Bun Kefta Kebab buat bekal budak-budak dan Cik Abang... |
Kalau kat Malaysia, roti ban selalu intinya kacang merah, kelapa manis, margerin dan gula, krim vanilla, krim coklat, krim jagung dan kaya... takpun kari ayam atau sambal bilis...
Tapi kat sini... rotinya berintikan keju atau krim keju (cream cheese kata Omputih atau labneh kata Mak Arab) dan digandingkan dengan sosej, daging cincang, sayur bayam dan buah zaiton...
Disebabkan Kefta Kebab ada berlebih kat dalam freezer... maka kita pun mencuba-cubalah. Alhamdulillah... menjadi. Dah jadi kegemaran baru ni. Meh cuba...
Kefta Kebab...
Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan bentukkan menjadi silinder.
Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan gorengkan kebab hingga separa masak.
Sudah boleh digunakan sebagai inti roti ban atau dibekukan untuk kegunaan di waktu lain.
Doh Roti...
3 cwn tepung gandum
2 sdbsr gula
2 sdbsr susu tepung
1 sdbsr yis
1/4 cwn minyak
3/4 cwn air suam
Gaulkan tepung, gula, susu tepung dan yis.
Tuangkan minyak dan ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan-akan serbuk roti.
Tambahkan air dan uli perlahan-lahan hingga mendapat doh yang lembut.
Tak perlu uli lama-lama. Cukup bila doh tak lagi tidak melekat di tangan dan di mangkuk.
Tutup dengan kain basah dan biarkan doh naik dua kali dari saiz asal.
Sapukan minyak pada tangan, bahagikan kepada 12 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.
(Resepi ni akan menghasilkan roti yang sedikit manis, kurangkan gula jika mahu...)
Bun Kefta Kebab...
12 batang kefta kebab
krim keju secukupnya
sos cili atau sos tomato secukupnya
Canaikan sebiji bebola doh.
Sudukan krim keju dan sos cili atau sos tomato keatasnya.
Letakkan sebatang kefta kebab dan bungkus kemas.
Susun dalam dulang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit.
Siap untuk dihidang.
Nota: Selepas siap membungkus bun, bolehlah kalau nak kembangkan doh sekali lagi. Tapi ini stail roti arab... tak perlu nak kembang-kembangkan sangat. Walaupun gitu, rotinya InSyaaAllah tetap lembut dan sedap...
Until later...

500g daging lembu / biri-biri cincang
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdt pes halia
2 sdbsr daun sup dihiris
2 sdbsr daun ketumbar dihiris
1 sdbar daun pudina dihiris
1 sdt serbuk paprika
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
1/2 sdt serbuk jintan halus
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt garam
1 sdt garam
3 sdbsr minyak zaitun untuk menggoreng
Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan bentukkan menjadi silinder.
Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan gorengkan kebab hingga separa masak.
Sudah boleh digunakan sebagai inti roti ban atau dibekukan untuk kegunaan di waktu lain.
Doh Roti...
3 cwn tepung gandum
2 sdbsr gula
2 sdbsr susu tepung
1 sdbsr yis
1/4 cwn minyak
3/4 cwn air suam
Gaulkan tepung, gula, susu tepung dan yis.
Tuangkan minyak dan ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan-akan serbuk roti.
Tambahkan air dan uli perlahan-lahan hingga mendapat doh yang lembut.
Tak perlu uli lama-lama. Cukup bila doh tak lagi tidak melekat di tangan dan di mangkuk.
Tutup dengan kain basah dan biarkan doh naik dua kali dari saiz asal.
Sapukan minyak pada tangan, bahagikan kepada 12 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.
(Resepi ni akan menghasilkan roti yang sedikit manis, kurangkan gula jika mahu...)
Bun Kefta Kebab...
12 batang kefta kebab
krim keju secukupnya
sos cili atau sos tomato secukupnya
Canaikan sebiji bebola doh.
Sudukan krim keju dan sos cili atau sos tomato keatasnya.
Letakkan sebatang kefta kebab dan bungkus kemas.
Susun dalam dulang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit.
Siap untuk dihidang.
Nota: Selepas siap membungkus bun, bolehlah kalau nak kembangkan doh sekali lagi. Tapi ini stail roti arab... tak perlu nak kembang-kembangkan sangat. Walaupun gitu, rotinya InSyaaAllah tetap lembut dan sedap...
Until later...
dah start meroti ... jintan halus tu jintan putih/manis?
ReplyDeleteAku ni dah lama meroti, tapi yang setakat stail roti nan & roti arab yang tak payah nak naik tinggi-tinggi. Roti gebus-gebus kadang-kadang jadi, kadang-kadang tidak...
ReplyDeleteErrr... sebenarnya aku pun konpius gila dari dulu tak reti-reti... hahaha...
Sebab tu aku panggil jintan halus & jintan kasar.
Senang ginilah. Jintan halus = cumin Jintan kasar = fennel ^_^
hahaha aku pun hampeh kalau tak dak label kat rempah tu mmg tak tau. setakat kulit kayu manis, pelaga, keras,cengkih, lawang kenal la ...
Deleteboleh buka bakery "Resepi dari Timur Tengah" kat malaysia ni...nanti saya jadi managernya (perasan!)..jika tidak pun, pelanggan tetapnya!
ReplyDeleteDatang ke dapur aje Anim... InSyaaAllah dapat la merasa...
ReplyDeletex pernah cuba lagi ni
ReplyDeleteMeh la try Lya... InSyaaAllah sedap...
Delete