Orang yang tak makan ayam dan daging pun tak boleh makan seafood. Jadi pinggan ni kasi kat orang lain yang tak berpantang makan laa...
Hidangan khas - Nasi Briyani Ikan untuk tetamu khas yang tak boleh makan ayam atau daging. Kita gunakan Rempah Shan Fish Biryani. Macam biasa, jenama rempah ni memang tak menghampakan, sedap-sedap belaka. Meh gi dapur...
Briyani Ikan...
750g beras basmati
750g ikan (kita guna tenggiri)
3 biji kentang dipotong & direbus separuh masak
2 biji bawang besar dihiris
8 ulas bawang putih ditumbuk
1" halia ditumbuk
1 1/4 cwn dadih
1/4 cwn daun ketumbar hiris
1/4 cwn daun pudina hiris
5 biji cili kecil
4 sdbsr jus lemon
3 sdbsr ghee
1 paket rempah Fish Biryani Shan
sedikit garam
Basuh beras hingga bersih airnya dan rendam selama 30 minit.
Rebus beras sehingga tiga suku masak. Tos dan ketepikan.
Campurkan bawang putih, dadih, rempah briyani dan kemudian gaulkan pada ikan. Perap selama 30 minit.
Panaskan ghee dan tumiskan bawang besar hingga hampir garing.
Masukkan cili kecil, daun ketumbar, daun pudina, kentang rebus dan ikan yang telah diperap bersama semua rencahnya tadi.
Reneh hingga pecah minyak dan ikannya masak.
*Jangan terlalu mengganggu ikan semasa memasak. Cukup sekadar membalikkannya sekali sahaja. Kalau tidak, ikan akan hancur.
Ratakan separuh dari nasi ke dalam periuk lain.
Kemudian letakkan ikan dan kesemua rencah ke atas nasi tadi.
Lapiskan lagi dengan nasi yang selebihnya.
Tutup rapat dan masak diatas api yang kecil sehingga nasi benar-benar masak.
Siap untuk dihidang.
Sebenarnya cara kita ni kita dah ubah sikit dari cara yang diajar kat belakang kotak rempah tu. Kalau ikut resipi asal, guna 1 1/2 cwn ghee. Untuk menumis, untuk merebus nasi dan untuk menggoreng bawang dan kemudian ia dituang ke atas nasi sebelum ditanak lagi. Emmm... tak boleh ikutlah! Banyak sangat ghee... Mau mengantuk semua orang lepas makan karang...
Kita juga gantikan daun dill dengan daun pudina. Kat sini ada jual daun dill tu tapi malas nak pergi mencari... jadi gunakan apa yang ada dalam fridge aje... Alhamdulillah... jadik sedap jugak akhirnya...
Rempah Briyani Shan memang tidak menghampakan. Gambar kedua tu masa melapis nasi dan ikan dalam periuk...
Until later...
No comments:
Post a Comment