Monday, July 22, 2013

Laksa Beras...

Laksa Beras in the house...
Assalamualaikum... ok harini kita keluarkan resepi Laksa Beras yea. Resepi ni dah digunapakai beberapa kali dan Alhamdulillah... dapatlah makan laksa setiap kali buat...

Kepada kengkawan yang rajin ke sini, mesti dah dapat menelah tema masak-memasak blog kita ni. Temanya jelas... iaitu terpaksa. Teringin-teringin tapi tak dapat... akhirnya terpaksa buat sendiri... hahaha...

Yang ini pun sama la jugak. Kebetulan masa teringin tu, kita terjumpa dengan acuan laksa / maruku di Safari Mall. Apa lagi, sambar ajelah. Yakin boleh jer...

Resepinya kita ambik dari Puan Ilahjy. Dari beberapa resepi yang dicuba... yang ini jugak paling serasi dengan kita. Ada sedikit perubahan pada resepi tapi  Insyaa Allah... menjadik. Jom pegi dapur!

Laksa Beras...

1 cwn tepung beras
3 sdbsr tepung gandum
1 cwn air panas mendidih

1 cwn tepung beras untuk membentuk doh

Didihkan air dalam periuk dan kemudian kecilkan api supaya air kekal panas.
Gaulkan tepung beras dan tepung gandum. Dengan hati-hati, tuangkan air panas mendidih.
Kacau rata tepung dan air panas dengan senduk kayu hingga menjadi ketulan doh.
Taburkan tepung beras selebihnya sedikit-sedikit dan gaul rata untuk melekatkan tepung.
Bila doh dah rasa suam-suam, bolehlah diuli dengan tangan untuk dapatkan doh yang licin.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Masukkan ke dalam acuan dan tekankan ke dalam air panas.
Buatkan hingga habis. Kemudian biarkan laksa direneh lembut dengan api yang kecil.
Bila laksa dah mula timbul barulah boleh dikocak perlahan untuk meleraikan laksa.
Renehkan lagi selama 2-3 minit. Angkat, toskan dah bilas dengan air mengalir.
Rendam laksa dalam air sejuk selama 15 minit. Toskan, bilas sekali lagi dan siap untuk dihidang.

Resepi asal menggunakan 3/4 cawan air dan kemudian perlu mengagak sukatan tepung untuk membentuk doh. Selalunya bila buat macam ni... akan ada lebihan tepung yang sedikit. Kita malaslah nak simpan semula tepung yang seciput tu. Jadi kita cukupkan air jadi 1 cawan dan guna habis tepung yang disukat...

Gunakan air yang betul-betul mendidih untuk menggaul tepung. Ada 2 kali semasa mencuba, kita gunakan air panas yang dah terehat untuk beberapa minit. Dohnya tak mau kental walaupun berkali-kali ditambah tepung. Bila kita cuba masak... laksanya lembik dan bergumpal. Erti kata lain... tak jadik laaa...

Tekankan laksa ke dalam air yang panas dan bukan air mendidih. Kalau air mendidih... melecurlah lengan Kak ooii... kena kukus dengan wap panas air tu haaa... Kalau tak percaya bolehlah cuba buat macam tu... kita dah terkena dah. Serik... hahaha...

Akhir sekali... merebus laksa sama jugak macam merebus mee kuning. Jangan diganggu-ganggu sampailah laksanya timbul sendiri. Barulah boleh dikocak perlahan-lahan yea... Selamat mencuba!

Until later...

Sunday, July 14, 2013

Kerabu Perut...

Assalamualaikum... mencari idea untuk juadah berbuka puasa? Apa kata cuba resepi Kerabu Perut ni. Insyaa Allah... menambat selera. Jom ke dapur!
Kerabu Perut bukan juadah harini tapi juadah satu hari di bulan Mei yang lalu...
Resepi kerabu ni mudah aje nak membuatnya. Jenis resepi campak apa yang ada aje. Yang penting ada limau nipis, garam dan gula...

Bahan-bahan yang kita senaraikan kat bawah ialah bahan yang kita guna. Nak ganti dengan bahan yang lain-lain tak hal. Asalkan sesuai, Insyaa Allah... menjadik...

Kerabu Perut...

1/2 kg perut
1 sdbsr udang kering
1 biji bawang besar
1 biji lobak merah
2 biji tomato
1 biji lada benggala
5 biji cili padi
3 biji limau nipis
sedikit daun ketumbar
garam dan gula secukup rasa

Rebus perut hingga empuk. Tos dan hiris nipis. Ketepikan.
Udang kering dibasuh, disangai kering dan kemudian dikisar halus.
Bawang besar dihiris nipis. Gunakan 'vegetable peeler' untuk menghiris lobak merah.
Tomato dibuang bijinya dan dipotong dadu. Lada benggala dibuang biji dan dihiris nipis.
Cili padi dihiris halus. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
Limau nipis dibelah dua dan perahkan airnya. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Gaul rata. Peramkan sebentar supaya rasanya menyerap ke dalam perut. Siap untuk dihidang.

Kerabu kita ni ialah resepi yang sangat asas. Ada resepi yang gunakan belacan, kerisik, santan atau kelapa parut. Tapi disebabkan kita hendakkan kerabu yang rasanya ringan, masam dan sejuk di lidah... maka cukuplah sekadar yang ini aje...

Lagi sedap kalau dapat peram dalam peti sejuk barang sejam. Alamak... terliur la pulak... hahaha...
Lagi gambor Kerabu Perut kasik terliur betul-betul...
Until later...

Friday, July 12, 2013

Mee Kuning...

Mee Kuning in the house...
Assalamualaikum... Kalau ada sesiapa yang pernah terbaca, kita dulu ada menolak permintaan Cik Abang untuk buat sendiri Mee Kuning. Setelah sekian lama... akhirnya kita mengalah. Buatlah jugak Mee Kuning ni haa... Masa mula-mula sampai Doha, punyalah teringin nak makan... macam orang mengidam...

Kali pertama jumpa Mee Goreng kat Pasar Malam anjuran Persatuan Malaysians In Qatar... hantam beli 6 pek dan kitaorang terus makan kat situ jugak. Adalah hampir tiga suku penuh pek polysterene putih tu, harganya QR 10.00 sepek. Hambik Kak oooiii... nasib baik sedap!

Kemudian ada rakan yang syorkan merebus Spaghetti dengan kunyit macam kat entry ini. Bolehlah dapat sikit-sikit rasa dan rupa Mee Kuning. Tapi buat macam ni cuma sesuai untuk juadah mee yang berkuah. Kalau dibuat goreng... hancor jadinya...

Lepas tu kita mula membeli pulak dengan rakan-rakan yang buat homebusiness Mee Kuning. Harga sekilo QR 12.00. Bab harga kitaorang tak hal sangat. Yang jadi  halnya ialah... lepas order kena tunggu 2-3 hari baru dapat. Kadang-kadang seminggu kena tunggu. Bila Cik Abang dah kata, "Cuba ajelah buat..." Ia sebenarnya membawa maksud, "Buatlah, buatlah, buatlah..." Hahahaha...

Masa balik cuti Dis 2012 haritu, ada pulak sebijik mesin pasta/mee yang Abah dah lama beli tapi belum pernah guna dalam gerobok dapur. Abah kata, "Kalau nak... ambiklah..." Pucuk dicita, ulam mendatang kata orang Melayu...

Berbekalkan mesin pemberian Abah dan resepi dari Puan Hasiah Hashim yang telah diubahsuai, Alhamdulillah... dalam seminggu mesti ada sekali kita buat Mee Kuning. Bila dah reti... taklah payah sangat pun sebenarnya... cewah-cewah... Jom ke dapur!

Mee Kuning...

3 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn air
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak masak secukupnya

Sukat air. Pecahkan telur ke dalam bekas air dan tambahkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Letakkan tepung dalam mangkuk. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh.
Uli hingga doh menjadi lembut dan licin. Kalau rasa terlalu berat, bahagikan doh kepada dua bahagian.
Didihkan air yang dicampur dengan sedikit minyak. Kemudian kecilkan api supaya air kekal panas.
Bahagikan doh kepada beberapa bola kecil. Selalunya kita bahagi kepada 4 biji bola.
Gelek doh di bahagian penggelek yang rata untuk beberapa kali. Gunakan ketebalan no. 7.
Sapukan tepung pada kepingan doh dan ketepikan. Buat sehingga kesemua doh habis.
Ambil kepingan doh dan lalukan pada penggelek untuk membentuk mee.
Sambut mee yang terbentuk dan tarik perlahan supaya mee tidak keriting.
Taburkan tepung supaya mee terlerai dan tidak melekat antara satu sama lain. Buat sehingga habis.
Masukkan mee ke dalam air tadi dan direneh perlahan selama 2-3 minit.
Angkat, tos dan bilaskan sebentar dibawah air mengalir. Kemudian gaulkan dengan minyak.

Sukatan tepung kita dah kurangkan 1/2 cwn dari resepi asal. Tak larat nak uli bila tepung banyak sangat. Dohnya terlalu keras. Lenguh Kak oii... Nak guna mesin penguli handheld tu? Mau hangit motor mesin tu karang. Lainlah kalau ada mesin dengan kekuatan industri... hahaha...

Kalau rajin, bolehlah uli dan rehatkan doh beberapa kali. Doh akan jadi semakin lembut tapi liat. Mee yang terhasil akan jadi lebih kenyal dan dan kekal panjang bila digoreng. Hmm... tak jumpa ler pulak blog yang kasik tips ni... tapi apapun cubalah. Insyaa Allah... memang menjadik...

Akhir sekali... jangan ganggu-ganggu mee masa merebus. Gunakan api kecik dan biarkan mee timbul sendiri. Barulah boleh dikocak-kocak perlahan untuk meleraikan meenya. Kita suka guna serampang dua mata macam kat dalam gambar tu haa... kalau takde... guna garpu biasa pon boleh...

Until later...

p/s Dua kali terakhir membuat mee, kita terpaksa gelek guna rolling pin. Bahagian penggelek yang rata tu dah tak selari. Habis peat-peot doh kita dibuatnya. Kata Cik Abang, "Kena cari yang buatan Itali agaknya..." Hehehe... kita boleh aje...

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1434 (Julai -Ogos 2013)...

Assalamualaikum... Alhamdulillah Ramadhan datang lagi...
Antara yang sinonim dengan bulan Ramadhan ialah kurma. Buat kerja sikit. Kita tadi berenti tepi jalan... pastu ambik gambor buah kurma depan rumah orang....
Kita sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut 1hb Ramadhan Kareem 1434  bersamaan 10hb Julai 2013. Selamat melakukan ibadah Puasa dan Solat Tarawikh. Semoga ia membawa kebaikan dan makna dalam kehidupan kita semua... Amiin...

Until later...

Sunday, July 7, 2013

Mengapa... oh... mengapa...

Assalamualaikum... Alhamdulillah... maka hari ini dapatlah kita memunculkan diri selepas hilang selama sebulan. Hahaha... Mengapa... oh... mengapa... 

Pertama : Kerja yang bertangguh-tangguh memang takkan selesai. Terutama sekali bila dah mengadap blog, nampak blog kengkawan macam-macam benda menarik. Dah diaorang rajin mengupdate, tentulah banyak ceritanya. Lepas sorang ke sorang kita pegi blogwalking... sudahnya blog sendiri tak update-update... hmmm...

Kedua : Kita putus cinta. Putus cinta dengan Turki... hahaha... Adoii... macam merepek aje bunyinya kan? Turki... kau menghiris hatiku. Perlu masa untuk pulihkan hati... hahahaha...

Ketiga : Ambik kesempatan menguji kasih-sayang. Kasih-sayang diri pada penulisan blog yang merakam catatan hidup kita sekeluarga. Menilai dan mengatur semula tujuan diri menulis... cewah-cewah...

Keempat : Sibuk pun ya, major brainstorming sessions pun ya, komputer terbarai pun ya juga...

Mari kita beritau apa yag telah terjadi di antara 2 tarikh update...

Turki bergolak... Turki oh Turki... Nak kata apa lagi, negara kita sendiri pun dah pandai nak bergolak-golak macam awak...
Remang petang sewaktu di Istanbul...
Mesir bergolak lagi... Mesir oh Mesir... Nak kata apa lagi, negara kita sendiri pun dah ada yang pandai tunjuk pandai nak jatuh-jatuhkan kerajaan pimpinan Muslim (walaupun dengan banyak kelemahan) yang dipilih secara sah. Semoga Tuan Muhammad Morsi dan keluarga dan seluruh rakyat Mesir yang memilihnya sebagai pemimpin berdiri teguh tanpa gentar mempertahankan kebenaran...
Remang petang di Mesir. Kita belum pernah sampai, jadi gambar pinjam dari Rachel Tobias...
Pertukaran kepimpinan di Qatar. Alhamdulillah... tanpa pergolakan. Bekas Emir Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani telah menyerahkan takhta kepimpinan Qatar kepada anaknya Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada 25hb Jun 2013...
Semoga Qatar terus aman damai dan makmur...
Pada itu... sempatlah jugak kita memperbaiki kemahiran di dapur seperti...

Membuat Roti Canai...
Mencari semangat untuk cubaan kali ke dua...
Membuat Telur Asin...
Kadang-kadang tak jadi masin...
Membuat Laksa Beras...
Berjaya di kali pertama...
Membuat Mee Kuning...
Akhirnya mengalah...
Meningkatkan kemahiran membuat Roti bermacam jenis...
Akhirnya kelembutan tercipta...
Diam-diam ubi berisi... Diam-diam penulis blog ni... badan makin berisi... hahaha...

Until later...

Tuesday, May 28, 2013

Waktu yang berlalu lagi...

Assalamualaikum... Alhamdulillah... walaupun mukasurat di blog ni terhenti seketika, tapi kehidupan tuan punyanya masih lagi berterusan dari hari ke hari...

Sejak akhir-akhir ni, kita agak sibuk menguruskan kehidupan di Doha ni. Kalau dulu, kerja-kerja luar terhad sebab kita takde lesen dan takde kereta. Tapi bila dua-dua benda ni dah ada... makanya banyaklah kerja-kerja luar ni yang kita dah kena ambik-alih...
Ford Shelby GT500 Cobra... segak terparking di Villagio malam tadi. Kereta kita ke ni? Oh tidak... mana mampu... huhuhu
Sejak bulan lepas, kita dah mengambik-alih tugas menghantar dan mengambik anak-anak dari sekolah. Kemudian kita menguruskan pulak pencarian, permohonan dan urusan perpindahan sekolah diaorang untuk tahun persekolahan baru nanti...

Alhamdulillah... selepas berbulan-bulan menjalani pre-treatment... Hannan akhirnya dah dapat pun mulakan rawatan pasang besi kat gigi. Walaupun pada asalnya rawatan ni tarafnya hanya separa perlu... tetapi kemudiannya berubah menjadi sesuatu yang sangat high priority.  Allahurabbii... masih berasa-rasa pilu dan geram dalam hati kita bila memikir-mikirkan kemalangan tu. Sabarlah hati... sabarlah Hannan yea... Insyaa Allah... you'll turn out just fine...
Pre-treatment di QP Medical dan pasang besi kat Majestic Dental. Ibu dan Haniis peneman setia Kakak Hannan...
Dalam pada itu, kitaorang sempat ke Tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk di Masjid Al-Fanar, Qatar Islamic Cultural Center. Selalunya hanya menonton syarahan dia kat youtube atau dengar kat siaran radio dalam kereta. Haritu dapat dengar live sambil curi pandang dari celah ukiran kayu di ruang solat bagi jemaah perempuan di tingkat atas...
Alhamdulillah... budak-budak pun suka mendengar syarahannya walaupun tak berapa paham apa yang diperkatakan...
Insyaa Allah... cerita Istanbul akan bersambung selepas ini... hahaha...
Haniis dan Babahnya... dua-dua comel... hahaha
Lepas ni kita nak kena pusing-pusing lagi cari sekolah untuk Haniis pulak. Haniis pun nak pegi sekolah jugak... kan Haniis kan...

Until later...

Saturday, May 11, 2013

Waktu yang berlalu...

Assalamualaikum... yea... Pilihanraya Malaysia yang ke 13 dah pun berlalu. Keputusan pilihanraya dah pun kita semua tau. Hasil-hasil rentetan dari keputusan pilihanraya pun dah kita semua dah tau... 
Hening petang di Kedutaan Malayisa, Doha, Qatar...
Kita dan Cik Abang Mengundi Pos dari Doha. Berlangsung kat Kedutaan Malaysian 28hb April 2013. Yang mengundi pun tak ramai. Ratusan kecik-kecik aje dari ribu-ribuan jumlah rakyat Malaysia di Qatar nih. Yang lain-lain tu samada mungkin tak mendaftar untuk Pengundian Pos atau memang tak mau Pengundian Pos. Takut tak sampai katanya... tak telus katanya...
Sampul surat penuh makna... No. Kad Pengenalan dipudarkan...
Apapun... Alhamdulillah... tenang aje keadaan Kedutaan Malaysia hari tu. Takde orang yang nak tolak-tolak, nak maki-maki dan nak halau-halau pengundi yang nak pergi mengundi... 
Sila baca aturcara Mengundi Pos...
Tak macam kat Malaysia kan... yang mana ada sekumpulan manusia... dengan beria-ria dan penuh semangat memberbuktikan yang "Diaorang" tu sangat "bersih", sangat "telus" dan  sangat "tak racist" di depan pintu pagar pusat-pusat mengundi terpilih. Habis semua orang yang muka dan kaler tak sama macam "Diaorang" tu dipekik, ditolak, dimaki, dihina dan dihalau dengan cara yang sangat biadap...

Malah ada yang ditahan dan dikepung sehingga langsung tidak dapat masuk mengundi. Akhirnya terbukti mereka yang ditahan itu adalah rakyat Malaysia....
Siap pulak dengan sesuka hati memaksa pengundi yang muka dan kaler tak sama dengan 'Diaorang' tu bagi Kad Pengenalan untuk diperiksa kesahihannya. Suruh nyanyi lagu Negaraku lagi haaa... Ambooooiiii... patriotik sungguh "Diaorang" ni yea... Lebih berkuasa dari Polis. Lebih cekap dari Immigresen. Lebih berwibawa dari SPR! 
Itu baru tunjuk "patriotik" dengan kuasa olok-olok kat jalanan aje tu. Kalau kata terlepaslah kuasa negara Malaysia kat "Diaorang"... mau merasalah kita semua "kepatriotan", "kebersihan", "ketelusan" dan "ketidak racist-an" "Diaorang" nih secara mutlak... 
Hish! Nauzubillahiminzalik! Kita secara peribadi memang tak rela... tapi ramai dari kalangan... eerrr... saudara yang seakan-akan rupa dan kaler dan sama agamanya dengan diri kita ni... suka! Jadi macamana nih?
Agak-agak lepas tak muka ni kalau nak mengundi kat kawasan yang dijaga "Diaorang" tu? Hahaha....
Kata kita, "To each... his own." Ambik mana yang masing-masing suka... pilih mana-mana yang masing-masing nak... 
Kartun yang disiarkan di akbar Sin Chew Jit Poh...

Mana-mana yang lebih sukakan "kepatriotan", "kebersihan", "ketelusan" dan "ketidak racist-an" cara "Diaorang" tu... silalah...
Pelajar Malaysia di Taiwan. Dah mintak maaf katanya.... Apapun, diaorang mesti dihukum dengan tegas!
Mana-mana yang tak suka sebab mata dah terbukak, hati dah terbakor, darah dah mendidih... silalah bagi tunjuk jugak cara kepatriotan, kebersihan, ketelusan dan ketidak racist-an masing-masing jugak...
Satu kelemahan orang kita yang sangat ketara. Orang kita buta huruf bahasa "Diaorang"...

Sekarang tembelang dah pecah... Kuah dah melimpah...Sekam dah hangus... Orang dah rempuh... takkan nak bertahan saja. Kita mesti rempuh balik dengan tegas dan bijak!

Until later...

p/s Pernah terpesona dengan "seseorang itu" satu masa dulu... tapi sekarang tak lagi...

Satu hal kena tipu dengan orang yang dituduh jahat dan yang betul-betul jahat...

Tapi bila kena tipu dengan orang yang mengaku dirinya lebih baik dan mulia dari semua orang yang dituduh jahat dan yang betul-betul jahat... 

Kita rasa tersangatlah gerraamm...

p/s 2 Insyaa Allah... cerita Istanbul akan bersambung selepas ini...