Ok, kita habiskan cerita percutian ni. Selepas Kampung Daun, kitaorang ke Chibaduyut pulak, tempat menjual kasut dan handbag. Tapi aduuuh... macet lagi! Dekat pukul 8.30mlm baru sampai.
Kedai dah banyak nak tutup termasuklah kedai yang kitaorang masuk tu. Sebenarnya hati berbunga nak ke sini. Kita dah kata, kalau jumpa saiz, nak jugak sambar sepasang dua. Tapi hampa! Saiz paling besar ialah saiz 40 (atau 9). Haaai... itu saiz kita 3 tahun lepas. Apa boleh buat... tengok ajelah orang lain membeli.
Mak, Abah Mertua dan Cik Abang dapat sepasang sorang. FYI, Mak Mertua sekali lagi dapat tawar sampai 50% jatuh harga. Ayat dapat 2 pasang. Uji beli 2 handbag, Louis Vuitton dan Gucci... he he he...
Keesokan harinya ialah hari terakhir. Flight balik ke KL pukul 6.00ptg tapi Cik Abang kata kita mesti bertolak pukul 11.00pg. Tak mau lagi tersangkut traffic jam.
Jadi malam tu, kitaorang berkemas-kemas dan siapkan beg betul-betul sebab kita, Hannan, Uji dan Mak Mertua nak last meround kat Pasar Besar. Last minit punya shopping. Yelah, kita belum dapat beli apa pun kan. Ini kira kalau ada, ada. Kalau takde, sudahlah...
Pagi-pagi kitaorang dah ke sana. Hannan, Uji dan Mak Mertua dapat lagi beberapa helai tudung. Akhirnya, pada minit penghujung sebelum Cik Abang dan van tiba, kita terpandang blouse yang berkenan di mata dan di hati. Blouse berlengan panjang, polos (tanpa corak) dan labuh seakan-akan baju kurung. Warna merah hati dan coklat. Happy!
Tak berlengah, kita terus ambik. Nak tawar-menawar pun dah tak sempat sebab Cik Abang dah berdiri kat sebelah dah.
Cik Abang mengabadikan namanya di papantanda jalan. Ada tempat nama Kamal di Indonesia...
Perjalanan ke Bandung tak banyak halangan. Kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta dalam pukul 2.00ptg. Sepanjang nak menunggu flight, kita termuntah-muntah teruk beberapa kali, hinggakan badan terus lembik dan kepala berdenyut-denyut.
Apahal pulak dah ni? Fikir punya fikir, akhirnya teringat yang kita tadi merasa sedikit Buah Kesemek yang dijual ditepi jalan bersebelahan Pasar Besar sejurus sebelum naik van. Kita tengok Uji dan Mak Mertua merasa, kita pun mintaklah jugak orang tu potongkan sikit.
Salah seorang penjual buah di tepi Pasar Besar. Bukan orang yang memberi kita sample buah tu ya...
Buah Kesemek dan Buah Salak yang dapat diselamatkan. Yang lain-lain jadi lembik sebab terkempam dalam beg plastik...
Masa nak menyuap tu dah terdetik dalam hati, ok ke tak ni nak makan? Tapi since diaorang dah makan dan potongan buah tu pun sangat laaaaa kecik dan nipis, kita gigitlah separuh. Separuh lagi Hannan habiskan. Hmmmm... mengaku ajelah, silap sendiri kan?
Yang paling tak tahan ironynya, lumpur gunung berapi tu tak dapat lepas kastam. Diaorang kata tak boleh bawak naik, takut tekanan dalam kapalterbang akan buat botol-botol tu meletup. Sudahnya... dibuang aje kat tong sampah! Nasib baik tak bayor setengah juta Rupiah haritu kak oiii...
Sampai di KLIA, Kak Oja dah menunggu. Mak, Abah Mertua, Uji dan Ayat terus balik ke Batu Pahat. Kitaorang naik van yang dah ditempah untuk ke hotel di Bangi.
Hotel Amani dan Restoran Nasi Ulam, Bangi. Recommended...
Nasib baik esoknya kita dah sihat. Dapatlah pergi ke Klang dengan kontraktor, mencari tile untuk rumah Salak Tinggi. Sempat jugak singgah di Giant Shah Alam. Happy kita dapat membeli tudung yang sesuai untuk baju-baju baru. Kita katakan pada Cik Abang, next time kita shopping kat Malaysia ajelah... puas hati.
Hari kedua, kitaorang round-round kat Alamanda, Putrajaya sampai malam. Tak lama selepas balik ke hotel, Hannan mengadu sakit perut. Ah sudah! Dia pulak yang muntah-muntah dan lebih teruk diarrhoea. Tapi yang heran, bila telefon Uji dan Mak Mertua, diaorang takde apa-apa pulak. Ok aje. Hmmm.... tahan betul perut.
Hannan pucat lesi di KLIA...
Selain daripada si Hannan yang terlentok dan terbaring kat bangku KLIA, perjalanan balik tak ada masalah. Alhamdulillah...
Until later...
No comments:
Post a Comment