak bayar ni.
ReplyDeletetakpelah ell bg dulu emel n alamat yer:)
ladyell@hotmail.com
Ellymaswati Mohd Zan
212-D,Ayer Baloi,
82100 Pontian,Johor