Monday, July 26, 2010

Kehidupan seharian...

Semenjak balik dari percutian, kehidupan berjalan seperti biasa-biasa aje. Sejak akhir-akhir ni, masak-masak pun tak ada yang terlebih istimewa untuk dikongsi bersama.

Macam boring aje kan? Hehehe... Sebenarnya... banyak yang bermain difikiran sekarang. Perantauan di bumi Brunei ini bakal berakhir, jadi sekarang kitaorang sedang mengatur dan mempertimbangkan satu demi satu perancangan dan kemungkinan.

Ke manakah langkah selepas ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui... Ke mana pun rezeki Allah bakal kurniakan, ke situlah kitaorang akan pergi, Insya-Allah.

Dalam pada tu, kita sempat membongkar kotak-kotak baju lama. Masih ada baju-baju baby yang masih cantik dan boleh dipakai lagi tapi banyak jugak yang perlu dibeli. Yang ada tersimpan tu pun bukan sebab apa-apa, sentimental... Siapalah sangka ianya akan digunapakai semula.

Semalam, kita dan Cik Abang ke Miri, membeli beberapa helai baju dan lain-lain supplies yang patut. Jadi semuanya cukuplah untuk bertahan sampai umurnya 3 bulan, Insya-Allah.

Beli jugak satu set bantal baru. Yang lama tu dah lembik dan masam... hmmm... tapi tilam masih elok. Hari ni kita nak mengorek gerobok untuk mencari sarung-sarung bantal dan cadar pulak. Dah jumpa nanti, bolehlah dibasuh bersih semuanya sekaligus.

Kalau nak dikira-kira, memang masih ada lagi 2 bulan sebelum due date. Tapi kita nak siapkan semuanya awal-awal sebab tak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Kalau hal yang ini dah selesai, senang. Boleh concentrate benda lain pulak kan?

Bercerita tentang Ramadhan, Alhamdulillah... puasa yang ditinggalkan tahun lepas sudah pun diganti. Sebenarnya sebelum-sebelum ni, kita selalu jugak bertangguh hingga ke bulan Syaaban, tapi semenjak Hannan pun sudah perlu mengganti puasanya, kita kenalah ambil pendekatan baru.

Mengganti puasa seawal mungkin dan pastikan Hannan puasa berteman. Samada dengan kita atau dengan Cik Abang yang berpuasa sunat. Kita jugak berikan dia satu buku nota khas untuk dia mencatit hari-hari yang ditinggal dan yang diganti. Bukan apa, takut dia terlupa.

Yelah... kita masih ingat lagi keadaan diri kita sendiri pada umur-umur begitu. Adatlah, masih blur-blur dan belum benar-benar menyedari kepentingan ibadah-ibadah yang wajib. Harap-harap bila sudah dilatih begini, dia akan clear tanpa blur-blur di masa hadapan, Insya-Allah.

Until later...

Monday, July 19, 2010

Bandung - Final Siri...

Ha ha ha ha... panjang betul cerita Bandung ek? Tak habis-habis! Ini kalau menulis untuk suratkhabar, mesti dah kena pancung dek editor sebab lembab sangat kan? kan?

Ok, kita habiskan cerita percutian ni. Selepas Kampung Daun, kitaorang ke Chibaduyut pulak, tempat menjual kasut dan handbag. Tapi aduuuh... macet lagi! Dekat pukul 8.30mlm baru sampai.

Kedai dah banyak nak tutup termasuklah kedai yang kitaorang masuk tu. Sebenarnya hati berbunga nak ke sini. Kita dah kata, kalau jumpa saiz, nak jugak sambar sepasang dua. Tapi hampa! Saiz paling besar ialah saiz 40 (atau 9). Haaai... itu saiz kita 3 tahun lepas. Apa boleh buat... tengok ajelah orang lain membeli.

Mak, Abah Mertua dan Cik Abang dapat sepasang sorang. FYI, Mak Mertua sekali lagi dapat tawar sampai 50% jatuh harga. Ayat dapat 2 pasang. Uji beli 2 handbag, Louis Vuitton dan Gucci... he he he...

Keesokan harinya ialah hari terakhir. Flight balik ke KL pukul 6.00ptg tapi Cik Abang kata kita mesti bertolak pukul 11.00pg. Tak mau lagi tersangkut traffic jam.

Jadi malam tu, kitaorang berkemas-kemas dan siapkan beg betul-betul sebab kita, Hannan, Uji dan Mak Mertua nak last meround kat Pasar Besar. Last minit punya shopping. Yelah, kita belum dapat beli apa pun kan. Ini kira kalau ada, ada. Kalau takde, sudahlah...

Pagi-pagi kitaorang dah ke sana. Hannan, Uji dan Mak Mertua dapat lagi beberapa helai tudung. Akhirnya, pada minit penghujung sebelum Cik Abang dan van tiba, kita terpandang blouse yang berkenan di mata dan di hati. Blouse berlengan panjang, polos (tanpa corak) dan labuh seakan-akan baju kurung. Warna merah hati dan coklat. Happy!

Tak berlengah, kita terus ambik. Nak tawar-menawar pun dah tak sempat sebab Cik Abang dah berdiri kat sebelah dah.

Cik Abang mengabadikan namanya di papantanda jalan. Ada tempat nama Kamal di Indonesia...

Perjalanan ke Bandung tak banyak halangan. Kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta dalam pukul 2.00ptg. Sepanjang nak menunggu flight, kita termuntah-muntah teruk beberapa kali, hinggakan badan terus lembik dan kepala berdenyut-denyut.

Apahal pulak dah ni? Fikir punya fikir, akhirnya teringat yang kita tadi merasa sedikit Buah Kesemek yang dijual ditepi jalan bersebelahan Pasar Besar sejurus sebelum naik van. Kita tengok Uji dan Mak Mertua merasa, kita pun mintaklah jugak orang tu potongkan sikit.

Salah seorang penjual buah di tepi Pasar Besar. Bukan orang yang memberi kita sample buah tu ya...

Buah Kesemek dan Buah Salak yang dapat diselamatkan. Yang lain-lain jadi lembik sebab terkempam dalam beg plastik...

Masa nak menyuap tu dah terdetik dalam hati, ok ke tak ni nak makan? Tapi since diaorang dah makan dan potongan buah tu pun sangat laaaaa kecik dan nipis, kita gigitlah separuh. Separuh lagi Hannan habiskan. Hmmmm... mengaku ajelah, silap sendiri kan?

Yang paling tak tahan ironynya, lumpur gunung berapi tu tak dapat lepas kastam. Diaorang kata tak boleh bawak naik, takut tekanan dalam kapalterbang akan buat botol-botol tu meletup. Sudahnya... dibuang aje kat tong sampah! Nasib baik tak bayor setengah juta Rupiah haritu kak oiii...

Sampai di KLIA, Kak Oja dah menunggu. Mak, Abah Mertua, Uji dan Ayat terus balik ke Batu Pahat. Kitaorang naik van yang dah ditempah untuk ke hotel di Bangi.

Hotel Amani dan Restoran Nasi Ulam, Bangi. Recommended...

Nasib baik esoknya kita dah sihat. Dapatlah pergi ke Klang dengan kontraktor, mencari tile untuk rumah Salak Tinggi. Sempat jugak singgah di Giant Shah Alam. Happy kita dapat membeli tudung yang sesuai untuk baju-baju baru. Kita katakan pada Cik Abang, next time kita shopping kat Malaysia ajelah... puas hati.

Hari kedua, kitaorang round-round kat Alamanda, Putrajaya sampai malam. Tak lama selepas balik ke hotel, Hannan mengadu sakit perut. Ah sudah! Dia pulak yang muntah-muntah dan lebih teruk diarrhoea. Tapi yang heran, bila telefon Uji dan Mak Mertua, diaorang takde apa-apa pulak. Ok aje. Hmmm.... tahan betul perut.

Hannan pucat lesi di KLIA...

Selain daripada si Hannan yang terlentok dan terbaring kat bangku KLIA, perjalanan balik tak ada masalah. Alhamdulillah...

Until later...

Tuesday, July 13, 2010

Tangkuban Perahu, Bandung - Siri 6...

Alhamdulillah... dah tak bertangga-tangga lagi...

300m yang pertama kena mendaki sikit. Haaa... barulah terasa tak cukup nafas. Nasib baiklah lepas tu jalannya landai.

Perasan tak pokok-pokok dah tegak-tegak belaka?

Dalam pada tu, entah macamana tiba-tiba boleh pulak melekat lagi sorang penjual souvenir kat kumpulan kitaorang. Mula-mula tu takdelah kitaorang fikir apa-apa bila dia tegur-tegur dan bual-bual kosong. Layan jugaklah sebab taknaklah bersikap sombong kat tempat orang kan.Tapi tiba-tiba aje dia keluarkan tasbih-tasbih dari pouch dia dan mula berjual. Aaaaa... tu dia, patutlah ramah sangat!

Nasib baiklah kita berjalan dengan Adeem masa tu, yang sekejap-sekejap berhenti pungut benda ni, tengok benda tu. Jadi kita makinlah melambat-lambatkan langkah sampai dia pun tak larat nak ikut. Mungkin dia perasan kita langsung tak berminat, jadi cepat-cepat dia kejar Ayat pulak.

Lama jugak dia meng'ayat' Ayat. Bila tak berjaya, dia pergi kejar Mak Mertua pulak. Lagilah lama dia bukak cerita kat Mak Mertua, kita cuma perhatikan aje dari belakang. Tiba-tiba berderai diaorang ketawa.

Rupa-rupanya dia berjaya jugak mintak Mak Mertua beli tasbih dia tu tapi dia kalah deal. Kan kita dah cerita, Mak Mertua ni paling pandai tawar-menawar. Itulaa... orang tu ingat dia boleh belit-belit, rupanya dia yang terbelit. Harga yang dia setuju jual tu dah terpotong sampai 60%! Hehehe...

Dalam pada tu, kita ada jugak terjumpa satu Pengesan Pergerakan Bumi yang ditanam di tepi denai, salah satu antara beberapa yang dipasang di gunung. Maaflah, tak ambik gambarnya. Perjalanan turun ni memang kita tak ambik gambar apa-apa. Kita terlalu penat, lapar dan nak cepat-cepat sampai ke van.

Sampai di kaki gunung, kita semua melepaskan dahaga. Barulah ada semangat sikit nak ambik gambar semula. Air dari mata air gunung ni memang sangat bersih, sejuk, manis dan menyegarkan.

Tadahkan di tangan dan minum. Tanpa was-was...

Nampak tak lelaki berbaju merah tu? Itulah penjual tasbih yang kita ceritakan tadi...

Kitaorang teruskan perjalanan ke Kampung Daun untuk makan tengahari. Terkagum bila dah sampai ke sana. Tempat ni memang sangat cantik. Setiap kumpulan pengunjung ditempatkan di satu pondok yang comel dan terpisah antara satu sama lain. Kiranya privacy la.

Di pintu masuk Kampung Daun...

Pemandangan menuju ke pondok makan...

Kebanyakan pondok agak terlindung dengan pokok-pokok yang cantik merimbun. Ada pondok comel yang muat-muat 2-4 orang, ada yang cukup untuk 7-8 orang tapi untuk kitaorang mestilah yang lebih besar dan kebetulan ianya betul-betul berhadapan dengan air terjun. Memang sungguh nyaman dan segar.

Air terjun...

Tapi servis punyalah sllloooooooow... Dahlah kita semua ni lapar dan penat. Dekat 50 minit tunggu baru dapat makanan. Bukan setakat kesian kat budak-budak, kesian jugak kat Ibu budak-budak ni ha. Aduuuh... Sampai aje makanan, masing-masing terus Bismillah dan habis licin walaupun eeerrr... tak sesedap Restoran Karamba.

Ketuk kentong ni dan pelayan akan sampai...

Meluruskan kaki sementara menunggu...

Sambil makan-makan, sempat lagi bercerita tentang pengalaman di gunung. Cik Abang dan Uji beritau... Tourist Guide dan penjual yang terkena dengan Mak tadi bukak cerita. Sebenarnya setiap sorang penjual dan guide cuma dibenarkan bekerja hanya sehari dalam seminggu.

Diaorang kena bergilir-gilir dek terlalu ramainya yang ingin berniaga dan berkerja. Sebab itulah diaorang bersungguh-sungguh berjual dan beri servis terbaik bila dapat "grab" kumpulan pelancong. Untung-untung dapat tip lebih.

Diorang kata, apa saja pendapatan hari itu akan menampung hidup untuk sepanjang minggu. Betul atau tidak, Wallahua'lam. Gitulah ceritanya...

Until later...

Saturday, July 10, 2010

Tangkuban Perahu, Bandung - Siri 5...

Bila dah sampai di Kawah Domas, bau belerang yang tadinya hanya singgah bila angin berlalu, sudah benar-benar menusuk hidung. Budak-budak cakap busuk macam bau longkang hahaha...

Ambik gambar sambil tahan nafas. Kuat betul bau belerang, sampai masuk ke tekak...

Asap berkepul-kepul keluar dari celah-celah batu. Kalau tak silap ada dua kolam yang airnya membuak-buak seperti dididih api yang besar.

Nampak tak air menggelegak panas? Memerhati kolam air ni mengingatkan kita kepada satu tempat yang lebih panas... Astaghfirullah...

Kat situ ada jugak dijual telur mentah untuk direbus dalam air yang mendidih tu. Telur akan masak dalam beberapa minit aje. Mengikut cerita, telur yang direbus begitu akan hilang bau hanyir dan kandungan kolesterolnya. Wallahua'lam...

Ada jugak air yang mengalir dari celah-celah batu dan ia disalurkan ke kolam-kolam kecil supaya pengunjung boleh berehat sambil merendam kaki. Air dalam kolam-kolam ni panasnya lebih sikit daripada suam tapi tidaklah sampai tahap mendidih. Mau masak kaki kalau mendidih kak oooi...

Rendam sampai merah-merah kaki...

Sambil merendam-rendam kaki, adalah beberapa orang yang datang untuk memberi khidmat mengurut refleksologi menggunakan lumpur gunung. Dalam hati kita dah agak, ini bukan perkhidmatan percuma walaupun diaorang tunjuk gaya macam benda ni dah masuk dalam harga yang dibayar kat ofis tadi.

Cik Abang dan Ayat tengah tunggu lumpur kering. Amiin pulak selamba aje keluar masuk air sampai habis basah seluar dia...

Lumpur tu mesti dibiarkan kering dulu sebelum kaki dibasuh dan direndam dalam air panas. Katanya bagus untuk peredaran darah. Sebenarnya memang sedap merendam kaki dalam air panas, tak kiralah diurut atau dilumur lumpur gunung atau tidak... kan? kan? Takpelah, layankan aje.

Sementara menunggu lumpur kering dan merendam kaki, kitaorang lagi sekali diasak untuk membeli souvenir oleh orang-orang yang mengurut kaki tadi tu. Salah seorang pulak dok sibuk mengusha Cik Abang supaya beli 5 botol lumpur gunung (yang dah dimasukkan ke dalam botol air mineral) dengan harga Rp 500,000!

Hhaaaa....? Oh tidak, tidak, tidak! Itu dah dekat RM180.00 dah tu, hanya untuk beli lumpur. Ishh... mengarut-ngarut aje. Kita kasi isyarat-isyarat kat Cik Abang supaya jangan beli. Nasib baik dia faham.

Hari dah mula terik...

Lama jugaklah kitaorang lepak-lepak kat situ. Masuk pukul 1.30ptg, perut masing-masing dah mula lapar dan semua sepakat untuk balik ke kereta. Masa nak melangkah balik, ada yang melaung, "Pak! Ongkos ngurutnya Pak! Seorang Rp 100,000. Boleh ngambil 3 botol lumpur untuk Rp 300,000 aja Pak!" Haaa... kan betul!

Tapi Cik Abang tak banyak cakap, keluarkan duit dan terus sambar 3 botol lumpur. Dalam pada tu, kitaorang tak tau, si Uji dan Ayat tengah buat projek korek lumpur dan masukkan dalam beg plastik kat satu sudut yang dilarang masuk. Budak-budak ni... selamba gederk betul. Dahlah tu, banyak pulak yang dikautnya! Hahaha... jadi kerja pulak dah mengangkut lumpur.

Sementara menunggu Uji dan Ayat mengorek lumpur...

Until later...

Tuesday, July 6, 2010

Tangkuban Perahu, Bandung - Siri 4...

Nak turun mesti diiringi Tourist Guide dan sebelum turun, kita mestilah membayar Rp 300,000 untuk perkhidmatan selama 1 jam, bermula dari puncak hinggalah sampai ke jalan besar. Kalau melebihi 1 jam, kenalah tambah lagi.

Yang tak tahan tu, sejak kitaorang mula turun sampai mungkin 1/3 perjalanan, kitaorang masih lagi diburu seorang penjual cenderamata. Melekat pada si Ayat.

Sudahlah kita ni turun tempat curam, licin pulaknya. Nak turun kena hati-hati, kalau tak... memang sah terkehel kaki tapi dia tak kira. Pujuk atau lebih sesuainya, paksa jugak Ayat membeli, sampai akhirnya Ayat dah tak kuasa nak kata tak nak, dia beli jugak cincin sebentuk. Barulah dia pergi. Memang mencabar kesabaran betul!

Lepas tu barulah dapat turun dengan selesa dan menikmati kecantikan hutan yang kita lalui.

Pokok-pokok ni dipanggil Pokok Manarasa... pucuknya boleh dibuat ulam dan rasanya masam-masam pahit...

Cuacanya redup dan hawanya dingin. Tak terasa sangat penat berjalan...

Sambil berjalan, Tourist Guide tu bukaklah macam-macam cerita. Sampai kat satu tempat, dia kata nak ambikkan Akar Naga. Katanya tumbuhan ni hanya boleh didapati di kawasan pertengahan gunung. Tak tumbuh di kawasan atas dan jugak dikawasan bawah.

Pokok yang menjalar di tanah sebelah kanan gambar itulah Akar Naga. Hannan dan Uji sedang merasai kepahitan daunnya...

Ia sangat bagus untuk merawat sakit-sakit badan. Dia kata, dia sendiri amalkan minum air rebusan akar atau daunnya untuk kecergasan badan. Kalau dibeli, mahal. Kalau ambil sendiri percumalah. Bolehlah Pakcik... jangan tersalah ambik sudahlah. Tak pasal-pasal, nak jadi sihat tapi jadi sakit pulak nanti!

Jauh lagi ni... yang pakai baju biru kat depan tu ialah Guide kitaorang...

Si comel Amiin...

Dah sejam berjalan, kitaorang sampai ke satu tempat rehat. Dari situ kita boleh nampak Kawah Domas nuuuuun sayaup-sayup jauh di bawah. Kalau ikut papantanda, cuma 300m aje jaraknya. Ye ke?

Sayuuup...

Bergambar sekejap...

Ok, meh turun lagi...

Setengah jam lepas tu, barulah betul-betul sampai ke Kawah Domas. About time la, kaki dah mula lenguh-lenguh.

Ini tangga-tangga terakhir sebelum sampai ke kawah. Rombongan kat belakang tu dari Netherlands. Tourist Guide ada 2 orang. Terimpress bila dengar diaorang layan pelancong-pelancong tu dengan bahasa Belanda...

Sampai jugak akhirnya...

Until later...

Thursday, July 1, 2010

Tangkuban Perahu, Bandung - Siri 3...

Dalam pukul 8.30pg esoknya, lepas semua orang dah kenyang sarapan, kitaorang bertolak terus ke Tangkuban Perahu.

Dari bandar Bandung ke puncak Tangkuban Perahu ambik masa 2 setengah jam. Perjalanan naik ke puncak adalah sikit-sikit macam perjalanan nak naik Cameron Highlands. Berbelit-belit, berpusing-pusing. Kebanyakan lurah-lurahnya penuh dengan kebun-kebun sayur.

Pemandangan perjalanan...

Lebih kurang separuh jalan, kitaorang mula nampak banyak kedai-kedai kecil menjual arnab. Walaupun hanya dari jauh dan dari dalam van yang bergerak laju, kita boleh nampak arnab-arnabnya besar-besar dan gemuk-gemuk belaka. Ada jugak kandang yang berisi anak-anak arnab.

Budak-budak seronok dapat tengok arnab cute. Yang kitaorang ni pulak tertanya-tertanya, diaorang ni suka sangat ke bela arnab sampai ada tempat khas untuk menjual arnab. Tetiba pemandu tu mencelah, "Ooooh... itu untuk buat sate. Sini panggilnya Sate Kelinchi!" Laaa... untuk dibuat sate rupanya, bukan untuk dibuat pet.

Kitaorang sampai di puncak Tangkuban Perahu dalam pukul 11.00pg. Oleh kerana kitaorang naik van, bolehlah teruskan perjalanan sampai ke puncak. Rombongan yang menaiki bas mesti berhenti di satu tempat khas dan sambung perjalanan dengan van lain.

Sebaik kaki turun dari van, kitaorang terus diserbu oleh penjual-penjual pelbagai barangan. Astaghfirullah... memang betul-betul diserbu! Bayangkan kita yang 2-3 orang ni dikelilingi hampir 10 orang lelaki. Nak bercakap sama-sendiri payah. Nak tengok pemandangan sekeliling lagilah payah. Sabor ajelah...

Salah satu kawah yang boleh dilihat dari puncak, Kawah Ratu...

Budak-budak pulak diasak dek penjual strawberry. Disuruh-suruhnya rasa strawberry yang dia bawak. Puas kita kata tak mahu, ehhh... tak dihiraukannya. Bila kita terlepas pandang, disuakannya kat Aarif dan Adeem. Diaorang cepat-cepat ambik sorang sebiji. Anak-anakkku... entah bersih entah tidak engkorang makan buah tu! Dah tu, lagilah diaorang asak suruh beli. Kesian kat budak-budak punya pasal, beli jugaklah akhirnya.

Kita sebenarnya teringin nak beli fridge magnet yang memang menjadi collection item kegemaran tapi bila dah macam ni, terus hilang mood. Tak dapat pun takpelah. Rimas!

Dalam pada tu, ada sorang pakcik ni menyelit-nyelit kat kitaorang sambil bukak cerita pasal nama-nama kawahlah, pasal yang mana masih hidup, yang mana dah mati, kat mana boleh tengok pemandangan apa... etc. Bila kitaorang nak ambik gambar, dia yang terus ambik kamera dan snapkan, pastu tunjuk pulak tempat-tempat stategik yang lain. Yang tak tahan tu, cara nak posing-posing pun dia beritau... entah hapa-hapa aje...

Berhimpit-himpit, sejuk kat atas tu...

Kita bisik kat Cik Abang, "Babah, dia ni tourist guide ke apa?" Agaknya dia dengar kot, terus dia mengaku yang dia antara tourist guide yang berlesen kat situ. Aaaah... cakaplah awal-awal...

Anginnya pun bertiup kuat, bertambah-tambah la sejuknya...

Dah puas pusing-pusing dan posing-posing kat atas tu, guide tu ajak turun ke bawah. Pergi ke kawah yang masih aktif. Kawah Domas namanya. Perjalanan turun dari puncak dalam 1.2km. Dari sana ke jalan besar 1.2km lagi. Van akan tunggu di kaki gunung.

Jadi macamana? Nak pergi ke tak nak? Abah Mertua kata dia tak sanggup, jadi dia tunggu dalam van aje. Mak Mertua macam biasa, boleh aje. Cik Abang tanya kita, "Macamana Ibu? Sanggup?" Kita kata, "Insya-Allah boleh la Babah. Kalau jalan pelan-pelan, Insya-Allah boleh." Okey set, kita turun gunung!

Perjalanan turun bermula...

Until later....