Ambik gambar sambil tahan nafas. Kuat betul bau belerang, sampai masuk ke tekak...
Asap berkepul-kepul keluar dari celah-celah batu. Kalau tak silap ada dua kolam yang airnya membuak-buak seperti dididih api yang besar.
Nampak tak air menggelegak panas? Memerhati kolam air ni mengingatkan kita kepada satu tempat yang lebih panas... Astaghfirullah...
Kat situ ada jugak dijual telur mentah untuk direbus dalam air yang mendidih tu. Telur akan masak dalam beberapa minit aje. Mengikut cerita, telur yang direbus begitu akan hilang bau hanyir dan kandungan kolesterolnya. Wallahua'lam...
Ada jugak air yang mengalir dari celah-celah batu dan ia disalurkan ke kolam-kolam kecil supaya pengunjung boleh berehat sambil merendam kaki. Air dalam kolam-kolam ni panasnya lebih sikit daripada suam tapi tidaklah sampai tahap mendidih. Mau masak kaki kalau mendidih kak oooi...
Rendam sampai merah-merah kaki...
Sambil merendam-rendam kaki, adalah beberapa orang yang datang untuk memberi khidmat mengurut refleksologi menggunakan lumpur gunung. Dalam hati kita dah agak, ini bukan perkhidmatan percuma walaupun diaorang tunjuk gaya macam benda ni dah masuk dalam harga yang dibayar kat ofis tadi.
Cik Abang dan Ayat tengah tunggu lumpur kering. Amiin pulak selamba aje keluar masuk air sampai habis basah seluar dia...
Lumpur tu mesti dibiarkan kering dulu sebelum kaki dibasuh dan direndam dalam air panas. Katanya bagus untuk peredaran darah. Sebenarnya memang sedap merendam kaki dalam air panas, tak kiralah diurut atau dilumur lumpur gunung atau tidak... kan? kan? Takpelah, layankan aje.
Sementara menunggu lumpur kering dan merendam kaki, kitaorang lagi sekali diasak untuk membeli souvenir oleh orang-orang yang mengurut kaki tadi tu. Salah seorang pulak dok sibuk mengusha Cik Abang supaya beli 5 botol lumpur gunung (yang dah dimasukkan ke dalam botol air mineral) dengan harga Rp 500,000!
Hhaaaa....? Oh tidak, tidak, tidak! Itu dah dekat RM180.00 dah tu, hanya untuk beli lumpur. Ishh... mengarut-ngarut aje. Kita kasi isyarat-isyarat kat Cik Abang supaya jangan beli. Nasib baik dia faham.
Hari dah mula terik...
Lama jugaklah kitaorang lepak-lepak kat situ. Masuk pukul 1.30ptg, perut masing-masing dah mula lapar dan semua sepakat untuk balik ke kereta. Masa nak melangkah balik, ada yang melaung, "Pak! Ongkos ngurutnya Pak! Seorang Rp 100,000. Boleh ngambil 3 botol lumpur untuk Rp 300,000 aja Pak!" Haaa... kan betul!
Tapi Cik Abang tak banyak cakap, keluarkan duit dan terus sambar 3 botol lumpur. Dalam pada tu, kitaorang tak tau, si Uji dan Ayat tengah buat projek korek lumpur dan masukkan dalam beg plastik kat satu sudut yang dilarang masuk. Budak-budak ni... selamba gederk betul. Dahlah tu, banyak pulak yang dikautnya! Hahaha... jadi kerja pulak dah mengangkut lumpur.
Sementara menunggu Uji dan Ayat mengorek lumpur...
Until later...
No comments:
Post a Comment