Monday, August 17, 2009

Aarif : Post Surgery - Siri 2

Kata pakar anesthetist, Aarif akan sedar dalam pukul 7.30mlm, tapi pukul 8.00mlm dia tak bangun, pukul 9.00mlm pun tak bangun. Cuba jugak kejutkan dia tapi dia macam budak mengigau. Tak tentu arah menangis, meronta-ronta tapi mata tetap tertutup.

Akhirnya biarkan ajelah dia tidur, sedangkan tidur-tidur biasa pun payah nak dikejut apakan lagi tidur kena bius! Pukul 1.30pg baru dia jaga. Kita bawak pergi bilik air dan mandikan dia lebih-kurang.

Dia terus tuntut nak makan ais-krim yang Dr. dah janji kat dia. It's one simple treat untuk legakan tekak yang perit sebab dimasukkan tiub pernafasan masa surgery dan pada masa yang sama, buat budak happy.

Dah tu makan pulak bubur ayam yang Nurse simpankan kat pantry. Cayalah Nurse... siap panaskan lagi sebelum hidang.

Esok paginya Dr. Zul datang dan lepas siap check, dia kata Aarif dah boleh balik. Hari Isnin dah boleh pergi sekolah pun. Cuma buat sebulan akan datang ni, dia tak boleh lasak-lasak dan berenang. Kalau mandi pun kena hati-hati, jangan sampai masuk air. Tapi Insya-Allah lepas tu, everything will be as normal.


Sarapan scramble eggs aje tapi gaya hidangan eksklusif!

Dalam perjalanan balik, kita dengan Cik Abang saja ajelah test-test dia boleh dengar ke tidak. Remarkable betul! He can hear, he really can! Ketara benar perbezaannya.

Kita tanya, kalau dulu macamana dia dengar kalau kita panggil dia. Dia kata "Aarif dengar sikit-sikit tapi lepas tu Ibu dah marah!" Alaaa... budak, kesiannya kau.

Apapun kitaorang bersyukur sangat that he gets his hearing back. Air muka dia pun dah ceria, taklah nampak lost and confused lagi.

Depan pintu masuk JPMC...

Until later...

2 comments:

  1. memang syok dok kat JPMC... :)

    ReplyDelete
  2. Wow..sian jugak baca cerita Aarif. Ye la, bebduak..mana dia tau nak bagitau kita benda2 macam ni. Hmmm...kena prihatin jugak la, my kids pun kekadang suka buat2 pekak bila panggil. Nak tau, saja2 buat pekak ke, memang x dengar...hmmm.

    ReplyDelete