Sunday, January 6, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...2

Khamis, 27hb Dis 2012... bawak budak-budak pergi tengok Abah kat Pusat Haemodialysis Darul Takzim, Jln Limpoon. Alhamdulillah... ada tiga perkara penting yang kitaorang amat bersyukur Abah dapat buat rawatan kat sini...
Biar diaorang tengok sendiri supaya faham. Rawatan berlangsung selama 4 jam. Kejang kaki Abah nak menunggu  siap...
Pertama - ini ialah pusat dialysis swasta tapi berkerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi pesara kerajaan macam Abah boleh buat rawatan kat sini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh JPA...

Kedua - tuntutan bayaran pun diuruskan sepenuhnya. Abah cuma perlu ke Putrajaya hanya sekali untuk kerja-kerja pendaftaran dan mendapatkan surat pengesahan. Bak kata orang Gomen - bukak fail laa...

Ketiga... ada petugas-petugas yang membantu dari mula hingga akhir semasa membuat haemodialysis. Makanan jugak disediakan...

Untuk pengetahuan... kalau di hospital kerajaan, rawatan adalah percuma. Tapi pesakit mesti datang dengan seorang pembantu untuk segala kerja-kerja persiapan sebelum rawatan bermula dan kerja-kerja mengemas selepas rawatan selesai. Makanan pun bawak sendiri. Pak Enal, suami makcik kita Mak Ha... dah jadi sangat cekap dalam hal ni lepas bertahun-tahun menemankan Mak Ha buat haemodialysis di Hospital Batu Pahat...

Bukan buruk lantak, Adeem berlakon aje tu... 
Ahad, 30hb Dis 2012... ambik peluang jalan-jalan dengan Mak Abah lepas ambik diaorang dari Kelas Pengajian Al Quran di Masjid Jamek Dato' Bentara Luar. Dalam perjalanan ke bandar, singgah kat Al-Haq Bakery yang maintain gaya klasiknya tu untuk beli roti panas. Punyalah sedap, punyalah lembut roti ni... tak sempat tunggu air kopi ke, teh ke, milo ke... apa ke... jam tu jugak dikoyak-koyak dan dinikmati bersama. Habis dua bantal dalam kereta!

Kemudian singgah di kedai Bin Ubod. Mak beli selai inner labuh dan belanja Hannan selai skirt labuh. Kita beli beberapa helai selendang murah untuk buat basahan pakai di rumah. Lepas tu kitaorang pergi makan tengahari kat sini... Abah belanja...
Kitaorang antara pelanggan tetap restoran ni...
Restoran Asam Manis ni memang penuh selalu. Makanannya sedap, servisnya cepat dan harganya tak mahal...
Fuuuhhh... menu yang membuat orang jauh jadi kecur dan jilat tapak tangan...
Layan air kedondong asam boi dan lai chi kang yang sejuuukkk sekali. Ambik pulak lauk kampung... urap daun selom, jenganan, labu masak lemak, sambal belacan dan ayam goreng. Nasi? Ehem... ini pinggan orang yang konon-konon jaga makan laaa... hahaha...

Until later...

4 comments:

  1. I pun ada jln2 ke ke Johor masa balik M'sia last 3 weeks. Saja jln2 cari mkn cari mee rebus Hj Wahid! x sempat nk singgah Muar nk mkn mee bandung yg sedap tu....nampak yummy roti tu, mmg x thn nk ngap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Rebus Hj Wahid kat JB tu ke? Kali terakhir makan berbelas-belas tahun dulu...

      Delete
  2. Baguskan, ada kemudahan utk pesara keraaan. Tambah cucu jauh balik dok meneman, gembira orangtua tu. 6 tahun dok Bp, roti haq tu jugak jadi pilihan. Klasik kan rotinya. Restoran asam manis tu kalau saya cari tahu kicap dia.. Huda, tak jumlpa nasi kandarkan kag sana? Haha...

    ReplyDelete