Semenjak balik dari percutian, kehidupan berjalan seperti biasa-biasa aje. Sejak akhir-akhir ni, masak-masak pun tak ada yang terlebih istimewa untuk dikongsi bersama.
Macam boring aje kan? Hehehe... Sebenarnya... banyak yang bermain difikiran sekarang. Perantauan di bumi Brunei ini bakal berakhir, jadi sekarang kitaorang sedang mengatur dan mempertimbangkan satu demi satu perancangan dan kemungkinan.
Ke manakah langkah selepas ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui... Ke mana pun rezeki Allah bakal kurniakan, ke situlah kitaorang akan pergi, Insya-Allah.
Dalam pada tu, kita sempat membongkar kotak-kotak baju lama. Masih ada baju-baju baby yang masih cantik dan boleh dipakai lagi tapi banyak jugak yang perlu dibeli. Yang ada tersimpan tu pun bukan sebab apa-apa, sentimental... Siapalah sangka ianya akan digunapakai semula.
Semalam, kita dan Cik Abang ke Miri, membeli beberapa helai baju dan lain-lain supplies yang patut. Jadi semuanya cukuplah untuk bertahan sampai umurnya 3 bulan, Insya-Allah.
Beli jugak satu set bantal baru. Yang lama tu dah lembik dan masam... hmmm... tapi tilam masih elok. Hari ni kita nak mengorek gerobok untuk mencari sarung-sarung bantal dan cadar pulak. Dah jumpa nanti, bolehlah dibasuh bersih semuanya sekaligus.
Kalau nak dikira-kira, memang masih ada lagi 2 bulan sebelum due date. Tapi kita nak siapkan semuanya awal-awal sebab tak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Kalau hal yang ini dah selesai, senang. Boleh concentrate benda lain pulak kan?
Bercerita tentang Ramadhan, Alhamdulillah... puasa yang ditinggalkan tahun lepas sudah pun diganti. Sebenarnya sebelum-sebelum ni, kita selalu jugak bertangguh hingga ke bulan Syaaban, tapi semenjak Hannan pun sudah perlu mengganti puasanya, kita kenalah ambil pendekatan baru.
Mengganti puasa seawal mungkin dan pastikan Hannan puasa berteman. Samada dengan kita atau dengan Cik Abang yang berpuasa sunat. Kita jugak berikan dia satu buku nota khas untuk dia mencatit hari-hari yang ditinggal dan yang diganti. Bukan apa, takut dia terlupa.
Yelah... kita masih ingat lagi keadaan diri kita sendiri pada umur-umur begitu. Adatlah, masih blur-blur dan belum benar-benar menyedari kepentingan ibadah-ibadah yang wajib. Harap-harap bila sudah dilatih begini, dia akan clear tanpa blur-blur di masa hadapan, Insya-Allah.
Until later...
....tahniah dapat baby baru.....Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
ReplyDelete-norlia asmara-
Terima kasih... tak lama dah ni... Selamat Menyambut Ramadhan untuk Norlia jugak! Sihat? Dah lama tak nampak....
ReplyDelete