Thursday, May 12, 2011

Rumah itu...

Sebelum Cik Abang pergi, banyaklah bergesa-gesa nak menyiapkan apa-apa urusan yang perlu. Ada yang dapat selesai... ada jugak yang tidak.

Salah satu yang dapat siap ialah rumah kitaorang kat Salak Tinggi. Alhamdulillah... selepas sekian lama, akhirnya siap jugak rumah tu. Bukan calang-calang besar cabaran nak menyiapkannya tau...

Ada satu masa, kita dah macam patah hati nak tengok rumah tu siap. Nak nangis aje bila kenangkan betapa kitaorang diuji. Duit pinjaman bank dekat habis kontraktor tu keluarkan... tapi rumah terlopong sana-sini. Campur pulak memacam lagi benda-benda gila dan hentah-hapapa. Ya Allah... sabor ajelah!

Kalau tak kerana Cik Abang yang cekal hatinya, memang terus terbengkalailah rumah tu. Alhamdulillah... berkat rezeki dari Brunei dan hasil kerjasama dengan kontraktor baru - Hj Zul, inilah rupa rumah kitaorang.





Persoalannya sekarang... rumah dah siap tapi kitaorang dah nak kena pergi jauh lagi. Macamana ek? Kalau tak ikut, nanti kata lebih sayang rumah dari suami sendiri lak... kan? kan? hahaha...

Until later...

p/s Entry ni taip dah lama, tapi melekat kat draf aje... Jadi tarikh memang lari ler...

5 comments:

  1. cantikk rumah.. hmm sayangkan.. tapi mesti la sayang kat cik abg lebih :D InsyaAllah tentu ada masa yg sesuai duduk rumah tu. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  2. betul tu Zaida... kita tak tau rezeki kita bila dan kat mana datangnya...

    ReplyDelete
  3. aik? mcmana aku baru nampak entry ni? don't worry ... rumah tu tak lari ..

    ReplyDelete
  4. hahaha... bagus gak kalau rumah kalau boleh lari, aku suruh dia lari gi padang pasir nuu...

    ReplyDelete
  5. Takpe..maybe belum time untuk u all sekeluarga untuk tetap kat rumah tu. Apa2 pun, dah jadi harta milik, bleh disewakan...balik dari padang pasir, bleh hias habisan2 ngan pasu2 dari sana..:D.

    ReplyDelete