Lebih dikenali dengan nama Fish Ball... |
Buat Bebola Ikan ni dah lama dah... sebelum bulan puasa tahun lepas lagi. Sebelum buat Kefta Tagine dan Kuih Getas. Tapi biasalah... kengkadang ada jugak cerita-cerita yang tertinggal. Macam resepi ni dan cerita budak-budak bersuka-ria kat Kidzania...
Tapi takpelah kan? Better late than never kata omputih. Buat Bebola Ikan atas permintaan Cik Abang - like normal la kan. Teringin kata dia... Oklaaa... Oklaaa... buat la nii... hehehe...
Kita pun terjahlah internet. Sengaja cari blog penulis bangsa China dari Malaysia dan Singapore. Yelah... dah tentu ini kan makanan dia. Kita jumpa resepi kat SINI dan SINI...
Dua blog tu ceritakan rahsia untuk mendapatkan Bebola Ikan yang lembut tapi menganjal bila dipicit dan melantun bila dibaling. Ia dipanggil The Doink-Doink Factor. Kat SINI ada video tunjuk macamana nak buat gerak rahsia itu yea... Meh cuba!
Bebola Ikan / Fish Ball...
1 kg ikan tenggiri segar
1 sdt garam
1 sdt serbuk lada putih
air secukupnya
ais secukupnya
Ikan disiang dan dibasuh bersih. Lap kering dengan tisu dapur.
Potong ikan kepada beberapa bahagian.
Kopek kulit ikan dan asingkan tulang-tulangnya
*Boleh juga belah ikan memanjang dari belakang kepala ke ekornya.
*Kemudian keruk isi ikan dengan menggunakan sudu.
Gaulkan garam dan serbuk lada putih pada isi ikan.
*Kemudian keruk isi ikan dengan menggunakan sudu.
Gaulkan garam dan serbuk lada putih pada isi ikan.
Gunakan pengisar kering dan kisar isi ikan.
*Boleh juga cincang isi ikan dengan pisau di atas papan pemotong kayu.
Masukkan isi ke dalam besen. Basahkan tangan dan kaup isi ikan.
Masukkan isi ke dalam besen. Basahkan tangan dan kaup isi ikan.
Angkat dan balingkan semula ke dalam besen. Yea! Balingkan isi ikan itu!
Kaup, angkat dan balingkan isi ikan sebanyak kali yang boleh.
Buat sehingga isi ikan menjadi sebati, lembut dan licin berkilat.
Kalau tak larat, gunakan mixer dengan cangkuk untuk menguli doh.
Kita baling 10 kali... lepas tu lenguh. Jadi guna mixer untuk 5 minit. Kemudian baling lagi 10 kali... |
Basahkan tangan dan kaup sedikit isi ikan. Genggamkan tangan.
Bebola ikan akan terhasil di ruang antara ibu jari dan jari telunjuk.
Ambil bebola ikan dengan sudu dan masukkan ke dalam air sejuk tadi.
Ulangi proses hingga habis. Rendam selama 1/2 jam.
Masukkan bebola ikan ke dalam air mendidih. Angkat apabila sudah terapung.
Sudah boleh digunakan untuk masakan atau disimpan dalam freezer.
Dah dapat tangkap rahsia untuk dapatkan The Doink-Doink Factor? Hahaha... Acara baling-membaling itulah rahsianya. Kita rasa Bebola Ikan akan jadi lebih cantik, licin dan lembut kalau dicincang dengan pisau atas papan pemotong kayu. Ini ialah kerana urat-urat putih (tengok dalam gambar tu...) akan tercincang sama...
Paling penting... urat-urat putih tu takkan melilit pada cangkuk doh. Omak aaiii... letih nak membuangnya! Apa rasa? Lenguh bahu Kak! Hahaha... Dah tu tangan, baju, besen, pengisar, sink dapur... semuanya bau ikan. Tapi Alhamdulillah... berbaloi sebab satu keluarga dapat makan Bebola Ikan yang sedap dan doink-doink belaka...
Lepas ni... projek Kek Ikan pulak. Apa? Fish Cake laa... Insyaa Allah...
Until later...
wah...buat fishball sendiri!! mmg kena semangat kena kental kalau nk buat fishball ni kan...
ReplyDeleteKena ambik nafas besar... hehe...
ReplyDeleteTapi memang berbaloi. Dapat dalam 40 biji fish ball original yang 100% isi ikan. Rasa dia pun lain dari yang kita biasa makan...
kagumnya usaha gigih huda utk keluarga tercinta ni. hehe syabas!!!!
ReplyDeletekami masih lagi senang nak beli kira beli ajela ye. sebenarnya ros ada simpan resepi buat fishball ni (dah berzaman, kertas pun dah kuning) tapi mmg xterfikir nak buat lagi since senang je beli, heheh!!!xtau le kot2 pasni tercampak @tempat xde fishball halal mau kena jadi cam huda gak ;)
Kita pun tak pernah terpikir kena buat sendiri... tapi bila terpaksa, diboleh-bolehkan ajelah... hehe...
Deletewahhh kena ada semangat kental nak buat fishball yang kental gini...hehe...
Deletesalam perkenalan huda
www.noramizaahmad.blogspot.com
buat sendiri dengan ikan fresh...amboi mestilah terasa ikannya berbanding dengan kami yg beli sedia ada...rasa lebih tepung je, heee. tahniah..
ReplyDeleteSebenarnya yg M'sia made tu kira masih ok lagi. Yg ada terjual kat sini lagilah rasa mcm makan doh tepung Anim. Kalau nak buat bubur caca pun boleh rasanya...
Delete