Friday, December 7, 2012

Sweet Apple Samosa...

Sweet Apple Samosa yang tercipta...
Hemmm... macamana boleh jadik gini? Sebab utama... kepala otak dah naik sebu memikirkan apa benda lagi nak dibuat sebagai bekal untuk budak-budak dan Cik Abang...

Muffin dah bermacam jenis muffin... apam dah bermacam jenis apam... nasi goreng dah macam-macam jenis rupa dan gaya. Karipap, lempeng, pau, apam balik, jemput-jemput, stuffed potato, pasta bake... pun dah jadik. Sandwich? Toksah cakaplah... tukang membuatnya ni pun dah naik jemu...

Haritu kita termenung kat depan fridge. Tengok kat freezer ada sebungkus kulit samosa. Dah lama terbeku kat dalam tu. Tengok kat bawah pulak, ada buah epal dua bijik dok tergolek-golek. Terdetik... mungkinkah terjadi? Alhamdulillah... jadik!

Sweet Apple Samosa...

2 biji buah epal
1/2 cwn brown sugar
1/4 cwn kismis
1/4 cwn oat segera
3/4 cwn air
1/2 sdt serbuk kayu manis
50g mentega
secubit garam

kulit samosa secukupnya

Kupas epal, buangkan empulurnya dan hiris nipis. Letakkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Gunakan api sederhana. Masak inti sehingga epal lembut dan oat menjadi likat. 
Pastikan inti sentiasa dikacau semasa memasak supaya ia tidak hangus atau melekat.
Sejukkan dan sedia untuk diguna.
Leraikan kulit samosa. Sudukan inti keatasnya dan bungkus kemas. Buat sehingga inti habis.
Goreng samosa menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan samosa supaya gorengnya rata.
Apabila sudah kekuningan, angkat dan letak atas tisu dapur untuk tos minyak. Siap untuk dihidang.

Kata budak-budak... "Macam Apple Crumble Ibu...!" Pandaaaiii... memang itu pun inspirasinya...

Until later...

p/s Kita buat sedikit bancuhan tepung untuk mencelup bahagian tepi samosa yang ternganga. Maklumlah... skill membungkus masih dalam tahap hentam keromo asal jadik aje... hahaha... Alhamdulillah... selamat inti samosa masa menggoreng...

6 comments:

  1. genius bukan setakat pandai matematik, pandai sains aja...
    "orang dapur" pun sepatutnya digelar genius sebab boleh cipta sesuatu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah kalau kasik 10 bahan yang sama pada 10 orang tukang masak... hasilnya semua lain-lain kan? ^_^

      Delete
  2. menarik! samosa yg dah goreng tu nmpk mcm celup tepung ja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celup tepi-tepi aje, kalau tak habis terkeluar semua inti masa menggoreng. Payah jugak nak melipat samosa nih. Terkial-kial... hehe...

      Delete
  3. MENARIK NI.. RESEPI LAIN DRP KEBIASAAN

    ReplyDelete