Sedang menanti waktu berbuka...
Ramadhan tahun ni, kita pecah rekod sebab hampir hari-hari buat kuih. Bukannya sebab kita ni terlebih rajin ke hapa ke, tapi lebih kepada mengikut keadaan semasa.
Dulu-dulu... masuk aje waktu berbuka, kitaorang akan terus makan nasi atau makan makanan berat-berat sampai kenyang, barulah solat Maghrib.
Kemudian, Cik Abang kata, kita kena tukar stail sebab makan berat-berat ni leka. Hujung-hujung maghrib barulah sibuk nak bersolat. Dahlah tu, kenyangnya yang amat.... aduuuh... nak rukuk, nak sujud pun payah kan?
Perubahan dibuat dan kitaorang mula berbuka dengan minum-minum air, makan kurma atau makanan yang simple-simple macam jemput-jemput ke, pisang goreng ke, sandwich ke... kalau ada kuih pun, selalu yang dibeli aje.
Ramadhan kali ni pulak, Cik Abang berbuka di Surau Panaga. Selesai solat Maghrib barulah dia balik ke rumah dan makan nasi sama-sama. Berbuka di surau kan gaya pot-luck, itulah yang kita ni hari-hari kena mencari idea nak buat kuih apa.
Tapi takpelah, kita pun seronok jugak. Kalau tak macam ni, takdelah nak mencuba buat benda-benda baru, terutamanya kuih-muih tradisional Melayu.
Hari Rabu lepas, kita buat Kuih Kaswi. Ini ialah percubaan kali kedua. Percubaan pertama tahun lepas tapi tak berapa menjadi. Kuihnya agak keras dan terlalu manis.
Resipi yang kita guna ni dari blog Chef Hanieliza.
Kuih Kaswi Gandum
5 cwn air
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
2 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg ubi
1 sdt air kapur
1 cwn kelapa + 1 sdbsr gula + sdt garam
Masakkan gula merah, gula pasir bersama air dan sejukkan dahulu.
Panaskan kukusan.
Sapukan sedikit minyak pada loyang atau lapikkan dengan plastik.
Bancuhkan tepung gandum, tepung ubi, air kapur dan air gula.
Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Kalau mahu, bungkus penutup kukus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kuih.
Angkat dan biar benar-benar sejuk sebelum dipotong dan dihidang bersama kelapa parut tadi.
Gambar sebelum dan selepas dikukus...
Resipi ni boleh dapat 2 loyang 7"x7". Kita bancuh separuh sukatan aje. Satu loyang kat gambar tu cukup untuk buat berbuka di rumah dan di surau. Sekali lagi, kita happy sebab kuih menjadi! Ngam-ngam aje lembut dan manisnya.
Haaaaa.... yang ini pulak cawan porselin untuk acuan kuih lompang yang kita jumpa semalam. Ada terselit kat celah-celah barang di kedai Nyonya kat Seria tu. Hehehe... punyalah behabuk-habuk plastiknya. Dapatlah 20 biji dan Nyonya kata $13.00. Oklah Nyonya... janji dapat!
Ting, ting, ting, ting....
Until later...
hah! jumpa pun acuan lompang tu.. nice! mak aku dulu rajin buat buih kasui (versi yg liat sikit) tapi kami makan dengan sirap gula melaka.
ReplyDeleteTak pernah dengar la makan dgn gula melaka... Hang buat la... lepas tu boleh ler aku try pulak!
ReplyDeletesama saja cuma tak gaul dgn kelapa parut. mcm mkn kuih lopes. nanti balik raya aku tanya mak aku resepi. ntah ingat ka tak.. ;)
ReplyDelete