Monday, August 23, 2010

Serunding Kelapa...

Serunding kelapa...

Serunding yang selalu dihidangkan semasa Hari Raya. Dimakan bersama lepat, ketupat palas, lemang atau pun kadang-kadang ditabur pada ketupat yang sudah disiram dengan kuah lodeh.

Serunding ini jugak bekalan kita semasa zaman-zaman belajar dulu. Bila ditabur pada nasi bungkus, tak kiralah apa lauknya... eeemmm... percayalah, menjadi-jadi sedapnya... hehehe...

Resipi ni kita ambil dari Mak Ha masa kitaorang berborak-borak pada Hari Raya tahun lepas. Resipi turunan dari Maktuk agaknya. Menaun-naun disimpan, tak pernah mencuba hinggalah hari ini. Alhamdulillah... menjadi!

Serunding Kelapa

1/2 kg kelapa parut
1/4 kg daging
1 cwn ketumbar
2 sdbsr jintan manis
6 ulas bawang putih
3 btg serai
2" lengkuas
1 1/2" kunyit
1/4 bulatan belacan
1 kepal kecil asam jawa
1/2 cwn air
3 sdbsr gula
garam secukup rasa

Daging dihiris nipis.
Ketumbar dan jintan manis disangai dan dikisar kering.
Kemudian kisarkan pula bawang putih, serai, lengkuas, kunyit, belacan, gula dan garam menggunakan perahan air asam jawa.
Ambil sedikit rempah dan rencah yang dikisar dan gaulkan pada daging.
Selebihnya digaul pada kelapa parut.
Ramaskan kelapa hingga sebati dan terbit sedikit santan.
Sesuaikan rasa manis dan masin.
Tumiskan daging dengan sedikit minyak dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan kelapa parut, gaul rata dan sangai.


Buat pengetahuan, kita cuma guna dalam 1/4 kg kelapa aje...

Gunakan api sederhana dan pastikan kelapa sentiasa dibalik-balikkan supaya tidak hangus.
Serunding sudah siap apabila kelapa sudah kering, rangup dan berwarna perang.

Jadi bahan-bahan lain pun kita ubah ikut kesesuaian. Cukuplah sebagai eksperimen kali ni...

Kalau nak, boleh jugak digaulkan kacang goreng , sedikit biji ketumbar yang sudah disangai dan sesudu lagi gula ke dalam serunding beberapa minit sebelum diangkat.

Gula takkan mencair dan dengan bahan-bahan tambahan yang lain tadi, menambah rasa dan tekstur rangup bila kita mengunyah.

Ada sesetengah orang, sukakan serunding yang sedikit lembab tapi kita lebih suka yang benar-benar kering supaya ia tahan lama. Hanya perlu disimpan dalam bekas kedap udara tanpa perlu masuk dalam peti sejuk.

Until later...

No comments:

Post a Comment