Monday, February 27, 2012

Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(1)

Alhamdulillah... minggu lepas, kitaorang sekeluarga diberi rezeki mengerjakan Umrah & Ziarah. Umrah & Ziarah ni ialah anjuran Malaysian Association of Qatar (MAQ). Ada rombongan yang menaiki bas dan ada yang macam kitaorang, pandu kenderaan sendiri.

Terima kasihlah pada orang-orang kuat MAQ yang dengan sukarela dan susah-payah menguruskan urusan pengangkutan, penginapan dan makanan untuk yang menaiki bas. Paling utama sekali... diaoranglah yang menguruskan Visa umrah dengan Immigresen Qatar dan Arab Saudi untuk semua jemaah. Bukan kerja senang tu...

Konvoi kereta ada 5 buah semuanya. Antara lima pemandu, dua orang dah ada pengalaman memandu ke Mekah & Madinah untuk Umrah & Ziarah. Jadi kitaorang yang lain-lain ni mengikut ajelah...

Perjalanan kitaorang begini... dari Doha ke Riyadh (tidur 1 malam) ke Madinah (duduk 2 hari) ke Mekah ( duduk 3 hari) ke Riyadh (tidur 1 malam) dan pulang ke Doha. Meh tengok gambar-gambar kembara...

Sampai di sempadan dalam pukul 5.00pg. Gambar atas ialah di Immigresen Qatar. Urusan selesai dengan mudah dan cepat. Masih awal pagi lagi semasa ke Immigresen Arab Saudi. Tapi kemudian kitoarang sangkut kat sana sampai ke pukul 9.30pg. Sabor... sabor...

Masa mula-mula sampai sana... tak ramai orang pun. Kalau tak kerana keliru dan berpusing ulang-alik ke depan, ke belakang... mesti awal dah siap. Orang yang dah pernah pergi pun keliru... cara tak sama macam dulu. Jadi ikutkan ajelah... tempat dia... cara dia... suka dia la kan... hahaha...
Bersyukur saja akhirnya dapat teruskan perjalanan ke Riyadh. Jauhnya lebih kurang 626km dan ambik masa lebih kurang 8 jam. Betul ke boleh sampai dalam 8 jam? Betul... sebab jalannya tegak dan lurus takde belok-belok. Lalu gurun dan padang pasir aje...
Warna pasir dan batu-batan bertukar-tukar sepanjang perjalanan. Kadang-kadang putih, kadang-kadang merah... ada jugak yang agak kehitaman. Bila lalu di kawasan berdekatan wadi, pasir nampak sedikit kehijauan. Gambar atas... unta putih melepak dan unta yang hitam legam. Kali pertama jumpa ni...
Bila dah hampir ke bandar Riyadh, boleh nampak kandang-kandang unta dan timbunan rumput di kiri-kanan jalan. Bela unta macam ni aje rupanya...

Dalam perjalanan mestilah berhenti-berhenti. Untuk solat, isi minyak, beli kopi, jajan, makan-makan dan jugak ke tandas. Rupa tempat singgah tu... kira nasiblah. Kalau kat Stesyen Minyak Sasco... cantik dan bersihlah. Kalau yang lain-lain tu... terima ajelah seadanya... Bila bermusafir perlu cekal jiwa hadapi benda-benda yang tak selesa dan bukan kebiasaan bagi kita. Itulah lumrahnya...
Alhamdulillah... kitaorang sampai di Riyadh dalam pukul 5.30ptg. Lepas keluar makan, semunya rehat dan tidur untuk sambung perjalanan selepas Solat Subuh. Tapi sebelum Cik Abang dapat rehat, Cik Kenit sorang ni suruh main-main dengan dia dulu. Anak Babah ler katakan...

Until later...

3 comments:

  1. Jangan ler jealous Mala. Aku dulu pun tengok aje orang pergi... Insya Allah... rezeki hang tak lama lagi...

    ReplyDelete
  2. Syoknya diaa.. dapat travel jalan jauh2.. I pun jeless.. yang kita org kat sini plan nak drive satu sabah sampai lahad datu pun tak terbuat buat.. asyik ler tanya boleh ke tidak.. :)

    ReplyDelete