Friday, July 12, 2013

Mee Kuning...

Mee Kuning in the house...
Assalamualaikum... Kalau ada sesiapa yang pernah terbaca, kita dulu ada menolak permintaan Cik Abang untuk buat sendiri Mee Kuning. Setelah sekian lama... akhirnya kita mengalah. Buatlah jugak Mee Kuning ni haa... Masa mula-mula sampai Doha, punyalah teringin nak makan... macam orang mengidam...

Kali pertama jumpa Mee Goreng kat Pasar Malam anjuran Persatuan Malaysians In Qatar... hantam beli 6 pek dan kitaorang terus makan kat situ jugak. Adalah hampir tiga suku penuh pek polysterene putih tu, harganya QR 10.00 sepek. Hambik Kak oooiii... nasib baik sedap!

Kemudian ada rakan yang syorkan merebus Spaghetti dengan kunyit macam kat entry ini. Bolehlah dapat sikit-sikit rasa dan rupa Mee Kuning. Tapi buat macam ni cuma sesuai untuk juadah mee yang berkuah. Kalau dibuat goreng... hancor jadinya...

Lepas tu kita mula membeli pulak dengan rakan-rakan yang buat homebusiness Mee Kuning. Harga sekilo QR 12.00. Bab harga kitaorang tak hal sangat. Yang jadi  halnya ialah... lepas order kena tunggu 2-3 hari baru dapat. Kadang-kadang seminggu kena tunggu. Bila Cik Abang dah kata, "Cuba ajelah buat..." Ia sebenarnya membawa maksud, "Buatlah, buatlah, buatlah..." Hahahaha...

Masa balik cuti Dis 2012 haritu, ada pulak sebijik mesin pasta/mee yang Abah dah lama beli tapi belum pernah guna dalam gerobok dapur. Abah kata, "Kalau nak... ambiklah..." Pucuk dicita, ulam mendatang kata orang Melayu...

Berbekalkan mesin pemberian Abah dan resepi dari Puan Hasiah Hashim yang telah diubahsuai, Alhamdulillah... dalam seminggu mesti ada sekali kita buat Mee Kuning. Bila dah reti... taklah payah sangat pun sebenarnya... cewah-cewah... Jom ke dapur!

Mee Kuning...

3 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn air
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak masak secukupnya

Sukat air. Pecahkan telur ke dalam bekas air dan tambahkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Letakkan tepung dalam mangkuk. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh.
Uli hingga doh menjadi lembut dan licin. Kalau rasa terlalu berat, bahagikan doh kepada dua bahagian.
Didihkan air yang dicampur dengan sedikit minyak. Kemudian kecilkan api supaya air kekal panas.
Bahagikan doh kepada beberapa bola kecil. Selalunya kita bahagi kepada 4 biji bola.
Gelek doh di bahagian penggelek yang rata untuk beberapa kali. Gunakan ketebalan no. 7.
Sapukan tepung pada kepingan doh dan ketepikan. Buat sehingga kesemua doh habis.
Ambil kepingan doh dan lalukan pada penggelek untuk membentuk mee.
Sambut mee yang terbentuk dan tarik perlahan supaya mee tidak keriting.
Taburkan tepung supaya mee terlerai dan tidak melekat antara satu sama lain. Buat sehingga habis.
Masukkan mee ke dalam air tadi dan direneh perlahan selama 2-3 minit.
Angkat, tos dan bilaskan sebentar dibawah air mengalir. Kemudian gaulkan dengan minyak.

Sukatan tepung kita dah kurangkan 1/2 cwn dari resepi asal. Tak larat nak uli bila tepung banyak sangat. Dohnya terlalu keras. Lenguh Kak oii... Nak guna mesin penguli handheld tu? Mau hangit motor mesin tu karang. Lainlah kalau ada mesin dengan kekuatan industri... hahaha...

Kalau rajin, bolehlah uli dan rehatkan doh beberapa kali. Doh akan jadi semakin lembut tapi liat. Mee yang terhasil akan jadi lebih kenyal dan dan kekal panjang bila digoreng. Hmm... tak jumpa ler pulak blog yang kasik tips ni... tapi apapun cubalah. Insyaa Allah... memang menjadik...

Akhir sekali... jangan ganggu-ganggu mee masa merebus. Gunakan api kecik dan biarkan mee timbul sendiri. Barulah boleh dikocak-kocak perlahan untuk meleraikan meenya. Kita suka guna serampang dua mata macam kat dalam gambar tu haa... kalau takde... guna garpu biasa pon boleh...

Until later...

p/s Dua kali terakhir membuat mee, kita terpaksa gelek guna rolling pin. Bahagian penggelek yang rata tu dah tak selari. Habis peat-peot doh kita dibuatnya. Kata Cik Abang, "Kena cari yang buatan Itali agaknya..." Hehehe... kita boleh aje...

4 comments:

  1. Aku semangat ni nak cari pasta maker.... Masa nak pindah hasni dah suruh beli tapi eksyen tak mau sbb aku tak minat mee. Balik oman nanti boleh la eksperimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mana tau habis eksperimen hang boleh jadik tokey mee kuning kat Muscat... kan? kan?

      Delete
  2. suka..suka. lepas ni ajar saya buat pasta pulak ya..

    p/s kami kat m'sia ni sombong nak buat sebab kat sp ni, insyaAllah ramai mee muslim. agaknya kalau terdesak, baru kalut nak buat. pasta maker tu ada (bukan made in Italy ye walaupun tertera begitu) tapi guna time gelek nak buat karipap aja..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes dah habis terdesak la ni Anim. Teringat dulu kita selalu singgah kat kilang buat mee kuning & kue tiew kat Kuala Belait. Harga baru $2.++ Brunei. Senang dapat mana nak buat sendiri.

      Pasta ke? Hmmm... semalam ada tercetus idea tapi bukan pasta spaghetti tapi ravioli. Itu kena tunggu mesin baru eh Anim... hehehe...

      Delete