Wednesday, December 12, 2012

Jemput-jemput Sayur...

Jemput-jemput Sayur berlatar belakangkan kertas kerja sekolah budak-budak yang  bersepah...
Jemput-jemput dan nasi goreng... makanan yang masuk kategori masakan yang paling mudah jadi. Asalkan sedia ada bahan-bahan asas... campurlah apa-apa aje sayur dan rencah... InSyaaAllah mesti jadik punya...

Kalau Cik Abang... dia ni dulu Jemput-jemput Bawang Ikan Bilis atau Jemput-jemput Pisang aje. Itu pun gaya paling klasik punya. Tapi bila kena dengan bini dia yang dah habis jemu buat gaya klasik... terpaksalah dia belajar makan jemput-jemput macam-macam gaya moden dan merapu... hehehe...

Sejak-sejak dah reti buat ni, pantang ada sayur yang tertinggal... terus potong-potong, hiris-hiris pastu buat jemput-jemput.  Meh cuba!

Jemput-jemput Sayur...

1 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji marrow
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1" halia
1/2 cwn daun sup dan daun ketumbar
2 sdbsr serbuk udang kering
1 sdbsr chili flakes
2 cwn tepung gandum
1 cwn air
garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Hiris atau potong dadu sayur-sayuran, bawang besar, bawang putih, halia, daun sup dan daun ketumbar.
Tambahkan serbuk udang kering, chili flakes, tepung, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan serbuk perasa. Tuangkan air dan gaul rata.
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat bila sudah kekuningan dan toskan minyak. Siap untuk dihidang.

*Nota: Lain-lain sayuran yang pernah kita guna sebagai bahan... Kobis bunga -Kobis Biasa -Cendawan Tiram -Tauge -Epal Hijau -Keledek Merah -Baby Corn -Jagung Biji -Celery -Capsicum -Zucchini -Timun. Gunakan jugak Ikan Bilis sebagai perencah. Bila dah guna macam-macam jenis sayur tu... agak-agaklah sukatan tepung dan airnya yea...

Bak kata Mak, "Kita yang buat dia..." Jadi ikut suka hatilah nak buat macamana...

Until later...

p/s Abah... Mak... kitaorang balik Batu Pahat harini... 
Harapnya tidaklah terasa kesakitan yang Abah tanggung dengan kegembiraan kedatangan cucu-cucu Abah
Harapnya hilanglah lenguh Mak dengan kedatangan cucu-cucu Mak
InSyaaAllah...


8 comments:

  1. aku suka beli dan makan ni masa kat brunei ... :-)

    epal hijau pun hang belasah hahaha

    yeah! yeah! balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala, sedap tau letak epak hijau... Kam siap mintak buat 2nd batch. Sorilaaa... epal tu ajelah sebijik!

      Delete
  2. kak noor pernah makan jugak ni maid akak yg buat, tapi lepas ni ibu dia nak buat lah jugak,banyak sayo kat umah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kak Noor yang buat... mesti lagi sedap!

      Delete
  3. lama tak guna istilah jemput2...kita semua belasah " cekodok" je.
    p/s selamat balik kampung, hilang sakit mak ayah bila cucu jauh dimata pulang menjengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak memang tak reti panggil benda ni cekodok... ^_^
      Yelah... bukan senang nak balik kampung. Kalau Anim ada ke BP sebelum 30hb Dis, beritau tau. Boleh la kita usaha untuk berjumpa-jumpa...

      Delete
  4. jemput-jemput.. best~
    tp kite x makan sayur.. huuu~

    ReplyDelete
  5. laaa... apasal tak makan sayur...

    ReplyDelete