Tuesday, May 28, 2013

Waktu yang berlalu lagi...

Assalamualaikum... Alhamdulillah... walaupun mukasurat di blog ni terhenti seketika, tapi kehidupan tuan punyanya masih lagi berterusan dari hari ke hari...

Sejak akhir-akhir ni, kita agak sibuk menguruskan kehidupan di Doha ni. Kalau dulu, kerja-kerja luar terhad sebab kita takde lesen dan takde kereta. Tapi bila dua-dua benda ni dah ada... makanya banyaklah kerja-kerja luar ni yang kita dah kena ambik-alih...
Ford Shelby GT500 Cobra... segak terparking di Villagio malam tadi. Kereta kita ke ni? Oh tidak... mana mampu... huhuhu
Sejak bulan lepas, kita dah mengambik-alih tugas menghantar dan mengambik anak-anak dari sekolah. Kemudian kita menguruskan pulak pencarian, permohonan dan urusan perpindahan sekolah diaorang untuk tahun persekolahan baru nanti...

Alhamdulillah... selepas berbulan-bulan menjalani pre-treatment... Hannan akhirnya dah dapat pun mulakan rawatan pasang besi kat gigi. Walaupun pada asalnya rawatan ni tarafnya hanya separa perlu... tetapi kemudiannya berubah menjadi sesuatu yang sangat high priority.  Allahurabbii... masih berasa-rasa pilu dan geram dalam hati kita bila memikir-mikirkan kemalangan tu. Sabarlah hati... sabarlah Hannan yea... Insyaa Allah... you'll turn out just fine...
Pre-treatment di QP Medical dan pasang besi kat Majestic Dental. Ibu dan Haniis peneman setia Kakak Hannan...
Dalam pada itu, kitaorang sempat ke Tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk di Masjid Al-Fanar, Qatar Islamic Cultural Center. Selalunya hanya menonton syarahan dia kat youtube atau dengar kat siaran radio dalam kereta. Haritu dapat dengar live sambil curi pandang dari celah ukiran kayu di ruang solat bagi jemaah perempuan di tingkat atas...
Alhamdulillah... budak-budak pun suka mendengar syarahannya walaupun tak berapa paham apa yang diperkatakan...
Insyaa Allah... cerita Istanbul akan bersambung selepas ini... hahaha...
Haniis dan Babahnya... dua-dua comel... hahaha
Lepas ni kita nak kena pusing-pusing lagi cari sekolah untuk Haniis pulak. Haniis pun nak pegi sekolah jugak... kan Haniis kan...

Until later...

16 comments:

  1. bestnya dah dgr live mufti menk. kat sini tak dak chance kot dia nak mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dia tak boleh nak mai Oman?

      Delete
    2. sini kan mazhab ibadi. kalau ada ceramah selalunya by invitation dari sultan/kerajaan.

      Delete
  2. Replies
    1. Ha ah... lepas jumpa doktor, 2-3 hari dia melayan ngilu gigi. Kesian nengok kan...

      Delete
  3. wah..kira dah jadi "superwoman" di doha sekarang la..
    patutlah tenggelam timbul je..
    tak pe..faham..faham

    ReplyDelete
  4. moga sgala urusan d sana bjln lancar ye..alahai..comelnyer si kecil btudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Insyaa Allah... terima kasih atas doa Lya. Ni ada separuh dah selesai, ada separuh lagi masih dlm proses menyelesaikan. Dak kecik tu tgh fasa "burung kakak tua". Semua benda nak diikutnya...

      Delete
  5. Replies
    1. Salam Yong... budak yg tgh umur gitu semuanya comel belaka...

      Delete
  6. be independent lah ye.. pusing keliling terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah... pusing keliling sampai nak pening. Hehehe...

      Delete
  7. Please send ur address to my emel : hanim_rahmat@ yahoo.com.my

    P/S pemenang " skrip unta" daaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduillah... gembiranya kita. Tak sangka dah lama tak masuk jengah blog Anim, menang pulak "skrip unta". Insyaa Allah nanti kita email ya..

      Delete