Masa kita tengah mengurai kertas suratkhabar lama untuk buat alas menyiang sayur... kita terjumpa sisipan Mode dari akhbar Mingguan Malaysia 29hb November 2012. Tajuknya sangatlah menarik perhatian... kita tak pernah dengar dan tak pernah tau...
Jadi lepas siap-siap masak, kita terus buat research dan kita kata ini sesuatu yang fantastic. Bagus sangat-sangat kalau dapat hantar budak-budak berempat tu... dapatlah skill baru yang bermanfaat pada cuti sekolah kali ni. Tapi disebabkan kursus ni dibuat khusus untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah, Hannan tak dapatlah join...
Alhamdulillah... Kursus berlangsung pada 22-23hb Disember 2012 kat Menara (B) UOA, Bangsar. Gambar-gambar kat bawah ni ialah pada masa sessi penerangan, demonstrasi dan penutupan kursus pada hari kedua...

Ibubapa sedang diajar gerakan asas senaman merangsang otak. Hambik... melintang-pukang tangan, jari, siku semua... |
Dalam gambar tu ialah Encik Muhammad Adha Maulud dan Puan Sawiah Omar, pengasas Modul Mind Secret. Masa ni diaorang tengah meninggalkan pesan, memberikan nasihat dan mengajar cara-cara meneruskan latihan yang perlu dibuat di rumah kepada ibubapa. Latihan perlu diteruskan sekurang-kurangnya selama 30 hari berturut-turut untuk mantapkan kemahiran menggunakan otak tengah...
Amiin, Adeem dan Aarif masa terima sijil penyertaan dan buat demonstrasi... |
Yang menyampaikan sijil ialah Dr. Norlee Hazaniza Ahmad, penganjur kursus ni. Alhamdulillah... dapat berbual panjang dengan Dr. Norlee tentang kelebihan pengaktifan otak tengah...
Bergambar ramai-ramai sebelum balik... |
Kisah pengembaraaan kitaorang berenam di sebalik Kursus Pengaktifan Otak Tengah di NHA-Mind Secret ni penuh cubaan dan cabaran. Tapi biarlah kita simpan kisah-kisah tu buat sementara yea... Kita nak ceritakan dulu pasal kursus yang sangat bermanfaat ni...
Sebagai pengenalan... meh baca sikit penerangan secara ringkas kat SINI. Penting untuk kita semua fahami... kebolehan membaca, menulis dan melihat dengan mata tertutup bukanlah satu-satunya matlamat Pengaktifan Otak Tengah...
Pengaktifannya ialah pemangkin kepada keupayaan optimum kepada keseluruhan otak. Bukan saja ia memperbaiki fungsi Otak Tengah tu sendiri, ia jugak menjadi penghubung yang sekaligus menyeimbangkan perkembangan kedua-dua belah otak...
Ramai yang tahu secara semulajadinya... hampir setiap orang mempunyai bahagian otak yang lebih dominan, jika tidak Otak Kanan... ia Otak Kiri. Dan sebahagian besar cara pemikiran dan perwatakan seseorang itu terbentuk mengikut fungsi otak yang dominan. Kadang-kadang kalau sesebelah otak tu terlalu dominan, nanti pemikiran dan perwatakan akan jadi terlalu tipikal. Rugi kan kalau macam tu...?
Insyaa Allah... otak yang seimbang perkembangannya boleh menjadikan seseorang itu tinggi dan seimbang IQ dan EQnya...
Sebagai Ibu kepada 4 orang anak yang bersekolah di merata tempat... pertukaran suasana, bahasa dan gaya belajar menuntut daya penyesuaian yang tinggi. Sebolehnya kita tak mau diaorang rasa tertekan. Jadi kalau ada apa-apa cara yang boleh menolong, kenalah diusahakan. Insyaa Allah... the possibilities are endless kata orang putih...
Sekarang kitaorang tengah giat berlatih. Dan bila abang-abang dia berlatih, Si Haniis pun nak berlatih sama. Seronok tengok si budak kecik ni... natural aje....
Masa kursus tu... ada beberapa orang anak yang sangat-sangat berbakat. Marvelous! Fabulous! Masya Allah... Salah seorangnya ialah adik Nabihah. Bijak! Memang bijak! Boleh tengok dia kat SINI. Berita dan gambar-gambar terkini boleh tengok di FB...
Until later...

tq atas perkongsian ni huda. saya pun tak pernah tau..better late than never. anak2 huda selalu bertukar luar negara, saya pulak dalam negeri.
ReplyDeletesetidaknya balik malaysia, ada ilmu yang dapat dipraktikkan di doha..
Mencari alternatif yang lebih baik untuk mendidik anak-anak...
Deletewah..bru tahu jugak pasal ni..bgus nyer kursus ni.. lya pon nk cuba google info ttg ni.. minat nk bentuk asya lak.. tq for sharing
ReplyDeleteInsyaa Allah... lagi cepat mula, lagi bagus hasilnya sebab otak anak-anak kecik masih segar dan lapang...
Deleteaku pernah jumpa family di miri yg hantar anak2 teknik ni. dah lama masa tinggal kat brunei tapi sayang orang tu tak mau share ... rahsia.
ReplyDeletePada aku Mala, tak perlu rahsia-rahsia. Tak ada gerenti anak siapa paling pandai pun. Tak kiralah guna kaedah ni ke tak. Tengok budaknya...
DeleteLagipun nak switch on otak tengah tu ada caranya. Kena jumpa pakar... hehehe...
boleh hubungi saya jika berminat dgn prog pendidikan anak2 mcm ni..
ReplyDeletesms/whatapps 0176951791