Dalam pukul 8.30pg esoknya, lepas semua orang dah kenyang sarapan, kitaorang bertolak terus ke Tangkuban Perahu.
Dari bandar Bandung ke puncak Tangkuban Perahu ambik masa 2 setengah jam. Perjalanan naik ke puncak adalah sikit-sikit macam perjalanan nak naik Cameron Highlands. Berbelit-belit, berpusing-pusing. Kebanyakan lurah-lurahnya penuh dengan kebun-kebun sayur.
Pemandangan perjalanan...
Lebih kurang separuh jalan, kitaorang mula nampak banyak kedai-kedai kecil menjual arnab. Walaupun hanya dari jauh dan dari dalam van yang bergerak laju, kita boleh nampak arnab-arnabnya besar-besar dan gemuk-gemuk belaka. Ada jugak kandang yang berisi anak-anak arnab.
Budak-budak seronok dapat tengok arnab cute. Yang kitaorang ni pulak tertanya-tertanya, diaorang ni suka sangat ke bela arnab sampai ada tempat khas untuk menjual arnab. Tetiba pemandu tu mencelah, "Ooooh... itu untuk buat sate. Sini panggilnya Sate Kelinchi!" Laaa... untuk dibuat sate rupanya, bukan untuk dibuat pet.
Kitaorang sampai di puncak Tangkuban Perahu dalam pukul 11.00pg. Oleh kerana kitaorang naik van, bolehlah teruskan perjalanan sampai ke puncak. Rombongan yang menaiki bas mesti berhenti di satu tempat khas dan sambung perjalanan dengan van lain.
Sebaik kaki turun dari van, kitaorang terus diserbu oleh penjual-penjual pelbagai barangan. Astaghfirullah... memang betul-betul diserbu! Bayangkan kita yang 2-3 orang ni dikelilingi hampir 10 orang lelaki. Nak bercakap sama-sendiri payah. Nak tengok pemandangan sekeliling lagilah payah. Sabor ajelah...
Salah satu kawah yang boleh dilihat dari puncak, Kawah Ratu...
Budak-budak pulak diasak dek penjual strawberry. Disuruh-suruhnya rasa strawberry yang dia bawak. Puas kita kata tak mahu, ehhh... tak dihiraukannya. Bila kita terlepas pandang, disuakannya kat Aarif dan Adeem. Diaorang cepat-cepat ambik sorang sebiji. Anak-anakkku... entah bersih entah tidak engkorang makan buah tu! Dah tu, lagilah diaorang asak suruh beli. Kesian kat budak-budak punya pasal, beli jugaklah akhirnya.
Kita sebenarnya teringin nak beli fridge magnet yang memang menjadi collection item kegemaran tapi bila dah macam ni, terus hilang mood. Tak dapat pun takpelah. Rimas!
Dalam pada tu, ada sorang pakcik ni menyelit-nyelit kat kitaorang sambil bukak cerita pasal nama-nama kawahlah, pasal yang mana masih hidup, yang mana dah mati, kat mana boleh tengok pemandangan apa... etc. Bila kitaorang nak ambik gambar, dia yang terus ambik kamera dan snapkan, pastu tunjuk pulak tempat-tempat stategik yang lain. Yang tak tahan tu, cara nak posing-posing pun dia beritau... entah hapa-hapa aje...
Berhimpit-himpit, sejuk kat atas tu...
Kita bisik kat Cik Abang, "Babah, dia ni tourist guide ke apa?" Agaknya dia dengar kot, terus dia mengaku yang dia antara tourist guide yang berlesen kat situ. Aaaah... cakaplah awal-awal...
Anginnya pun bertiup kuat, bertambah-tambah la sejuknya...
Dah puas pusing-pusing dan posing-posing kat atas tu, guide tu ajak turun ke bawah. Pergi ke kawah yang masih aktif. Kawah Domas namanya. Perjalanan turun dari puncak dalam 1.2km. Dari sana ke jalan besar 1.2km lagi. Van akan tunggu di kaki gunung.
Jadi macamana? Nak pergi ke tak nak? Abah Mertua kata dia tak sanggup, jadi dia tunggu dalam van aje. Mak Mertua macam biasa, boleh aje. Cik Abang tanya kita, "Macamana Ibu? Sanggup?" Kita kata, "Insya-Allah boleh la Babah. Kalau jalan pelan-pelan, Insya-Allah boleh." Okey set, kita turun gunung!
Perjalanan turun bermula...
Until later....
No comments:
Post a Comment