Saturday, May 11, 2013

Waktu yang berlalu...

Assalamualaikum... yea... Pilihanraya Malaysia yang ke 13 dah pun berlalu. Keputusan pilihanraya dah pun kita semua tau. Hasil-hasil rentetan dari keputusan pilihanraya pun dah kita semua dah tau... 
Hening petang di Kedutaan Malayisa, Doha, Qatar...
Kita dan Cik Abang Mengundi Pos dari Doha. Berlangsung kat Kedutaan Malaysian 28hb April 2013. Yang mengundi pun tak ramai. Ratusan kecik-kecik aje dari ribu-ribuan jumlah rakyat Malaysia di Qatar nih. Yang lain-lain tu samada mungkin tak mendaftar untuk Pengundian Pos atau memang tak mau Pengundian Pos. Takut tak sampai katanya... tak telus katanya...
Sampul surat penuh makna... No. Kad Pengenalan dipudarkan...
Apapun... Alhamdulillah... tenang aje keadaan Kedutaan Malaysia hari tu. Takde orang yang nak tolak-tolak, nak maki-maki dan nak halau-halau pengundi yang nak pergi mengundi... 
Sila baca aturcara Mengundi Pos...
Tak macam kat Malaysia kan... yang mana ada sekumpulan manusia... dengan beria-ria dan penuh semangat memberbuktikan yang "Diaorang" tu sangat "bersih", sangat "telus" dan  sangat "tak racist" di depan pintu pagar pusat-pusat mengundi terpilih. Habis semua orang yang muka dan kaler tak sama macam "Diaorang" tu dipekik, ditolak, dimaki, dihina dan dihalau dengan cara yang sangat biadap...

Malah ada yang ditahan dan dikepung sehingga langsung tidak dapat masuk mengundi. Akhirnya terbukti mereka yang ditahan itu adalah rakyat Malaysia....
Siap pulak dengan sesuka hati memaksa pengundi yang muka dan kaler tak sama dengan 'Diaorang' tu bagi Kad Pengenalan untuk diperiksa kesahihannya. Suruh nyanyi lagu Negaraku lagi haaa... Ambooooiiii... patriotik sungguh "Diaorang" ni yea... Lebih berkuasa dari Polis. Lebih cekap dari Immigresen. Lebih berwibawa dari SPR! 
Itu baru tunjuk "patriotik" dengan kuasa olok-olok kat jalanan aje tu. Kalau kata terlepaslah kuasa negara Malaysia kat "Diaorang"... mau merasalah kita semua "kepatriotan", "kebersihan", "ketelusan" dan "ketidak racist-an" "Diaorang" nih secara mutlak... 
Hish! Nauzubillahiminzalik! Kita secara peribadi memang tak rela... tapi ramai dari kalangan... eerrr... saudara yang seakan-akan rupa dan kaler dan sama agamanya dengan diri kita ni... suka! Jadi macamana nih?
Agak-agak lepas tak muka ni kalau nak mengundi kat kawasan yang dijaga "Diaorang" tu? Hahaha....
Kata kita, "To each... his own." Ambik mana yang masing-masing suka... pilih mana-mana yang masing-masing nak... 
Kartun yang disiarkan di akbar Sin Chew Jit Poh...

Mana-mana yang lebih sukakan "kepatriotan", "kebersihan", "ketelusan" dan "ketidak racist-an" cara "Diaorang" tu... silalah...
Pelajar Malaysia di Taiwan. Dah mintak maaf katanya.... Apapun, diaorang mesti dihukum dengan tegas!
Mana-mana yang tak suka sebab mata dah terbukak, hati dah terbakor, darah dah mendidih... silalah bagi tunjuk jugak cara kepatriotan, kebersihan, ketelusan dan ketidak racist-an masing-masing jugak...
Satu kelemahan orang kita yang sangat ketara. Orang kita buta huruf bahasa "Diaorang"...

Sekarang tembelang dah pecah... Kuah dah melimpah...Sekam dah hangus... Orang dah rempuh... takkan nak bertahan saja. Kita mesti rempuh balik dengan tegas dan bijak!

Until later...

p/s Pernah terpesona dengan "seseorang itu" satu masa dulu... tapi sekarang tak lagi...

Satu hal kena tipu dengan orang yang dituduh jahat dan yang betul-betul jahat...

Tapi bila kena tipu dengan orang yang mengaku dirinya lebih baik dan mulia dari semua orang yang dituduh jahat dan yang betul-betul jahat... 

Kita rasa tersangatlah gerraamm...

p/s 2 Insyaa Allah... cerita Istanbul akan bersambung selepas ini...

6 comments:

  1. singgah membaca huda..buka selalu dapat baca pendapat huda tentang politik malaysia.kan?
    well...semua bebas bersuara, right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dan Cik Abang sebenarnya lebih mengambil pendekatan diam dan dengar... diam dan dengar. Orang yang suka bercerita berdegam-degum tu selalunya tak suka disanggah. Jadi kitaorang lebih kepada diam dan dengar... diam dan dengar. Itu lebih baik dari bertelagah...

      Kitaorang pernah satu masa sangat sinikal dengan satu pihak dan sangat terpesona dengan satu pihak yang lain. Tapi melihatkan perkembanganya lepas tahun ke tahun, kitaorang menjadi cuak. Dan bila melihatkan kemuncak kegilaannya di pilihanraya kali ni, kita dan Cik Abang perlu memilih dengan tegas demi masa depan anak-anak...

      Anim, Cik Suami kita orang kerja swasta. Sakit-perit Cik Abang ditindas bangsa itu ditempat kerja, cuma kitaorang aje yang tau. Kalaulah Cik Abang ni jenis yang tak berani bersuara, memang habis dibuat main aje. Dalam pada melawan tu pun, banyak peluang untuk Cik Abang ditutup dan dihalang. Tapi sabar, sabar, sabar... mesti ingat, rezeki Allah yang bagi...

      Kita ni Anim, orang putih kata, "Double whammy." Kita beragama Islam dan kita berbangsa Melayu. Dua-dua perkara ni sudah terlalu lama ditindas dalam senyap...

      Tapi sekarang sudah tiba masanya kita dan Cik Abang menampilkan diri dan menyatakan perjuangan secara terbuka. Semoga Allah memberkati...

      Delete
  2. salam...saya nak tanyela...kat mane beli abaya qatar di doha yg muurah...kalo kt malaysia harga dlm rm250 hingga rm300 tpi kalo saya pergi haritu di souq al waqif atau souq al dira..sume harga same mcm tu gak dlm rm250 ke 400... dan semua kaler hitam tkdela plak yang cantik2 warna warni macam dijual di online...jd boleh btahu dia mane nk beli abaya qatar harga rm200 ke bawah tpi cantik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Rahmah...

      Sebenarnya beli-membeli, tempah-menempah abaya ni bukanlah bidang kita. Kita sendiri pun bayor dlm QR 250++ utk abaya yg bersulam.

      Kalau bawah QR 200 tu selalunya yg plain atau ada sulam paling minima. Kat Qatar ni memang harganya macam tu sebab abaya tailormade. Tak seperti di Dubai yang banyak abaya kilang made. Harga memang bawah QR/RM 200

      Kecuali mungkin kalau orang yang meniaga. Diaorg sekali tempah berpuluh-puluh helai... mestilah ada dapat diskaun kan. Itu pun kita tak tau kedai yang mana diaorang guna. Maaf ya tak dapat nak tolong...

      Delete
    2. ohh ok...takpelah...thanks for your help...memang harga dia camtula ek. sebab dulu adik sy pg qatar thun 2008, harga abaya sume murah je lgi dlm 100 rgt dh dpt yg lawa...skang harga dah mencanak2 la huhu

      Delete
  3. dapat rasa kekecewaan hang kat FB dan kat sini.

    aku hilang respect jap kat kawan2 yg elok2 posting bab2 nasihat, topik2 agama tup-tup berkongsi fitnah dan benda perkara yang tak pasti. belum lagi bab racist.

    ReplyDelete