Sebenarnya kita terkejut sebaik sampai ke dataran Masjid Nabawi. Lain sungguh rupa dan suasana Masjid Nabawi dengan apa yang kita ingat. Tu yang tak tau nak pergi kiri ke... kanan ke... Kak Ita yang pernah sampai pun keliru-keliru. Aduuuuhh... kelakar betul. Jalan punyalah cepat... dah macam kartun...
Bila jumpa bilik air, Imam dah mulakan solat. Jadi bergesa-gesalah ambik wuduk, naik ke dataran, hampar sejadah dan terus solat. Selesai bersolat... semput! Hahaha... Nak turun ke parking pun sesat lagi. Dah nak cepat sangat tadi... tak betul-betul pastikan pintu tempat keluar. Yang ingat masa naik eskalator, tertulis 5A kat dinding... tapi Pintu No. 5 berkunci.
Bila Kak Ita telefon suami dia, kitaorang disuruh turun Pintu No 6. Aik? Biar betul? Hmmm... memang betul pun. Takpe... ini pengajaran. Mesti pastikan nombor pintu dan nombor gate yang dilalui. Kalau kata tersilap jalan pun, Insya-Allah boleh jumpa balik.
Kat Hotel Eiman Taibah, lain ceritanya. Kad kunci tak boleh guna. Bila kita nak turun untuk ganti kad, Si bellboy kata boleh guna kad master dia. Lagilah jadik problem. Kad dia tu rupanya hampir patah, bila dia masukkan kat slot dan tarik, benda tu patah dan sangkut terus.
Hmm... terpaksalah tunggu technician datang pulak. Bila dah dapat masuk, technician tak bagi tutup pintu sementara dia tukarkan kad baru. Cik Abang yang baru naik dari tempat parking hairan tengok pintu terbukak. "Laa... takpe... tutup aje," dia kata. "Pintu kan boleh bukak dari dalam..." Ha ah, ek? Hahaha...
Pendekkan cerita, hari yang tadi terang dah jadi gelap. Perut yang ok-ok terus jadi lapar. Cik Abang aje yang ke masjid untuk Solat Maghrib. Kita duduk bilik layan budak-budak makan dan bersiap untuk Solat Isyak. Untuk pengetahuan, kad kunci bilik kat hotel tu sampai ke sudah pun problem.

Lepas Solat Isyak, Cik Abang kata Raudhah akan dibuka untuk jemaah perempuan kalau kita dan Hannan nak pergi. Jadi kitaorang pun pergilah... Lagi sekali rasa macam berlainan sangat rupa Masjid ni... Dulu dari kejauhan dah boleh nampak Makam Rasulullah dan Raudhah. Kali ni semuanya ditutup tabir putih. Tabir mengelilingi Makam Rasulullah dan jugak keseluruhan ruang Raudhah.
Tabir pemisah hanyalah berjarak lebih kurang 10 kaki dari Makam Rasulullah. Ah sedihnya... Nasib baiklah kenal rupa bahagian atas makam, dapatlah kita tunjuk pada Hannan untuk sama-sama sampaikan salam dan baca doa.
Jemaah Turki dan Pakistan memenuhi ruang. Diaorang ni memanglah sangat-sangat bersemangat semasa berdoa dan memberi salam. Diaorang jugaklah yang panjat tembok tiang dan kerusi... dalam cubaan nak melihat Makam Rasulullah.
Kita tak nampak kumpulan jemaah Asia Tenggara. Memikirkan budak-budak yang tengah menunggu... kita terus ajelah masuk kumpulan yang tengah beratur. Jemaah pun bercampur-campur.
Hannan dah mula cuak. Jadi pelan-pelan kita pujuk dia... mintak dia sabar dan teruskan berdoa supaya kita dapat ke sana dengan selamat. Lama jugak menunggu... Bila laluan dibukak... terperanjat sekejap kitaorang dibuatnya. Mau tidak... diaorang ni terus berlari merempuh masuk sambil bertempik sekuat-kuatnya. Wah! Macam ni ke? Istighfar... Istighfar... Sabar... Sabar...
Dah gitu... ikutkan ajelah arus manusia ni. Berasak-asak hinggalah Hannan kata, "Ibu... karpet hijau. Kita dah sampai. Macam mana Ibu?" Sememangnya tak ada ruang langsung untuk bersolat. Jadi kita katakan pada Hannan, "Kita redhakan rezeki Raudhah kita malam ni. Sekarang kita berdoa. Doa sebaik yang boleh. Doa jugak supaya kita dapat datang lagi dalam keadaan yang lebih bagus."
Sambil berpegang tangan, kitaorang pun berdoalah sambil berjalan. Elok aje menekap muka, kita hampir jatuh tersadung. Ada 2 orang jemaah tengah bersujud rupanya. Yang sebaris dengan kita semua cuba bertahan tapi tekanan dari belakang terlalu kuat. Kita terdorong ke depan dan serentak tu jugak dengar suara Hannan menjerit.
Astaghfirullah... tangan masih berpaut tapi lengan aje yang nampak. Lengan dia tersepit antara dua badan yang sangat besar. Kita pun cepat-cepatlah seluk dan tarik dia keluar. Ya Allah... nangis dah budak tu... Kita rangkul bahu dia dan teruskan ke exit.
Tinggal beberapa langkah nak keluar... lagi sekali kitaorang dirempuh. Kita tertolak hingga terduduk di tembok tiang, betul-betul sebelah kaki petugas Masjid. Tak terdaya kita nak menolak dan bangun. Hannan cuba nak tarik tapi banyak manalah kederat budak tu. Kita bisikkan, "Ya Allah... tolonglah kami berdua. Berilah kami sedikit ruang di antara manusia yang ramai ini Ya Allah..."
Tak semena-mena seorang jemaah tarik kita hinggalah lepas ke ruang yang lapang.Alhamdulillah... "Syukran." kita ucap pada dia. Dan... dia adalah Jemaah Turki. Apa lagi nak dikata? Diaorang memang gagah belaka...
Kita ajak Hannan bersolat sunat di ruang yang sebenarnya hanya di belakang Raudhah. Masa itulah air mata berjujuran. Kita mengenangkan betapa kita pernah diberi rezeki bersolat di Raudhah yang begitu tenang, lapang dan luas. Berdiri dengan aman di Makam Rasulullah, memandang ke ruang dalam dengan jelas sambil memberi salam dan membaca doa. Ya Allah... betapa peluang itu tidak terguna sepenuhnya dek kejahilan diri.
Astaghfirullahalaziim... Ya Allah... berikanlah kami sekeluarga rezeki yang sama di masa hadapan. Berilah kami sekeluarga kemanisan nikmat bersolat di RaudhaMu dan berdiri di samping RasulMu. Amiin... Ya Allah...
Until later...
p/s Hmmm... panjang pulak cerita kali ni yea. Harap tak bosan. Insya Allah... cerita esok lebih gambar dan kurang ngomelnya. Dan kalau katalah lain kali, kita berhadapan dengan situasi yang sama, rasanya kita akan melekap kat Jemaah Malaysia ajelah! Insya-Allah lebih selamat...
saya dapat bayangkan situasi yg hannan dan huda alami.mereka begitu "gagah" dan berani "menolak" kita yg kecil. sebab tu agaknya jemaah asia "diasingkan" dari kumpulan mereka..
ReplyDeleteBetul tu Anim... lain kali kitaorang tunggu dgn jemaah Malaysia. Insya Allah... lembut-lembut belaka...
Deletememang betul tu Huda, better stick to jemaah Malaysia ... masa kitorg pi dulu pon , ade gak yg asek potong Q ... yg serba itammmm sume tuu, yelaa kan size beso skiiit , so diorg redah laa ... kitorg sabo jerlaa ... tp syukr alhamdulillah , Allah bg ruang dan masa utk solat dan bdoa ... i bace part u kat raudhah ni pon bergenang air mata , rinduu nak ke sana ... huhuhu.. semoga kite sume dpt ke sana lg nanti in sya Allah .. aaamiiin :)
ReplyDelete