Sunday, March 18, 2012

Anak ooo anak...

Dah lebih sebulan sejak balik dari Kembara Umrah & Ziarah. Di celah-celah entry kembara... tentu sekali macam-macam benda yang berlaku. Kehidupan kan berterusan...

Antaranya mengenai Abah kita. Hari Jumaat lepas, dia dah pun selesai membuat Fistula sebagai persediaan untuk rawatan Haemodialysis. Insya-Allah... so far so good. Semoga semua urusan untuk memulakan rawatan terus berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah... setiap hujung minggu kitaorang terima jemputan makan-makan. Haii... dah orang jemput makan-makan mestilah jemput diaorang makan pulak kan?

Hari Jumaat lepas, dapatlah kitaorang menjemput dan menjamu kawan-kawan yang baik hati. Dapatlah masak Nasi Briyani Kambing, Laksa Johor dan Kek Red Velvet. Alhamdulillah, yang dijemput semua dapat datang.

Dalam pada tu, menahan sabar melayan kerenah anak-anak. Si Adeem hentah hapa hal... asyik ler cedera. Sekali tu jatuh tangga... tergolek macam stuntman dalam filem. Menangis dan mengadu sakit tu dah tentu la kan... tapi bila dia kata, mata dia blur... ah sudah! Takut pulak concussion...

Cik Abang bawak ke hospital. Pediatrician kata, selagi dia tak pengsan atau muntah... dia ok. Tapi bab blurred vision tu kenalah buat siasatan. Jadi Dr aturkan untuk buat MRI dan periksa mata dengan Pakar Mata kat hospital yang sama.

Alhamdulillah... keputusan MRI clear. Cuma Pediatrician tu marah betul dengan Pakar Mata. Sebab Adeem dihantar untuk diperiksa sama ada ada kecederaan kat mata dia. Kot ada pendarahan ke, ada apa-apa abnormal lain ke... Tapi yang dia pergi periksa ialah kerabunan mata. Memanglah! Dah tentu-tentu budak tu tengah tak nampak! Sabor ajelah...

Semalam, Adeem cedera lagi. Lutut dia luka masa main bola kat Saturday School. Dah ler berjahit pulak. Allah... Allah...

Yang Haniis, sejak balik sampailah sekarang, tak baik-baik selsema. Minggu lepas melarat jadi batuk. Dah jumpa Pediatrician, dah makan ubat... tapi belum nak baik. Dah lah tu, kebetulan 4 batang gigi dia nak keluar. Satu geraham dah timbul, ada 3 lagi menunggu.

Adooii... letih melayan Si Kenit sorang ni tau. Tak mau lepas langsung... melekap macam kena gam. Dia tidur pun tak boleh nak tinggal... dia tahu. Buat mana boleh aje. Masak pun main rebus-rebus. Kadang-kadang budak-budak balik pukul 2.00ptg tu baru dapat masak. Kesian kat kakak dan abang-abang.

Sementara kita berkelibut kat dapur, diaorang alas perut dengan roti ke, biskut ke... Terpaksalah, kalau nak memasak sambil mendukung Haniis... memang takkan kita buat lagi. Serik... kita tak pernah cerita kat blog sebab masih terasa sedih Haniis cedera masa dalam dukungan kita. Sebolehnya tak maulah jadi lagi...

Hish... cengeng betul la budak Haniis ni... Ni dia dah mula dah ni...

Until later...

Monday, March 12, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(7)

Di antara waktu selepas siapkan Umrah, ziarah dan waktu balik... rutinnya ialah berulang-alik bersolat di Masjidil Haram. Bila bawak anak-anak kecik macam ni, memang tak dapatlah nak beriktikaf lama-lama. Paling dapat pun sikit-sikit waktu sebelum solat, selepas solat dan waktu antara Solat Maghrib dan Solat Isyak.
Setelah mencuba pelbagai lokasi untuk bersolat dalam Masjidil Haram... kita rasaTingkat 2 adalah paling sesuai untuk keperluan kitaorang bertiga. Tempatnya lapang, luas dan nyaman berangin. Kalau dapat berdiri di barisan 1-3, dapat melihat Ka'abah. Kalau dii barisan ke 4, dapat melihat bumbung Ka'abah. Jadilah... daripada tak dapat nampak langsung.
Ada rakan beritau, dia suka ke bahagian jemaah wanita Tingkat 2 yang betul-betul berhadapan dengan Multazam. Nantilah Insya-Allah... kalau dapat pergi lagi, kita nak mencari tempat tu. Ini gambar selepas Solat Isyak malam terakhir.
Masjidil Haram di hening pagi dari tingkap bilik...
Bangunan tinggi tu katanya ialah Istana Hinggap Raja Arab Saudi dan kerabatnya...
Restoran Di Saji di Menara Safwah. Restoran Masakan Melayu... hidangannya sangat sedap dan harga sangat berpatutan... Alhamdulillah. Tahniah kepada tuan punya, pengurus dan pekerja-pekerjanya.
Menara Jam di depan King Abdul Aziz Gate...
Ambik peluang bergambar di King Abdul Aziz Gate... meeting point kitaorang sekeluarga.
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Masjidil Haram. Mata semua tak boleh bukak, terlalu silau... Beratnya langkah nak tinggalkan Masjidil Haram. Semoga Allah memberi peluang dan rezeki untuk kita sekeluarga dapat kembali ke sini... Amiin...
Sudah meninggalkan Mekah untuk ke Riyadh. Perjalanan sejauh 877km yang ambik masa 10 jam.
Melalui kawasan perkhemahan Mina. Khemah putih sejauh mata memandang di kiri-kanan highway. Kosong...
Asyik-asyik gambor batu ek? Dah memang tu ler pemandangannya... nak buat camne... Perjalanan berjalan lancar Alhamdulillah... Sampai hotel semua orang dah tak larat nak keluar. Encik-encik suami pakat pergi beli Nasi Mandi dan semua makan kat bilik aje...

Masa nak tidur ni laa... cerita Si Haniis bersambung. Haniis ni budak yang senang nak ditidurkan. Sejak baby lagi, memang tak bermasaalah. Kalau dia lawan mata sekali pun... nangis sikit-sikit aje. Pujuk-pujuk, tepuk-tepuk... lelaplah dia. Dan masa tu dia dah lelap pun sebenarnya... tapi tiba-tiba dia terus duduk dan menangis sekuat-kuatnya. Terkejut kita dibuatnya...

Cubalah pujuk-pujuk tapi dia terus-terus menangis. Berguling-guling tak boleh didukung. Kita dah mula tak sedap hati. Lain macam aje stail nangis ni. Tiba-tiba dia bukak mata, tunjuk kat sudut bilik dan terus sambung nangis sekuat-kuatnya. Aik...?!

Kita suruh Hannan kejutkan Babahnya. Dia tidur kat sofa... tidur orang penat, memang tak dengar apa dah. Dalam dia tengah mamai-mamai tu... mujarab jugak bacaan dia. Haniis pelan-pelan tenang dan sambung tidur. Tapi tak sampai 2 minit pun... dia melompat bangun dan melalak lagi.

Tunjuk-tunjuk kat sudut yang sama... alahai... tak lain la ni. Kita dah kata... memang tak suka betul kalau budak dah terbukak "tabir mata" ni. Serba susah dibuatnya. Malam tu kita dan Haniis tidur kat sofa berteman bacaan Quran dari Channel Iqra.

Dalam hati kita berbisik, "Ya Alah... tutupkanlah semula "tabir mata" anak aku ni... Jauhkanlah dia dari gangguan-gangguan syaitan Ya Allah... Janganlah berlarutan sampai ke rumah. Amiin Ya Allah..." Doa kita sebelum terlelap sama...

Until later...

Sunday, March 11, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(6)

Alhamdulillah... bertawaf tak sesukar berada di Raudhah. Tetap ada ruang walaupun sesak. Cuma bila kita nak mulakan pusingan ke tujuh, tiba-tiba Hannan kata, "Ibu ni pusingan ke enam kan?" Laaa budak ni... Terpaksalah tambah lagi satu pusingan...

Lepas siap Tawaf dan Solat Sunat di Multazam, kitaorang keluar cari yang lain-lain. Kemudian terus ke Bukit Safwa untuk mulakan Sa'ie. Sewa kerusi roda. Mula-mula kita duduk memangku Haniis yang dah mengantuk. Kesian kat Hannan menolak kerusi. Berat tu...

Tapi Alhamdulillah... bila sampai ke Bukit Marwa... Haniis dah lelap. Jadi kita letak Haniis kat kerusi roda tu dan teruskan Sa'ie. Mula-mula Cik Abang dan budak-budak semua berjalan tapi kemudian berselisih kat lorong kerusi roda. Adeem dan Amiin dah penat berjalan. Alhamdulillah... pukul 11.30mlm, siaplah semuanya.

Kitaorang pun Bertahalul dan pulangkan kerusi roda. Ingat nak duduk ambik nafas sekejap... tapi Amiin pulak yang tiba-tiba dapat nafas terlebih. Sementara kitaorang menggunting rambut, dia berlari-lari turun naik bukit. Bila Si Adeem pun dah mula nak join... memang tak boleh tunggu dah... jom jalan! Kitaorang makan dulu di Menara Safwah dan Cik Abang ke kedai gunting rambut. Dia taklah cukur licin... cuma potong Nombor Satu aje.

Esoknya lepas Solat Asar, kitaorang ikut lawatan rombongan MAQ. Naik bas... mula-mula pergi tengok Unta. Budak-budak la yang seronok sangat. Jumpa pulak dengan kawan baik diaorang, Si Ikhwan... makin seronok laa...
Lain pulak muka unta ni... macam ada hensem sikit dari yang lain...
Berulang-alik ambik rumput untuk kasi unta makan. Kita mencari-cari gambar Ikhwan, tapi tak ada... Kenapa? Sebab dia bercukur botak licin... dan Amiin beritau Babahnya dia pun nak botak macam Ikhwan. Lebih kurang macam rupa budak kat dalam gambar ni ha...
Amiin... Amiin... 
Tengah tunggu susu unta. Susu unta ni sangatlah pekat dan berkrim. Semua minum sikit-sikit aje... tak habis pun sebotol kecik tu. Kita lagilah, sesudu besar aje kot. Tak bolehlah... kita memang tak tahan bau susu segar. Tak kisahlah susu apa... kambing ke, lembu ke, unta ke... kalau dah namanya susu segar... memang tak terminum. Tau ajelah hidung kita ni macamana...
Seterusnya, ke Hudaibiah. Tiang yang tinggi tu adalah penanda sempadan yang baru. Tiang yang rendah adalah penanda sempadan yang lama. Ini adalah antara tanah halal tempat orang Mekah berMiqat untuk melakukan Umrah. 
Ini adalah tinggalan Masjid Hudaibiah yang lama, di belakang Masjid Hudaibiah sekarang. Banyak sejarah berlaku di Hudaibiah. Hudaibiah ialah tempat Rasulullah dan para sahabat menunggu untuk masuk ke Mekah dalam percubaan Haji yang pertama.

Di sini termetri Perjanjian Hudaibiah dan di sini juga terjadi beberapa mukjizat Rasulullah. Tapi ini bukan masjid yang dibina Rasulullah yea... takut tersalah faham pulak. Selepas Solat Maghrib, bas bertolak ke taman dalam gurun.
Clubhouse dalam ladang anggur. Ada padang futsal, basketball, swimming pool dan lain-lain. Kitaorang duduk kat laman ni untuk Program Kecintaan Pada Rasulullah. Program lawatan ni dijalankan dengan kerjasama beberapa penuntut dari salah satu universiti Mekah - tak ingat nama universiti. Jadi setiap bas ditemani seorang Ustaz yang memberi penerangan tentang perjalanan. Boleh nampak dalam gambar ni... beberapa rakan dah siap berihram semula.
Para ibu dan anak-anak...
Ustaz yang memberi ceramah. Tak ingat namanya tapi pengisian ceramahnya sangat berkesan... pada yang tua dan yang muda. Alhamdulillah...

Selepas kitaorang sampai semula di Mekah, Amiin yang mula-mula potong rambut. Lepas tu Adeem pun nak jugak. Walaupun bukan bertahalul, tapi sekurang-kurang diaorang akan terbiasa dengan ber'cukur' selepas berUmrah.
Aarif mula-mula tak mau.Macam-macam story-mory... nanti itulah... inilah. Lama jugak pujuk-pujuk, dia masih tak mau... tapi akhirnya kalah bila kita kata, "Cukurlah... ikut Rasulullah..." Akhirnya...

Until later...

Wednesday, March 7, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(5)

Selepas Solat Maghrib, Ketua Rombongan beritau... rancangan bertukar. Rancangan asal ialah kitaorang akan bertolak pukul 7.00pg tapi bertukar menjadi 10.30pg berjumpa di Miqat Bir Ali. Cik Abang jadi bimbang.

Jarak perjalanan lebih kurang 482km dengan waktu perjalanan 6  jam. Bortolak pukul 10.30pg maksudnya akan sampai dalam pukul 5.30ptg. Cik Abang takut nanti budak-budak penat kalau nak berumrah sampai ke malam. Hati dia dah mula tak berapa yakin budak-budak boleh bertahan lama-lama dalam Ihram.

Siap call Abah kita lagi... punyalah kalut. Kita faham, macam dia kata, yang menanggung tu dia. Tapi kita mintak dia bincang dengan budak-budak dulu. Sejak-sejak kursus praktikal haritu, diaorang dah bersemangat nak berumrah. Kesian kalau tiba-tiba tak jadi. Lagipun kita percaya Aarif dan Adeem boleh buat. Cuma Amiin ajelah... bukannya dia tak faham tapi main-main aje lebih.

Diaorang anak-beranak pun bincang-bincang, akhirnya Aarif dan Adeem in... Amiin out. Amiin kata nanti takut dia penat masa tawaf. Oklah Amiin... Insya-Allah lain kali yea...
Alhamdulillah... keesokan harinya, kitaorang sampai di Masjid tempat bermiqat di Bir Ali. Kita ni semua dah terbiasa dengan Bir Ali, tapi nama sebenarnya ialah Zul Hulaifah.

Kitaorang dah siap-siap mandi sunat dan pakai pakaian umrah di hotel. Jadi bila sampai di Bir Ali , hanya perlu Solat Sunat Ihram dan berniat Ihram dan Umrah.
Pakai serba hitam macam Mak Arab la pulak ek? Habis tu... dah tentu-tentu orang perempuan sini pakai baju hitam. Jadi stok dalam kedai buat baju perempuan memang kain hitam aje. Stok kain putih kat kedai buat baju lelaki.

Boleh rasanya kalau nak cari sendiri kain putih kat mana-mana kedai kain kat mana-mana souq, tapi masa nak meroud-round sangatlah terhad. Jadi buat apa yang senang aje laa... Insya-Allah bila balik Malaysia... boleh cari yang warna putih pulak. Berpakaian putih tu sunat. 
Ini dia lima ketua keluarga yang dah bersiap-sedia untuk teruskan perjalanan ke Mekkah...
Budak dua orang ni kekok-kekok... takut kain terburai. Tapi bukan setakat budak-budak aje yang kekok. Yang Babahnya pun kekok jugak nak drive kereta dgn berkain umrah.Tarik sini, terbukak sana. Tarik sana terbukak sini. Kelakar pulak menengoknya...

Aarif dan Adeem terus jadi budak baik kat dalam kereta. Duduk diam-diam. Tak berani nak berbaring... takut terselak. Tapi Si Amiin... hai... budak tu betul-betul la... Asyik ler kerja menyakat abang-abang dia. Dia tau abang-abangnya tak boleh melawan kan? Sabor ajelah tau...

Kitaorang tiba di Mekah kira-kira pukul 4.45ptg. Ini Masjidil Haram dari kejauhan...
Cik Abang tanya, "Nak pergi check-in dulu atau terus Umrah?" Kita kata, "Bagus jugak kalau dapat terus buat Umrah. Kalau dah masuk hotel dulu, entah bila nanti keluarnya. Tapi boleh ke macam tu?"  Dia kata "Boleh... park kereta kat Menara Safwah dulu... dah siap nanti barulah pergi hotel."
Dan itulah yang kitaorang buat. Lepas park kereta, kitaorang terus ke Masjidil Haram. Cik Abang call Hotel Le Meridian. Confirmkan check-in dan beritau kitaorang mungkin lambat sikit.

Di Masjidil Haram, titik tumpuan kitorang ialah King Abdul Aziz Gate. Ambik masa yang lama jugak untuk kita menyesuaikan diri. Adooii... kita ni kan... memang hopeless lah... bak kat orang putih... bab-bab direction ni. Mudah benar keliru! Nasib baiklah ada Hannan... kan Nan kan?

Kitaorang set rancangan macam ni. Selepas Solat Maghrib... Cik Abang, Aarif dan Adeem akan bertawaf dulu. Selepas Solat Isyak... kita dan Hannan pulak. Jadi bergilirlah menjaga Haniis dan Amiin.

Masa diaorang bertiga bertawaf, kita belikan KFC untuk budak-budak ni makan. Kesian diaorang... lapar betul. Yelah, makan roti ban dan jajan-jajan aje dalam kereta tadi kan. Kitaorang pun duduklah bersila dan makan kat dataran depan kedai-kedai tu haa... Lepas Solat Isyak, handover budak-budak kat bawah jam digital King Abdul Aziz Gate. Alhamdulillah... diaorang dah selesai Tawaf.

Untuk waktu Solat Maghrib dan Isyak, kita masuk ke ruang solat tertutup untuk jemaah wanita. Secara teknikalnya, sudah bersolat dalam masjid tapi tak nampak apa-apalah. Jadi bila akhirnya dah betul-betul masuk ke dalam Masjidil Haram dan melihat Ka'abah... perasaan gembira dan sayu melanda. Kita terasa betapa kehidupan dan masa berlalu dan akan terus berlalu tanpa berpatah ke belakang.

Kali pertama... kita hanya bersama Cik Abang dan Aarif yang baru nak menjadi bayi di dalam rahim. Kali ini... Si Aarif dah boleh bertawaf bersama Babahnya. Kita pulak berpimpin tangan dengan Hannan... si anak sulung yang dulunya ditumpangkan dengan kawan. Dalam pada tu... Adeem, Amiin dan Haniis pun ada bersama-sama. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah...

Until later...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota khas...

Entry ini adalah entry kita yang ke 200. Kita memikirkan... alangkah manisnya entri ni kebetulannya tentang kita sekeluarga akhirnya sudah sampai di Mekah untuk mengerjakan Umrah. Tapi fitrah kehidupan... yang manis berselit dengan yang pahit.

Pagi semalam (6.3.2012) kita diberitau, Abah kita tak dapat lagi mengelak dari melakukan Haemodialysis. Walaupun kemungkinan ia berlaku dah beberapa bulan diwar-warkan...tapi terasa jugaklah bila dah betul-betul terjadi. Bak kata orang sekarang... tersentap!

Seharian melayan perasaan... melayan persoalan... berpusing-pusing dalam fikiran. Akhirnya kita rumuskan begini. Betul... pastinya Haemodialysis akan merubah kehidupan Abah dan Mak. Ia akan jadi satu normal yang agak rumit untuk dilayani.

Namun kita bersyukur kepada Allah... ia bukan sesuatu yang lebih berat seperti the big C -Nau zubillahi min zalik. Walaupun mungkin langkah menjadi terhad, Abah masih lagi dapat menjalani kehidupan tanpa menanggung kesakitan dan kesukaran yang melampau.

Kita harap Abah dan Mak tak marah dengan penerimaan kita yang sebegini. Itu sahaja coping mechanism yang termampu kita hadirkan. Dalam pada itu, kita mendoakan dan akan sentiasa mendoakan Insya-Allah... kesejahteraan Abah dan Mak. Semoga Abah dan Mak di dalam Rahmat Allah sentiasa... Amiin...

Sunday, March 4, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(4)

Aarif kata dia pun nak tengok Makam Rasulullah. Jadi Cik Abang bawak dia ke sana selepas Solat Subuh. Tapi dia cuma dapat tengok dari jauh aje. Cik Abang tak berani nak bawak lebih dekat atas sebab yang sama. Tak sampai hati tengok dia kena asak. Bila kita tanya.. dia cakap, "Aarif dapat tengok sikit je. Takpelah, nanti tengok gambar kat Internet..." Huhuhu... kesian...

Lepas sarapan, kita saja-saja pergi tengok kedai. Tak beli apa pun sangat pun. Abaya untuk kita dan Hannan sorang selai. Beli pun yang sedang-sedang aje. Agak-agak yang boleh bawak pergi masjid dan shopping barang dapur hujung minggu. Dalam pukul 10.30pg, tiba-tiba Cik Abang kata dia nak cuba ke Raudhah. Mana la tu kot-kot lapang...

Memang betul, jemaah ada tapi tak sesak. Alhamdulillah... dia dapat bersolat sunat di Raudhah. Sempat jugak ambik 2 gambor ni. Yang tak berapa paham... apasal laaaaa dia tak bawak Si Aarif tu? Aduuhai... Takpelah Aarif yea... Insya-Allah... lain kali.
Sangat tenang. Bagaikan Masjid Nabawai yang kita ingati. Yang tak faham... kenapa laaaa kita tak ikut sama? Aduuhai... Astaghfirullah...

Selepas Zohor, kitaorang pergi menziarah Masjid Quba. Didirikan oleh Rasulullah setelah tiba di Madinah. Di sini, buat pertama kali...Rasulullah mengimamkan solat berjemaah secara terbuka...
Ruang solat utama untuk jemaah lelaki sangat cantik. Tapi disebabkan kamera dalam handbag kita, taklah Cik Abang mengambik gambor...
Ini ruang solat jemaah wanita. Dua ruang begini di kiri dan kanan pintu...
Kitaorang buat Solat Tahyatul Masjid sebelum beredar untuk ke Jabal Uhud...
Kawasan sekeliling sememangnya berbukit-bukau. Matahari pulak sangat terik. Membayangkan Rasulullah dan para sahabat berperang dalam keadaan begini...
Budak-budak dah berlari naik. Mula-mula... kita tak rasa macam nak naik tapi macam rugi pulak kan... jadi kita tinggalkan stroller kat bawah, serah Haniis kat Cik Abang dan mula mendaki. Hmm... takdelah tinggi sangat pun. Semput sikit aje...
Perkuburan para Shuhada...
Kenapalah begini...?
Kurma untuk jualan. Beli sikit buat makan-makan sendiri je...
Kemudian kitaorang menziarah Masjid Qiblatain. Masjid dimana Rasulullah mendapat wahyu untuk menukarkan arah kiblat dari Masjid Aqsa ke arah Ka'bah di Masjidil Haram. Sempat bersolat Asar kat sini. Sama macam kat Masjid Quba... takde gambar dewan solat utama. Ruang solat wanita pun tak besar tapi lebih terang dan ceria...

Budak-budak tanya, macamana Rasulullah tahu nak pusing arah mana? Kita kata, Rasulullah kan manusia istimewa yang diberi mukjizat. Pastinya Allah yang memberi ilham kepada Rasulullah hendak berpusing ke mana. Nak jawab macamana lagi... tak ada riwayat cara sebenar Rasulullah mengalih kiblat.

Selesai solat, kitaorang pun balik semula ke bandar Madinah. Nak kejar Solat Maghrib. Dalam musim sejuk ni... jarak masa antara Solat Asar dengan Maghrib tak jauh... kenalah cepat-cepat.
Kat dalam gambar ni... Hannan sebenarnya tengah seram-sejuk... sebab Haniis dengan penuh gembira melambai-lambai kat tempat yang tak ada orang. Bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali, "Tuh! Tuh! Baaaaiii..." Kita yang tengah mengambik gambor ni tak perasan... dah kat Mekah baru Hannan cerita.

Hmmm... malas betul la bila budak dah terbukak "tabir mata" ni... Kita doakan yang baik-baik aje. Tapi hati memang rasa tak berapa sedap. Telahan terbukti betul semasa kitaorang bermalam di Riyadh dalam perjalanan balik. Itu cerita jauh lagi... nantilah yea...

Seterusnya... Insya-Allah... Perjalanan ke Mekah dan kami sekeluarga melakukan Umrah...

Until later...