Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts
Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...3

Bila diingat-ingat semula... malunya kita. Kemungkinan besar kita ialah pemegang rekod 'Ibu Paling Lewat' sepanjang sejarah kursus... 

Hari pertama kita lewat bangun dek melayan Si Haniis yang tak nak tidur sampailah pukul 3.00pg. Yang kita  ni boleh la pulaaaak terlelap sama lepas tu. Tahu-tahu aje dah pukul 8.30pg! Adooiii... 

Dalam pada hati berbelah-bagi nak pergi ke tidak... kita kerahkan budak-budak bersiap. Sambil-sambil kitaorang bersiap tu... cuba jugak telefon contact person NHA-Mind Secret. Yelah nak tanya macamana... boleh pergi ke... tak payah ke... boleh pulang duit ke... hehe...

Adik kita, Fiz kata, pergi aje... dia hantarkan. (Subuh tu Fiz relaks-relaks sebab ingat kitaorang dah pergi pagi-pagi naik teksi.) Waaa macam ribut! Dapat call back, diaorang pun suruh pergi aje. Kebetulan pagi tu ada sikit masalah dengan audio video... jadi diaorang pun mula lambat. Makanya budak-budak ni join kursus pkl 10.30pg...

Lepas buat late registration, dapatlah borak-borak dengan Dr. Norlee. Alhamdulillah... banyak maklumat yang kita dapat. 

Dalam pukul 11.30pg, kita mintak diri sebab nak pergi rekki jalan dan beli tiket bas balik ke BP. Untuk pengetahuan... Cik Abang dah terbang ke Qatar hari Jumaat, 21hb. Dia tak mau kita drive... jadi kenalah naik bas...
Cantik dan teratur, macam kat airport...
Kali pertama ni nak pergi Terminal Bersepadu Selatan. Dari Menara UOA naik LRT turun kat KL Sentral dan naik Komuter terus ke TBS-BTS. Sambil-sambil tu kita rekki... mana tangganya... mana lifnya... mana senangnya... mana susahnya... Beg baju besor sebijik, anak 5 orang berderet nak dibawak ni...

Lepas beli tiket... set plan dengan Fiz nak gi jalan-jalan. Jumpa semula kat Menara UOA pastu pergi KLCC. Ish... ramainya oraaaangg. Berhimpit-himpit tak boleh nak lalu. Masa menuju ke Surau untuk Solat Zohor, terbaulah bauan yang paling sedap dan wangi... ooo Garrett Popcorn rupanya...
Beli 2 pek popcorn caramel, 1 pek popcorn macadamia bersalut caramel yang sangat sedap. Nak lagi...
Inilah popcorn paling sedap (dan mungkin paling mahal) in the world... hahaha... Tak kisahlah... sesekali terlebih-lebih manis takpe la kan... Gambar ehsan Garrett Popcorn Shops Malaysia...

Pergi pulak Food Court. Aii...rombongan peminat K Pop dan drama Korea, bila ternampak kedai makanan Korea... terus ajelah mengorder. Makanan Korea ni  katanya pedas-pedas belaka. Dari jauh dah nampak merah merening warnanya... tapi kan... setakat yang dah 2-3 kali kita makan ni... takdelah rasa pedas sangat pun. Kiranya masih boleh kontrol ayulah kalau dimakan... 
Mangkuk batu punyalah berat, punyalah panas. Tarbakor lidah bila makan nasik...
Mungkin ke diaorang dah alter tahap kepedasan untuk sesuaikan dengan selera tempatan iaitu Qatar dan Malaysia? Hmm... kalau kat Qatar tahap kepedasan turun jadik 0.5 bolehlah faham. Tapi kalau kat Malaysia toksahlah. Hallamak... kitaorang ni kan makan sambal belacan, asam pedas dan gulai lemak cili padi Negeri Sembilan yang terkenal kaw-kaw punya tumbuk cili? Mungkinkah kena ke Korea jugak? Ewaah...

Keesokan paginya... haru-biru! Pagi tu teksi takde! Puas call... takde semua. Akhir-akhirnya terpaksalah Fiz dan suaminya Roy tolong hantarkan. Kemudian sepatutnya ibubapa datang semula ke tempat kursus dalam pukul 12.45tghari untuk sessi penerangan dan demonstrasi bersama anak-anak. 

Tapi aduuuhh mak aaiii... duduk depan komputer, mengadap senarai dan telefon tiap-tiap satu syarikat teksi... takde satu pun kata ada teksi! Dari pukul 11.00pg ni. Sudahnya bila dah masuk pukul 1.00ptg... terpaksalah kita call Fizah kat pejabat, mintak tolong dia balik dan ambik kitaorang. 

Akhirnya sampailah jugak kat Menara UOA dalam pukul 2.30ptg. Kita disambut dengan mata Aarif dan Adeem yang merah. Nangislah tu... Amiin ok-ok je... Takpelah Alhamdulillah... yang penting sampai...

Flight balik ke Doha pukul 2.45ptg 31hb Disember 2012. Alhamdulillah... masa sampai di KLIA haritu, adik ipar kita, Ayat dengan Mak Mertua yang datang menjemput. Sempat jugak menjenguk kakak ipar, Kak Oja yang masuk Hospital Putrajaya sebab semput yang teruk. 

Pagi 31hb tu kitaorang dah bersiap-siap sejak pukul 4.00pg. Awal sangat? Rakyat ramai kan... kang ada yang mamai laa... termenung laaa... itu-ini laaa... Kenalah bagi waktu persiapan yang cukup...
Sempat bergambar sebelum bertolak lepas Solat Subuh. Terima kasih Mak. Terima  kasih Abah...
Ayat, Mak Mertua dan Abah Mertua pun ikut sama menghantar. Alhamdulillah... Sampai di KLIA, makanlah dulu. Dalam perjalanan tak berhenti sebab takut terlewat. Dah tu adik kita, Noora dengan anak-anak dia pun sampai...
Walaupun jumpa sekejap aje, tapi bermakna...
Tengok tu... punyalah seronok. Berlari dengan girang macam kat padang...
Kali ni kita travel light. Beg-beg campur barang-barang dalam kotak cuma 88kg aje. Apasal sikit sangat? Entahlah ek? Macam takde mood sangat nak shopping-shopping lebih-lebih...
Haniis dan Tok Abahnya...
Ini gambar Abah dengan Haniis. Gambar belah kiri tu yang terbaru. Yang belah kanan tu masa balik cuti bulan Julai. Abah kata dekat 2 bulan dia tak ada selera makan sebab tekak dia rasa pahit sangat. Memang Abah tak selera langsung. Itu yang mendadak sangat turun berat badannya. Hmmm... kitaorang doakan Mak dan Abah sentiasa sejahtera... Amiin...

Until later...

Sunday, January 6, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...2

Khamis, 27hb Dis 2012... bawak budak-budak pergi tengok Abah kat Pusat Haemodialysis Darul Takzim, Jln Limpoon. Alhamdulillah... ada tiga perkara penting yang kitaorang amat bersyukur Abah dapat buat rawatan kat sini...
Biar diaorang tengok sendiri supaya faham. Rawatan berlangsung selama 4 jam. Kejang kaki Abah nak menunggu  siap...
Pertama - ini ialah pusat dialysis swasta tapi berkerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi pesara kerajaan macam Abah boleh buat rawatan kat sini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh JPA...

Kedua - tuntutan bayaran pun diuruskan sepenuhnya. Abah cuma perlu ke Putrajaya hanya sekali untuk kerja-kerja pendaftaran dan mendapatkan surat pengesahan. Bak kata orang Gomen - bukak fail laa...

Ketiga... ada petugas-petugas yang membantu dari mula hingga akhir semasa membuat haemodialysis. Makanan jugak disediakan...

Untuk pengetahuan... kalau di hospital kerajaan, rawatan adalah percuma. Tapi pesakit mesti datang dengan seorang pembantu untuk segala kerja-kerja persiapan sebelum rawatan bermula dan kerja-kerja mengemas selepas rawatan selesai. Makanan pun bawak sendiri. Pak Enal, suami makcik kita Mak Ha... dah jadi sangat cekap dalam hal ni lepas bertahun-tahun menemankan Mak Ha buat haemodialysis di Hospital Batu Pahat...

Bukan buruk lantak, Adeem berlakon aje tu... 
Ahad, 30hb Dis 2012... ambik peluang jalan-jalan dengan Mak Abah lepas ambik diaorang dari Kelas Pengajian Al Quran di Masjid Jamek Dato' Bentara Luar. Dalam perjalanan ke bandar, singgah kat Al-Haq Bakery yang maintain gaya klasiknya tu untuk beli roti panas. Punyalah sedap, punyalah lembut roti ni... tak sempat tunggu air kopi ke, teh ke, milo ke... apa ke... jam tu jugak dikoyak-koyak dan dinikmati bersama. Habis dua bantal dalam kereta!

Kemudian singgah di kedai Bin Ubod. Mak beli selai inner labuh dan belanja Hannan selai skirt labuh. Kita beli beberapa helai selendang murah untuk buat basahan pakai di rumah. Lepas tu kitaorang pergi makan tengahari kat sini... Abah belanja...
Kitaorang antara pelanggan tetap restoran ni...
Restoran Asam Manis ni memang penuh selalu. Makanannya sedap, servisnya cepat dan harganya tak mahal...
Fuuuhhh... menu yang membuat orang jauh jadi kecur dan jilat tapak tangan...
Layan air kedondong asam boi dan lai chi kang yang sejuuukkk sekali. Ambik pulak lauk kampung... urap daun selom, jenganan, labu masak lemak, sambal belacan dan ayam goreng. Nasi? Ehem... ini pinggan orang yang konon-konon jaga makan laaa... hahaha...

Until later...

Thursday, January 3, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...1

Pokok berdaun merah di Batu Pahat? Bukan... itu lampu. Kena tunggu malam baru boleh nampak  keindahannya...
Alhamdulillah... kita dah pun masuk ke tahun baru 2013. Alhamdulillah jugak kitaorang selamat sampai semula ke Doha pada malam tahun baru lepas lebih kurang 3 minggu bercuti di Batu Pahat...

Alhamdulillah... dapat jumpa Mak Abah, adik-adik perempuan Fiz, Noora dan anak-anak sedara. Walaupun jumpanya sekejap-sekejap aje. Adik lelaki tak berkesempatan. Dia balik ke Batu Pahat, kitaorang pulak ke Kuala Lumpur. Aiyoo.. miscommunication...

Meh tengok gambar dan baca cerita sekitar bercuti kat Batu Pahat. Cerita tak mengikut turutan masa tapi ikut turutan suka kita yang mana nak cerita dulu...
Budak bertiga duduk dengan Tok Abahnya...
Ini ialah Majlis Berkhatam Al Quran anak-anak murid Mak Abah yang berlangsung pada hari Isnin 24hb Disember 2012. Alhamdulillah... lima orang anak-anak ni dah selamat berkhatam. Majlis ditanggung dan diurus sepenuhnya oleh ibubapa diaorang. Cuma tumpang rumah aje...

Selepas beri sikit kata-kata aluan dan terima kasih, Abah menjemput Tuan Haji Saleh Saidi untuk memberi ucapan pulak. Beliau ialah Penyelia Guru-guru Al Quran Batu Pahat. Besar hati Mak dan Abah Tuan Haji Saleh Saidi dapat datang. Dia sebenarnya bercuti sakit untuk rawatan kanser. MasyaAllah... dipandang-pandang macam orang tak sakit...

Lepas tu Mak pulak beri sedikit ucapan dan mengumumkan bahawa diaorang tak dapat lagi menerima anak-anak kecik sebagai murid baru. Umur dah meningkat... dah tak larat. Maksudnya anak-anak murid yang ada ni ialah the last batch. Tapi bekas anak-anak murid dan anak-anak murid dewasa dialu-alukan...

Yang kelakarnya... lepas majlis habis... seorang ibu mendekati Mak dan mohon anak-anaknya diambil sebagai anak murid. Tak sampai hati nak menolak... apatah lagi budak-budak tu ialah cucu jiran yang sangat dekat dan anak kepada bekas anak murid diaorang jugak. Terima jugaklah akhirnya... 
Bekas anak murid yang berbaju hijau kat gambar paling atas tu sudah pun menjadi Guru Al Quran...
Keluarga bersama anak-anak mereka yang berkhatam Al Quran hari tu. Alhamdulillah... ada antara diaorang yang mendapat markah tertinggi dalam Ujian Tasmik iaitu ujian untuk mendapat Sijil Al Quran yang diiktiraf dari Majlis Agama Islam Johor.

Ada jugak yang dapat 8A dalam PMR yang lepas. Haaaiii... sejuk hati ibubapa masing-masing. Untuk pengetahuan... ibubapa yang dalam gambor tu pun tengah sedang belajar mengaji dengan Mak Abah...

Dah hampir lebih 20 tahun Mak Abah mengajar Al Quran. Mengajar dan jugak belajar. Mula belajar dengan guru-guru Al Quran sekitar Batu Pahat dan mendapatkan Tauliah Guru Mengaji Al Quran.

Kemudian diaorang melangkah lebih jauh. Dengan semangat belajar yang sangat tinggi... diaorang sanggup berulang setiap hujung minggu selama bertahun-tahun untuk Pengajian Al Quran di Universiti Malaya. Alhamdulillah... diaorang berkonvo ambik Diploma...

Lepas tu bertahun pulak berulang 2 kali seminggu ke Pontian dan Johor Bahru untuk mengambil Sanad Al Quran. Alhamdulillah... Mak Abah dah pun terima Sijil Sanad diaorang baru-baru ni.  Kita sangat-sangatlah impressed melihatkan Sijil Sanad yang berhelai-helai panjangnya tu...

Cuma ada kesedihan tentang hakikat tak ada seorang pun anak-anak dan cucu-cucu Mak Abah yang dapat menikmati kelebihan ilmu-ilmu baru diaorang. (Masa kitaorang adik-beradik khatam dulu... masih dengan cara pembacaan yang lama...) Ish... nak cerita pun terasa sebak. Anak-anak dan cucu-cucu semuanya duduk jauh belaka...
Gambar di majlis semasa menikmati hidangan...
Apapun... kita rasa syukur dengan semangat Hannan yang membakar bila dia tengok budak-budak sebaya dia dah khatam. Idea, cabaran dah dilontarkan dan dipersetujui cuma belum sempat story dengan Babahnya... so... itu lain kali cerita la ek...

Sehari sebelum majlis ni... kitaorang sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian Abang Sobirin, isteri dan anak-anaknya dalam kemalangan di Kemaman, Terengganu. Abang Sobirin ialah sepupu kita, anak Mak Mah kakak Abah... kawan bermain masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik sangat la dulu... masuk belasan tahun... dah segan nak berbual-bual. 

Jenazah mereka sekeluarga selamat dikebumikan di Bagan, Batu Pahat. Semoga mereka sekeluarga bersama orang yang beriman dan sentiasa mendapat Rahmat Allah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un... 

Until later...

Tuesday, July 10, 2012

Dah sampai Batu Pahat...

Sepatutnya kitaorang bertolak dari Doha dengan penerbangan Etihad untuk transit di Abu Dhabi pada pukul 10.00 mlm hari Selasa 26hb Jun. Sememangnya seharian tu betul-betul pulun berkemas. Dalam pukul 5.30ptg.. kiranya 95% dah selesai. Teksi dah set nak datang dalam pukul 7.30mlm. Budak-budak dah diarahkan mandi dan bersiap. Hati dah macam lega... ini dah kira smooth going la ni... Bagus punya timing.

Tapi tiba-tiba dapat call dari Airport. Kapalterbang Etihad kerosakan. Kena tukar rancangan. Mesti berada di Airport paling lewat pukul 6.45ptg. Diaorang nak masukkan penumpang ke flight Qatar Airways yang berlepas pukul 8.30mlm. Hmmm... apa lagi... terus masuk gear 5 laaa... Nasib baik jugaklah kitaorang ni agak terbiasa buat kerja last-last minit... hehehe.. Teksi driver pun ok bila dimintak datang awal.

Alhamdulillah... sampai Airport memang tepat-tepat waktu. Terus check-in, ambik tiket dan masuk kapalterbang. Lega. Transit kat Abu Dhabi hingga pukul 2.00pg. Alhamdulillah... penerbangan lancar dan kitaorang sampai di KLIA pukul 2.00ptg. Di bawah ialah gambar-gambar di Airport Abu Dhabi, di dalam kapalterbang dan di KLIA.
Ini baru lepas Immigresen Airport Abu Dhabi...
Sedang menuju ke tempat menunggu...
Budak kecik yang happy sepanjang perjalanan. Kakak dan abang dia pun sama happy...
Abang-abang budak kecik yang berdua ni lagilah happy...
Sampai kat KLIA... budak kecik dah tak pakai seluar. Sekali bocor kat Abu Dhabi, sekali bocor dalam kapalterbang... habislah seluar spare. Sementara menunggu beg besar keluar, camni ler rupa dia...
Ini rupa abang-abang budak kecik yang tak lulus permintaan untuk keluarkan komputer dan Tab sementara nak  tunggu Ibu dan Babahnya ke tandas. Ngada-ngada aje... inilah yang kita tak suka bila dah berjam-jam main game nih. Kepala dah tak boleh fikir benda lain dah. Hah... duduk aje situ diam-diam. Bukan lama pun...
Adik kita Fiz menunggu di KLIA. Saja nak jumpa... dapatlah borak-borak dan serahkan cerek kuning dia tu. Alhamdulillah... kekal cantik aje benda tu. Dekat-kekat 6.30ptg baru bertolak naik kereta sewa. Masuk kereta semua terus lelap. Dua jam kitaorang lena. Bila terjaga... tanya kat pemandu, dah sampai kat mana dah kita. Terkejut bila dia jawab dah sampai Machap. Oooo mak ai... macam naik kereta terbang! Gila laju dia pecut... Alhamdulillah kitaorang selamat sampai di Batu Pahat dan bermulalah percutian...

Unti later...