Friday, May 27, 2011

Keterusan kehidupan...

Dalam minggu-minggu yang lepas, Mak Mertua, Mak dan Abah berturut-turut jatuh sakit. Rasanya 6 hari Mak Mertua kita tu duduk hospital. Masa pergi melawat Mak Mertua kat sana, kitaorang sekaligus melawat seorang kawan lama Mak dan Abah dan jugak Pakcik R, jiran kitaorang kat Jalan Laksamana ni. Pakcik R masa tu baru aje sedar dari koma akibat komplikasi pelbagai penyakit. Hmm... ramainya orang tua yang sakit-sakit kat hospital tu.

Alhamdulillah... Mak dan Abah dah makin sembuh. Tapi Pakcik R meninggal dunia hari Isnin lepas... Al-Fatihah. Bila kita tengok-tengok keliling... dah tua dah Mak Abah kita... dah tua dah makcik-pakcik kat Jalan Laksamana ni. Masing-masing dah bersakit-sakit. Ramai jugak yang dah pergi.

Cepatnya masa berlalu. Teringat masa diaorang masih baya-baya kita dulu. Semuanya masih cantik dan kacak. Masih kuat dan tegap. Anak-anak semua masih bersekolah dan kecik-kecik belaka. Mengenangkan diaorang waktu dulu, lepas tu melihatkan diaorang sekarang, terbayang diri sendiri 20 tahun akan datang. Macam mana agaknya kita masa tu agaknya kan?

Menjaga anak-anak yang semakin membesar, teringat pulak zaman kita dan adik-adik kecik-kecik dulu. Dari usia begitu hingga ke usia ini dan Insya Allah ke usia masa depan. Kita tertanya... mampukah diri kita ni? Yang dah berlalu sememangnya menjadi pengajaran dan tauladan tapi macamana pulak dengan langkah-langkah ke hadapan? Semoga Allah memberi kita sekeluarga hidayah dan kekuatan. Amiin ya Allah...

Entahlah, terasa sangat pasal benda-benda macam ni sejak-sejak menginjak masuk dekad baru. Kalau istilah dulu, pertengahan umur, istilah sekarang usia midi. Masih macam percaya-tak-percaya aje kita dah sampai ke tahap ni.

Tekad kita, kita nak jadikan dekad ini dekad yang terbaik dalam hidup kita. Dekad yang akan menjadi tapak yang kukuh kepada dekad-dekad yang akan datang. Harap tercapailah hasrat kita ni. Amiin ya Allah...

Sementara tu, inilah salah-sorang cinta hati kita yang semakin membesar. Haniis yang dah pandai merangkak, berdiri dan sangat berani melepas-lepas tangan bila dia berpaut kat kerusi.


Hati-hati Yang, kang lebam lagi pipi tu haa...

Until later...

Thursday, May 12, 2011

Rumah itu...

Sebelum Cik Abang pergi, banyaklah bergesa-gesa nak menyiapkan apa-apa urusan yang perlu. Ada yang dapat selesai... ada jugak yang tidak.

Salah satu yang dapat siap ialah rumah kitaorang kat Salak Tinggi. Alhamdulillah... selepas sekian lama, akhirnya siap jugak rumah tu. Bukan calang-calang besar cabaran nak menyiapkannya tau...

Ada satu masa, kita dah macam patah hati nak tengok rumah tu siap. Nak nangis aje bila kenangkan betapa kitaorang diuji. Duit pinjaman bank dekat habis kontraktor tu keluarkan... tapi rumah terlopong sana-sini. Campur pulak memacam lagi benda-benda gila dan hentah-hapapa. Ya Allah... sabor ajelah!

Kalau tak kerana Cik Abang yang cekal hatinya, memang terus terbengkalailah rumah tu. Alhamdulillah... berkat rezeki dari Brunei dan hasil kerjasama dengan kontraktor baru - Hj Zul, inilah rupa rumah kitaorang.





Persoalannya sekarang... rumah dah siap tapi kitaorang dah nak kena pergi jauh lagi. Macamana ek? Kalau tak ikut, nanti kata lebih sayang rumah dari suami sendiri lak... kan? kan? hahaha...

Until later...

p/s Entry ni taip dah lama, tapi melekat kat draf aje... Jadi tarikh memang lari ler...

Monday, May 9, 2011

Hari Ibu...

Semalam Hari Ibu dan kita terima SMS ni dari Abah dan Mak :



Selamat Hari Ibu kepada anak-anak Abah dan Mak yang telah menjadi IBU. Kiranya terdapat kesilapan kami dalam mendidik kalian, jadikanlah ia sempadan. Didiklah cucu-cucu kami ke arah keredhaan Allah Subhanahuwata'la. Semoga diberkati Allah dunia dan akhirat.



Insya-Allah Abah, Insya-Allah Mak...



Until later...

Friday, May 6, 2011

Amiin yang kerinduan..

Cak!

Memang kita boleh agak, yang paling akan merindui Babahnya ialah si Amiin. Yang lain-lain tu boleh keep cool... yelah dah besar ler katakan.

Apa taknya... Amiinlah yang selalu temankan Babahnya pergi ke Surau atau Masjid. Kalau orang lain tak pergi takpe, tapi dia mesti nak ikut punya. Bila malam, dialah yang paling susah nak tidur. Aarif dan Adeem dah lama lelap tapi dia masih terkebil-kebil. Last-last dia akan keluar bilik dan tidur bertemankan Babahnya kat depan TV.

Tak lama lepas Babahnya pergi, dia mula kata macam ni, "Kita nak pergi ambik Babah?" atau pun "Ibu nak pergi ambik Babah ke?" Lepas tu ayatnya bertukar jadi macam ni, "Lambatnya Babah sampai ni..." ataupun "Kenapa Babah lambat sangat?". Penyudahnya, "Amiin nak Babaaaaah... " diiringi airmata yang mencurah-curah lebatnya. Kesian Amiin...

Bila kita cakap kat dia yang kita semua nanti akan naik kapalterbang besar untuk jumpa Babah masa cuti sekolah, boleh pulak dia jawab, "Ni kan dah cuti... kenapa kita tak pergi..." Aduhai, naik sedih pulak kita mendengarnya.

Nasib baik jugaklah dia tu jenis yang senang dipujuk. Peluk-peluk sikit, usap-usap sikit... redalah airmata dia tu. Lepas tu dia dah boleh pergi main macam takde apa-apa.

Sekarang ni Amiin dah OK tapi sesekali terkeluar jugaklah kerinduan dia tu. Kelmarin dengan nada yang selamba dia kata, "Ibu, Amiin nak Babah." Laaa... anakku sayang... macam nak mintak biskut, nak minum air, nak makan nasi aje dah dengarnya. Kalaulah semudah tu Ibu ni boleh tarik Babah keluar dari gerobok tu Yang oooii... dah lama dah Ibu buat.

Lepas Babahnya takde, Amiin pengikut setia Tok Abahnya ke Masjid tapi sejak akhir-akhir ni dia tak mau ikut dah. Dia nak solat kat rumah aje sebab dia nak jadi Imam. Beria-ria dia nangis kalau tak dapat mengimamkan solat... jadi terpaksalah si Aarif lepaskan jawatan tu pada dia. Pengaruh Imam Muda la tu. Dia kata, "Amiin Imam Bro..." Hahaha... Amiin... Amiin... menjadi-jadi betul akal kau yaa...

Untuk Amiin, sabarlah Yang, Insya-Allah tak lama lagi kita jumpa Babah yea... Babah tu pun dah kerinduan jugak tu...

Until later...

Thursday, May 5, 2011

Kini kembali...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! Cewah... cewah... hehehe... Panjang kita beri salam hari ni yek? Yelah dah lama tak muncul kan...

Kepada kesemua yang masih sudi-sudi singgah tu... pastu masih lagi tertatap muka dinosour tu kan... ampun maaf ler kita pinta yea...

Bukan sengaja... tapi banyak betul cabaran dan dugaan kita nak beronline ni tau... Cher chita? Cher chita? Haaaa... nak cerita ler ni...

Sebenarnya memanglah kita berkelibut kesibukan, tak sempat nak beronline macam dulu. Kalau sempat pun pergi keluar masuk FB aje. Apatah lagi masa tu Cik Abang memang pegang habis komputer, buat research la.. e-mail la...

Yelah, masa tu ialah masa yang amat genting untuk Cik Abang kita tu. Mana nak mengatur hal perlepasannya dari Shell IT, Cyberjaya. Mana lagi nak mengatur hal kemasukan dia ke syarikat baru kat Negara Padang Pasir.

Kenalah beri understanding kan? kan? Nak-nak lepas kita dah terpadam segala website research dia masa kita mengupdate entry dinosour tu dulu. Oh! Guilty sungguh rasa diri ini... hehehehe...

Tapi Alhamdulillah... semuanya dah selesai. Dia dah pun nak masuk 2 minggu mulakan kerja kat sana. Sana tu mana? Emmm... biarlah dulu ek? Mana-mana kengkawan yang dah tau takpelah dah tau... tapi dalam masa dia masih lagi dalam probation ni... toksah declare dulu ler yea... Cukuplah dengan clue Negara Padang Pasir ek!


Hari itu kita menyambut dekad baru dalam kehidupan. Aarif pulak demam panas. Tapi kitaorang tetap semangat nak menghantar Cik Abang ke KLIA. Walaupun sekejap, tapi cukuplah sebagai pengubat rindu... hehehe...

Tengah sibuk-sibuk melayan kesibukan... komputer-komputer semua buat hal. Bayangkanlah... komputer ada 3... tapi lepas satu jem.. satu lagi jem. Yang ini baik, yang itu pulak kong! Dah ler asyik dok berulang-alik hantar ambik komputer nak kasik betul.

Bila nak online... boleh pulak max volume quota broadband kita ni ha... Haadoooi... rasa macam nak meletup aje. Naik hangin satu badan. Tapi sabor.. sabor... Alhamdulillah, berkat sabor nilah semua komputer dah OK. Tadi kita dah upgrade, dari 3G jadi 6G. Hah hambik! Kalau tak cukup jugak tak taulah nak kata apa lagi dah.

Okeylah dulu buat masa ni yea. Insya Allah lepas ni... panjang ler semula cerita-ceritit kita ni.

Haniis dan Babahnya. Insya-Allah, kitaorang akan menyusul nanti...

Until later...