Wednesday, February 29, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(3)

Sebenarnya kita terkejut sebaik sampai ke dataran Masjid Nabawi. Lain sungguh rupa dan suasana Masjid Nabawi dengan apa yang kita ingat. Tu yang tak tau nak pergi kiri ke... kanan ke... Kak Ita yang pernah sampai pun keliru-keliru. Aduuuuhh... kelakar betul. Jalan punyalah cepat... dah macam kartun...

Bila jumpa bilik air, Imam dah mulakan solat. Jadi bergesa-gesalah ambik wuduk, naik ke dataran, hampar sejadah dan terus solat. Selesai bersolat... semput! Hahaha... Nak turun ke parking pun sesat lagi. Dah nak cepat sangat tadi... tak betul-betul pastikan pintu tempat keluar. Yang ingat masa naik eskalator, tertulis 5A kat dinding... tapi Pintu No. 5 berkunci.

Bila Kak Ita telefon suami dia, kitaorang disuruh turun Pintu No 6. Aik? Biar betul? Hmmm... memang betul pun. Takpe... ini pengajaran. Mesti pastikan nombor pintu dan nombor gate yang dilalui. Kalau kata tersilap jalan pun, Insya-Allah boleh jumpa balik.

Kat Hotel Eiman Taibah, lain ceritanya. Kad kunci tak boleh guna. Bila kita nak turun untuk ganti kad, Si bellboy kata boleh guna kad master dia. Lagilah jadik problem. Kad dia tu rupanya hampir patah, bila dia masukkan kat slot dan tarik, benda tu patah dan sangkut terus.

Hmm... terpaksalah tunggu technician datang pulak. Bila dah dapat masuk, technician tak bagi tutup pintu sementara dia tukarkan kad baru. Cik Abang yang baru naik dari tempat parking hairan tengok pintu terbukak. "Laa... takpe... tutup aje," dia kata. "Pintu kan boleh bukak dari dalam..." Ha ah, ek? Hahaha...

Pendekkan cerita, hari yang tadi terang dah jadi gelap. Perut yang ok-ok terus jadi lapar. Cik Abang aje yang ke masjid untuk Solat Maghrib. Kita duduk bilik layan budak-budak makan dan bersiap untuk Solat Isyak. Untuk pengetahuan, kad kunci bilik kat hotel tu sampai ke sudah pun problem.
Lepas Solat Isyak, Cik Abang kata Raudhah akan dibuka untuk jemaah perempuan kalau kita dan Hannan nak pergi. Jadi kitaorang pun pergilah... Lagi sekali rasa macam berlainan sangat rupa Masjid ni... Dulu dari kejauhan dah boleh nampak Makam Rasulullah dan Raudhah. Kali ni semuanya ditutup tabir putih. Tabir mengelilingi Makam Rasulullah dan jugak keseluruhan ruang Raudhah.

Tabir pemisah hanyalah berjarak lebih kurang 10 kaki dari Makam Rasulullah. Ah sedihnya... Nasib baiklah kenal rupa bahagian atas makam, dapatlah kita tunjuk pada Hannan untuk sama-sama sampaikan salam dan baca doa.

Jemaah Turki dan Pakistan memenuhi ruang. Diaorang ni memanglah sangat-sangat bersemangat semasa berdoa dan memberi salam. Diaorang jugaklah yang panjat tembok tiang dan kerusi... dalam cubaan nak melihat Makam Rasulullah.

Kita tak nampak kumpulan jemaah Asia Tenggara. Memikirkan budak-budak yang tengah menunggu... kita terus ajelah masuk kumpulan yang tengah beratur. Jemaah pun bercampur-campur.

Hannan dah mula cuak. Jadi pelan-pelan kita pujuk dia... mintak dia sabar dan teruskan berdoa supaya kita dapat ke sana dengan selamat. Lama jugak menunggu... Bila laluan dibukak... terperanjat sekejap kitaorang dibuatnya. Mau tidak... diaorang ni terus berlari merempuh masuk sambil bertempik sekuat-kuatnya. Wah! Macam ni ke? Istighfar... Istighfar... Sabar... Sabar...

Dah gitu... ikutkan ajelah arus manusia ni. Berasak-asak hinggalah Hannan kata, "Ibu... karpet hijau. Kita dah sampai. Macam mana Ibu?" Sememangnya tak ada ruang langsung untuk bersolat. Jadi kita katakan pada Hannan, "Kita redhakan rezeki Raudhah kita malam ni. Sekarang kita berdoa. Doa sebaik yang boleh. Doa jugak supaya kita dapat datang lagi dalam keadaan yang lebih bagus."

Sambil berpegang tangan, kitaorang pun berdoalah sambil berjalan. Elok aje menekap muka, kita hampir jatuh tersadung. Ada 2 orang jemaah tengah bersujud rupanya. Yang sebaris dengan kita semua cuba bertahan tapi tekanan dari belakang terlalu kuat. Kita terdorong ke depan dan serentak tu jugak dengar suara Hannan menjerit.

Astaghfirullah... tangan masih berpaut tapi lengan aje yang nampak. Lengan dia tersepit antara dua badan yang sangat besar. Kita pun cepat-cepatlah seluk dan tarik dia keluar. Ya Allah... nangis dah budak tu... Kita rangkul bahu dia dan teruskan ke exit.

Tinggal beberapa langkah nak keluar... lagi sekali kitaorang dirempuh. Kita tertolak hingga terduduk di tembok tiang, betul-betul sebelah kaki petugas Masjid. Tak terdaya kita nak menolak dan bangun. Hannan cuba nak tarik tapi banyak manalah kederat budak tu. Kita bisikkan, "Ya Allah... tolonglah kami berdua. Berilah kami sedikit ruang di antara manusia yang ramai ini Ya Allah..." 

Tak semena-mena seorang jemaah tarik kita hinggalah lepas ke ruang yang lapang.Alhamdulillah... "Syukran." kita ucap pada dia. Dan... dia adalah Jemaah Turki. Apa lagi nak dikata? Diaorang memang gagah belaka...

Kita ajak Hannan bersolat sunat di ruang yang sebenarnya hanya di belakang Raudhah. Masa itulah air mata berjujuran. Kita mengenangkan betapa kita pernah diberi rezeki bersolat di Raudhah yang begitu tenang, lapang dan luas. Berdiri dengan aman di Makam Rasulullah, memandang ke ruang dalam dengan jelas sambil memberi salam dan membaca doa. Ya Allah... betapa peluang itu tidak terguna sepenuhnya dek kejahilan diri.
Astaghfirullahalaziim... Ya Allah... berikanlah kami sekeluarga rezeki yang sama di masa hadapan. Berilah kami sekeluarga kemanisan nikmat bersolat di RaudhaMu dan berdiri di samping RasulMu. Amiin... Ya Allah...

Until later...

p/s Hmmm... panjang pulak cerita kali ni yea. Harap tak bosan. Insya Allah... cerita esok lebih gambar dan kurang ngomelnya. Dan kalau katalah lain kali, kita berhadapan dengan situasi yang sama, rasanya kita akan melekap kat Jemaah Malaysia ajelah! Insya-Allah lebih selamat...

Tuesday, February 28, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(2)

Pukul 3.00pg esoknya kita dah bangun. Ketua rombongan pesan, kalau boleh buatlah bekal sikit untuk makan tengahari sebab sebolehnya tak mau berhenti lama-lama untuk makan. Jalan dari Riyadh ke Madinah sangat jauh. 862km dan akan ambik masa lebih kurang 11 jam perjalanan. Ada stretch yang langsung tak ada tempat berhenti.

Dah ketua rombongan kata gitu, kita pun masaklah nasi, panggang ayam dan siapkan salad. Apartment ada dapur, oven, periuk-belanga serba lengkap. Senang nak masak-masak. Ayam dan sayur beli kat Carrefour Riyadh malam sebelumnya. Masa Cik Abang temankan budak-budak makan, kita pegi beli barang basah.

Dekat-dekat pukul 5.00pg siap semua dah. Dah solat, kemas dan bungkus semua beg bagai... kitaorang pun berangkat. Singgah isi minyak dan makan sarapan. Alhamdullilah... makanan boleh tahan. Lepas kenyang... sambung lagi perjalanan.
Dah makan kenalah toilet break... hahaha... Ambik kesempatan Solat Duha jugak. Budak-budak sempat main-main...
 Dengan ketua rombongan... dan lagi gambar-gambar pemandangan yang cantik.
6 jam terus-terusan berjalan. Aarif, Adeem dan Haniis makan dalam kereta aje. Berhenti sekejap-sekejap untuk isi minyak, coffee dan jajan break. Dah nak sampai ke Madinah... anak salah sorang kawan konvoi nak ke tandas. Kitaorang pun berhenti kat masjid kampung di tengah gurun. 

Masa ni ambik kesempatan turun. Kaki dah kejang-kejang. Chewah... macam ler kita yang drive. Tak drive tapi asyik tidur, bangun, makan jajan dan borak-borak temankan driver pun penat jugak tau... hahaha...
Nampak tak warna hitam kat bahagian depan kereta tu? Itu protective coating, halang kereta calar masa tempuh angin berpasir. Katanya laaa... macam kelakar aje sapu seciput je kat depan macam tu kan? Dah orang kedai kereta tu cakap camtu dah cukup... ikut ajelah...
Driver cool aje ek? Terpaksalah kan... kat KSA ni orang pompuan tak boleh bawak kereta. Tak dapat ler nak nolong...
Budak-budak ni... macam ada spring. Bukak je tingkap... toing! toing!
Pukul 3.30ptg dah masuk Bandar Madinah. Alhamdulillah... Kitaorang terus ke Masjid Nabawi. Park kat bawah masjid dan dapatlah bersolat Asar... walaupun Masbuk. Tak jumpa bilik air ler...

Cerita di Madinah, Insya-Allah akan disambung esok...

Until later...

Monday, February 27, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(1)

Alhamdulillah... minggu lepas, kitaorang sekeluarga diberi rezeki mengerjakan Umrah & Ziarah. Umrah & Ziarah ni ialah anjuran Malaysian Association of Qatar (MAQ). Ada rombongan yang menaiki bas dan ada yang macam kitaorang, pandu kenderaan sendiri.

Terima kasihlah pada orang-orang kuat MAQ yang dengan sukarela dan susah-payah menguruskan urusan pengangkutan, penginapan dan makanan untuk yang menaiki bas. Paling utama sekali... diaoranglah yang menguruskan Visa umrah dengan Immigresen Qatar dan Arab Saudi untuk semua jemaah. Bukan kerja senang tu...

Konvoi kereta ada 5 buah semuanya. Antara lima pemandu, dua orang dah ada pengalaman memandu ke Mekah & Madinah untuk Umrah & Ziarah. Jadi kitaorang yang lain-lain ni mengikut ajelah...

Perjalanan kitaorang begini... dari Doha ke Riyadh (tidur 1 malam) ke Madinah (duduk 2 hari) ke Mekah ( duduk 3 hari) ke Riyadh (tidur 1 malam) dan pulang ke Doha. Meh tengok gambar-gambar kembara...

Sampai di sempadan dalam pukul 5.00pg. Gambar atas ialah di Immigresen Qatar. Urusan selesai dengan mudah dan cepat. Masih awal pagi lagi semasa ke Immigresen Arab Saudi. Tapi kemudian kitoarang sangkut kat sana sampai ke pukul 9.30pg. Sabor... sabor...

Masa mula-mula sampai sana... tak ramai orang pun. Kalau tak kerana keliru dan berpusing ulang-alik ke depan, ke belakang... mesti awal dah siap. Orang yang dah pernah pergi pun keliru... cara tak sama macam dulu. Jadi ikutkan ajelah... tempat dia... cara dia... suka dia la kan... hahaha...
Bersyukur saja akhirnya dapat teruskan perjalanan ke Riyadh. Jauhnya lebih kurang 626km dan ambik masa lebih kurang 8 jam. Betul ke boleh sampai dalam 8 jam? Betul... sebab jalannya tegak dan lurus takde belok-belok. Lalu gurun dan padang pasir aje...
Warna pasir dan batu-batan bertukar-tukar sepanjang perjalanan. Kadang-kadang putih, kadang-kadang merah... ada jugak yang agak kehitaman. Bila lalu di kawasan berdekatan wadi, pasir nampak sedikit kehijauan. Gambar atas... unta putih melepak dan unta yang hitam legam. Kali pertama jumpa ni...
Bila dah hampir ke bandar Riyadh, boleh nampak kandang-kandang unta dan timbunan rumput di kiri-kanan jalan. Bela unta macam ni aje rupanya...

Dalam perjalanan mestilah berhenti-berhenti. Untuk solat, isi minyak, beli kopi, jajan, makan-makan dan jugak ke tandas. Rupa tempat singgah tu... kira nasiblah. Kalau kat Stesyen Minyak Sasco... cantik dan bersihlah. Kalau yang lain-lain tu... terima ajelah seadanya... Bila bermusafir perlu cekal jiwa hadapi benda-benda yang tak selesa dan bukan kebiasaan bagi kita. Itulah lumrahnya...
Alhamdulillah... kitaorang sampai di Riyadh dalam pukul 5.30ptg. Lepas keluar makan, semunya rehat dan tidur untuk sambung perjalanan selepas Solat Subuh. Tapi sebelum Cik Abang dapat rehat, Cik Kenit sorang ni suruh main-main dengan dia dulu. Anak Babah ler katakan...

Until later...

Sunday, February 12, 2012

Kimchi...

Untuk menunaikan hasrat Cik Kak yang banyak cekadak. Dah lama tak makan kimchi katanya. Aarif pun seronok bila dengar request kakak dia. Cik Abang cool aje tapi kita tau... dia pun seronok tu. Hmmm... tu la... sape suruh ngajor anak dan suami makan makanan yang bukan-bukan. Padan muka sendiri... kan? kan?

Lama jugak kita buat tak tau... tapi makin buat tak tau... makin beria pulak dia mintak. Akhirnya kita pun macam rasa kecur pulak... memang betul dah lama tak pekena. Jadi bila kebetulan Cik Abang ada beli kobis china haritu... terus ajelah buat.

Dulu kita rajin membeli kimchi kat Jaya Jusco, Mid Valley. Masa duduk kat Seria, ada jugak membeli kat Supasave bila sesekali ada. Kimchi made in Singapore ler tapinya.

Bila nak membuat tu... cari  ler resepi sana-sini. Barulah tau, sangat menarik tau cara orang Korea ni buat kimchi. Ada yang guna "salted shrimp" - cencaluk? Ada yang guna "anchovy sauce" - budu? Cencaluk ya... tapi budu tidaklah. "Achovy sauce" jernih... rupa macam fish sauce aje. Resipi air tangan orang Korea boleh tengok sini, sini dan sini.

Disebabkan takde serbuk lada Korea, cencaluk Korea dan "anchovy sauce" Korea... maka kita dengan sesuka hatinya mengganti dengan apa-apa yang ada - gaya Melayu laaa... Alhamdulillah... rasa, rupa dan bau... menjadi. Sedap seakan-akan asli... chewah... chewah... hahaha...

Resipi kita ni adalah olahan dari gabungan dan ringkasan beberapa cara dan gaya. Meh cuba!

Kimchi Kobis China...

1 kepala kobis china
1/2 cwn lada kisar
1/2 cwn udang kecil + 1 sdbsr garam
1/2 cwn ikan bilis + 1 sdbsr garam
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ketul halia sebesar ibu jari
1 biji epal
2 batang daun bawang
garam secukupnya

Basuh bersih udang kecil dan ikan bilis. Gaulkan garam dan ketepikan.
Kobis china dibelah dua. Bilas dan kemudian letakkan garam di setiap celah daun.
Larutkan 1/2 cwn garam dengan air. Rendamkan kobis selama 2 jam.
Terbalikkan kobis dan rendam lagi selama 2 jam. Tindan dengan piring kalau mahu.
Selepas direndam selama 4 jam, bilaskan kobis sebanyak 3 kali.
Perahkan air dari daun, tos dan ketepikan.
Bersihkan daun bawang dan potong serong.
Kupas kulit epal, buangkan empulurnya dan potong dadu.
Kisar epal bersama lada kisar, udang, ikan bilis, bawang besar, bawang putih, halia.
Tuangkan rencah ke dalam besen dan gaulkan dengan daun bawang tadi.
Rasa rencah. Boleh tambah sedikit lagi garam dan gula sekiranya ia tawar. 

Ambil kobis dan sapukan rencah pada setiap kelopak daun kobis dengan rata.
Sapukan juga pada seluruh bahagian luar kobis.
Ambil dua helai daun paling besar dan balutkan kemas pada kobis.
Buat yang sama pada kobis kedua dan simpan dalam bekas kedap udara.
Peram sehari pada suhu bilik dan paling singkat, peram 2 hari dalam peti sejuk.
Untuk rasa lebih sedap, tunggu 5 hari sebelum dihidang.

Gambar pertama: Kimchi yang baru siap. Gambar kedua: Kimchi hari ke 3. Gambar atas: Kimchi hari ke 5.











Lebihan rencah boleh dibuat ini...

Kimchi Timun...

4 biji timun Jepun
1 biji lobak merah
garam
rencah kimchi resepi di atas

Basuh bersih timun dan lobak merah. Potong baji dan gaulkan dengan garam.
Biarkan selama sejam. Selepas itu bilas beberapa kali dan toskan.
Gaulkan dengan rencah dan simpan dalam bekas kedap udara.
Tak perlu tunggu lama, dah boleh makan keesokan harinya.
Mungkin kalau belum pernah merasa, boleh cuba beli Kimchi yang ori dari Korea dulu. Bila dah tau rasanya di lidah... bolehlah godeh-godeh resipi untuk dapatkan yang sesuai dengan citarasa sendiri.

Kimchi Timun tu dah habis dah. Kimchi Kobis tinggal sikit. Adeem dan Amiin pun berselera nampaknya. Dah ada permintaan untuk siaran ulangan. Tak puas makan diaorang kata...

Until later...

Sunday, February 5, 2012

Imam Bayildi...


Imam Bayildi maksudnya Imam Pengsan. Iyaa...betul... itulah namanya.

Kenapa Imam Pengsan? Ceritanya ada bermacam-macam versi. Ada yang kata dia pengsan dek kerana terserlahnya keenakan terung dan minyak zaitun dalam masakan ni. Ada yang kata dia pengsan sebab isteri dia beritahu... 12 tong besar minyak zaitun hadiah perkahwinan diaorang tu dah habis dah diguna semua. Tapi apapun sebabnya... yang penting... semasa dia merasa lauk ni, dia pengsan. Jadi bertukarlah nama lauk ni menjadi Imam Pengsan...

Kali pertama kita dengar resipi Turki ni ialah masa menonton rancangan Bobby Chin - Middle East. Takde teringin sangat nak buat pun... buat Terung Goreng Berlada lagi sedap... hehehe... tapi bila kebetulan terjumpa resipinya dalam buku memasak souvernir dari Sharjah... maka mencubalah jugak.

Alhamdulillah... tak pengsan. Meh cuba!

Imam Bayildi...

4 biji terung saiz sederhana
3 biji tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/4 cwn daun ketumbar & daun dill dihiris
1 biji lemon
minyak zaitun
garam & gula
serbuk lada putih & chilie flakes

Bersihkan terung dan lap kering.
Kupas sedikit kulit terung berselang jalur.
Panaskan minyak zaitun dan goreng terung sekadar rata.
Angkat dan biarkan sejuk sikit.

Kupas kulit tomato, buangkan biji dan potong dadu.
Potong dadu bawang besar dan cincang bawang putih.
Gaulkan kesemuanya bersama daun ketumbar, daun dill, secubit garam, sedikit serbuk lada putih, sedikit chillie flakes dan sesudu besar minyak zaitun.

Panaskan oven kepada 200C / Gas Mark 7.
Lengserkan sedikit minyak zaitun pada bekas tahan oven.
Susunkan terung di dalamnya.
Belahkan bahagian tengah terung, dan buatkan bukaan.
Tabur secubit garam dan tuangkan 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam bukaan.
Masukkan tomato tadi dan taburkan secubit gula ke atasnya.
Panggang selama 20 minit. Perahkan lemon dan hidang.

Serbuk lada putih dan chilie flakes tu kita yang saja-saja tambah. Tekak melayu kak ooii... mesti nak rasa pedas sikit. Cara asal memasaknya ialah dengan mereneh 1 jam di dalam kuali. Kita guna cara ni kali pertama tapi terung jadi terlalu lembik. Nak angkat ke pinggan punyalah payah dan entahlah... pada kita, rasa jadi macam mamek sangat.

Jadi kita ubahlah sikit. Dengan memanggang... rasa terung dan intinya tetap terserlah. Warna sayur tetap segar. Tak perlu tunggu lama dan boleh terus hidang dalam bekas memasaknya.

Until later...

Wednesday, February 1, 2012

Percutian Dubai-Abu Dhabi 19-25hb Dis 2011...(Akhir)

Lagi gambar-gambar Masjid Syeikh Zayed, Abu Dhabi.

Pandangan dekat salah satu bunga...
Di sebalik dinding ni ialah tempat berwuduk...
Chandelier di dewan solat...
Chandelier di ruang berhadapan pintu masuk dewan solat...
Binaan masjid sungguh symmetrical...
 
Perspective line yang sempurna...
Andainya ke Abu Dhabi, singgahlah ke sini. Ada yang kata keindahan masjid lebih terserlah di waktu malam...
Ini Cerita Hari ke 7. Kitaorang berkunjung ke Global Village. Expo yang diadakan hanya dari November hingga Mac setiap tahun. Ada jualan dan pameran kebudayaan dari berbagai negara dari seluruh dunia. Setiap negara ada Pavillionnya yang berhias cantik dan penuh dengan pelbagai barangan.
Secara ringkas antara cerita yang berlaku kat sana. Pertama... terkejut badak kerana tak jumpa seorang pun peniaga warga Malaysia di Pavillion Malaysia. Yang ada hanyalah peniaga-peniaga dari Tanah Besar China.

Ingat dapatlah bawak balik belacan ke, keropok ke, serunding daging ke, kicap, budu ke... tapi adoooiii... kecewa sungguh. Patutnya bila dah macam tu... pihak penganjur turunkan ajelah papan nama Malaysia tu kan? Tengok tu... hambar... langsung tak menarik perhatian...
Mari kita bandingkan dengan pavillion negara-negara lain...
Ini baru 3 pavillion aje... sebenarnya ada lebih kurang 25 semuanya. Cantik dan sangat meriah kan?

Malam tu, Si Amiin termuntah. Bawak jumpa Doktor di klinik Global Village, Cik Abang diberitau suhu badan Amiin menurun terlalu banyak. Secara dalaman Amiin sangat-sangat "kesejukan"... walaupun dia kata dia tak rasa sejuk. Lepas tu barulah dia nak pakai jaket kan? Hmmm... sabor ajelah... Nasib baik kat Pavillion China banyak jual baju tidur. Belilah sepasang untuk mengganti baju dan seluar dia yang basah dan kotor tu. Akhirnya yang lain-lain pun dapat sepasang baju tidur. Souvenir...
Paling best, masa membeli jalabaiya di Pavillion Mesir... kita dapat tahu saiz "L-XL" Malaysia bersamaan dengan saiz "S-M" Mesir... huhuhu... Seronok pulak rasanya! Dah lama tak pakai saiz "S" kak oooiii... Lepas tu bernostalgia kejap kat Pavillion Kingdom of Saudi Arabia. Dapatlah beli set minyak wangi sebelum balik. 
Kat sini ada jugak tempat makan dan Fun Fair. Tapi kan... lemah betul masuk Fun Fair ni tau. Adeem dengan Amiin tak cukup tinggi. Nak naik ride ni... tak boleh... ride yang tu... tak boleh. Yang boleh ride yang memang ala-ala baby punya, mana diaorang nak. Adooiii... dah ler nangis-nangis. Adeem la kesian... sensitif sungguh bila orang cakap dia budak kecik.

Kita cakap kat dia, "Alaa... Kakak Hannan dulu masa umur 7 tahun pun pendek jugak. Tapi tengok, kan dia tinggi sekarang. Aarif pun sama. Sabar... your time will come. Lagi satu, lepas ni makan lebih-lebih sikit!" Yang Ibunya ni pun satu... gasak brutal aje bagi nasihat kat anak... hahaha...
Jangan tidak, naiklah Ferris Wheel ni ramai-ramai. Hannan dan Aarif lepas tu naik rollercoaster comel, Adeem dan Amiin main gelongsor tinggi. Belikan jajan untuk diaorang semua pastu terus pergi tempat lain. Alaaahai... cepat-cepat tinggi yea anak-anak ku... Nanti kita ajak Babah pergi Universal Studio. Boleh join Ibu naik rollercoaster berloop-loop yea...

Okey... ini siri terakhir percutian... Insya-Allah entry seterusnya kita mula cerita lain pulak.

Nota untuk kengkawan & adik yang letak komen : Fiz, Mala, Zaida, Anim & Along SJ. Mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak balas komen. Tak dapat publish ler... Dah berkali-kali cuba, tapi tak dapat-dapat jugak. Jadi sementara tunggu penyakit blogspot ni sembuh, pantun 2 kerat...
  • Terima kasih daun keladi...
  • Jangan serik komen-komen lagi...
Until later...