Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak urusan sekolah budak-budak. Kat sini memang banyak Sekolah Antarabangsa, tapi disebabkan kita nak masukkan 4 orang sekaligus dalam satu sekolah, pilihan jadi agak terhad. Sebelum apa-apa budak-budak ni kena ambik entrance test dulu. Ada sekolah yang charge QR 100.00 sorang, ada yang QR 200.00 sorang. Samada dapat atau tak dapat masuk, nak atau tak nak masuk, belanja entrance test kira hangus.
Walaupun ada pengalaman dengan Sekolah Antarabangsa masa kat Brunei.. cuak jugaklah mula-mula tu... takut diaorang tak boleh buat. Tapi hhmmm... kesimpulannya... kalau setakat tahap 1 sampai 6, memang pelajaran sekolah Malaysia lagi jauh ke depan. Cumanya Sekolah Antarabangsa lebih bersifat terbuka dalam kelas. Budak-budak boleh bergerak sambil belajar... tak statik. Bila dah masuk kelas menengah baru diaorang lebih serius dalam kelas. Kalaulah sekolah kat Malaysia boleh gabungkan dua-dua gaya mengajar ni... memang toplah anak-anak muridnya semua.
Sekarang ni tengah giat mencari rumah pulak. Pusing-pusing, turun-naik kereta tengok rumah. Yang besor, yang kecik... yang tak berapa mahal, yang mahal gileer... yang dekat, yang jauh dari sekolah... dah tengok dah. Cuma nak memilih mana yang sesuai aje.
Masalahnya budak-budak ni tak biasa duduk rumah bertingkat. Hannan dan Aarif Ok, tapi Adeem dengan Amiin punyalah penakut... Ya Allah! Kalau dah kat bawah... nak suruh diaorang pergi naik tingkat atas tu punyalah payah. Mencabar kesabaran betul.
Tapi kat sini rumah satu tingkat tak banyak dan design rumah selalunya sampai 3 tingkat walaupun rumah yang hanya 3 bilik. Kadang-kadang ada satu bilik kat atas, kadang-kadang tangga tu cuma untuk pergi ke balkoni bumbung. Budak berdua tu penakut dah satu hal, semput melayan tangganya tu karang satu hal lagi. Si Haniis tu dah suka benor memanjat tangga. Ini budak-budak ada kat rumah, bolehlah suruh jaga. Bila diaorang dah sekolah esok, aduuh... Kena cari pagar tangga la pulak.
Nak duduk apartment, susun atur kat dalam tu pelik dan lain dari yang kita biasa kat Malaysia. Ruangnya sangat tertutup dan jadi macam sempit sangat pulak untuk rakyat jelata yang ramai macam kitaorang ni. Entahlah ek! Tengok ajelah macamana nanti...
Buat sementara tu, cuci-cucilah mata tangok gambar jalan-jalan kat Doha. Mula-mula di Souq Wakif. Pasar besar ni ikut binaan gaya tradisional. Pintu-tingkapnya dari kayu. Kat situ, barang dijual kat bahagian yang dah ditentukan. Kalau setakat kita sorang pusing-pusing kat dalam tu, memang sesat-barat la... Oh! Silalah klik kat gambar untuk tengok lebih jelas yea...
Gambar 1: Kawasan menjual binatang peliharaan - burung, ikan, kucing, anjing, ayam... itik takde. Gambar 2: Bahagian menjual bahan makanan - tepung, beras, rempah-ratus, kurma, kekacang, coklat, jajan...
Gambar 1: Coklat jual timbang... Gambar 2: Rempah-ratus... baunya semerbak...
Gambar 1: Manisan gaya lama... Gambar 2: Pak Arab dan anaknya ambik gambar si Haniis...
Gambar 1: Transporter. Kita boleh upah diaorang untuk bawak barang-barang yang dibeli. Dia akan ikut kita pusing-pusing Souq sampailah ke kereta. Dengar cerita, diaorang ni bukanlah Arab Qatar tapi Arab pendatang dari negara Arab yang lain... Gambar 2: Daun tembakau...
Haaa... ini dia. Bahagian menjual periuk-belanga. Ooo mak ai! Terkejut tengok periuk besor gedegang. Setakat Amiin masuk memang muat punya. Tengoklah kuali leper dan dulang menghidang, senduk dan gayung, semuanya saiz XXXXXXL...
Gambar 1: Bahagian menjual baju... Gambar 2: Kedai membuat Gambus. Gambus asli buatan tangan. Halus berseni. Gambus-gambus ni sekali pandang macam muka manusia. Yang ini macam muka sedih, ada jugak yang macam tersenyum. Yang muka terkejut pun ada... Gambar 3: Qatar Islam & Culture Centre... dilimpahi cahaya...
Makanan ala Yaman. Itu saiz hidangan untuk 4 orang. Aduuuh... besar betul selera orang sini. Kalau kita, 6 orang dewasa baru boleh habiskan kot. Memang tak terhabis, sudahnya bungkus bawak balik.Kita saja tepek muka... hahaha... dah lama tak enter frame...
Kawasan menjual ambal, tilam dan bantal...
Bahagian luar tempat makan-makan...
Gambar 1: Kat sini ada jual makanan tempatan. Perut dah terlalu kenyang nak mencuba. Lain kali aje ler... Gambar 2: Ada konsert... sedap jugak layan lagu Arab ni...
Terima jemputan kawan baru. Alhamdulillah...
Di Villagio Mall. Lukisan langit dan awan, sejuk mata memandang...
Until later...
ramadhan al mubarak to you my friend ... take care
ReplyDeletetengkiew Mala... aku bila ternampak agar-agar kering masa beli barang, mesti ingat kat hang. Hang kan rajin post buat agar-agar... Eh! dengar-dengar angin padang pasir dah terbang ke setiawangsa... betul ker? hehehe...
ReplyDeletebelikan teko emas tu... hehehe
ReplyDeletebestnya tengok gambar2 kat sana. Teringin nak pi melawat jugak. Insya'allah...kalau ada umur panjang, murah rezeki. Selamat berpuasa kepada Huda sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat Berpuasa to Along & family jugak. Meh ler datang sini... Insya Allah hotel free, makan bayar... hehehe...
ReplyDelete