Sunday, January 27, 2013

Paceri Kering Terung dan Kelapa...

Paceri Kering Terung dan Kelapa...
Haaiiaa... puaslah pikir apa nak dipanggil lauk nih? Nak letak nama Paceri Kering El-Huda... rasa macam over la pulak kan... hahaha... Satu lagi resepi hantam asal jadik... sedaaap. Alhamdulillah...

Lauk terung lagi? Suka betul si Huda ni makan terung ek? Taklah jugak. Sebenarnya masa kita budak-budak dulu, tak reti makan terung kecualilah kalau dimasak paceri. Kalau masak gaya lain tak lalu... Sebab tu la sekarang ni kita suka sangat nak bereksperimen dengan terung...

Ini ialah olahan semula resepi klasik Paceri Terung tu. Meh cuba!

Paceri Kering Terung & Kelapa...

8 biji terung saiz kecil
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia
1 sdbsr udang kering
2 sdbsr lada kisar
2 sdbsr serbuk kari
5 biji cili padi
1 sdbsr gula
1 keping asam keping
1/4 cwn kelapa parut
sedikit daun kari
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit garam
minyak masak secukupnya

Bersihkan terung, lap kering dan potong memanjang di tengahnya tapi jangan sampai putus.
Goreng terung hingga lembut. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
Panaskan minyak dan tumiskan rencah yang dikisar tadi.
Masukkan cili padi yang dihiris, serbuk kari, gula, asam keping, kelapa dan daun kari.
Masukkan jugak serbuk lada hitam, lada putih, garam dan kelapa parut.
Tumis hingga naik minyak dan kering. Sesuaikan rasa manis dan masin.
Masukkan terung dan gaul rata. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Hmm... resepi Terung Goreng Berlada takde pulak masuk entri ek? Padahal itulah yang paling selalu buat. Rasanya macam ada pernah diambik-ambik gambarnya. Nantilah kita korek-korek kat album, tengok kalau ada. Kalau takde, kita masaklah yea... Insya Allah masuk entri...

Until later...

2 comments:

  1. salam Huda aduh terliur kaknoor tengok paceri ni, macam2 ada dah baca satu persatu harus di cuba ni heee pasti sedapppppppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try dgn rempah kari homemade Kak Noor...

      Delete