Alhamdulillah... dah tak bertangga-tangga lagi...
300m yang pertama kena mendaki sikit. Haaa... barulah terasa tak cukup nafas. Nasib baiklah lepas tu jalannya landai.
Perasan tak pokok-pokok dah tegak-tegak belaka?
Dalam pada tu, entah macamana tiba-tiba boleh pulak melekat lagi sorang penjual souvenir kat kumpulan kitaorang. Mula-mula tu takdelah kitaorang fikir apa-apa bila dia tegur-tegur dan bual-bual kosong. Layan jugaklah sebab taknaklah bersikap sombong kat tempat orang kan.Tapi tiba-tiba aje dia keluarkan tasbih-tasbih dari pouch dia dan mula berjual. Aaaaa... tu dia, patutlah ramah sangat!
Nasib baiklah kita berjalan dengan Adeem masa tu, yang sekejap-sekejap berhenti pungut benda ni, tengok benda tu. Jadi kita makinlah melambat-lambatkan langkah sampai dia pun tak larat nak ikut. Mungkin dia perasan kita langsung tak berminat, jadi cepat-cepat dia kejar Ayat pulak.
Lama jugak dia meng'ayat' Ayat. Bila tak berjaya, dia pergi kejar Mak Mertua pulak. Lagilah lama dia bukak cerita kat Mak Mertua, kita cuma perhatikan aje dari belakang. Tiba-tiba berderai diaorang ketawa.
Rupa-rupanya dia berjaya jugak mintak Mak Mertua beli tasbih dia tu tapi dia kalah deal. Kan kita dah cerita, Mak Mertua ni paling pandai tawar-menawar. Itulaa... orang tu ingat dia boleh belit-belit, rupanya dia yang terbelit. Harga yang dia setuju jual tu dah terpotong sampai 60%! Hehehe...
Dalam pada tu, kita ada jugak terjumpa satu Pengesan Pergerakan Bumi yang ditanam di tepi denai, salah satu antara beberapa yang dipasang di gunung. Maaflah, tak ambik gambarnya. Perjalanan turun ni memang kita tak ambik gambar apa-apa. Kita terlalu penat, lapar dan nak cepat-cepat sampai ke van.
Sampai di kaki gunung, kita semua melepaskan dahaga. Barulah ada semangat sikit nak ambik gambar semula. Air dari mata air gunung ni memang sangat bersih, sejuk, manis dan menyegarkan.
Tadahkan di tangan dan minum. Tanpa was-was...
Nampak tak lelaki berbaju merah tu? Itulah penjual tasbih yang kita ceritakan tadi...
Kitaorang teruskan perjalanan ke Kampung Daun untuk makan tengahari. Terkagum bila dah sampai ke sana. Tempat ni memang sangat cantik. Setiap kumpulan pengunjung ditempatkan di satu pondok yang comel dan terpisah antara satu sama lain. Kiranya privacy la.
Di pintu masuk Kampung Daun...
Pemandangan menuju ke pondok makan...
Kebanyakan pondok agak terlindung dengan pokok-pokok yang cantik merimbun. Ada pondok comel yang muat-muat 2-4 orang, ada yang cukup untuk 7-8 orang tapi untuk kitaorang mestilah yang lebih besar dan kebetulan ianya betul-betul berhadapan dengan air terjun. Memang sungguh nyaman dan segar.
Air terjun...
Tapi servis punyalah sllloooooooow... Dahlah kita semua ni lapar dan penat. Dekat 50 minit tunggu baru dapat makanan. Bukan setakat kesian kat budak-budak, kesian jugak kat Ibu budak-budak ni ha. Aduuuh... Sampai aje makanan, masing-masing terus Bismillah dan habis licin walaupun eeerrr... tak sesedap Restoran Karamba.
Ketuk kentong ni dan pelayan akan sampai...
Meluruskan kaki sementara menunggu...
Sambil makan-makan, sempat lagi bercerita tentang pengalaman di gunung. Cik Abang dan Uji beritau... Tourist Guide dan penjual yang terkena dengan Mak tadi bukak cerita. Sebenarnya setiap sorang penjual dan guide cuma dibenarkan bekerja hanya sehari dalam seminggu.
Diaorang kena bergilir-gilir dek terlalu ramainya yang ingin berniaga dan berkerja. Sebab itulah diaorang bersungguh-sungguh berjual dan beri servis terbaik bila dapat "grab" kumpulan pelancong. Untung-untung dapat tip lebih.
Diorang kata, apa saja pendapatan hari itu akan menampung hidup untuk sepanjang minggu. Betul atau tidak, Wallahua'lam. Gitulah ceritanya...
Until later...
No comments:
Post a Comment