Sambal Hitam...
Kali pertama kita terserempak resipi ni ialah semasa menonton rancangan Selera Tradisi di TV1 beberapa minggu lepas. Sambal istimewa orang Pahang.
Menarik betul, nak-nak bila tengok diaorang rebus belimbing buluh ni sampai jadi hitam-legam. Tak pernah tau orang guna belimbing buluh macam ni. Paling-paling pun tengok Mak Yah gaul dengan garam dan jemur sampai kering. Kemudian dia jadikan belimbing ni salah satu ramuan dalam Acar Buah.
Selesai rancangan... kita mestilah nak try punya. Kalau tak kerana berpantang, lagi awal dah kita try. Kebetulan hujung minggu lepas Cik Abang beli kat tamu. Separuh dia dah buat Ayam Masak Lemak. Daripada biarkan bakinya lembik kat dalam fridge tu, baiklah kita buat eksperimen kan?
Haaa... jadi sedaap! Rasanya masam manis pedas. Sukatan kat bawah ni kita main anggar-anggar setelah meneliti beberapa resipi online. Resipinya pelbagai, ada yang letak halia, ada jugak yang letak bawang putih.
Kita ikut bahan-bahan yang digunakan dalam rancangan TV tu, cuma sukatannya tu yang kena ubah. Diaorang masak satu kuali besor. Belimbing yang diaorang rebus tu pun dah sebaldi. Fuh! Mana boleh lawan... Meh tengok.
Sambal Hitam
15 biji belimbing buluh
10 biji cili padi
8 biji bawang merah
1 jemput ikan bilis
1 sdt gula
sedikit garam
Belimbing buluh dibasuh dan direbus hingga jusnya kering dan warnanya bertukar hitam.
Tumbuk cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
Tumiskan rencah, garam dan gula hingga naik minyak.
Kemudian masukkan belimbing buluh.
Goreng hingga agak kering. Sesuaikan rasa garam dan gula.
Sedia untuk dihidang.
Nota:
Kalau ikut cara sebenar, belimbing dibiarkan rebus tanpa diganggu sehingga benar-benar kering. Ambik masa berjam-jam terutamanya kalau buat banyak sekaligus. Bila dah siap, belimbingnya masih lagi berbentuk dan bila nak masak barulah ia ditumbuk.
Tapi tadi kita buat shortcut. Bila belimbing dah mula lembik, kita lecek-lecekkan dan terus sangai sampai warnanya coklat tua. Ambik masa dalam 45 minit aje. Lagipun bukannya banyak sangat belimbing yang ada. Cukuplah untuk buat rasa-rasa...
Tiga peringkat rupa belimbing semasa dimasak...
Until later...
No comments:
Post a Comment