Sunday, February 3, 2013

Jantung Pisang Rebus Cecah Budu...

Dah lama tak merasa budu...
Yea kawan-kawan... jantung pisang ada dijual kat Doha ni. Harganya QR 6.50 sekilo... import dari India. Selalunya Jantung Pisang Rebus orang cecah dengan Air Asam atau Sambal Belacan. Tapi kita ambik kesempatan bukak Budu Ketereh yang sebotol tu. Yang pasti cecah budu memang sedap... 

Senang aje nak buat nih... Meh cuba...

Jantung Pisang Rebus...

1 biji jantung pisang
sedikit garam
sedikit minyak

Didihkan air bersama garam dan sedikit minyak.
Kopek lapisan kulit jantung pisang yang keras.
Bilas bersih dan belah dua.
Potong empulurnya tapi jangan sampai ke hujung.
Masukkan ke dalam air mendidih dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.

Budu...

1/2 cwn budu
1 bwg besar
5 biji cili padi
2 biji limau nipis

Hiriskan bawang besar dan cili padi.
Masukkan ke dalam budu.
Perahkan limau nipis dan gaul rata.
Panaskan budu sebentar di atas api kecil.
Siap untuk dihidang.

Lepas ni nak lawankan budu dengan ikan panggang pulak. Waaa... sedaapnya!

Until later...

8 comments:

  1. Huda, I tak sangka you pun pandai mkn budu! hahaha...ikan panggang cicah budu pun sedap jugak..

    ReplyDelete
  2. orang johor makan budu? heee...saya belum reti lagi walaupun adik ipar dan abang ipar orang pantai timur dan kalau p umah deorang, budu mesti ada atas meja..

    p/s berseri rumah baru..

    ReplyDelete
  3. Belum kena budu... belum tau... hehe...

    p/s Dulu rajin berhias tapi ada kejap tu blog jadi macam-macam problem, seriau kita dibuatnya. Dekat 2 tahun guna template blogspot aje. Masuk tahun baru ni... nak jugak naikkan seri rumah ni...

    ReplyDelete
  4. yumm..sedapnyer.. suka sgt2 mkn jntung pisang... mmg bertambah nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sedap kan? saja ajar anak-anak makan lauk kampung... biar diaorang pulak tau rasa sedapnya...

      Delete
  5. Kalau mkn dgn Budu plus ulam2 mmg bertambah2 le mkn kan

    ReplyDelete
  6. budu, cencaluk, tempoyak, air asam, sambal belacan - semua pembuka selera tu..

    ReplyDelete