Dah lama betul tak masukkan entry masak-masak kan? Jadi harini kita nak tunjukkan resepi dari Morocco - Kefta Tagine. Resepinya kita ambik dari buku resepi Moroccan Easy Recipes. Techniques. Ingredients. Buku souvenir yang dibeli masa pergi Dubai dulu...
Senang cerita... masakan ni sebenarnya ialah bebola daging dalam sos tomato. Macam biasa makan aje kan? Macam kuah spaghetti dan meatballs tu ke? Oh tidak... seakan sama tapi langsung tak serupa. Yang itu rasa Eropah... yang ini asli rasa Timur Tengah. Sangat sedap! Meh cuba...
Kefta Tagine...
Bebola Daging..
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdt pes halia
2 sdbsr daun sup dihiris
2 sdbsr daun ketumbar dihiris
1 sdbar daun pudina dihiris
1 sdt serbuk paprika
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
1/2 sdt serbuk jintan halus
1 sdt garam
3 sdbsr minyak zaitun untuk menggoreng
Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
Bentukkan menjadi bebola mengikut saiz yang disukai.
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non-stick dan gorengkan bebola daging.
Sentiasa golek-golekkan bebola daging semasa menggoreng supaya masaknya rata.
Angkat dan ketepikan. Lap bersih kuali dengan tisu dapur.
Sos Tomato...
2 sdbsr minyak zaitun
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sdt serbuk jintan halus
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk kayu manis
10 biji besar tomato ranum - dibuang biji dan dipotong dadu
2 sdbsr harissa (pes lada) - gantikan dgn lada kisar
4 sdbsr daun ketumbar dihiris halus
2 biji telur
garam secukup rasa
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang besar sehingga ia lembut.
Masukkan bawang putih, serbuk jintan halus, paprika dan kayu manis.
Tumiskan sehingga naik minyak. Masukkan tomato dan harissa / lada kisar.
Didihkan sebentar dan kemudian renehkan atas api kecil selama 15 minit.
**Panaskan oven dengan suhu 200C. Masukkan satu bekas tahan panas ke dalamnya.
Boleh tambahkan sedikit air jika kuah sudah terlalu kering. Masukkankan daun ketumbar.
Masukkan bebola daging dan renehkan lagi selama 10 minit. Sesuaikan rasa garam.
Alihkan kesemuanya ke dalam bekas tahan panas tadi. Pecahkan telur ke atasnya.
Masak dalam oven selama 5-8 minit atau sehingga telur set. Hidangkan panas bersama roti arab.
Secara tradisi, masakan ni dimasak dan dihidang dalam bekas tagine yang masyhur tu. Tapi kita buat cara alternatif tadi la... Teringin benar nak beli tagine sebijik, tapi yang kita ada jumpa tu terlalu mahal la pulak harganya. Cantik sangat pun ya... sayang nak buat masak kalau dibeli. Kalau rupa plain aje mungkin taklah rasa ralat sangat nak letak atas dapur. Hehe... cakap-cakap orang tak mampu... Klik sini kalau nak tengok cara masak guna tagine.
Cik Abang pulak bila nampak lauk dalam kuali... mintak tambah kuah. Jadi kita pun terpaksalah masak kuah tambahan... tapi guna pes tomato. Tu yang kuah kat gambar atas jadi merah menyala.
Untuk rasa yang asli... gunalah rempah-rempah serbuk kayu manis, cayenne pepper dan paprika tu yea... Berbaloi membeli kalau belum ada gerobok dapur. Pemangkin semangat untuk cuba resepi lain pulak kan? kan?
Until later...
cantik! belum jumpa tagine yg plain ... semua yang lawa-lawa
ReplyDeletenak kena gi Morocco jugak kot baru jumpa... hehe... lagi berganda mahalnya tu...
Deleteterliur tengok ni huda...makruh pulak, heeee.
ReplyDeleteserbuk cayenee pepper langsung tak pernah kuguna...alamat HARUS dicuba selepas raya!
Anim, saya pun first time guna cayenne pepper ni...
Delete