Sunday, March 4, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(4)

Aarif kata dia pun nak tengok Makam Rasulullah. Jadi Cik Abang bawak dia ke sana selepas Solat Subuh. Tapi dia cuma dapat tengok dari jauh aje. Cik Abang tak berani nak bawak lebih dekat atas sebab yang sama. Tak sampai hati tengok dia kena asak. Bila kita tanya.. dia cakap, "Aarif dapat tengok sikit je. Takpelah, nanti tengok gambar kat Internet..." Huhuhu... kesian...

Lepas sarapan, kita saja-saja pergi tengok kedai. Tak beli apa pun sangat pun. Abaya untuk kita dan Hannan sorang selai. Beli pun yang sedang-sedang aje. Agak-agak yang boleh bawak pergi masjid dan shopping barang dapur hujung minggu. Dalam pukul 10.30pg, tiba-tiba Cik Abang kata dia nak cuba ke Raudhah. Mana la tu kot-kot lapang...

Memang betul, jemaah ada tapi tak sesak. Alhamdulillah... dia dapat bersolat sunat di Raudhah. Sempat jugak ambik 2 gambor ni. Yang tak berapa paham... apasal laaaaa dia tak bawak Si Aarif tu? Aduuhai... Takpelah Aarif yea... Insya-Allah... lain kali.
Sangat tenang. Bagaikan Masjid Nabawai yang kita ingati. Yang tak faham... kenapa laaaa kita tak ikut sama? Aduuhai... Astaghfirullah...

Selepas Zohor, kitaorang pergi menziarah Masjid Quba. Didirikan oleh Rasulullah setelah tiba di Madinah. Di sini, buat pertama kali...Rasulullah mengimamkan solat berjemaah secara terbuka...
Ruang solat utama untuk jemaah lelaki sangat cantik. Tapi disebabkan kamera dalam handbag kita, taklah Cik Abang mengambik gambor...
Ini ruang solat jemaah wanita. Dua ruang begini di kiri dan kanan pintu...
Kitaorang buat Solat Tahyatul Masjid sebelum beredar untuk ke Jabal Uhud...
Kawasan sekeliling sememangnya berbukit-bukau. Matahari pulak sangat terik. Membayangkan Rasulullah dan para sahabat berperang dalam keadaan begini...
Budak-budak dah berlari naik. Mula-mula... kita tak rasa macam nak naik tapi macam rugi pulak kan... jadi kita tinggalkan stroller kat bawah, serah Haniis kat Cik Abang dan mula mendaki. Hmm... takdelah tinggi sangat pun. Semput sikit aje...
Perkuburan para Shuhada...
Kenapalah begini...?
Kurma untuk jualan. Beli sikit buat makan-makan sendiri je...
Kemudian kitaorang menziarah Masjid Qiblatain. Masjid dimana Rasulullah mendapat wahyu untuk menukarkan arah kiblat dari Masjid Aqsa ke arah Ka'bah di Masjidil Haram. Sempat bersolat Asar kat sini. Sama macam kat Masjid Quba... takde gambar dewan solat utama. Ruang solat wanita pun tak besar tapi lebih terang dan ceria...

Budak-budak tanya, macamana Rasulullah tahu nak pusing arah mana? Kita kata, Rasulullah kan manusia istimewa yang diberi mukjizat. Pastinya Allah yang memberi ilham kepada Rasulullah hendak berpusing ke mana. Nak jawab macamana lagi... tak ada riwayat cara sebenar Rasulullah mengalih kiblat.

Selesai solat, kitaorang pun balik semula ke bandar Madinah. Nak kejar Solat Maghrib. Dalam musim sejuk ni... jarak masa antara Solat Asar dengan Maghrib tak jauh... kenalah cepat-cepat.
Kat dalam gambar ni... Hannan sebenarnya tengah seram-sejuk... sebab Haniis dengan penuh gembira melambai-lambai kat tempat yang tak ada orang. Bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali, "Tuh! Tuh! Baaaaiii..." Kita yang tengah mengambik gambor ni tak perasan... dah kat Mekah baru Hannan cerita.

Hmmm... malas betul la bila budak dah terbukak "tabir mata" ni... Kita doakan yang baik-baik aje. Tapi hati memang rasa tak berapa sedap. Telahan terbukti betul semasa kitaorang bermalam di Riyadh dalam perjalanan balik. Itu cerita jauh lagi... nantilah yea...

Seterusnya... Insya-Allah... Perjalanan ke Mekah dan kami sekeluarga melakukan Umrah...

Until later...

3 comments:

  1. seronok dpt bawa anak2 bersama. pengalaman tu belum dpt saya realisasikan..insya-Allah bila mereka dah bersedia..
    apa yg haniis nampak tu? huhu...

    ReplyDelete
  2. alamak ... boleh tersselit crita seram pulak. tunguuuuu

    ReplyDelete
  3. Kalau dia boleh lambai-lambai dgn gembira... nampak yang cantik-cantik la agaknya. Tapi tang tunjuk-tunjuk sambil berguling-guling dan melalak tu yang tak tahan tu karang...

    ReplyDelete