Monday, March 15, 2010

Popia Vietnam...

Popia Vietnam, dah sedia untuk dimakan...

Biasalah kita ni... kalau takde modal nak cerita, letak ler resipi masak-masak... kan? kan? kan?

Popia ni kita buat bulan lepas. Punyalah lama kita teringin nak buat sendiri supaya boleh puas makan. Cuma tak pernah dapat jumpa kulitnya. Kulit popia ni tersendiri dan only made in Vietnam. Namanya Rice Paper.

Rupa bungkusan Rice Paper...

Kebetulan masa pergi ke Bangsar, awal bulan lepas, terjumpa masa meround-round kat Bangsar Village Supermarket. Yang kelakar, masa nak ambik, kita tengok harga yang tertulis kat rak-rak tu RM1.90 Eh! macam tak percaya pulak murah sangat pulak benda ni. Ambik ler 2 pek.

Sampai kat cashier, bila scan rupanya harga RM12.90 sepek. Ha ha ha... bayor ajelah. Dah alang-alang jumpa kan.

Pertama kali makan Popia Vietnam ni, masa perjumpaan akhir tahun budak-budak kat Panaga School 2 tahun lepas. Ada sorang warga Vietnam buat. Sekali cuba, kita terus tertarik sebab rasanya sangat segar dan ringan kat lidah. Sosnya pun cair-cair aje, tapi penuh rasa. Nak makan banyak-banyak, segan pulak. Tapi sejak tu ler kita menyimpan harapan.

Dah siap digulung...

Ok, kalau ada sesiapa terjumpa Rice Paper ni, jomlah cuba buat...

Popia Vietnam

200g su'un
10 ekor udang saiz besar
2 biji lobak merah
1/2 ikat daun bawang
1/2 ikat daun pudina
1/2 ikat daun ketumbar
beberapa helai daun lettuce
3 sdbsr sos ikan
2 sdbsr minyak bijan
garam secukup rasa

Rebus udang hingga masak. Toskan dan hiris halus.
Rendam su'un hingga lembut dan toskan.
Hiris halus lobak merah. Gaulkan bersama su'un tadi. Tuangkan air panas dan biarkan sebentar. Toskan dan biarkan ia sejuk.
Gaulkan su'un, udang, sos ikan, minyak bijan dan garam. Sesuaikan rasanya.

Basuh dan petik daun pudina dan daun ketumbar.
Basuh dan potong daun bawang dalam 3" panjang. Gunakan bahagian yang hijau sahaja.
Basuh dan koyak daun lettuce. Letakkan semua daun berasingan.

Ambil sehelai Rice Paper, lalukan pada air supaya basah dengan rata.



Tekapkan sekejap atas kain bersih. Angkat dan letakkan atas pinggan lain.



Letakkan daun lettuce, su'un dan beberapa helai daun pudina, daun ketumbar dan daun bawang ke atas kulit popia.



Gulungkan seperti menggulung popia biasa. Kulit popia akan terus melekat dengan sendiri.



Sos Cicah Popia Vietnam

1 biji lada - dibuang biji dan hiris halus
1 ulas bawang putih - diparut
1/4 cwn air masak
1/4 cwn sos ikan
2 sdbsr gula
2 sdbsr cuka atau jus limau nipis
1 sdt minyak bijan
1 sdt kicap cair

Gaulkan kesemuanya. Sesuaikan rasa masam, manis, masin. Sedia untuk dihidang.


Sebenarnya, inti popia dan sos cicahnya ada pelbagai resipi. Yang kita buat ni, kiranya yang paling ringkas. Tak nak guna udang, isi ayam pun boleh. Nak letak hirisan timun atau tauge pun boleh.

Popia ni pun boleh digoreng. Tapi kalau yang goreng-goreng kita kan dah biasa. Marilah kita cuba yang lain dari biasa pulak.

Until later...

3 comments:

  1. ada satu supermarket kat Miri ada jual rice paper

    ReplyDelete
  2. ye ker Mala? Punyalah jauh aku dok mencarik... kat Miri ada..

    ReplyDelete