Di antara waktu selepas siapkan Umrah, ziarah dan waktu balik... rutinnya ialah berulang-alik bersolat di Masjidil Haram. Bila bawak anak-anak kecik macam ni, memang tak dapatlah nak beriktikaf lama-lama. Paling dapat pun sikit-sikit waktu sebelum solat, selepas solat dan waktu antara Solat Maghrib dan Solat Isyak.
Setelah mencuba pelbagai lokasi untuk bersolat dalam Masjidil Haram... kita rasaTingkat 2 adalah paling sesuai untuk keperluan kitaorang bertiga. Tempatnya lapang, luas dan nyaman berangin. Kalau dapat berdiri di barisan 1-3, dapat melihat Ka'abah. Kalau dii barisan ke 4, dapat melihat bumbung Ka'abah. Jadilah... daripada tak dapat nampak langsung.
Ada rakan beritau, dia suka ke bahagian jemaah wanita Tingkat 2 yang betul-betul berhadapan dengan Multazam. Nantilah Insya-Allah... kalau dapat pergi lagi, kita nak mencari tempat tu. Ini gambar selepas Solat Isyak malam terakhir.
Masjidil Haram di hening pagi dari tingkap bilik...
Bangunan tinggi tu katanya ialah Istana Hinggap Raja Arab Saudi dan kerabatnya...
Restoran Di Saji di Menara Safwah. Restoran Masakan Melayu... hidangannya sangat sedap dan harga sangat berpatutan... Alhamdulillah. Tahniah kepada tuan punya, pengurus dan pekerja-pekerjanya.
Menara Jam di depan King Abdul Aziz Gate...
Ambik peluang bergambar di King Abdul Aziz Gate... meeting point kitaorang sekeluarga.
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Masjidil Haram. Mata semua tak boleh bukak, terlalu silau... Beratnya langkah nak tinggalkan Masjidil Haram. Semoga Allah memberi peluang dan rezeki untuk kita sekeluarga dapat kembali ke sini... Amiin...
Sudah meninggalkan Mekah untuk ke Riyadh. Perjalanan sejauh 877km yang ambik masa 10 jam.
Melalui kawasan perkhemahan Mina. Khemah putih sejauh mata memandang di kiri-kanan highway. Kosong...
Asyik-asyik gambor batu ek? Dah memang tu ler pemandangannya... nak buat camne... Perjalanan berjalan lancar Alhamdulillah... Sampai hotel semua orang dah tak larat nak keluar. Encik-encik suami pakat pergi beli Nasi Mandi dan semua makan kat bilik aje...
Masa nak tidur ni laa... cerita Si Haniis bersambung. Haniis ni budak yang senang nak ditidurkan. Sejak baby lagi, memang tak bermasaalah. Kalau dia lawan mata sekali pun... nangis sikit-sikit aje. Pujuk-pujuk, tepuk-tepuk... lelaplah dia. Dan masa tu dia dah lelap pun sebenarnya... tapi tiba-tiba dia terus duduk dan menangis sekuat-kuatnya. Terkejut kita dibuatnya...
Cubalah pujuk-pujuk tapi dia terus-terus menangis. Berguling-guling tak boleh didukung. Kita dah mula tak sedap hati. Lain macam aje stail nangis ni. Tiba-tiba dia bukak mata, tunjuk kat sudut bilik dan terus sambung nangis sekuat-kuatnya. Aik...?!
Kita suruh Hannan kejutkan Babahnya. Dia tidur kat sofa... tidur orang penat, memang tak dengar apa dah. Dalam dia tengah mamai-mamai tu... mujarab jugak bacaan dia. Haniis pelan-pelan tenang dan sambung tidur. Tapi tak sampai 2 minit pun... dia melompat bangun dan melalak lagi.
Tunjuk-tunjuk kat sudut yang sama... alahai... tak lain la ni. Kita dah kata... memang tak suka betul kalau budak dah terbukak "tabir mata" ni. Serba susah dibuatnya. Malam tu kita dan Haniis tidur kat sofa berteman bacaan Quran dari Channel Iqra.
Dalam hati kita berbisik, "Ya Alah... tutupkanlah semula "tabir mata" anak aku ni... Jauhkanlah dia dari gangguan-gangguan syaitan Ya Allah... Janganlah berlarutan sampai ke rumah. Amiin Ya Allah..." Doa kita sebelum terlelap sama...
Until later...

tak sempat ambil gambar kambing padang pasir ke kat area batu2 tu? saya nampak dari bas aja..tak sempat nak snap..
ReplyDeleteKitaorang pun tak sempat nak ambik gambar kambing. Kambing kecik... dah dekat baru nampak. Baru nak snap dah lepas...
Delete