Wednesday, March 7, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(5)

Selepas Solat Maghrib, Ketua Rombongan beritau... rancangan bertukar. Rancangan asal ialah kitaorang akan bertolak pukul 7.00pg tapi bertukar menjadi 10.30pg berjumpa di Miqat Bir Ali. Cik Abang jadi bimbang.

Jarak perjalanan lebih kurang 482km dengan waktu perjalanan 6  jam. Bortolak pukul 10.30pg maksudnya akan sampai dalam pukul 5.30ptg. Cik Abang takut nanti budak-budak penat kalau nak berumrah sampai ke malam. Hati dia dah mula tak berapa yakin budak-budak boleh bertahan lama-lama dalam Ihram.

Siap call Abah kita lagi... punyalah kalut. Kita faham, macam dia kata, yang menanggung tu dia. Tapi kita mintak dia bincang dengan budak-budak dulu. Sejak-sejak kursus praktikal haritu, diaorang dah bersemangat nak berumrah. Kesian kalau tiba-tiba tak jadi. Lagipun kita percaya Aarif dan Adeem boleh buat. Cuma Amiin ajelah... bukannya dia tak faham tapi main-main aje lebih.

Diaorang anak-beranak pun bincang-bincang, akhirnya Aarif dan Adeem in... Amiin out. Amiin kata nanti takut dia penat masa tawaf. Oklah Amiin... Insya-Allah lain kali yea...
Alhamdulillah... keesokan harinya, kitaorang sampai di Masjid tempat bermiqat di Bir Ali. Kita ni semua dah terbiasa dengan Bir Ali, tapi nama sebenarnya ialah Zul Hulaifah.

Kitaorang dah siap-siap mandi sunat dan pakai pakaian umrah di hotel. Jadi bila sampai di Bir Ali , hanya perlu Solat Sunat Ihram dan berniat Ihram dan Umrah.
Pakai serba hitam macam Mak Arab la pulak ek? Habis tu... dah tentu-tentu orang perempuan sini pakai baju hitam. Jadi stok dalam kedai buat baju perempuan memang kain hitam aje. Stok kain putih kat kedai buat baju lelaki.

Boleh rasanya kalau nak cari sendiri kain putih kat mana-mana kedai kain kat mana-mana souq, tapi masa nak meroud-round sangatlah terhad. Jadi buat apa yang senang aje laa... Insya-Allah bila balik Malaysia... boleh cari yang warna putih pulak. Berpakaian putih tu sunat. 
Ini dia lima ketua keluarga yang dah bersiap-sedia untuk teruskan perjalanan ke Mekkah...
Budak dua orang ni kekok-kekok... takut kain terburai. Tapi bukan setakat budak-budak aje yang kekok. Yang Babahnya pun kekok jugak nak drive kereta dgn berkain umrah.Tarik sini, terbukak sana. Tarik sana terbukak sini. Kelakar pulak menengoknya...

Aarif dan Adeem terus jadi budak baik kat dalam kereta. Duduk diam-diam. Tak berani nak berbaring... takut terselak. Tapi Si Amiin... hai... budak tu betul-betul la... Asyik ler kerja menyakat abang-abang dia. Dia tau abang-abangnya tak boleh melawan kan? Sabor ajelah tau...

Kitaorang tiba di Mekah kira-kira pukul 4.45ptg. Ini Masjidil Haram dari kejauhan...
Cik Abang tanya, "Nak pergi check-in dulu atau terus Umrah?" Kita kata, "Bagus jugak kalau dapat terus buat Umrah. Kalau dah masuk hotel dulu, entah bila nanti keluarnya. Tapi boleh ke macam tu?"  Dia kata "Boleh... park kereta kat Menara Safwah dulu... dah siap nanti barulah pergi hotel."
Dan itulah yang kitaorang buat. Lepas park kereta, kitaorang terus ke Masjidil Haram. Cik Abang call Hotel Le Meridian. Confirmkan check-in dan beritau kitaorang mungkin lambat sikit.

Di Masjidil Haram, titik tumpuan kitorang ialah King Abdul Aziz Gate. Ambik masa yang lama jugak untuk kita menyesuaikan diri. Adooii... kita ni kan... memang hopeless lah... bak kat orang putih... bab-bab direction ni. Mudah benar keliru! Nasib baiklah ada Hannan... kan Nan kan?

Kitaorang set rancangan macam ni. Selepas Solat Maghrib... Cik Abang, Aarif dan Adeem akan bertawaf dulu. Selepas Solat Isyak... kita dan Hannan pulak. Jadi bergilirlah menjaga Haniis dan Amiin.

Masa diaorang bertiga bertawaf, kita belikan KFC untuk budak-budak ni makan. Kesian diaorang... lapar betul. Yelah, makan roti ban dan jajan-jajan aje dalam kereta tadi kan. Kitaorang pun duduklah bersila dan makan kat dataran depan kedai-kedai tu haa... Lepas Solat Isyak, handover budak-budak kat bawah jam digital King Abdul Aziz Gate. Alhamdulillah... diaorang dah selesai Tawaf.

Untuk waktu Solat Maghrib dan Isyak, kita masuk ke ruang solat tertutup untuk jemaah wanita. Secara teknikalnya, sudah bersolat dalam masjid tapi tak nampak apa-apalah. Jadi bila akhirnya dah betul-betul masuk ke dalam Masjidil Haram dan melihat Ka'abah... perasaan gembira dan sayu melanda. Kita terasa betapa kehidupan dan masa berlalu dan akan terus berlalu tanpa berpatah ke belakang.

Kali pertama... kita hanya bersama Cik Abang dan Aarif yang baru nak menjadi bayi di dalam rahim. Kali ini... Si Aarif dah boleh bertawaf bersama Babahnya. Kita pulak berpimpin tangan dengan Hannan... si anak sulung yang dulunya ditumpangkan dengan kawan. Dalam pada tu... Adeem, Amiin dan Haniis pun ada bersama-sama. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah...

Until later...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota khas...

Entry ini adalah entry kita yang ke 200. Kita memikirkan... alangkah manisnya entri ni kebetulannya tentang kita sekeluarga akhirnya sudah sampai di Mekah untuk mengerjakan Umrah. Tapi fitrah kehidupan... yang manis berselit dengan yang pahit.

Pagi semalam (6.3.2012) kita diberitau, Abah kita tak dapat lagi mengelak dari melakukan Haemodialysis. Walaupun kemungkinan ia berlaku dah beberapa bulan diwar-warkan...tapi terasa jugaklah bila dah betul-betul terjadi. Bak kata orang sekarang... tersentap!

Seharian melayan perasaan... melayan persoalan... berpusing-pusing dalam fikiran. Akhirnya kita rumuskan begini. Betul... pastinya Haemodialysis akan merubah kehidupan Abah dan Mak. Ia akan jadi satu normal yang agak rumit untuk dilayani.

Namun kita bersyukur kepada Allah... ia bukan sesuatu yang lebih berat seperti the big C -Nau zubillahi min zalik. Walaupun mungkin langkah menjadi terhad, Abah masih lagi dapat menjalani kehidupan tanpa menanggung kesakitan dan kesukaran yang melampau.

Kita harap Abah dan Mak tak marah dengan penerimaan kita yang sebegini. Itu sahaja coping mechanism yang termampu kita hadirkan. Dalam pada itu, kita mendoakan dan akan sentiasa mendoakan Insya-Allah... kesejahteraan Abah dan Mak. Semoga Abah dan Mak di dalam Rahmat Allah sentiasa... Amiin...

4 comments:

  1. itulah yang terbaik sebenarnya..kita terima setiap masalah dlm sudut berlainan.
    doa seorang anak dari kejauhan..
    moga pengalaman huda bawa anak ke tanah suci menguatkan keyakinan saya yg "bimbang" kerenah anak di sana..
    kadang2 alpa yg bukan kita (mak bapak) yang jaga anak2 ni, diri mereka dan kita sendiri pun Allah yg jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kita selalu lupa... Allah yang menjaga kita semua.
      Tentang anak-anak Anim, jangan terlalu risau. Insya-Allah diaorang akan OK. Kadang-kadang anak-anak mampu melangkaui jangkaan kita.

      Delete
  2. InsyaAllah abah hang ok. Haemodialysis utk kebaikan dia jugak. Pergerakan mungkin terbatas.

    Kita hanya mampu berdoa. Aku dah merasa masa papa aku kena stroke masa adam 6bulan. Sampai sekarang terlantar tak boleh buat apa-apa. Kami semua dah terima kenyataan. Yang paling kesian mama aku. Papa aku lumpuh, mama aku yang teruk menjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang aku bersyukur sangat, bukan penyakit lain yang lebih berat. Adik Mak aku dua orang on Haemodialysis. Diaorang ok, Alhamdulillah.
      Aku ingat lagi hang cerita kat aku pasal Papa hang tak boleh jalan lepas kena stroke & susah-payah Mama hang menjaga.
      Harap-harap ini ajelah sampai bila-bila... Amiin

      Delete