Wednesday, December 12, 2012

Jemput-jemput Sayur...

Jemput-jemput Sayur berlatar belakangkan kertas kerja sekolah budak-budak yang  bersepah...
Jemput-jemput dan nasi goreng... makanan yang masuk kategori masakan yang paling mudah jadi. Asalkan sedia ada bahan-bahan asas... campurlah apa-apa aje sayur dan rencah... InSyaaAllah mesti jadik punya...

Kalau Cik Abang... dia ni dulu Jemput-jemput Bawang Ikan Bilis atau Jemput-jemput Pisang aje. Itu pun gaya paling klasik punya. Tapi bila kena dengan bini dia yang dah habis jemu buat gaya klasik... terpaksalah dia belajar makan jemput-jemput macam-macam gaya moden dan merapu... hehehe...

Sejak-sejak dah reti buat ni, pantang ada sayur yang tertinggal... terus potong-potong, hiris-hiris pastu buat jemput-jemput.  Meh cuba!

Jemput-jemput Sayur...

1 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji marrow
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1" halia
1/2 cwn daun sup dan daun ketumbar
2 sdbsr serbuk udang kering
1 sdbsr chili flakes
2 cwn tepung gandum
1 cwn air
garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Hiris atau potong dadu sayur-sayuran, bawang besar, bawang putih, halia, daun sup dan daun ketumbar.
Tambahkan serbuk udang kering, chili flakes, tepung, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan serbuk perasa. Tuangkan air dan gaul rata.
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat bila sudah kekuningan dan toskan minyak. Siap untuk dihidang.

*Nota: Lain-lain sayuran yang pernah kita guna sebagai bahan... Kobis bunga -Kobis Biasa -Cendawan Tiram -Tauge -Epal Hijau -Keledek Merah -Baby Corn -Jagung Biji -Celery -Capsicum -Zucchini -Timun. Gunakan jugak Ikan Bilis sebagai perencah. Bila dah guna macam-macam jenis sayur tu... agak-agaklah sukatan tepung dan airnya yea...

Bak kata Mak, "Kita yang buat dia..." Jadi ikut suka hatilah nak buat macamana...

Until later...

p/s Abah... Mak... kitaorang balik Batu Pahat harini... 
Harapnya tidaklah terasa kesakitan yang Abah tanggung dengan kegembiraan kedatangan cucu-cucu Abah
Harapnya hilanglah lenguh Mak dengan kedatangan cucu-cucu Mak
InSyaaAllah...


Friday, December 7, 2012

Sweet Apple Samosa...

Sweet Apple Samosa yang tercipta...
Hemmm... macamana boleh jadik gini? Sebab utama... kepala otak dah naik sebu memikirkan apa benda lagi nak dibuat sebagai bekal untuk budak-budak dan Cik Abang...

Muffin dah bermacam jenis muffin... apam dah bermacam jenis apam... nasi goreng dah macam-macam jenis rupa dan gaya. Karipap, lempeng, pau, apam balik, jemput-jemput, stuffed potato, pasta bake... pun dah jadik. Sandwich? Toksah cakaplah... tukang membuatnya ni pun dah naik jemu...

Haritu kita termenung kat depan fridge. Tengok kat freezer ada sebungkus kulit samosa. Dah lama terbeku kat dalam tu. Tengok kat bawah pulak, ada buah epal dua bijik dok tergolek-golek. Terdetik... mungkinkah terjadi? Alhamdulillah... jadik!

Sweet Apple Samosa...

2 biji buah epal
1/2 cwn brown sugar
1/4 cwn kismis
1/4 cwn oat segera
3/4 cwn air
1/2 sdt serbuk kayu manis
50g mentega
secubit garam

kulit samosa secukupnya

Kupas epal, buangkan empulurnya dan hiris nipis. Letakkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Gunakan api sederhana. Masak inti sehingga epal lembut dan oat menjadi likat. 
Pastikan inti sentiasa dikacau semasa memasak supaya ia tidak hangus atau melekat.
Sejukkan dan sedia untuk diguna.
Leraikan kulit samosa. Sudukan inti keatasnya dan bungkus kemas. Buat sehingga inti habis.
Goreng samosa menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan samosa supaya gorengnya rata.
Apabila sudah kekuningan, angkat dan letak atas tisu dapur untuk tos minyak. Siap untuk dihidang.

Kata budak-budak... "Macam Apple Crumble Ibu...!" Pandaaaiii... memang itu pun inspirasinya...

Until later...

p/s Kita buat sedikit bancuhan tepung untuk mencelup bahagian tepi samosa yang ternganga. Maklumlah... skill membungkus masih dalam tahap hentam keromo asal jadik aje... hahaha... Alhamdulillah... selamat inti samosa masa menggoreng...

Sunday, December 2, 2012

Bun Kefta Kebab...

Bun Kefta Kebab buat bekal budak-budak dan Cik Abang...
Kalau kat Malaysia, roti ban selalu intinya kacang merah, kelapa manis, margerin dan gula, krim vanilla, krim coklat, krim jagung dan kaya... takpun kari ayam atau sambal bilis...

Tapi kat sini... rotinya berintikan keju atau krim keju (cream cheese kata Omputih atau labneh kata Mak Arab) dan digandingkan dengan sosej, daging cincang, sayur bayam dan buah zaiton...

Disebabkan Kefta Kebab ada berlebih kat dalam freezer... maka kita pun mencuba-cubalah. Alhamdulillah... menjadi. Dah jadi kegemaran baru ni. Meh cuba...

Kefta Kebab...

500g daging lembu / biri-biri cincang
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdt pes halia
2 sdbsr daun sup dihiris
2 sdbsr daun ketumbar dihiris
1 sdbar daun pudina dihiris
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
1/2 sdt serbuk jintan halus
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt garam
3 sdbsr minyak zaitun untuk menggoreng

Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan bentukkan menjadi silinder.
Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan gorengkan kebab hingga separa masak.
Sudah boleh digunakan sebagai inti roti ban atau dibekukan untuk kegunaan di waktu lain.

Doh Roti...

3 cwn tepung gandum
2 sdbsr gula
2 sdbsr susu tepung
1 sdbsr yis
1/4 cwn minyak
3/4 cwn air suam

Gaulkan tepung, gula, susu tepung dan yis.
Tuangkan minyak dan ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan-akan serbuk roti.
Tambahkan air dan uli perlahan-lahan hingga mendapat doh yang lembut.
Tak perlu uli lama-lama. Cukup bila doh tak lagi tidak melekat di tangan dan di mangkuk.
Tutup dengan kain basah dan biarkan doh naik dua kali dari saiz asal.
Sapukan minyak pada tangan, bahagikan kepada 12 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.
(Resepi ni akan menghasilkan roti yang sedikit manis, kurangkan gula jika mahu...)

Bun Kefta Kebab...

12 batang kefta kebab
krim keju secukupnya
sos cili atau sos tomato secukupnya

Canaikan sebiji bebola doh.
Sudukan krim keju dan sos cili atau sos tomato keatasnya.
Letakkan sebatang kefta kebab dan bungkus kemas.
Susun dalam dulang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit.
Siap untuk dihidang.

Nota: Selepas siap membungkus bun, bolehlah kalau nak kembangkan doh sekali lagi. Tapi ini stail roti arab... tak perlu nak kembang-kembangkan sangat. Walaupun gitu, rotinya InSyaaAllah tetap lembut dan sedap...

Until later...

Saturday, December 1, 2012

Macam-macam cerita...

Putu Mayam yang sangat menyelerakan...
Adakah kita akan mengeluarkan resepi dan cara-cara membuat Putu Mayam hari ini? Oh tidak... ini ialah "Instant Idiyappam". Segera dari pek aje kengkawan yea...Rendam dengan air panas sekejap, toskan dan boleh terus dihidang. Boleh sangatlah setakat untuk memenuhi keinginan nak makan...
Setiap pek ada 4 keping putu mayam. Harga tak ingat... tapi rasanya tak sampai QR 5.00 pun...

Yang ini... ambik-ambik feeling buat roti sandwich. Kita guna Flour #2... tepung yang warnanya coklat-coklat sikit. Hehe... kena mengaku la... rasa lebih macam kek daripada macam roti. Belum kena resepinya kot. Takpelah, janji berani cuba-cuba kan? kan?
Kena makan fresh from the oven. Tak boleh simpan lama...
Haaa... yang ini kiriman dari Ell - Life of Lady Ell. Dah lama dapat dah... masa Hari Raya Puasa haritu. Kan dah kata dah lama dapat... hehe... Disampaikan oleh sepupu suami Ell yang bekerja kat Doha ni. Terima kasih yea Ell... maaf banyak-banyak sebab lamaaaaaa... baru keluar cerita. Acar buah sedap, homemade coklat sedap, coklat Russia sedap. Fridge Magnet tu pun sedap mata memandang...
Coklat dari Russia tu banyak. Tapi dah kena ngap dulu sebelum sempat ngambik-ngambik gambor...
Apakebendanya ni? Haa... inilah Hummer yang panjang macam trailer. Agak-agak berapa orang boleh muat kat dalam tu ek? Orang-orang bujang depan rumah kitaorang sewa benda ni untuk party-party. Enjoy sakan!
Kalau drive ni pergi road trip Doha-Muscat haritu mesti selesa bebudak semua kan? 
Until later...