Sunday, August 30, 2009

Pasta Bake...

The finished product...

Ok, dah buat Sos Pasta Pedas, jom buat Pasta Bake pulak.

Pasta Bake

250g pasta makaroni / spiral
Sos Pasta Pedas
Chedder Cheese Slices
Mozarella Cheese
Chilli Flakes

Rebus pasta hingga empuk dan letakkan ke dalam bekas tahan oven yang telah dilengser dengan sedikit mentega.

Sudukan Sos Pasta Pedas ke atasnya dengan rata. Susun chedder cheese slices di atas sos. Kemudian, letak pulak mozarella cheese. Taburkan chilli flakes.

Bakar dalam oven panas Gas Mark 6, 200C, 400F selama 20 minit. Angkat dan hidang.

Step by step...

Campuran rasa creamy dari keju dan pedas dari sos & chilli flakes memang terangkat. Tak muak.

Tapi kalau buat untuk anak-anak yang tak tahan makan pedas, tak payahlah guna Sos Pasta Pedas dan chilli flakes tu. Guna sos pasta yang biasa pun boleh. Yang penting benda ni senang dan cepat untuk dibuat.

Insya-Allah, kalau anak-anak jenis yang suka makan pasta dan pizza, this one could be a hit!

Until later...

Friday, August 28, 2009

Sos Pasta Pedas...

Inilah sosnya...

Rasanya dah lama betul tak masukkan resipi masak-masak. Bukan apa, kengkadang timbul rasa segan. Betapa ramai ler lagi orang-orang dikalangan kengkawan dan bloggers yang lebih terrer memasak. Tapi in the spirit of sharing, kita teruskanlah jua.

Kali ni resipi Sos Pasta. Dulu selalu beli yang readymade aje. Pernah jugak buat sendiri, ikut resipi asli Itali. Siap panggang lada benggala, rebus tomato, buang kulit, biji-bijinya dan apa bagai lagi. Sedap memanglah sedap tapi leceh punya kerja... Bak kata Mak kita, "Dah dasar (huruf) Mim melingkor..." he he he... malas ler tu!

So lepas bertahun-tahun membeli yang readymade, timbul ler ilham nak buat sendiri. Dengan semangat nak mencipta kelainan, kita buat sos ni ada rasa pedas-pedas sikit. Meh masak!



Sos Pasta Pedas

400-500g ayam / daging cincang
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu teh Italian Herbs
1 helai Bay Leaf
1 tin kecil pes tomato
2 sudu besar lada kisar
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil gula merah
1/2 cwn sos tomato
1 1/2 cwn air
Sedikit butter
Sedikit olive oil
Garam secukup rasa

Potong dadu bawang besar, bawang putih dan halia. Kalau nak cepat, kisarkan semua pun boleh.

Panaskan olive oil dan butter. Tumiskan bawang-bawang, halia dan lada kisar hingga pecah minyak.

Masukkan ayam / daging cincang tadi dan gaul rata hingga masak semuanya. Kemudian masukkan air, pes tomato, sos tomato, sos lada hitam, bay leaf, italian herbs dan garam.

Masukkan juga gula merah. Macam pelik sikit kan? Tapi gula ni menaikkan rasa tomato dan mencantikkan merah sos.


On the stove...

Reneh hingga semua rasa sebati. Angkat dan hidang bersama mana-mana jenis pasta. Selalu juga kita gunakan sos ni untuk buat Pizza dan Pasta Bake.

Nak beritau, sos ni berkuah sangat pekat tau. Setakat ni, penerimaan keluarga dan kengkawan bagus, so kalau inginkan kelainan rasa untuk Sos Pasta, bolehlah cuba.

Until later...

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Al-Mubarak...

Kurma Kurniaan Sultan Brunei...

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan untuk semua. Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Syukur juga, tahun ni Malaysia dan Brunei berpuasa pada tarikh yang sama.

Alhamdulillah, rancangan Tadarus Al-Quran muslimin dan muslimat dapat juga diteruskan buat kali kedua Ramadhan ni, dengan lebih ramai penyertaan.

Ini memang berita baik, nak-nak bagi kumpulan muslimah. Yelah, kan nanti kitaorang mesti ada waktu-waktu uzur. Kalau ramai yang sertai, ramailah yang boleh cover. Cuma harapnya janganlah pulak nanti beramai-ramai pulak saing uzurnya he he he...

Kita ni pun baru aje menceburi aktiviti bertadarus ni. Nasib baik ada Kak Zati yang mencadangkannya. Mula-mula tu macam segan-segan jugak nak join, yelah kita tau banyak kekurangan kita dalam bacaan Al-Quran. Tapi Kak Zati pujuk dan beritau ini sebagai permulaan langkah mencari ilmu. Tujuannya supaya semua dapat belajar sama-sama dan berkongsi ilmu mana yang ada. Dalam pada tu dapatlah jugak fadilat membaca al-Quran tu sendiri. Last-last fikir, belasah ajelah he he he...

Tahun ni jugak tahun ketiga kita bertarawikh dengan kadar yang regular. Sebelum ni memang jarang sangat pergi. Asyik ler mengandung, bersalin dan melayan anak-anak kecik, amah pun takde.

Ni anak-anak dah besar dan dah ada amah yang boleh dipercayai, baiklah ambik kesempatan. Harapnya, Allah akan tetap memberi kemudahan untuk kita teruskan aktiviti ni di tahun-tahun akan datang Amiiin...

Adeem mula berpuasa setengah hari. Adalah jugak nangis-nangis sebab lapar, yelah first time ler katakan. Yang kelakarnya, dia ni bukannya budak yang jenis pemakan pun. Selalu sampai kita kena paksa-paksa dia makan. Tapi bila suruh puasa laporlah pulak!

Buka tengahari bukannya dia makan nasi pun. Hari pertama, dia minum jus 2-3 cawan dan makan donat aje (beli kat Supa Save, special request - kesian tengok dia dah meleleh-leleh air mata). Semalam, takat pisang sebiji, jus secawan. Pukul 5.00ptg baru makan lagi roti 3 keping. 3 keping aje tau! Masa makan malam barulah nak makan nasi, itupun berpujuk. Allah... sabor ajelah. Nasib baik Hannan dan Aarif tak ada masalah.

Hmmm... Kurma Kurniaan Sultan Brunei dah dapat dah semalam. Nampaknya tahun ni, kurmanya lebih sedap dari tahun-tahun terdahulu. Kat sini jualan kurma kat kedai-kedai tak sebanyak macam kat Malaysia. Dah tiap-tiap tahun Sultan kasi percuma, buat apa nak membazir beli-beli lagi yang lain kan.

Ah! Dah pukul 7.30pg. Dah janji nak tumpang Linda untuk ke rumah Ina. Kena off sekarang, kalau tak sah lambat! Tadarus mula pukul 8.00...

Until later...

Monday, August 17, 2009

Aarif : Post Surgery - Siri 2

Kata pakar anesthetist, Aarif akan sedar dalam pukul 7.30mlm, tapi pukul 8.00mlm dia tak bangun, pukul 9.00mlm pun tak bangun. Cuba jugak kejutkan dia tapi dia macam budak mengigau. Tak tentu arah menangis, meronta-ronta tapi mata tetap tertutup.

Akhirnya biarkan ajelah dia tidur, sedangkan tidur-tidur biasa pun payah nak dikejut apakan lagi tidur kena bius! Pukul 1.30pg baru dia jaga. Kita bawak pergi bilik air dan mandikan dia lebih-kurang.

Dia terus tuntut nak makan ais-krim yang Dr. dah janji kat dia. It's one simple treat untuk legakan tekak yang perit sebab dimasukkan tiub pernafasan masa surgery dan pada masa yang sama, buat budak happy.

Dah tu makan pulak bubur ayam yang Nurse simpankan kat pantry. Cayalah Nurse... siap panaskan lagi sebelum hidang.

Esok paginya Dr. Zul datang dan lepas siap check, dia kata Aarif dah boleh balik. Hari Isnin dah boleh pergi sekolah pun. Cuma buat sebulan akan datang ni, dia tak boleh lasak-lasak dan berenang. Kalau mandi pun kena hati-hati, jangan sampai masuk air. Tapi Insya-Allah lepas tu, everything will be as normal.


Sarapan scramble eggs aje tapi gaya hidangan eksklusif!

Dalam perjalanan balik, kita dengan Cik Abang saja ajelah test-test dia boleh dengar ke tidak. Remarkable betul! He can hear, he really can! Ketara benar perbezaannya.

Kita tanya, kalau dulu macamana dia dengar kalau kita panggil dia. Dia kata "Aarif dengar sikit-sikit tapi lepas tu Ibu dah marah!" Alaaa... budak, kesiannya kau.

Apapun kitaorang bersyukur sangat that he gets his hearing back. Air muka dia pun dah ceria, taklah nampak lost and confused lagi.

Depan pintu masuk JPMC...

Until later...

Sunday, August 16, 2009

Aarif : Post Surgery - Siri 1



Hari Jumaat kelmarin, kitaorang bertolak dari rumah pukul 11.30pg. Sampai di Jerudong elok-elok pukul 12.45tghari, Cik Abang terus cari majlis untuk Solat Jumaat. Kitaorang tunggu dalam kereta aje.

Selesai solat, Cik Abang hantarkan kitaorang dulu kat JPMC, kemudian bawak yang lain-lain makan tengahari dan hantar diaorang ke rumah Pak Pin.

Sampai kat hospital kitaorang terus dibawak ke Paediatric Ward. Janjinya pukul 3.30ptg baru diaorang akan ambik Aarif ke Operation Theatre, so kitaorang lepak-lepak ajelah kat bilik tengok TV.

Dalam pada tu sempat jugaklah keluar ke balkoni, tengok military excercise sempena Bridex 2009. Benda ni buat kat Royal Brunei Polo & Riding Club, sebelah aje dengan hospital. Bilik kitaorang pulak mengadap pantai, syok ler tengok demo.



Berdesap-desup jet terbang atas kepala, belum lagi bunyi helikopter, kereta kebal, bot dan jugak bom meletup. Meriah! Eh lari lak cerita...



Anyway, dalam pukul 2.30ptg, nurse datang kasi Aarif ubat. He he... punyalah kuat ubat tu, terus mamai si Aarif. Siap cakap "Aarif dizzylah Ibu!" Nak kesian ada, nak ketawa pun ada. Akhirnya dapatlah dia tidur dalam sejam.

Pukul 3.30ptg dia bangun, tanya bila lagi nak pergi operate. Dah lambat dah dia kata. Kita layankan ajelah. Tengoklah muka dia tu... mamai.



Pukul 4.00ptg diaorang sorong dia ke Op Theatre. Kita pulak salin baju scrubs untuk iring masuk. Bila Aarif dah diberi general anesthetics, barulah kita keluar. Alhamdulillah, Aarif cool aje. Tak sangka jugak sebab dia ni kadang-kadang penakut.

Sementara operation jalan, kita ajak Cik Abang turun ke kafe. Lapar... FYI, makanannya sedap. Pastu, kitaorang pun naik ler duduk kat tempat menunggu. Tak lama operation tu, adalah dalam satu jam aje.

Bila Dr. Zul keluar, dia pun cerita, semua berjalan lancar. Alhamdulillah... lega. Dia kata mucus dalam telinga sangat tebal, pekat dan banyak. "Banyak ke? Ada dalam 5ml?" kita tanya. "Takdelah sampai 5ml, setengah ml aje. Tapi kita kena faham saluran telinga tu very tiny, setengah ml pun dah boleh sumbat telinga." Dr. tu cakap sambil ketawa-ketawa.

Tapi semua dah disedut keluar dah. Dia tunjukkan gambar gegendang telinga before and after. Kat belakang gelembung-gelembung putih tu mucus. Hmmm... kesiannya rupa sampai macam tu sekali. Nampak sangat gegendang tak sihat. Kat gambar kedua tu boleh nampak tiub atau grommet yang ditanam di gegendang telinga.


Kitaorang pun pergi ke recovery room. Diaorang letak dia kat sini dulu, adalah dalam setengah jam, untuk pastikan dia betul-betul ok sebelum dilepaskan ke bilik.

Ini Aarif baru keluar dari Operation Theatre... kong habis!

Bersambung later...

Wednesday, August 12, 2009

Aarif dan telinganya...


Siapa yang kenal si Aarif ni memang akan perasan, dia ni jenis budak yang blur sikit. Bukan blur yang bodoh, tapi blur budak yang selalu dalam dunianya sendiri.

Kalau korang pernah tengok iklan Doscovery Channel Astro, pasal sorang budak nama Arif yang masuk sekolah baru, yang kepala dia penuh memacam bende sampai budak-budak lain pandang dia pelik semacam tu kan. Haaa.... macam itulah my Aarif.

Tapi sejak akhir-akhir ni nampak benor ke'blur'annya. Bila kita cakap dengan dia, muka dia macam lost and confused habis. Kena ulang banyak-banyak kali baru ler dia faham. Kita pun asyik ler nak berhangin aje la kan. Mulut tu bising-bising jugak cakap, "Apakehal ler budak ni, dah pekak ke apa?"

Rupa-rupanya memang betul dia pekak kak oooi... Macamana tau? Satu hari tu, kita ni dok terjerit-jerit panggil dia, yang dia tu buat deeeeerk aje. Bukannya dia jauh pun, dalam rumah jugak. Kita boleh nampak dia.

Puas panggil, takde respond langsung. Last-last kita pergi sergah, tepuk bahu dia, tanya kat dia "Aarif ni tak dengar ke Ibu panggil?" Dia dengan jujurnya menjawab "Tak!" Ah sudah... bior betul anak aku ni!

Dalam pada tu, masih lagi tak terus pergi jumpa Doktor. Entahlah, kita ni in denial agaknya walaupun dah terang-terang budak ni ada problem. Kalau tak kerana bawak dia ke Panaga Clinic sebab selsemanya yang tak baik-baik tu, lagilah lambat bende ni di diagnosed. (Thanks Azua, you are a good doctor and a good friend.)

It turns out, Aarif ni ada 'glue ear' atau nama medicalnya, otitis media with effusion. Mucus terperangkap di belakang gegendang telinga. Tak ada aliran udara, jadi gegendang telinga tak boleh bergetar, ultimately dia tak boleh mendengar. Kenapa dia jadi macam tu? Chronic rhinitis. Selsema dan berhingusan yang berpanjangan.

Besar kemungkinan adenoidsnya pun bengkak. Adenoids ialah tisu di belakang tekak. Kalau ia membengkak, tertutuplah ruang untuk aliran udara dan mucus bila dapat selsema. So it's one thing on top of anotherlah!

Ini secara ringkas aje. Rentetan kenapa dan bagaimana tu, panjang dan bebagai-bagai. Korang kliklah kat tempat yang kita dah highlightkan tu untuk maklumat lebih lengkap.

Semalam kitaorang ke Jerudong Park Medical Center (JPMC) untuk jumpa pakar ENT. Doktor tu tak mau bertangguh lama. Insya-Allah hari Jumaat 14hb Ogos ni, Aarif akan lalui minor surgery untuk procedure 'Bilateral Grommets Insertion and Adenoidectomy'.

Mucus yang terperangkap akan dikeluarkan, lepas tu tiub kecik dipasangkan kat gegendang telinga supaya sisa lendir mudah keluar dan ada aliran udara ke bahagian tengah telinga. Tiub tu kecik aje. Nanti ia akan tertanggal sendiri. Adenoid yang bengkak akan dikikis supaya laluan clear.

Kitapun ada merujuk kat Ju pasal hal ni. Anak dia Ariff (yes... kebetulan betul kan?) pernah hadapi masalah dan procedure yang sama. Masa tu umur dia 4 tahun dan masih tak pandai-pandai bercakap. Hmmm... macamanalah dia nak bercakap kalau telinga dia tak mendengar? Tapi Alhmdulillah, lepas jalani procedure ni, dia dah ok dah sekarang.

So, ini ialah one big lesson learned. Kalau ada anak kecik yang tak pandai-pandai bercakap, pergilah check telinga dia. Kalau ada anak yang terlebih blur atau dipanggil-panggil tak menyahut, dicakap-cakap tak paham-paham dan kita pulak berkali-kali bertanya-tanya pada diri sendiri "Apa dah pekak ke anak aku ni?".

Pergilah bawak anak kita tu jumpa doktor dan check telinga dia. Besar kemungkinan... dia memang hearing problem.

Until later...

Saturday, August 8, 2009

Mencari kain...

Lagi hanya dua minggu, Ramadhan akan datang kembali. Maknanya berjumpalah lagi kita dengan ibadah berpuasa. Alhamdulillah, keuzuran kita pada tahun lepas selesai dah diganti. Kali ni giliran Adeem pulak berlajar berpuasa. Separuh hari ajelah tapinya...

Orang selalu kata, orang kita ni melebih-lebihkan Hari Raya dari puasa. Selalu puasa tak berapa hari, lagu dan iklan raya dah berkumandang kat mana-mana.

Kat sini ada jugaklah sale-sale nak raya tapi tak terbandinglah meriahnya shopping sakan nun kat Semenanjung. Menggila... tersilap langkah, boleh menggilakan. Pada kita senang aje, kalau mampu, tepuk dada tanyalah selera. Kalau tak mampu, tepuk poket pandai-pandailah berkira-kira nak belanja.

Tahun ni tahun ke-4 kitaorang berpuasa di bumi Brunei ni. Teringat tahun lepas, Brunei lambat sehari berpuasa dari Malaysia. Jadi sesiapa yang balik kampung, untung free 1 hari sebab lambat puasa tapi cepat raya!

Alhamdulillah, sepanjang merantau di sini, tiap tahun dapat balik beraya di Batu Pahat. Insya-Allah tahun ini pun macam tu jugak. Tiket pergi-balik dah pun selamat dibeli.

Kali ni kita kata kat Cik Abang, kena tempah baju cepat-cepat. Tak sanggup jadi macam tahun-tahun lepas. Siap berpujuk-pujuk tailor tu supaya ambik tempahan kitaorang dan mintak dia siapkan sebelum fly balik.

Makanya, pagi tadi kitaorang pun pergilah ke Tutong dan Bandar mencari kain. Nasib baik ada jenis dan warna yang berkenan. Terus ajelah rembat. Malas nak pikir lagi dah. Jadinya warna apa untuk tahun ni?

Jeng jeng jeng... warna ungu. Kali pertama ni raya kaler purple. Esok pagi, kitaorang akan mula meround cari tailor pulak. Ini pun dengar cerita, tailor yang famous-famous dah tutup tempahan. Hmmm....

Plain untuk Cik Abang & the boys. Yang tengah untuk kita & yang hujung untuk Hannan

Kain warna hitam pink tu untuk baju spare kita. Yang berbunga kuning tu hasratnya nak buat baju kurung untuk Hannan, Arissa dan Elysha. Kain tu kita beli kat BP bulan April 2008 ... ha ha ha ha... jangan tak caya.

Kain untuk baju lagi satu...

Masa tu kan badan masih ler lagi kuuuus semangat. Mintak 5 meter dapat 1/2 meter free penghujung kain. Bila badan dah mula kurus, nak menempah baju macam alang-alang. Nanti berlebih satu meter nak buat apa, menyemak aje kat dalam gerobok kan? Akhirnya jadilah ia rezeki budak bertiga tu.

Oklah, dah nak dekat maghrib dah ni. Kang tak sempat bersiap untuk kelas Bahasa Arab kat rumah Zaida malam ni. Untuk penutup, kita letak gambor kereta Lamborghini yang sempat kita snap gambornya masa berenti kat traffic light Tutong.

Hijau aje lampu, berdesup terus dia ke depan tak nampak kelibat. Yelah, dah drive kereta power camni, takkan nak slow-slow. Buat digelak dek orang aje karang...

The Lamborghini...

Until later...

Saturday, August 1, 2009

Makan Sedap kat Miri - Asam Pedas, Restoran Selera Melayu

Inilah dia... RESTORAN SELERA MELAYU

Dah lama dah teringin sangat nak feature restoran ni, tapi ada aje kehal yang buatnya tertunggak. Sejak-sejak budak-budak bersekolah hari Sabtu dah jarang benar dapat ke restoran ni. Pergi Miri hari Ahad, dia tutup pulak.

Restoran ni memang special kat hati kita. Masa first time pegi Miri, Cik Abang bawak makan kat sinilah. Masa tu kita baru aje beberapa minggu duduk kat Panaga, masih lagi kelat-kelat tekak merindu makanan Semenanjung. (FYI, masih merindu... ^_^ )

Bila aje sampai kedai ni, waaaah.... Asam Pedas. Berenang-renang ikan pari, daun kesum dan putik-putik bunga kantan kat dalam kuah yang merah pekat tu. Bila makan, eeeemmmm.... sedapnya. Makan pulak dengan Telur Asin, Sambal Belacan dan Ulam Kacang Botol. Terangkat perut kak oi. Dalam hati kita kata, ini mesti air tangan orang Johor ni!

Masa ambik gambor ni, Asam Pedas Ikan Merah. Berbaloi makan, sedap dan tak mahal...

Tapi salah he he! Selidik-selidik, rupanya Kak Jamilah, tuan punya kedai ni orang Perak tapi suami dia yang orang Johor. Tapi tak heran jugaklah. Kakak ni mestilah kena belajar buat sampai sama standard dengan Asam Pedas Mak Mertua dia kan? Itu spekulasi kita la... tak pernahlah tanya samada Mak Mertua dia tu trueblue orang Johor ke apa ke. Macam melampau ler pulak.

Kalau nak makan lunch sini, kena timing betul-betul. Pukul 11.00pg sampai dalam pukul 12.30tghari gitu. Lambat aje, alamat habis licin dah lauk. Kalau hari Sabtu mungkin sempat lagi, tapi kalau weekdays memang tak dapat punyalah.

Dah bertahun-tahun makan kat sini, dapatlah jugak menjalin persahabatan dengan Kak Jamilah ni. Dia pun jenis orang peramah.

Ingat lagi dia terkejut masa kitaorang datang singgah makan on the way balik lepas kita bersalinkan Amiin. Dengan Amiin berbalut kain bedung, dengan kita berstokin dalam hari panas terik, buat muka selamba aje makan Asam Pedas dalam pantang he he...

Kak Jamilah yang kat tengah, yang comel lote tu pekerja dia...

Baru-baru ni dapat lagi singgah makan dan kita pun ambik kesempatan bergambor dengan Kak Jamilah. Tapi kan sorilah, lupa nak mintak alamatnya betul-betul.

Direction paling senang, dekat dengan flyover Seberkas, tapak pasar malam berhadapan dengan Taman Bulatan. Hmmm... boleh sampai kot. Kot? Kot!

Insya-Allah boleh jumpa. Tak pun next time, kita tanyakan alamat dan pastekan kat sini.

Until later...