Lagi gambar-gambar Masjid Syeikh Zayed, Abu Dhabi.
Pandangan dekat salah satu bunga...
Di sebalik dinding ni ialah tempat berwuduk...
Chandelier di dewan solat...
Chandelier di ruang berhadapan pintu masuk dewan solat...
Binaan masjid sungguh symmetrical...
Perspective line yang sempurna...
Andainya ke Abu Dhabi, singgahlah ke sini. Ada yang kata keindahan masjid lebih terserlah di waktu malam...
Ini Cerita Hari ke 7. Kitaorang berkunjung ke Global Village. Expo yang diadakan hanya dari November hingga Mac setiap tahun. Ada jualan dan pameran kebudayaan dari berbagai negara dari seluruh dunia. Setiap negara ada Pavillionnya yang berhias cantik dan penuh dengan pelbagai barangan.
Secara ringkas antara cerita yang berlaku kat sana. Pertama... terkejut badak kerana tak jumpa seorang pun peniaga warga Malaysia di Pavillion Malaysia. Yang ada hanyalah peniaga-peniaga dari Tanah Besar China.
Ingat dapatlah bawak balik belacan ke, keropok ke, serunding daging ke, kicap, budu ke... tapi adoooiii... kecewa sungguh. Patutnya bila dah macam tu... pihak penganjur turunkan ajelah papan nama Malaysia tu kan? Tengok tu... hambar... langsung tak menarik perhatian...
Mari kita bandingkan dengan pavillion negara-negara lain...
Ini baru 3 pavillion aje... sebenarnya ada lebih kurang 25 semuanya. Cantik dan sangat meriah kan?
Malam tu, Si Amiin termuntah. Bawak jumpa Doktor di klinik Global Village, Cik Abang diberitau suhu badan Amiin menurun terlalu banyak. Secara dalaman Amiin sangat-sangat "kesejukan"... walaupun dia kata dia tak rasa sejuk. Lepas tu barulah dia nak pakai jaket kan? Hmmm... sabor ajelah... Nasib baik kat Pavillion China banyak jual baju tidur. Belilah sepasang untuk mengganti baju dan seluar dia yang basah dan kotor tu. Akhirnya yang lain-lain pun dapat sepasang baju tidur. Souvenir...
Paling best, masa membeli jalabaiya di Pavillion Mesir... kita dapat tahu saiz "L-XL" Malaysia bersamaan dengan saiz "S-M" Mesir... huhuhu... Seronok pulak rasanya! Dah lama tak pakai saiz "S" kak oooiii... Lepas tu bernostalgia kejap kat Pavillion Kingdom of Saudi Arabia. Dapatlah beli set minyak wangi sebelum balik.
Kat sini ada jugak tempat makan dan Fun Fair. Tapi kan... lemah betul masuk Fun Fair ni tau. Adeem dengan Amiin tak cukup tinggi. Nak naik ride ni... tak boleh... ride yang tu... tak boleh. Yang boleh ride yang memang ala-ala baby punya, mana diaorang nak. Adooiii... dah ler nangis-nangis. Adeem la kesian... sensitif sungguh bila orang cakap dia budak kecik.
Kita cakap kat dia, "Alaa... Kakak Hannan dulu masa umur 7 tahun pun pendek jugak. Tapi tengok, kan dia tinggi sekarang. Aarif pun sama. Sabar... your time will come. Lagi satu, lepas ni makan lebih-lebih sikit!" Yang Ibunya ni pun satu... gasak brutal aje bagi nasihat kat anak... hahaha...
Jangan tidak, naiklah Ferris Wheel ni ramai-ramai. Hannan dan Aarif lepas tu naik rollercoaster comel, Adeem dan Amiin main gelongsor tinggi. Belikan jajan untuk diaorang semua pastu terus pergi tempat lain. Alaaahai... cepat-cepat tinggi yea anak-anak ku... Nanti kita ajak Babah pergi Universal Studio. Boleh join Ibu naik rollercoaster berloop-loop yea...
Okey... ini siri terakhir percutian... Insya-Allah entry seterusnya kita mula cerita lain pulak.
Nota untuk kengkawan & adik yang letak komen : Fiz, Mala, Zaida, Anim & Along SJ. Mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak balas komen. Tak dapat publish ler... Dah berkali-kali cuba, tapi tak dapat-dapat jugak. Jadi sementara tunggu penyakit blogspot ni sembuh, pantun 2 kerat...
- Terima kasih daun keladi...
- Jangan serik komen-komen lagi...
Until later...
aku kalau komen pakai Tab mmg tak blh publish
ReplyDeleteYe ye! Dah boleh!
Deletelupa nak tanya siza XS ada tak? tak dak chance la aku nak pakai :-)
ReplyDeleteAku ada gak terpikir... kalau org petite2 camana ek? Hmm.. kena beli baju kanak-kanak ler...
Deletelentiknya bulu mata haniis pakai mabelin eh.. :D
ReplyDeleteLentik natural la Auntie Zaida... hahaha..
Delete