Sunday, March 11, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(6)

Alhamdulillah... bertawaf tak sesukar berada di Raudhah. Tetap ada ruang walaupun sesak. Cuma bila kita nak mulakan pusingan ke tujuh, tiba-tiba Hannan kata, "Ibu ni pusingan ke enam kan?" Laaa budak ni... Terpaksalah tambah lagi satu pusingan...

Lepas siap Tawaf dan Solat Sunat di Multazam, kitaorang keluar cari yang lain-lain. Kemudian terus ke Bukit Safwa untuk mulakan Sa'ie. Sewa kerusi roda. Mula-mula kita duduk memangku Haniis yang dah mengantuk. Kesian kat Hannan menolak kerusi. Berat tu...

Tapi Alhamdulillah... bila sampai ke Bukit Marwa... Haniis dah lelap. Jadi kita letak Haniis kat kerusi roda tu dan teruskan Sa'ie. Mula-mula Cik Abang dan budak-budak semua berjalan tapi kemudian berselisih kat lorong kerusi roda. Adeem dan Amiin dah penat berjalan. Alhamdulillah... pukul 11.30mlm, siaplah semuanya.

Kitaorang pun Bertahalul dan pulangkan kerusi roda. Ingat nak duduk ambik nafas sekejap... tapi Amiin pulak yang tiba-tiba dapat nafas terlebih. Sementara kitaorang menggunting rambut, dia berlari-lari turun naik bukit. Bila Si Adeem pun dah mula nak join... memang tak boleh tunggu dah... jom jalan! Kitaorang makan dulu di Menara Safwah dan Cik Abang ke kedai gunting rambut. Dia taklah cukur licin... cuma potong Nombor Satu aje.

Esoknya lepas Solat Asar, kitaorang ikut lawatan rombongan MAQ. Naik bas... mula-mula pergi tengok Unta. Budak-budak la yang seronok sangat. Jumpa pulak dengan kawan baik diaorang, Si Ikhwan... makin seronok laa...
Lain pulak muka unta ni... macam ada hensem sikit dari yang lain...
Berulang-alik ambik rumput untuk kasi unta makan. Kita mencari-cari gambar Ikhwan, tapi tak ada... Kenapa? Sebab dia bercukur botak licin... dan Amiin beritau Babahnya dia pun nak botak macam Ikhwan. Lebih kurang macam rupa budak kat dalam gambar ni ha...
Amiin... Amiin... 
Tengah tunggu susu unta. Susu unta ni sangatlah pekat dan berkrim. Semua minum sikit-sikit aje... tak habis pun sebotol kecik tu. Kita lagilah, sesudu besar aje kot. Tak bolehlah... kita memang tak tahan bau susu segar. Tak kisahlah susu apa... kambing ke, lembu ke, unta ke... kalau dah namanya susu segar... memang tak terminum. Tau ajelah hidung kita ni macamana...
Seterusnya, ke Hudaibiah. Tiang yang tinggi tu adalah penanda sempadan yang baru. Tiang yang rendah adalah penanda sempadan yang lama. Ini adalah antara tanah halal tempat orang Mekah berMiqat untuk melakukan Umrah. 
Ini adalah tinggalan Masjid Hudaibiah yang lama, di belakang Masjid Hudaibiah sekarang. Banyak sejarah berlaku di Hudaibiah. Hudaibiah ialah tempat Rasulullah dan para sahabat menunggu untuk masuk ke Mekah dalam percubaan Haji yang pertama.

Di sini termetri Perjanjian Hudaibiah dan di sini juga terjadi beberapa mukjizat Rasulullah. Tapi ini bukan masjid yang dibina Rasulullah yea... takut tersalah faham pulak. Selepas Solat Maghrib, bas bertolak ke taman dalam gurun.
Clubhouse dalam ladang anggur. Ada padang futsal, basketball, swimming pool dan lain-lain. Kitaorang duduk kat laman ni untuk Program Kecintaan Pada Rasulullah. Program lawatan ni dijalankan dengan kerjasama beberapa penuntut dari salah satu universiti Mekah - tak ingat nama universiti. Jadi setiap bas ditemani seorang Ustaz yang memberi penerangan tentang perjalanan. Boleh nampak dalam gambar ni... beberapa rakan dah siap berihram semula.
Para ibu dan anak-anak...
Ustaz yang memberi ceramah. Tak ingat namanya tapi pengisian ceramahnya sangat berkesan... pada yang tua dan yang muda. Alhamdulillah...

Selepas kitaorang sampai semula di Mekah, Amiin yang mula-mula potong rambut. Lepas tu Adeem pun nak jugak. Walaupun bukan bertahalul, tapi sekurang-kurang diaorang akan terbiasa dengan ber'cukur' selepas berUmrah.
Aarif mula-mula tak mau.Macam-macam story-mory... nanti itulah... inilah. Lama jugak pujuk-pujuk, dia masih tak mau... tapi akhirnya kalah bila kita kata, "Cukurlah... ikut Rasulullah..." Akhirnya...

Until later...

2 comments:

  1. huda_tak lama lepas pekena susu unta sebotol,kami bersolat di masjid hudaibiyah. rakaat terakhir, perut saya memulas. menahan sajalah menunggu imam beri salam. rupa-rupanya..susu unta berkesan pada org yang bermasalah perut seperti saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... mcm tu ke... nasib baik solat maghrib, kalau tak, boleh berpeluh nak tunggu.. hehehe

      Delete